Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Friday, October 30

Di sebalik pertemuan

Demikianlah, pertemuan tidak seperti yang dijangka
Pada masa yang sama mencanai semula rindu, bermakna
Membiarkan waktu berlalu lagi, dan kita berada di antara
Pintu-pintunya yang terbuka menanti pesona mimpi-mimpi yang sama.

Apakah yang ingin diimpi kini jika bukan kesempurnaan
Yang kerap digarap dan ditatap seutuh pengabdian
Sesekali cuba menjahit segala robek pahit
Menggalas cemas di bibir fikir:
Tak upaya menjangka atau menjangkau upaya yang sedikit
Melampaui kesempurnaan yang bukan pasti dimiliki
Kerana sangka atau alpa.

Kedewasaan mengajar erti ketabahan
Sama ada perlu dilalui atau tidak
Bukan ada jawapan saat ini, memaknakan jawapan
Bukan lagi di sini, memaknakan jawapan terletak
Pada qada dan qadar tuhan
Kita hanya mampu merencana, merangka-rangka kebenaran
Yang ingin ditegakkan
Walaupun akhirnya hampa, tetapi bersyukurlah
Kerana masih ada waktu untuk menafaskan pertemuan-pertemuan lain
Yang baru jika kita mahu dan kita melaluinya, walaupun harus
Berulang-ulang, kerana di situlah teruji jati diri
Mekarnya ketabahan, menguntum bunga uji di halaman mimpi-mimpi
Yang telah dibela dan dihargai seteguh hati.

1 comments:

: Hamba Allah said...

Salam muhasabah,

~terhenti sejenak dan berfikir.

~siri merenung diri yang tiada penghujungnya.

Post a Comment