Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Tuesday, September 29

cerita tentang jinan university....

salam dari China.nimen hao?alhamdulillah..robbila'lamin..allazi kholaqona zoluman jahula (yakni tuhan yg menciptakan kita dlm keadaan kita zolim lg jahil).ana baru habis usroh dgn kawan2 seangkatan termasuk kawan2 cina dari malaysia.hari ini 28 September 2009,maka genaplah sebulan 4 minggu 30 hari 720 jam 43200 minit dan 2 592 000 saat ana berada di tanah besar negara China.seronok ana baca email2 entum suma dan sekali sekala ana senge sorang2 smpai roomate ana tnya "enta majnun?" hehe..sbb ana rindu sgt dgn sahabat2 suma..ana xpernah miss baca email entum suma,sgt2 memberi smgt dan kekuatan kat ana especially yg selalu appear la..

sahabat2..ana xtucmna nk mula coretan perantauan ana ni d sini sekitar sebulan..kalu dr sudut komunkasi,pg pkul 7-12 ana cakap english (kat school),ptg smpai mlm cakap arab(kt masjid) dan klu nk sebahagian besar hidup ana of course la bahasa cina..alhamdulillah..walaupun baru sebulan jagung ana kat sini tp bole la clp cina klu setakat nak beli brg,nk beli ikan @ apa2la..sbbnya kat sini ana lbh suka bejalan sorang2 sbb ana nk cari dan nk hidup sendiri..jd klu ckp salah btol pun xmalu pun sbb depa pn tau kita bukan org sini..tp advance nya bila ana sesat memanjang,ana becakap merapu dgn org cina inilah faktor utama ana cpt dapat dan bercakap...

sahabat2..penglamanyg ana xkan lupa smpai bila2 seperti rmbut botak ku di saloon..ana kena halau keluar teksi sbb ckp ntah apa2..aku sesat dlm laut...dan byk lg..kdg2 apa yg berlaku kt ana ni xrasa mcm ana baru dok sebulan ja..maknanya ana xdok kat umah sgt..ana ni kuat bejalan dan shida kata ana kuat buat memandai...huhu..tp from this kind of method i have improved my language..bak kata org,fact of invironment is the best that can influence us to be......jadi apa yg ana bole kongsi utk salam minas sinn pada edisi "genap sebulan" ini ialah..cerita ana berkenalan dgn org yahudi,student school ana juga..tp class lain la..

nama dia dlm bahasa dia (habrew) ialah Rafey..tp ejaan nya cmni "Rape"..syaitan btol nama dia..astaghfirullahala'zim..tp ana berani kan diri besembang dgn dia sbb dia tegur ana dulu..first soklan dia kt ana "are you muslim?" ana lantas dgn bangganya trus ckp "bismillahirrohmanirrohim..with the name of Allah,the Supreme Creater who has created you and give you life..of course i am MUSLIM" abg tnya dia how about you?dia pun ckp of course i am Yahudi..hmm..ana panas subhanallah dgn org yahudi..tp ana cuba cool and try to keep it out in nice conservation...ana kata kat dia sebelum aku cuma dgr cerita pasal yahudi ni dlm Quran,dlm berita,dlm akhbar...tp hari ni aku jumpa sndiri dgn org yahudi..

do you like war?kill?destroy people?bla99...? dia jawab..i hate it,i love peacefull...dia pun xsetuju dgn apa yg yahudi buat ke atas umat islam sekarang..tp dia kata sebenarnya depa terpaksa..hmm..this statement make me become shock!!! ana tnya ha bole tima ka kalu org bunuh anak2 hg,bini hg depan mata hg sbb terpaksa?definitely i can't!! so??? emm..statement dia yg ni ana kongsi dgn entum..iaitu dia kata ...sebenarnya semua manusia di sunia ni tau dan sedar bahawa islam sahaja yg bole tadbir dunia satu masa nanti..dan yg bole hapuskan muslim ni hanaylah org yahudi sbb depa ada alasan salah satu nya nk rampas masjidilaqso,isu pengganas...sahabat2..dia sebut sndiri sebenarnya xpenah ada pun pengganas dan isu 11 September 2001 tu rancangan amerika-israil semata2 supaya dunia menyokong amerika utk trus memberi bekalan senjata dan dana kpd yahudi trus bunh islam di Palestin...

ni la statement dia..ps2 katanya,jd sbb 2la amerika khususnya terpaksa zero kan islam lbh2 lg bangsa arab (quds) di atas moka bomi ni supaya mereka bole hidup senang dan xda sapa lg dh akan bunuh depa..hmm..ana dgr ja dia ckp..ana tnya dia hg beriman x dgn Allah..dia kata of course man,Allah had given us life and created us..but Muhammad we'll not believe for ever because he wasn't Prophet but just normal mankind like us..huu..ana kata puak bangsat ni mmg ego..mana mgkin depa bole kenal Allah sedangkan depa xkenal Nabi SAW...Allah dh sebut jelas dlm Quran bahawa bangsa yg paling mulia ialah bangsa isroil(yahudi) tp depa di laknat sbb keegoan depa mengiktiraf Nabi SAW sebagai risalah yg terakhr..

jadi borak2..sedar xsedar ana kena masuk kelas lg 10 minit..so ana buat penggulungan sket..are you sirius?ana teringat beberapa hujah dlm bible yg ana sempat baca dr seorang guru mursyid ana yg faqeh dlm bidang comparative of religion ni.."isa mariam telah berkata bahawa sesungguhnya Ahmad(NabiSAW) akan bangkit selepas aku dan tidak ada lg kenaban selepasNYA..berimanlah kamu dgnnya.." so ringkasnya dia kata "no comment,but nice to meet you since i could get a little bit killer points from you..."

sahabat2..insyaAllah ana akan cerita lg sket2 tntang perkembangan kami disini di edisi akan datang.wallahua'lam.

p/s to shida ......

: aku ada buku "misunderstood of ISLAM".aku dh copy byk2 bg kat classmate aku yg berminat nk tau psl islam yg dr jepun, ukraine dan china sndiri..dan ada sorang dh convert islam minggu lepas dgn izin Allah..dia pempuan,aku cuma bg ja buku tu kat dia tp yg guide dia kwn2 pempuan aku la..cuma depa akan tanya aku la klu ada soklan2 yg depa xtau nk jawab...insyaAllah aku akan p hantar kalu ada kelapangan.

mari ikuti lagi cerita dari guangzhuo

untuk arena "salam minas Sinn" kali ini akan aku bawa satu cerita baru yang mana masih lagi dalam conteks kehidupan masyarakat Tionghua di China,khususnya di sekitar Bandar Guangzhou,Guangdong ini..sekitar pengembaraanku genap sebulan disini bermula dari 28 Ogos 2009 sehingga hari dan saat ni 28 September 2009 maka genaplah sebulan aku di China ni.sidang pembaca yang budiman,sekali lagi aku tegaskan bahawa ISLAM itu tinggi di sisi Allah yg Maha Pencipta..namun ISLAM datang kepada dalam keadaan kita memerlukan ISLAM bukanlah ISLAM memerlukan kita..kerana ISLAM itu sendiri Agama yg Suci datangnya dari Tuhan yg Suci.tapi mengapakah kita gagal untuk memahami ISLAM dari sudut asas hukumnnya kerana ISLAM ni agama yg berhukum atau pun ISLAM was created by rules..supaya orang islam bukan sahaja menganuti ISLAM sebaliknya beriman dengan setiap peraturan2 ataupun undang2 asas agama ISLAM.kalau darisegi ibadahnya seperti solat,puasa,zakat dan sebagainya..manakala dari sudut akhlaknya kebersihan,budi bahasa,hormat menghormati dan sebagainya.jadi disini,saya mulakan coretan muqoddimatul qisos iaitu aspek kebersihan di mana aku merasakan aspek inilah merupakan perkara asas yang mampu membina qudwat hasanah atau pun contoh ikutan terbaik kerana kebersihan ini melambangkan diri seseorang itu.bukan sahaja agama ISLAM yang menyeru kepada kebersihan tetapi semua agama aku rasakan perlukan kepada ketenangan dan keselesaan.justeru,kebersihan adalah nukleus kepada warna kebahagiaan setiap insan.aku unjurkan sedikit tulisan ku kepada kebersihan rata2 di kalangan masyarakat bermata sepet ini khususnya di Guangzhou di mana mereka langsung dan sangat gagal dalam perkara ini.aku nafikan bahawa setiap manusia ada kelemahan,tapi sehinggakan perkara yang aku rasakan paling2 asas yang semua orang sedia maklum.tidak hairan lah kalau orang cina meludah dalam bas sebelah kita,meludah tepi kelas,kencing tepi jalan,buang hajat xbasuh..dan macam2 lagi..tujuan ana menulis isu ini supaya sidang pembaca sekalian lebih berhati2 dan bersiap sedia dengan keadaan sekitar budaya dan kehidupan masyarakat ini...kadang2 aku terbayang bagaimana ya asyik sedang rancak bershoping tiba2 perut buat hal..Allah yang Maha Mengetahui...ini bukan fantasi tapi realiti..hakikatnya inilah pegangan mereka..air ini suatu yang memudaratkan kepada mereka..bayangkan mereka pergi kerja dalam keadaan xmandi adalah perkara biasa..hatta laoshi (cikgu) aku sendiri di school aku pernah tengok dia pakai baju dan jeans yang sama sampai seminggu..ini bukan main2..ini betol2..natijahnya orang ataupun pelancong akan melihat dan menilai benda ini..walaupun mereka rata2 pelancong yang bukan ISLAM buang air kecil ataupun besar juga tidak basuh tapi persoalan tetap menjadi persoalan kerana tiada jawapan tanpa soalan.pernah sekali aku sedang bersiap untuk ke school..kuliyah bahasa bermula jam 8.30 pagi..malangnya hari itu aku agak lewat bergegas ke sekolah sebab pada malam tu agak lama stay up sebab nak habiskan inbox email..so ringkasnya aku,setelah siap semua aku terus pergi ke pintu tiba2 perut buat hal..aku kata aku sanggup p kuliyah daripada masuk tandas kt sana..Allah..tapi moral value nya mungkin juga kita boleh kata don't judge the book by its cover..tapi boleh juga kita kata the stories amazed by its reality..apa yang penting keseluruhannya masih dalam kawalan dan terpulangla kepada kita bagaimana cara kita nak jaga dan hidup di sini.aku rasa coretan ku berhenti seketika di sini dahulu..insyaAllah bersambung pada edisi baru minggu hadapan..wasalam.

lagi tentang salam minass sinn

salamwbt.nimen shenti jiantian hao ma?alhamdulillah...as usually "salam minas Sinn" edition is coming with new currently environmental...kemarin boleh dikatakan "unfortunately day" for me..huhuhu..astaghfirullahala'zim..pejam celek pejam celek hari ni masuk hari ke-26 kuntu fis Sinn..dan hari ni jgk seawal jam 7.15 pagi ana berangkat ke school,lebih awal dr hari2 sebelum ni dgn niat nk rasa jalan baru dgn menaiki keretapi bawah tanah (metro) ke school..jenis ana ni suka jalan seorang2..sbb mata boleh liar,maknanya sambil2 berjalan bolehla tgk2 budaya dan kehidupan org di sini...
niat ana xkesampaian apabila " i took wrong train,thus i lost my way..huhu.." utk pengetahuan semua,di sekitar Bandar Guangzhou ni sahaja rakyatnya dh 28 juta..china ni negara ke-2 terbesar di dunia selepas Rusia..jadi sekitar bandar ni hampir 60% sistem pengangkutan berlaku bawah tanah terutamanya bulan Mei sampai September sbb summer season..bwh tanah di sekitar China ni boleh kata ada 3 4 tingkat lg..ni yg menarik..dan setiap tingkat ada metro(mcm LRT la lbh kurang..) so klu silap naik,silap station,silap la destinasi..huhu..jd inilah yg berlaku td kt ana..
so ana pun dgn beraninya keluar sorang2 mentang2 dh bole ckp sket..bila sampai je station ana confius sbb ada 6 line train..so ikut gerak hati jela..ana pilih line 2..ya Allah..train mana aku naik ni sampai masuk dlm laut..masuk dlm bukit..Allah..masa trus berjalan..jam menunjukkan pukul 8.20 pg..kelas mula pukul 8.30..10 minit lg bro..ana dgn tawakalnya sampai ja station mana ntah sbrg laut nu..ana amik bas plk..tambang jgn ckp la..duit bapa byk dh hbs..(tp kami HPA bg kad kt sini utk naik train,bas & teksi..sebulan 200 depa bg utk tambang saja..) so sbb bukan duit sndiri xrasa apa sgt la..takut ada la sbb tmpat org..
akhirnya aku terlepas kelas masa pertama hari ni..8.30-9.30..kwn2 kelas msj ana "hey cute boy,where are you now.." selamat pmpuan..kurang sket la perasaan takut tu.. so naik plk smpai station mana ntah ana buat2 baca signboard..padahal ana bukan reti baca satu pun..tp action ttp action..masa trus berjalan sampai pukul 9.30..huhu..my god..i miss again my class 9.30-10.30..huhu..classmate dr Syria plk msj.."akh,limaza ma wajadta filjamia'h allium?yas alun a'nk" ana trus berjalan mcm org gila di tgh2 bandar yg panas mcm nk pecah kepala ni...
akhirnya,i met someone who could speak english quite good...ana tnya di cmna nk p Jinan University..huhu malangnya dia bawa ana p main campus..siap ana staduim,swimming pool,fruit farm..mcm2 la..ana kata "ooo..klu cmni sesat pun xpa bole jalan2..lgpun aku xpenah lg mai main campus ni.." akhirnya ana dh letih dh sesat..ana dok kat tepi swimming pool..ana firkir sat.."apa salah aku ya Allah sampai aku diuji cmni,jalan penat,duit hbs,kelas xp...huhu.." hmm..ana dpt ilham sket la Allah tunjuk kat ana..kesimpulan ana nk sebut kat sini utk diri ana khususnya "Allah itu mmg Adil,klu kita buat salah Allah mesti balas.."
bayangkan main campus dgn branch campus mcm dr pmtg pauh ke baling..punya jauh ana melilau..ana study kt branch campus..school of language and culture..ana sedeh kdg2 bila kita rasa jauh dgn Allah sampai Allah bg petanda kat kita..huhuhu..ampunlah aku ya Allah..aku selalu lalai tp Allah xlalai..DIA ingatkan kita bila kita lupakan dia..masa trus berjalan sampai 10.30..ana miss third class..kali ni laoshi yg call..huhu "sory xiaojie(miss),i didn't know where am i right now..i took wrong train just now"..lastly dgn izin Allah yg Maha Pengampun, DIA sampaikan ana dgn pertolongan seorang manusia yg mmg nk mai campus jgk......TO BE CONTINUED.....
p/s : kemarin ana p luar negara lg..Macau..jiran Taiwan..

Sunday, September 27

lagi cerita dr guangzhuo


salam minas Sinn pada hari ke-29 di negara China.hari ini genap sebulan kurang sehari ana berada di negara ini,negara yg ke-2 terbesar di dunia selepas Rusia ni.ana bersyukur kerana Allah masih memberi kehidupan dan rezeki yg mencukupi..alhamdulillah...sama2 kita doakan moga2 nikmat seumpama ni berterusan insyaAllah..ana xdpt lupakan sahabat2 suma yg ana xpernah jumpa klu la ana ditaqdirkan masuk UiTM..ana rindu sgt2..terutamanya adik beradik ana Q4 tu..sbb bila dh berjauhan rasa sunyi dan teringat mcm2..dlm hutan la..atas bukit la..tgh hujan la..dlm sungai la..
emm sahabat2..utk edisi "salam minas Sinn" hari ni ana nk cita sket kemarin ana bersama kawan2 tajaan HPA seramai 8 org g melancong luar negara..kami g negara Macau..sejurus selepas kuliyah kami berjumpa dan trus ke negara pulau yg kecil dan cantik tu...perjalanan mengambil masa hampir 3 jam setengah dgn menaiki train bawah laut..tujuan kami ke sana hanyalah sebagai assignment smpingan iaitu speaking test di samping berjalan mengenal cara hidup dan budaya masyarakat yg kebanyakannya rakyat Macau ni berketurunan Portugis..jd biasalah kalu p sana mmg depa guna bahasa portugal..
selain drpd itu,Maau jgk terkenal dgn pengkalan sendikit judi dan pelacuran..nau'zubillah la yg tu..kemarin bila kami smpai ke sempadan,depa terkejut bila tgk muslimat kami yg pakai tudung labuh sbb depa pnya mindset bila mai Macau mesti utk sendikit 2la..smpai ana terkilan jgk ada mat yg pakai jubah ni dia scan mau2..Allahuakbar...tp secara kasarnya kami dptla pengalaman dan pengajarannya..tp ana yg ana nk berkngsi dgn sahabat2 ialah selari dgn Allah sebut "berjalanlah kamu di atas muka bumi ku dan berfikirlah dgn kehebatan ciptaanku" yg nilah yg ana rasa zup apabila melihat sistem pembangunan,pengangkutan dan keselamatan depa..
tau x,kat Macau nek bas xda bayar2 tambang..fre ja..hehehe..menarik kan..p la nak p mana pun,free ja..duit dia lebih kecil dr China,maknaya klu sahabat2 nk mai melancong mai la sini..klu nk p melancong ke China plg kurang rm1000..tp klu ke Macau rm500 cukup..hmm..ana dh tau cmna nk p,so psni klu nk guide hampa nk mai sini no problem...selain dr itu,kami free je sbb ditaja kan..so boleh la menggunakan nikmat ni dgn sebaik mgkin..tau x sahabat2 kat sini ada satu tempat yg depa reka jd sebuah kampung..besarnya lbh kurang 2x besar uitm s.alam..dlm ni ada salji,ada laut,ada pulau,ada show,kereta terbang,kuda terbang..mmg sgt99 real dan amzing subhanallah..huhuhu..
ana tgk ni ana teringatla yg ana selalu dgr dlm usroh.."manusia bole cipta mcm2 sehingga kita xbole fikir..cuba bayangkan pencipta kepada manusia plk..alangkah Maha Agung dan Maha Pintar dan Maha segala2nya...ya Allah.."hmm..ana berjalan,merenung dan memikirkan betapa manusia ni sempurnanya Allah cipta sehingga kita terlupa betapa sempurna NYA yg menciptakan kita...hebat Allah ka..so klu ana xberjalan cmni ana xkan jumpa keEZZAHan AllahSWT dgn mata kepala ni..
mmg menarik dan takjub..insyaAllah mudah2an kita sentiasa berzikir dgn nikmat ni..sewaktu train kami melintasi laut..ana tgk la mcm2 kehidupan dlm bumi ni..hatta ana xpenah fikir sebelum ni ada binatang yg Allah cipta mcm botol.mcm pokok..mcm org

Saturday, September 26

lagi edisi minas sinn

salam.apa kabar suma?ana bole kata tiap2 hari la menaip..tp hrp2 you all not boring ya with my amazing and interesting story.as usually,today is my 25th day i've been here,well as soon as i reached everything is totally changed especially in term of life.so,that's why after i came here since these several weeks i feal very excited to be writen and shared together..sebelum ni mmg ana lah org paling malas menulis..baca rajin..biasa la..orang kimia kan.. tp trus trg ana katakan keadaan dan persekitaran yang memaksa ana tampil ke pentas tulisan dan anggaplah ini suatu catatan pengembaraan...ana xtau la sahabat2 lain mmg suka tulis sbb pa..tp ana hanyalah caused by factor of condition and environment..so these factors have pushed and forced my self to be a writer...
hari ini hari pertama ana p kuliyah selepas raya..jd suasana agak berbezalah,sbb bila classmate ajak makan kita pun rai' la kan..yg syoknya dlm school ana ni ada lamian(restoren) muslim.so ana pelawa la p tmpt muslim sbb klu kita ikut depa xtentu lg halal @ haram kan..sebelum tu ingin ana tekan kan di sini bahawa medan dakwah kita di sini amatlah terhad sekali memandangkan bahasa masih lg di tahap yg bawh dan biasa.jd start kemarin hbs je kelas ana p lamian bukan makan pun tp dok besembang cina dgn org taiwan,hongkong sekali,ana ajak asekl classmate ana jom p sembang cina dgn depa..btol salah blkg kira....hahaha..yg lawaknya ana selumber jadh la ckp salah ps2 kuat plk sora sampai tukang masak gelak..justeru,classmate ana dr Ukraine and Rusia pun gelak,so depa tnya ana "you did quite innocent face?haha..yes,actually this can make us improve ourselves"
bg ana inilah cara ana nak biasakan diri dgn becakap.ana xtau cmna nk buat..klu b.arab mmg ana becakap dr kecik,english plk mmg kita belajar dr darjah 1 sampai masuk U..tp yg cina ni kita mmg dok dlm suasana depa so rugilah klu kita xrebut peluang ni. so,back to track..ana ckp ja apa yg ana belajar dlm kelas td..ps2 ila bdk2 hongkong 2 balas balik kami ternganga jela sambil gelak keras perut..ana tanya depa "nimen keyi xua yingyi?"(hampa bole ckp english x?) sbb klu depa bole ckp jd mudah sket komunikasi tu..malangya mmg klu sahabat2 nk tau east country ni (china,taiwan,makau,jepun,korea,h.kong etc..) depa xbole ckp english sbb depi ni asobiah sket kot @ yg pastinya depa org yg mai negara depa mesi kena ikut style depa..ana dpt jgk moral value di sini,"be ourselves!!" kita mesti ada prinsip,supaya org hormat kita..cuma ana xsuka jgk la klu depa xmau belajat english sbb english kan bahasa dunia..(jgn lupa diri dhla,yg 2 ja ana menyampah.)
last sekali,c bdk2 ni pun tau kami pelajar baru so kami ckp la macam arnab becakap dgn kambing..haha..dan yg plg best,depa belanjakm sbb depa kata kami berani jgk becakap (walaupun sepatah haram xkena lgsg).dan insyaAllah psni ana nk buat cmni la tiap2 hari.hbs je class ana nk p begebang dgn nepa..hidup di sini mmg kena berhati2 terutema dlm soal makanan sbb kd2 depa pelawa kita arak tu benda biasa..cthnyalkita di UiTM la kan..kita p kelas bawa air mineral..tp di sini depa bawa arak..Allah...hebat kan... pastu sementara tggu laoshi (guru) asuk sempat je isap okok dlm kelas..laki pmpuan la..hmm ana dh bapa kali dh dipelawa..ana kata xpa2,aku dh selalu dh isap okok..dh muat dh.hapa sehari isap bapa btg?depa kata 2 kotak..ana kata sikit la tu..aku 4 5 kotak tu biasalah..terkejut beghuk depa..tp ana sebenarnya is taking time to biasakan diri dan kenal dulu manusia2 cmni..sbb depa xtau apa satu..ana pernhdo melawak tnya kawan dr Korea ni,dia kata "why sky is moving?" ana "maybe there has creater that moves it..do you think so?" dia kata "i don't think so,it just natural" hmm..
ada jgk muslim dlm kelas ana marah sbb ana bg salam kt dia..sbb dia xposa,xsmyg dan pakai suaq pendek ja mai kelas..ana ya dia kata muslim,so ana bg salam kat dia marah plk..haha..mcm2 mansia ni kan..dia malu ngaku islam..bulan2 posa selumber gila minum ayaq dlm kelas..bila ana tgk dia,"don't ask me why i'm not fasting..i've my own reason" xpalah,mudah2an Allah akan memberi sedikit demi sedikit kekuatan utk sama2 kita memuliakan agamanya yg suci..insyaAllah..doakan utk ana.stop di sini dulu.berjumpa "salam minas Sinn" di next edition..Wasalam.

Wednesday, September 23

nak tau??? bacalah....:)

salam a'laik...di ruangan coretan kali ini saya ank berkongsi sedikit budaya dan cara hidup masyarakat Tionghua ini di sekitar Bandar Guangzhou,Guangdong..dari dulu saya selalu didoktrinkan bahawa China ni xmaju,jauh ketinggalan dan susah kehidupannya..tp setelah tanggal 28 Ogos hingga ke saat dan detik ini kesemua fikroh dan doktrin itu jauh menyimpang dan tidak benar sama sekali..bahkan di China ni jauh lbh maju dan kaya dr negara sendiri..pertama darisegi pembangunan.mulai 2001 China telah menjadi pusat tumpuan dunia apabila kerajaan China telah mengumumkan kemasukan orang asing di Guangzhou sahaja seramai 50000 orang..sebahagian besarnya dari arab dan afrika serta sebahagian kecil dari barat dan asia..ini kerana China telah mula mengumpul mata wang Dolar hari demi hari sehingga kajian mengatakan pada tahun 2015 RMB(Yuan) dijangka sama nilai dengan Dolar..

Justeru,tidak hairan lah kalau seluruh barang2 di dunia berjenama China atau pun "made in China"..meskipun ada negara2 yg sombong mengimport barang dari China tapi melebalkan "made in saudi" dan sebagainya..semua ini hanyalah gimit ekonomi semata-mata..kehidupan saya di sini tidak sekali2 terlibat dgn arus perdana sepenuhnya tapi hanyalah pemerhatian dan komunikasi semasa secara kasar..dalam tempoh yg singkat xsampai sebulan ni pun matawang RMB Yuan dah naik sebanyak Ringgit Malaysia 0.35 ..bermakna xmustahil China bole bangkit dan menjadi kuasa ekonomi terbesar di dunia..kemasukkan berduyung2 warga asing ke tanah besar hanyalah dengan SATU MATLAMAT yang jelas iaitu "MONEY"..mungkin sebilagan kecil yg masuk utk berdakwah dan berkerja agensi kerajaan..tp jelasnya di sini masyarakat dunia hari ini mulai sedar bahawa ada suatu ombak ekonomi yg bakal menggegarkan dunia suatu masa nanti...

kesannya akan merebak ke setiap pelusuk bumi..ombok itu sedang menuju ke suatu tebing besar,detik demi detik..jd kemasukan imigrasi2 ini ialah utk mengaut dan menimba sebanyak mungkin duit2 dan harta yang tertimbus dlm tanah besar..kalau kita pergi ke Pusat2 Pengajian Tinggi di sini amatlah sedikit sekali orang Tionghua kerana mereka tidak perlu lg belajar tinggi2 kerana duit xmemerlukan sijil tetapi berani dan usaha.darisegi pembangunan inilah yg saya nk cerita bahawa mentaliti masyarakat Tionghua ni mmg sinonim dgn berniaga..inilah satu gelombang besar yg mana hari ini kita boleh lihat dgn mata kepala kita sendiri bagaimana masyrakat cina di Malaysia..rata2 dan majoriti merka begitu ghairoh dlm dunia perniagaan dan sedikit sekali yg terlibat dlm kerajaan..

Malah di sini,sudah menjdi kebiasaan masyarkat di sini lebih gemar ber shoping bawah tanah..di sini,shoping complex byk bawah tanah lg dari atas tanah memndangkan penduduknya yg ramai dan kawasan yg terhad..boleh dikatkan ada 3 4 tingkat bawah tanah ni..boleh shoping,ada hotel,ada train (metro) dan tempat2 makana yg selesa dan menyeronokkan..alangkah indahnya kita ini cuba melihat dan mengkaji dgn sendiri cmna proses anjakan ini berlaku..adakah faktor sistem kerajaan?faktor polisi masyarakat?faktor dalam diri?atau lain dr lain..berjumpa di edisi yg seterusnya...wasalam

salam minas sinn

Salam minas Sinn..kaifahalukum jamia’n selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin saya pohon kepada semua yang mengenali diri saya tak kira di mana jua berada…hari ni masuk hari ke-23 saya berada di bumi China . Pelbagai suka duka yang saya nikmati dan tempuhi..bak kata pepatah “jauh perjalanan luas pemandangan “ saya menjalani kehidupan baru saya di sini sebagai bekalan ilmu dunia dan akhirat..mudah-mudahan sedikit peluang dan rezeki saya menyambung pelajaran di sini dapat saya menfaatkan sebagai satu ibadah..insyaAllah…

Hari ini tepat jam 1.20 petang kami pelajar-pelajar malaysia Universiti Jinan seramai 10 orang bertolak ke Hospital Fu San,Guangzhou untuk menziarahi dan juga beraya bersama-sama dengan ADUN Galas,Kelantan YB Che Hashim Sulaima bersama isteri. Beliau sedang dirawat di sini hampir sebulan kerana kanser paru-paru. Beliau akan pulang berehat ke Malaysia pada 28 Sept ini selama sebulan..

Apa yang membuatkan saya sedih dan sebak apabila kami sampai di sana ramai rakyat Malaysia yang juga menjalani rawatan di sana ,mereka adalah orang Tionghua yang sudah pastilah fasih berbahasa melayu..jadi inilah yang membuatkan kami lebih mesra..memandangkan saya masih lagi baru di sini dan menghadapi masalah komunikasi dengan masyarakat cina..kami dilayan, dihidang dan dirai seperti keluarga sendiri..Doktor dan jururawat di sini juga sangat mesra.

Saya terfikir “kalaulah aku boleh cakap cina memang aku sembang dh dengan dia “. Malahan orang cina di sini mereka tidak reti langsung berbahasa inggeris..saya bertutur English hanya di Universiti sahaja,itu pun dengan pelajar foreigners..classmate saya ada dari Ukraine , New Zealand ,Madagaskar, Rusia , Turkey ,Jepun dan Korea ..pendek kata dalam kelas kami tu ada 1001 bahasa la..tp itu semua xhalang untuk saya berkawan dan mengenali antara satu sama lain sebab semua boleh bercakap English dengan baik..Cuma orang Jepun dan Korea ni depa xbole sangat cakap dengan baik..dielek tu la..

Saya di sini bercakap ikut tempat..kalau di Universiti bahasa english ,kalau di luar memang xda pilihan la terpaksa juga cakap cina walau pun puas merangkak..hehe..tp hentam tetap hentam..asalkan depa angguk ja betolla tu..dan bila saya g masjid saya cakap arab sebab kat sini boleh dikatakan ramai sangat Chinese muslim yang boleh bercakap arab dengan fasih..Cuma bila depa jadi imam hancur la sebab bacaan depa guna angin ja banyak sampai lari habis makna,makhraj dan tajwid..huhu..tp apa boleh buat dah itu ja yang depa mampu.alhamdulillah..sampai hari ini saya dapat rasa,belajar dan ambil sesuatu daripada pengembaraan saya ni..dan saya rasa inilah jalan hidup saya yang banyak mengajar saya erti kehidupan dan budaya..

Bila kita dok di tempat orang kita mesti belajar ikut cara dan budaya orang..sekurang-kurangnya kita tau dan biasa dengan tradisi masyarakat Tionghua ni..saya pernah naik teksi,driver tanya lain tp yang dijawab..so xpasal2 kena halau lah..huhu..pernah juga naik bas silap nombor..sesat terlepas sampai seberang laut nk sampai Hong Kong ..huhu..macam2 suka duka saya sepanjang 23 hari di sini..tapi apa yang penting semuanya pengalaman yang mendidik saya bagaimana susahnya hidup ini kalau niat dan matlamat tu benar2 hanya Tuhan Yang Satu….

insyaAllah doa2kan saya agar dapat belajar dengan baik dan jayanya di sini..saya sekarang masih lagi di tahun pertama,School of Chinese Language & Culture,Jinan of University,Guangzhou,China in BA of Chemistry Studies (Medicine). Setiap hari saya akan bercakap mandarin xkira dengan mana apek amoi pun yang saya jumpa..saya cakap depa xfaham dan depa cakap confirm la saya xfaham..tapi bole buat kita dok di tempat depa kita mesti tau cmna nak berurusan dengan depa..jadi medium nya tidak lain dan tidak bukan ialah bahasa….

Saya penah gi kedai nak gunting rambut,saya Nampak ada orang dok gunting2 rambut jd saya pun terus masuk..xsampai 5 minit saya dok ada seorang amoi mai terus tarik saya masuk dalam bilik,ps2 dia saloon rambut saya yg botak ni sampai 2 jam setengah..huhu..saya pasrah sbb segala2nya habis di gosoknya..ps2 saya marah dia dlm bahasa cina (bantai ja..) ps2 saya minta sample,lastly dia faham ps2 dia cukur ja rambut xsampai 5 minit..dia charge hbs dgn saloonnya td dia pau saya sampai 40 Yuan (RM20)..xlogik btol cukur rambut sampai rm2o..huhu bodoh btol cina..

Hari ini saya dah tau sedikit sebayak selok belok budaya dan perangai masyarakat Tionghua ni..apa yg penting saya akan cuba menimba seberapa banyak mungkin manfaat utk kita perkukuhkan agama Allah SWT..InsyaAllah..semoga berjumpa di edisi “salam minas Sinn” akan dating..Wasalm.

Sunday, September 13

PUTERI KESAYANGAN RASULULLAH S.A.W


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

“Malaikat turun lalu menyampaikan khabar gembira kepadaku bahawa sesungguhnya Fatimah bintu Rasulullah adalah pemimpin para wanita penghuni syurga”.

Serikandi tauladan kali ini menghidangkan kisah salah seorang dari kalangan kerabat terdekat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, belahan hati baginda, sisi pilihan dari kalangan wanita solehah terbaik sepanjang zaman dan pemimpin para wanita penghuni syurga. Beliaulah Saidatina Fatimah Radiallahu anha, puteri pemimpin umat manusia, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam , Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdi Manaf Al-Qursyiyah Al-Hasyimiyah; ibu Hasanain, Al-Hasan dan Al-Husin.

Fatimah dilahirkan di Ummul Qura, ketika orang-orang Quraisy membina semula bangunan Kaabah,iaitu lima tahun sebelum Nubuwwah. Fatimah Radiallahu anha merupakan puteri bongsu dan puteri paling utama kepada pasangan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan Saidatina Khadijah Radiallahu anha. Beliau membesar di rumah nubuwwah yang suci, matanya celik seawal usia untuk menjadi saksi urusan risalah yang dikhususkan Allah bagi ayahnya, Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Ibunya, Saidatina Khadijah bintu Khuwailid Radiallahu anha, wanita terbaik pendamping Rasul akhir zaman. Suami Saidatina Fatimah adalah antara Khalifah Ar-Rasyidin yang utama, pemimpin kaum muslimin di zamannya, Saidina Ali bin Abu Thalib Radiallahu anhu. Anak-anak kepada pasangan ini adalah dua orang pemimpin para penghuni syurga, dua cucu Rasulullah, Al-Hasan dan Al-Husin Radiallahu anhuma. Datuk saudara beliau adalah pemimpin para syuhada’ Asadullah, Hamzah bin Abdul Muthalib. Datuk saudara beliau yang lain adalah pemimpin Bani Hasyim yang biasa melindungi para tetangga, mengorbankan harta, terbiasa bersedekah kepada fakir miskin, iaitu Al-Abbas bin Abdul Muthalib Radiallahu anhu. Jaafar bin Abdul Muthalib Radiallahu anhu, adalah antara datuk saudara beliau yang utama, sekaligus bapa saudara kepada suaminya, yang merupakan pemimpin para syuhada’, dan panji para mujahidin.

Setelah turunnya wahyu yang membawa tugas risalah kenabian kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dari sisi Rabbnya, maka Ummul Mukminin Khadijah Radiallahu anha adalah manusia yang pertama sekali beriman terhadap risalah haq tersebut. Begitu juga dengan puteri-puteri Rasulullah yang suci; Zainab, Ruqayyah, Ummu Kultsum dan Fatimah juga tercatat sebagai orang-orang yang berada di saff hadapan dari kalangan orang-orang terawal menerima Islam. Ibnu Ishaq Radiallahu anhu menyebutkan dari Ummul Mukminin, Saidatina Aisyah Radiallahu anha sebagai berkata, “Setelah Allah Subhanahu wa Taala memuliakan nabiNya dengan nubuwwah, maka Khadijah dan puteri-puterinya masuk Islam.” Puteri-puteri Rasulullah berada dalam satu ikatan bersama ibu mereka dalam kelompok terdepan di landasan dakwah Islamiyyah, yang dibekali dengan keIslaman dan keimanan yang teguh kepada Allah dan RasulNya.

WANITA YANG SABAR DAN BERTAKWA
Di dalam sirah perjalanan dakwah Rasulullah, baginda bangkit menyampaikan risalah Rabbnya tanpa mengendahkan sebarang cubaan, tekanan, penyeksaan, cacian, perlecehan, dan pendustaan yang dilakukan oleh kaum yang memusuhi baginda. Saidatina Fatimah menyaksikan segala bentuk kesulitan yang dihadapi oleh Rasulullah, malahan beliaulah yang mengubati kesedihan dan menghiburkan hati ayahnya saat berhadapan dengan kejahilan kaum musyrikin ketika itu.

Salah satu peristiwa yang kekal di dalam ingatan puteri Rasulullah ini ialah apabila menyaksikan penghinaan dari salah seorang Quraisy yang kasar dan sangat buruk tingkahlakunya, Uqbah bin Abu Mu’aith. Si jahil ini menawarkan diri untuk melemparkan kotoran isi perut unta ke belakang tubuh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika baginda sedang sujud, sehingga baginda tidak mampu untuk bangkit dari sujudnya. Saidatina Fatimah segera mendatangi ayahnya untumembersihkan kotoran tersebut, sebelum menghampiri kelompok musyrikin yang merancang perbuatan keji itu . Dengan lantang dan penuh berani, beliau mencaci dan mencela tindakan mereka yang sangat tidak beradab.

Seusai solat tersebut, Rasulullah menadahkan tangan baginda dan berdoa bagi kecelakaan mereka, dengan bersabda, “Ya Allah, ada kewajipan atas Engkau untuk mencelakakan Syaibah bin Rabi’ah. Ya Allah, ada kewajipan atas Engkau untuk mencelakakan Abu Jahl bin Hasyim. Ya Allah, ada kewajipan atas Engkau untuk mencelakakan Uqbah bin Abu Mu’aith. Ya Allah, ada kewajipan untuk Engkau mencelakakan Umayyah bin Khalaf”. Doa baginda Sallallahu Alaihi Wasallam dikabulkan Allah Subhanahu wa Taala. Nama-nama kaum musyrikin yang disebutkan di dalam doa tersebut terbunuh semasa Perang Badar.

Kehidupan puteri Rasulullah ini juga tidak lari dari penderitaan akibat perbuatan kejam kaum musyrikin yang membenci dakwah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam . Salah satunya ialah ujian pemboikotan ke atas seluruh kaum Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib di mana orang-orang Musyrik menemukan kata sepakat untuk melancarkan boikot secara total terhadap mereka. Tidak ada urusan jual beli, tidak ada pembicaraan, tidak ada pergaulan, sehinggalah Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib menyerahkan Rasulullah kepada orang-orang Quraisy.

Akibatnya, seluruh kerabat Rasulullah kecuali Abu Lahab dipulaukan dan dikepung di perkampungan Abu Thalib. Sepanjang tempoh hampir tiga tahun itu, seringkali kedengaran tangisan anak-anak kecil dan rintihan para wanita lantaran kelaparan. Natijah dari peristiwa ini juga, kesihatan Saidatina Khadijah Radiallahu anha merosot dan berlanjutan sehinggalah beliau kembali bertemu dengan Rabbnya.

Kesan terbesar dari episod pemulauan tersebut ialah pemergian Saidatina Khadijah Radiallahu anha. Dengan kehilangan tersebut, Fatimah lah yang memikul beban kehidupan dan berkongsi penderitaan berat yang dialami oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Walaubagaimanapun, hal tersebut malah menambahkan keimanan dan ketaqwaan dirinya serta membuatkan beliau semakin dekat dengan ayahnya.

Saidatina Fatimah Az-Zahra juga termasuk di antara wanita yang berhijrah. Di Madinah, beliau membuka lembaran baru kehidupan dikelilingi kaum yang murah hati, yang mencintai orang-orang yang berhijrah kepada mereka serta melebihkan kaum Muhajirin lebih dari diri mereka sendiri.

TELADAN RUMAHTANGGA ALI DAN FATIMAH
Pada tahun kedua selepas hijrah, Saidina Ali bin Abu Thalib menikahi Saidatina Fatimah dengan maharnya baju besi yang nilainya hanya empat dirham. Pernikahan penuh berkat itu terjadi setelah Perang Badar Al-Kubra.

Sejarah tidak pernah mengenal seorang wanita yang mampu menghimpun kesabaran dan ketakwaan seperti halnya Saidatina Fatimah. Semenjak hari pertama perkahwinannya dengan Ali, beliau terpaksa mengerjakan seluruh tugas rumah tangga yang sangat berat ketika itu, bermula dari kerja menggiling bahan makanan dan membuat adunan roti sehingga rambutnya terkena percikan-percikan tepung atau terkadang terkena debu.

Beliau jugalah yang memproses dan memasak adunan roti tersebut. Ini terjadi kerana suaminya tidak mampu mengupah pembantu untuk membantu Fatimah dalam menyelesaikan urusan rumahtangganya. Bahkan Ali sempat berpesan kepada ibunya, Fatimah bintu Asad kerana menyedari tugas-tugas berat Fatimah di rumahnya, “Janganlah membebani Fatimah bintu Rasulullah dengan pekerjaan di luar rumah, dan cukuplah dia mengerjakan pekerjaan di dalam rumah, membuat tepung, adunan roti dan memasak” . Ali juga menyedari kesan-kesan keletihan di wajah Fatimah, tetapi beliau sering menghiburkan isterinya dengan menyebutkan yang harta rampasan dan tawanan perang akan datang kepada mereka.

Apabila tiba masa yang sesuai, Ali menasihati isterinya agar mendatangi Rasulullah untuk meminta seorang pembantu dari kalangan tawanan perang. Permintaan keduanya ditolak secara baik oleh Rasulullah kerana baginda lebih mementingkan kemaslahatan kaum muslimin yang lain. Rasulullah menyusuli pasangan tersebut di waktu tengah malam dan bersabda kepada keduanya:

"
Bagaimana jika kuberitahukan kepada kalian berdua tentang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian pinta kepadaku? Ada beberapa kalimat yang diajarkan Jibril kepadaku, hendaklah kalian bertasbih kepada Allah di hujung setiap solat sebanyak sepuluh kali, bertahmid sepuluh kali dan bertakbir sepuluh kali. Jika kalian beranjak ke tempat tidur,bertasbihlah tiga puluh kali, bertahmidlah tiga puluh kali dan bertakbirlah tiga puluh kali.” [Ditakhrij Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi dan Abu Daud]

Kalimah-kalimah ini menjadi bekalan Ali dan Fatimah yang sentiasa mereka ucapkan sehingga akhir hayat mereka.

KEMULIAAN PERIBADI FATIMAH RA
Abu Nuaim rahimahullah menyifati Fatimah Az-Zahra; dalam Al-Hilyah dengan berkata,” Di antara para wanita yang suci dan bertakwa ialah Fatimah Radiallahu anha. Dia menghindari dunia dan kesenangannya, mengetahui aib dunia dan bencananya.”

Kehidupan Fatimah Az-Zahra diwarnai kesederhanaan namun ditaburi barakah dan cahaya yang mengisyaratkan zuhud, wara’ dan ketakutannya kepada Allah serta sentiasa berbuat baik semata-mata untuk meraih keredhaanNya. Rasulullah pernah menegur Fatimah ketika puteri kesayangan baginda itu mengenakan seuntai kalung dari emas, hadiah pemberian dari suaminya. Rasulullah kemudiannya bersabda: “Wahai Fatimah, apakah engkau suka jika orang-orang berkata, ‘Inilah Fatimah bintu Muhammad, yang di tangannya terpegang kalung dari api neraka?”. Saidatina Fatimah lantas membeli seorang hamba dengan kalung emas tersebut dan memerdekakannya. Sebaik Rasulullah mengetahui hal tersebut, baginda bersabda, “Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan Fatimah dari api neraka”.

Fatimah Az-Zahra mencapai tingkat ketakwaan, keutamaan dan zuhud yang tidak terkalahkan oleh wanita di zamannya. Beliau turut menempati kedudukan yang tinggi dalam hal As-shiddiq, yang suci dan diberkati. Kemuliaan ini diakui sendiri oleh Saidatina Aisyah Radiallahu anha dengan menyebutkan, “ Aku tidak melihat seseorang yang lebih benar perkataannya selain dari Fatimah, kecuali ayahnya”.

Adz-Zahaby Rahimahullah menyebutkan kemuliaan peribadi Fatimah dengan berkata, “Beliau seorang wanita yang sabar, taat beragama, baik, menjaga kehormatan diri, suka bersyukur kepada Allah dan Rasulullah sangat memuliakannya”. Beliau menduduki kedudukan yang istimewa di antara para wanita Islam, sehingga beliau mendapat sebutan al-batul, kerana kelebihan beliau di dalam lapangan ibadah, ditambah dengan kelebihan agama dan keturunannya..

MUJAHIDAH YANG MEMENUHI HAK
Saidatina Fatimah Radiallahu anha tercatat di antara tokoh muslimah yang namanya harum di medan jihad. Di dalam Perang Uhud contohnya, suatu perang yang memberikan pengajaran besar bagi kaum muslimin ketika itu. Imam Al-Bukhari mengisahkan peranan Fatimah dengan berkata, “Beberapa orang wanita dari kalangan Muhajirin dan Ansar keluar, sambil mengusung air dan makanan di belakang mereka, termasuklah Fatimah bintu Rasulullah. Ketika beliau menyaksikan darah mengucur di wajah ayahnya, maka beliau segera memeluknya, lalu mengusap darah di wajah baginda. Pada saat itu, beliau berkata, ‘"Amat besar kemarahan Allah terhadap orang-orang yang membuatkan wajah RasulNya berdarah”.

Sah’l bin Sa’d pula menceritakan peristiwa tersebut dengan menyebutkan, “ Rasulullah terluka sehingga gigi baginda patah. Fatimah bintu Rasulullah mencuci darah yang mengucur di wajah baginda, sedangkan Ali mengalirkan air dengan menggunakan bekas air. Ketika Fatimah melihat bahawa air tersebut semakin membuatkan darah mengalir deras, maka beliau mengambil potongan tikar dan membakarnya sehingga menjadi abu. Lalu disapukan di luka baginda, sehingga darah tidak lagi mengalir dari luka tersebut.”

Fatimah turut menyusuli kehidupan jihad di beberapa tempat lain termasuk di dalam Perang Khandaq dan Khaibar. Di dalam peperangan ini, Rasulullah memberikan bahagian harta rampasan perang berupa lapan puluh lima wasaq gandum dari Khaibar. Fatimah juga ikut bergabung di dalam Fathul Makkah. Ketika itu, beliau menonjolkan sikap yang mulia dan terpuji apabila menolak untuk memberikan jaminan perlindungan bagi Abu Sufyan bin Harb.

KEKASIH RASULULLAH SAW
Rasulullah pernah ditanya oleh seseorang, “Siapakah orang yang paling engkau cintai?”. Baginda menjawab, “Fatimah”. [(Diriwayatkan oleh Ab-Bukhary, Muslim dan Abu Dawud]. Al-Imam Adz-Zahaby Rahimahullah berkata, “Wanita yang paling dicintai oleh Rasulullah ialah Fatimah, sedangkan dari kaum lelaki ialah Ali”.

Diriwayatkan dari Ali bin Abu Talib Radiallahu anhu, beliau berkata, “ Aku bertanya kepada Rasulullah, "siapakah yang engkau cintai di antara kami, akukah atau Fatimah?’, Baginda menjawab, ‘Fatimah lebih aku cintai daripada engkau, dan engkau lebih aku muliakan daripada Fatimah”.

Fatimah menduduki tempat yang tersendiri di dalam hati Rasulullah, yang tidak dapat ditandingi oleh wanita-wanita lain. Cukuplah kemuliaan baginya seperti yang digambarkan oleh Saidatina Aisyah Radiallahu anha melalui sanad Al-Imam Al-Bukhary, “Aku tidak melihat seorang pun di antara manusia yang lebih mirip dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam,dalam perkataannya, dalam ucapannya, dan cara duduknya melainkan Fatimah. Jika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melihat Fatimah datang, maka baginda menyambutnya, bangkit menghampirinya lalu memeluknya, memegang tangannya dan mendudukkannya di tempat yang sebelumnya baginda duduki. Jika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang datang, maka Fatimah menyambut, bangkit menghampiri baginda dan memeluknya”.

Gambaran cinta Rasulullah kepada Fatimah turut difahami apabila setiap kegembiraan Fatimah adalah juga kegembiraan baginda, dan setiap kesedihan Fatimah adalah juga kesedihan bagi baginda Nabi. Baginda pernah ‘membaca’ kesalahfahaman di antara puteri baginda dengan suaminya hanya melalui riak wajah Fatimah, lantas mendatangi keduanya untuk memberikan nasihat. Beliau kemudiannya keluar dengan wajah yang berseri-seri dan bersabda “Apakah yangmenghalangiku (dari merasa bahagia)? Aku sudah mendamaikan dua orang yang paling kucintai”.

Sebagaimana Rasulullah senang dengan kegembiraan Fatimah, maka baginda juga marah kerana kemarahan Fatimah. Baginda sangat memperhatikan perasaan puterinya. Dikisahkan bahawa Ali bin Abu Talib Radiallahu anhu pernah berkeinginan untuk melamar puteri Abu Jahal dan hal ini menimbulkan kesedihan Fatimah. Rasulullah kemudiannya bangkit dan bersabda, "Sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian dari diriku dan aku tidak suka jika ada sesuatu yang menyakitinya. Demi Allah, puteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak boleh bersatu dengan puteri musuh Allah pada seorang lelaki (suami)” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud]. Perkataan Rasulullah ini membatalkan hasrat Ali untuk melamar puteri Abu Jahal kerana ingin menjaga perasaan Fatimah.

Ibnu Abdil-Barr Rahimahumullah menyebutkan keluhuran Fatimah, yang mengisyaratkan keutamaan beliau di sisi Rasulullah dengan berkata, “Jika Rasulullah tiba dari peperangan atau perjalanan jauh, maka yang pertama sekali baginda lakukan ialah memasuki masjid lalu solat dua rakaat, menemui Fatimah dan barulah kemudiannya menemui isteri-isteri baginda yang lain.

PERJALANAN MENUJU KEABADIAN
Di akhir hayat Rasulullah, Ummul Mukminin Aisyah menuturkan, “Kami isteri-isteri baginda berkumpul hampir dengan Rasulullah . Baginda tidak mendekati salah seorang di antara kami,kecuali apabila melihat kehadiran Fatimah yang gaya jalannya sangat mirip dengan gaya jalan Rasulullah. Baginda menyambut kehadiran puterinya lalu mendudukkannya sangat hampir di sisi dirinya. Kemudian, baginda membisikkan perkataan yang mampu membuatkan Fatimah menangis, dan bisikan kedua pula menyebabkan Fatimah tersenyum. Kami hanya mengetahui perkataan tersebut setelah Rasulullah wafat.

Fatimah berkata, “Pada kali pertama, baginda memberitahukan kepadaku bahawa biasanya Jibril memperlihatkan Al-Quran sekali dalam setahun. Sementara pada tahun ini, dia memperlihatkannya dua kali. Baginda kemudiannya bersabda,” Aku tidak mengertikan yang demikian melainkan petanda ajal baginda kian hampir. Maka bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya sebaik-baik orang-orang yang lebih dahulu berlalu bagimu adalah aku”. Maka aku (Fatimah) pun menangis. Ketika melihat kesedihanku, maka baginda bersabda,“Apakah engkau tidak redha sekiranya engkau menjadi pemimpin para wanita alam semesta atau para pemimpin wanita umat ini”. Maka, aku pun tersenyum.”

Sepeninggalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, kesihatan Fatimah semakin merosot kerana ditimpa penyakit dan lantaran kesedihan yang sangat mendalam. Beliau akhirnya meninggal dunia pada malam selasa, tiga hari sebelum berakhirnya bulan Ramadhan pada tahun 11 Hijrah. Ketika itu, beliau baru berusia 29 tahun. Maka, benarlah apa yang pernah disebutkan oleh Rasulullah, bahawa beliau adalah orang yang pertama sekali dari keluarga baginda yang akan menyusuli pemergiannya.

NISA’ MUBASSYARAT BIL JANNAH!
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda, “Wanita penghuni syurga yang paling utama ialah Khadijah bintu Khuwailid, Fatimah bintu Muhammad, Asiah bintu Muzahim, isteri Firaun dan Maryam bintu Imran”. [Diriwayatkan Ahmad dan Al-Hakim]

Hadis lain yang berisi khabar gembira buat Saidatina Fatimah sebagai penghuni syurga ialah hadis yang diriwayatkan oleh Hudzaifah Radiallahu anhu, bahawa Rasulullah bersabda,

Malaikat turun kepadaku menyampaikan khabar gembira bahawa Fatimah bintu Rasulullah adalah pemimpin para wanita penghuni syurga”.

Yang pasti, di dalam kehidupan Saidatina Fatimah Az-Zahra’ Radiallahu anha ini, banyak riwayat yang mengindikasikan khabar gembira seperti ini. Beliau juga menduduki tingkat yang istimewa di antara puteri-puteri Rasulullah, sepertimana yang dinyatakan oleh Ibnul Jauzy Radiallahu anhu, “Kami tidak mengetahui seorang pun di kalangan puteri-puteri Rasulullah yang menjadi penyandaran hadis selain Fatimah Radiallahu Anha”. Beliau meriwayatkan 18 hadis dari Rasulullah, yang dimuatkan di dalam Kutubus-sittah, yang sebahagian di antaranya ditakhrij dalam Ash-Shahihain, satu hadis Muttafaq Alaihi. Dan cukuplah keberkahan
bagi dirinya kerana keturunan Nabawi hanya berasal darinya.

Semoga paparan kisah Saidatina Fatimah Az-Zahra’ ini bakal dijadikan ikhtibar kepada para muslimah, lantaran watak peribadinya sebagai model sosok seorang anak yang berbakti kepada ibu bapanya, isteri yang sabar, wanita ahli ibadah, mujahidah, ibu yang bertakwa, yang taat,zuhud dan banyak memuji Allah serta mensyukuri nikmatNya. Semoga Allah meredhai Saidatina Fatimah Radiallahu anha, menempatkan beliau di makam tertinggi dan sesungguhnya Dia tidak pernah menyalahi janjiNya.

Wallahua’alam bisshowab.

Tuesday, September 8

RASULULLAH S.A.W IDOLA TERBAIK

TUJUAN RASULULLAH SAW DIUTUS

Firman Allah swt:
“Tidaklah kami mengutus kamu selain sebagai rahmat bagi semesta alam”
[ TMQ Al Anbiyaa’(21) : 107]

“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama, meskipun orang-orang musyrik membencinya.”
[TMQ Ash Shaff (21) : 9]

“Dialah yang mengutus Rasul-Nya(dengan membawa) petunjuk (Al Quran) dan agama yang benar agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”.
[TMQ At Taubah(9):33]

Ayat-ayat di atas menerangkan kepada kita dengan jelas bahawa Allah swt telah mengutus Muhammad saw sebagai Rasul-Nya yang terakhir dengan membawa petunjuk yang merupakan Deenul Haq, mengatasi kesemua ajaran batil yang lain. Rasulullah saw melaksanakan tugas dakwahnya dengan berpandukan kepada wahyu. Jika kita mengharapkan kejayaan sepertimana yang telah dicapai oleh Rasulullah saw, maka pilihan yang ada hanyalah dengan memahami thariqah Rasulullah saw dan menjadikannya sebagai rujukan utama dan idola di dalam kehidupan kita.

Nabi saw menyeru kepada umat manusia keseluruhannya dan mengajak mereka untuk menerima kekuasaan Allah swt. tanpa menyekutukanNya dalam apa-apa bentuk sekalipun. Rasulullah saw telah memperuntukkan sebahagian besar hayatnya untuk menghapuskan kekufuran dan menegakkan agama Allah secara menyeluruh. Rasulullah saw telah membuktikannya melalui penubuhan negara Islam yang pertama di Madinah. Bahkan baginda tidak pernah berhenti dan usaha tersebut diteruskan oleh para sahabat dan para tabi’in sehingga hampir dua pertiga dunia tunduk kepada kedaulatan hukum Allah swt.


HUKUM MENGIKUTI PERBUATAN RASULULLAH

Setiap perbuatan Rasulullah saw mengandungi perintah (thalab) baginda terhadap perbuatan tersebut. Perbuatan tersebut tidak menunjukkan makna wajib, sunah atau mubah. Hanya melalui indikasi (qarinah) tertentu dapat dipastikan samada perbuatan baginda saw tersebut membawa status wajib, sunah ataukah mubah. Kerana itulah, hukum asal perbuatan baginda saw hanya menunjukkan adanya perintah (thalab), bukan yang lain. Kemudian, qarinahlah yang menentukan status perbuatan tersebut samada wajib, sunah atau mubah. Terdapat dua aspek yang berkaitan dengan perbuatan Rasulullah saw. Aspek pertama adalah yang berkaitan dengan hukum mengikuti perbuatan baginda (hukmu al-ittiba’). Di dalam aspek ini, setiap muslim wajib menjadikan Rasulullah saw sebagai rujukan ketika melaksanakan suatu perbuatan. Aspek kedua ialah hukum melaksanakan perbuatan baginda (al-qiyam bihi). Di dalam aspek ini pula, status setiap perbuatan itu mesti ditentukan melalui indikasi yang terdapat di dalamnya; iaitu samada ianya adalah termasuk di dalam perkara wajib, sunah ataupun mubah.

Di dalam kitab-kitab sirah nabawiyah, kita akan mendapati bahawa sebahagian besar isi kandungannya adalah berkaitan dengan perjuangan Rasulullah saw dalam menegakkan hukum Allah swt di muka bumi ini. Perjuangan yang ditempuh oleh Rasulullah saw di dalam mengembangkan dakwah Islam dan mendirikan negara mempunyai kaedah (thareqah) tertentu dan dilakukan secara berterusan tanpa henti. Ini menunjukkan kepada kita bahawa tanggungjawab untuk mengembang dakwah dan mendirikan negara Islam tidak boleh dinafikan dan ditinggalkan oleh mana-mana individu muslim.

MENEGAKKAN NEGARA ISLAM YANG PERTAMA

Setelah mengkaji sirah secara terperinci, kita akan mendapati bahawa titik bermulanya Islam tersebar ke seluruh dunia adalah melalui kekuatan sebuah negara. Rasulullah saw berjaya membuka kota Mekah dan berjaya mewujudkan rasa gerun di kalangan kuasa-kuasa besar dunia ketika itu, iaitu Rom dan Parsi. Melalui sirah Rasulullah saw juga, kita akan dapati bahawa perjuangan yang dilalui oleh Rasulullah saw bukanlah suatu kebetulan, akan tetapi ianya telah dirancang dengan teliti melalui petunjuk daripada Allah swt. Perjuangan Rasulullah saw menubuhkan negara Islam dapat dibahagikan kepada tiga tahap di mana tahap sebelumnya menjadi prasyarat kepada tahap kemudiannya. Ia bermula dengan tahap Sirriyah, tahap Dzahriyah dan kemudiannya tahap Thalabun Nusrah bagi meraih sokongan dan kekuasaan politik untuk menerapkan Islam.

Tahap 1 : Dakwah Sirriyah

Pada tahap yang awal ini, Nabi saw menyampaikan risalah Islam kepada para sahabat dan kerabatnya. Melalui bantuan kerabat dan sahabat dekat yang telah masuk Islam, Nabi saw mampu mengajak orang-orang lain untuk memeluk Islam. Misalnya, Abu Bakar ra mengajak Utsman bin Affan, Abdurrahman bin Auf, Sa’ad bin Abi Waqqash dan yang lainnya untuk memeluk Islam.

Sepanjang tahap awal ini, yang berlangsung selama tiga tahun, Islam disampaikan secara individu, serta belum ada pertembungan pemikiran atau ideologi dengan orang-orang musyrik dan kehidupan jahiliyyahnya. Pada masa ini, Nabi saw membina dan mengembangkan nafsiyyah dan aqliyyah para sahabat agar berjalan sesuai dengan Al-Quran serta menanamkan keyakinan yang kuat terhadap akidah Islam. Tanpa keyakinan akidah dan thariqah yang mendalam pada diri individu, seperti yang ada pada para sahabat Rasulullah saw, setiap gerakan yang menyeru kepada perubahan akan cenderung untuk melakukan kompromi dan mengelak daripada mencipta sebarang konflik. Oleh kerana itu, Rasulullah saw sangat mementingkan pembinaan keperibadian Islam yang kuat di kalangan para sahabatnya. Proses mendirikan sebuah negara Islam bukanlah bersifat individu. Rasulullah saw sendiri telah mendirikan parti yang terdiri daripada diri beliau sendiri dan para sahabatnya. Ia merupakan usaha yang bersifat kolektif dan pada peringkat Sirriyah inilah, Rasulullah saw telah membentuk sahabat-sahabatnya menjadi suatu unit yang bersedia untuk menempuh tahap seterusnya.

Tahap 2 : Tahap Dzahriyah ( Interaksi Terbuka)

Firman Allah swt:
“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada ( kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokan (kamu), (yaitu) orang-orang yang menganggap adanya tuhan yang lain di samping Allah; maka mereka kelak akan mengetahui ( akibatnya)” [TMQ Al Hijr(15) : 94-96]

Ayat ini menandakan proses perubahan dakwah Rasulullah saw dari tahap pertama ke tahap kedua. Rasulullah saw memasuki tahap kedua melalui wahyu Allah swt. Ini dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa penentuan setiap tahapan dakwah itu bukanlah berbentuk uslub (cara) yang bersifat mubah tetapi ianya adalah hukum perintah yang mesti diikuti. Pada tahap kedua ini, Nabi saw mula secara terbuka mengajak orang-orang Mekah untuk menerima dan menyembah Allah swt semata-mata; agar mereka meninggalkan kehidupan jahiliah dan memeluk Islam. Beliau memilih sejumlah uslub untuk membawa Islam ke arena yang lebih terbuka. Misalnya, beliau pernah mengundang sejumlah kerabat, diantaranya terdapat pemimpin-pemimpin Quraisy untuk menghadiri jamuan makan di rumah beliau. Di dalam majlis itu, Rasulullah saw menyampaikan Islam kepada mereka.

Nabi saw juga telah menampilkan kaum muslim sebagai kelompok tersusun dan bersistem (jama’ah mutakattilah) yang beri’tikad untuk menentang dan mengubah masyarakat dari segi nilai-nilai, adat-tradisinya yang bertentangan dengan ajaran Islam, pemikiran dan perasaannnya, serta sistem pemerintahan dan sistem pengaturan urusan kehidupannya. Perjuangan kolektif itu mampu mencipta pandangan awam tentang dakwah Islam dan hal ini membantu penyebaran Islam ke seluruh Mekah. Orang-orang yang masuk Islam adalah mereka yang mempunyai pemikiran dan hati yang memahami kemurnian, kebijaksanaan dan kebenaran Islam.

Ketika menjalankan tugasnya, Nabi saw, terus menyerang sistem jahiliyyah tanpa melalui jalan kompromi atau penyimpangan. Ketika Quraisy tidak mampu menghentikan dakwah Rasulullah saw dengan pemikiran dan perdebatan, mereka kemudian cuba untuk melakukan kompromi dan tawar menawar. Para pemimpin Quraisy mengirim sejumlah delegasi kepada Nabi saw untuk menawarkan harta, kepimpinan dan kekuasaan. Namun, Nabi saw. menolak segala bentuk kompromi dan terus menyerukan dakwah Islam secara terbuka. Kerana kegagalan tersebutlah menyebabkan pemimpin-pemimpin Quraisy mula melakukan kekerasan untuk menghentikan dakwah Rasulullah saw. Mereka menyeksa dan membunuh kaum muslimin. Mereka juga mengarahkan serangan secara langsung terhadap Nabi saw dengan cara memfitnah, menyebarkan kebohongan dan propaganda untuk menghina beliau, serta usaha untuk membunuh beliau. Namun begitu, usaha-usaha itu juga langsung tidak dapat menghentikan dakwah bahkan kaum muslimin semakin termotivasi. Pada tahap ini, Nabi saw berjuang dengan lebih bersungguh-sungguh.

Ketika Nabi saw menyedari bahawa orang-orang Quraisy tidak akan mendokong penerapan hukum Islam di Mekah, beliau mula mencari dokongan dan kekuasaan dari suku selain Quraisy, misalnya Bani Tsaqif, Kindah, Bani Amir bin Sha’sha’ah, Bani Kalb dan Bani Hanifah. Bukti bahawa Rasulullah saw mencari sokongan dan kekuasaan politik daripada bani-bani tersebut dapat dilihat di dalam catatan sirah merujuk kepada kata-kata suku Amir Sha’sha’ah kepada Rasulullah saw, “ Kami harus menyerahkan leher kami pada pedang orang-orang Arab (membahayakan diri dalam peperangan) demi melindungimu, akan tetapi ketika kemenangan diraih, kekuasaan diberikan kepada kamu?” ( Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam).

Sesungguhnya usaha yang dilakukan oleh Rasulullah saw didalam mencari sokongan dan kekuasaan politik tanpa henti-henti sehingga menempuh kejayaan menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah saw ketika itu menginginkan adanya suatu insitusi yang memiliki kekuatan sebagai pelindung dan penyebar untuk menolong agama ini. Fenomena seperti ini menunjukkan bahawa jalan dakwah Islam bukanlah hanya dengan memanifestasikan kesabaran ketika menghadapi gangguan, malah ia juga dimanifestasikan dengan usaha untuk mewujudkan kekuatan yang boleh melindungi umat Islam. Lebih dari itu, semua peristiwa dan huraian di atas merupakan batu asas yang merupakan tapak kukuh bagi tertubuhnya Daulah Islamiyyah. Daulah Islamiyyah inilah yang kelak akan menerapkan Islam di tengah-tengah masyarakat, mengembangkan risalahnya yang bersifat global kepada umat manusia seluruhnya, serta yang memiliki kekuatan yang mampu melindunginya sekaligus menghapuskan segala rintangan fizikal yang menghalang penyebarannya.

Tahap 3 : Menerapkan dan Mengembang Islam

Akhirnya usaha Rasulullah saw berjaya mendapat dokongan dan kekuasaan untuk menegakkan Islam. Rasulullah saw berjaya menarik perhatian rombongan haji dari Madinah sehinggalah terjadi peristiwa Bai’ah Aqabah ke 2 . Bai’ah Aqabah ke 2 merupakan janji setia diantara wakil-wakil penduduk Madinah dengan Rasulullah saw. Semasa bai’ah ini, mereka berjanji akan melindungi dan memberikan dokongan serta kekuasaan kepada Rasulullah saw.

Setelah meneliti perkembangan dakwah di Madinah, Rasulullah saw akhirnya memerintahkan kaum muslimin berhijrah ke Madinah. Hijrah ke Madinah merupakan momentum perpindahan fasa dakwah dari aktiviti yang bersifat lisan dan penuh kesabaran ke fasa penerapan syariat Islam melalui sebuah institusi negara, yakni Daulah Islamiyyah. Fasa ini menjadikan dakwah Rasulullah saw dilakukan dengan cara yang sangat berbeza iaitu melalui institusi negara. Negara inilah yang memerintah dengan Islam serta menerapkannya secara menyeluruh dan mendakwahkannya dengan hujah dan bukti yang nyata, sekaligus mengembangkannnya dengan kekuatan yang mampu melindungi dakwah dari kekuatan kufur.

KEJAYAAN RASULULLAH SAW

Menjadikan Rasulullah saw sebagai idola bukanlah hanya sekadar mengambil nilai-nilai murni akhlak baginda. Ianya adalah lebih daripada itu. Tujuan sebenar Rasulullah saw diutus dapat difahami melalui hasil perjuangan dakwahnya - tertegaknya sebuah negara dan Islam diterapkan secara sempurna dan menyeluruh( kaffah). Sebagaimana firman Allah swt:

Hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah aku cukupkan untuk kamu nikmatku, serta aku redha Islam sebagai agama kamu” [TMQ Al Maidah(5) : 3]

Kejayaan yang dicapai oleh Rasulullah saw sebelum kewafatan baginda adalah menerapkan Islam secara kaffah. Pernyataan bahawa kita menjadikan Rasulullah saw sebagai idola sejati membawa pengertian bahawa kita juga mesti mempunyai matlamat untuk berjuang menerapkan Islam secara kaffah. Islam tidak boleh diterapkan sebahagian demi sebahagian kerana apabila kita menerapkan Islam secara sebahagian, bermakna kita akan menerapkan hukum kufur pada sebahagian yang lain sedangkan menerapkan hukum dengan hukum selain Islam adalah bertentangan dengan apa yang telah Allah tetapkan. Tidak wajar juga sekiranya Islam diambil hanya sekadar contoh dan suri teladan semata-mata atau menjadi tempelan kepada sistem kapitalis dengan berwajahkan berbagai nama yang indah-indah – namun hakikatnya risalah Rasulullah ini masih tidak diterapkan. Allah swt berfirman:

“Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa telah diturunkan oleh Allah swt mereka itu adalah orang-orang yang fasiq” [TMQ Al Maidah (5)]

Wahai kaum muslimin!

Idola kita yang sebenar adalah Nabi Muhammad saw. Baginda tidak ada tolok bandingannya dengan tokoh-tokoh dunia yang lain, artis mahupun bintang sukan. Tidaklah wajar bagi individu muslim menjadikan tokoh-tokoh selain baginda sebagai idola. Para sahabat dan para tab’in telah menjadikan Rasulullah saw sebagai titik rujukan dan idola mereka. Dengan ketaqwaan dan semangat yang mereka ikuti dari idola ini, mereka telah berjaya membawa Islam ke seluruh dunia dan suatu ketika pernah menguasai dua pertiga dunia. Tidak pernah dunia mengecap keadilan, keharmonian dan kerahmatan selain dari waktu ini.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan ( kedatangan) hari kiamat dan ia banyak mengingati Allah” [TMQ Al Ahzab (33) : 21]

Obor perjuangan menegakkan Islam telah dinyalakan, hanya menunggu paluan gendang. Pendayung sudah ditangan mengapa termenung kelu dan membisu. Masa kian suntuk, bukalah minda lihatlah dunia dan kita akan tertanya-tanya…adakah ketenangan dan keharmonian di sekeliling kita ini suatu realiti? Ataukah mungkin hanya fatamorgana? Fikir-fikirkanlah.

Wallahua'lam

Monday, September 7

Bila AL-QURAN berbicara....


Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-s urah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

luahan rasa dari perantauan


assalaikum semua..apa kabar entum/entunna sekalian..ambo arini sehat wala'fiat alhamdulillah...emm dalam menanti saat2 untuk berbuka puasa ini,(xsabar2 nk berbuka..hehe macam budak2) ambo teringat untuk menghantar pos baru pada blog ambo yg xseberapa nie..hehe...tahun ni tahun pertama,puasa pertama and bakal raya pertama ambo di negara orang...huhu...(xdapatla ambo nk beraya dgn mak kesayangan ambo klai ni..sedihnyer:(.....) mak di malaysia di kampung sana pasti tgh merindui ambo anak manjanya nie...sedih hati apabila mendapat panggilan dari bonda kesayangan baru2ni...suaranya seolah2 menahan sebak didada...mana tidaknya, ambo xpnah berpissah jauh dari bonda kesayangan ambo tue...tp kali ni allah menguji kasih sayang km...aku dihnatar untuk menimba ilmu di bumi china ini...namun aku bersyukur kerana masih diberi ruang & peluang untukku terus mencari & menimba ilmu di bumi allah ini...akanku cuba belajar sebaik yg mungkin untukku bawa pulang sebuah kejayaan buat ayahanda bonda serta sanak saudara di kampung halaman yang nun jauh disana insyaallah...p/s buat mereka..walaupun kali ini kita terpaksa berpisah jauh,sabar dan redholah...pergiku bukan untuk berseronok semata2..pergiku untuk berjuang mencari ilmu untukku bawa pulang & berbakti di tanahair tercinta..bonda,ayahanda..doakanla anakanda di sini semoga anakanda tetap tsabbat di jalan yg benar...p/s untuk semua...SELAMAT BERPUASA & BERAMAL IBADAT & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI....kepada semua yg mengenali ambo, maaf andai kalian xsempatku maklumkan ttg keberadaan aku di bumu guangzhou nie..doakanla kejayaan ambo di sini..insyaalah panjang umur kita jumpa lg..sekian...

i'brah perjuangan RASULKU penguat semangat juangku

Liku-liku perjuangan Rasulullah SAW-

Perbincangan kali ini, menyentuh perjuangan Rasulullah
dan para sahabat dalam mengharungi liku-liku membina
negara Islam agar kita memahami, menghayati, menilai,
menambahkan rasa cintanya kepada Rasulullah berserta
As Sunnahnya yang diwarisinya kepada kita semua.
Bahkan diteldani oleh umat Islam di zaman ini.
Bahawasanya, keadaan kita seperti keadaan Rasulullah
berdakwah di Mekah…iaitu tanpa adanya negara Islam.

Disini secara ringkasnya dapat dinukilkan buat tatapan para pembaca..sekiranya ada yang penjelasan lebih mendalam, sila rujuk dalam buku-buku sirah yang ada di kedai-kedai buku.

Pelbagai kesusahan dialami oleh Rasulullah dan para sahabat yang setia mengikutinya:

(1) Mengolok-olokan dan Mengejek
a) Ejekan Ash bin Wail
Dia pernah berkata,”Orang yang mengikuti Muhammad itu penipu dan Muhammad sendiri adalah kepala Penipu, kerana ia berkata,bahawasanya orang yang sudah mati akan dihidupkan lagi, sebahagian mereka bersuka ria dan bersenang disyurga dan sebahagian lagi akan menderita dan berduka cita didalam neraka. Demi Allah! Tidak akan ada yang membinasakan kita, melainkan masa. Maka perkataan Muhammad itu tidak masuk akal dan mustahil sekali terjadi bukan? Sebab itu teranglah bahawa Muhammad itu sesungguhnya seorang pendusta. Apa mungkin orang telah mati akan bersenang lenang atau menderita”

b) Ejekan Aswad bin Abd Mutalib
Dia seorang suka menertawakan Muhammad saw dan para sahabat…kerap mengejek dan memperolokan kata-kata Nabi saw…Perbuatannya termaktub dalam ayat Al Quran,surah Al Muthaffifin(83):ayat 29-36.

c) Ejekan Nadhar bin al Harits

Dia pernah memanggil kawan-kawan sambil berkata,”Hai bangsa Quraysi,Datanglah kamu sekelian kemari,Demi Uzza dan Latta aku hendak menceritakan cerita yang diceritakan oleh Muhammad! Kerana cerita yang diberitakan oleh Muhammad itu tidak lain dan tidak bukan, melainkan adalah cerita yang dibuat oleh orang kuno.Jadi semuanya itu cerita kuno!”. Perbuatannya dibidas dan termaktub dalam al Quran surah Lukman(31) ayat ke 6 hingga ayat 7.

d) Ejekan Hakam bin Abil Ash

Dia pernah berkata kepada Rasulullah saw,”Apa khabar,Muhammad?, Mengapakah engkau tidak menceritakan cerita-cerita dari langit? Apa hari ini engkau tidak menerima berita dari langit”
Hakam juga pernah mengejek Para Sahabat Rasulullah,”Wah, Inilah yang menjadi calon Raja! Itulah yang hendak memegang kerajaan Romawi dan inilah yang akan mewarisi kerajaan Persia dan lagi yang itulah yang menjadi calon raja seluruh Tanah Arab nanti” sambil itu Hakam ketawa terbahak-bahak memandangkan Para Sahabat Rasulullah ketika itu hanya berpakaian yang sudah koyak dan rumah tangga kucar kucir. Kerana mereka serba kekurangan bahkan wajah Para sahabat yang pucat lesu akibat kekurangan makanan..
Tetapi Rasulullah dan Para sahabat tidak pernah mengendahkan ejekan itu dan tetap meneruskan perjuangannya.

e) Ejekan Abu Jalal

Rasullah pernah membaca wahyu Allah, dihadapan khalayak ramai serta Abu Jalal sekali yang berbunyi ,”Sesungguhnya pohon Zaqqum itu makanan yang banyak melakukan berdosa......” [Qs Ad Dukhan (44): 43-49]
Kemudian Abu Jalal pernah mengajak Rasulullah ke rumahnya, kerana ia mengadakan kenduri. Di rumahnya Abu Jalal mengejek Rasulullah beramai-ramai bersama kawan-kawannya. Perkataan yang pernah dilontarkannya ialah,”Sekarang ini tidak lain melainkan inilah! Marilah kita makan bersama-sama dan kita telan. Demi Latta dan Uzza, tidaklah yang diancamkan Muhammad itu melainkan ini, (ia menunjukkan roti dan kurma). Marilah dan silakan makan bersama-sama dan kunyahlah roti dan kurma yang paling enak ini!” Ini untuk mengejek Rasulullah bahawa dia dan kawan-kawannya (dari ayat Al Quran diatas) dikatakan banyak dosa, sedangkan mereka menikmati makanan yang enak dan lazat ketika itu.

f) Ejekan Walid bin Al Mughirah
Walid adalah seorang yang paling berpengaruh di Mekah. Suatu ketika, Walid berkata,”Hari ini telah dekat musim haji. Jadi orang dari luar negeri sudah tentu datang kemari. Oleh itu bagaimanakah sekarang ini, sikap kita menghalang Dakwah Muhammad? Kita harus menentukan satu sikap yang tegas, juga kita harus mempersatukan pendapat terhadap Dakwah Muhammad itu. Sebab, jika kita tidak bersatu pendapat terhadap dakwah Muhammad, tentulah kitalah akan didustakan oleh Jamaah haji yang tertarik oleh Dakwah Muhammad nanti” dan seterusnya merekapun berbincanglah dikalangan pembesar Quraysi. Akhirnya Walid memberi keputusan dan berkata,”Bahawa sesungguhnya dalam perkara ini yang lebih dekat kebenarannya ialah orang yang mengatakan bahawa,’Dia (Muhammad) itu tukang sihir, tetapi sihirnya adalah sihir yang membekas pada orang lain. Tidakkah kamu sekelian melihat, ia datang dengan membawa perkataan (maksud Walid itu AL Quran), itulah sihir, lalu dapat menceraikan antara seseorang dengan bapaknya, antara seseorang dengan anaknya, antara seseorang dengan saudaranya, antara seseorang dengan isterinya, antara seseorang dengan keluarganya, antara seseorang dengan temannya”.

g) Ejekan Abu Jalal bin Hisyam

Ejekan Abu Jalal bin Hisyam tentang wahyu Allah yang berbunyi “Tahukah kamu apakah neraka Saqar itu?, Saqar itu tidak meninggalkan dan membiarkan adalah membakar kulit manusia. Di atasnya ada sembilan belas (malaikat penjaganya)”
[Qs Al Mudatstsir(74):11-30]…Kemudian dia berkata,”Hai para pemuda Quraisy,! Ketahuilah oleh kamu, bahawa bala tentera Muhammad yang disuruh menjaga neraka hanya ada sembilan belas sahaja. Padahal kamu adalah suatu bangsa yang berani lagi gagah perkasa. Maka dari itu, apakah seratus orang diantara kamu tidak dapat mengalahkan seorang dari mereka (Maksudnya enjaga neraka) sehingga kamu dapat terhindar dari neraka yang diancamkan kepada kamu, kemudian kamu dapat masuk ke syurga? Sudah tentu boleh!”

h) Ejekan Ubayya bin Khalaf
Ia pernah membawa tulang-tulang binatang yang telah kering dihadapan Rasulullah sambil berkata,”Hai Muhammad, betulkah engkau berkata, kalau orang sudah mati akan hidup semula??. Rasulullah menjawab,”Ya!Betul”.. Lalu Ubayya pun mematah-matahkan tulang tersebut dan berkata,”Kamu pendusta! Mana boleh jadi begitu, orang yang sudah mati akan hidup semula. Adakah tulang-tulang ini akan hidup kembali, kamu (Muhammad) memang suka mengada-ngadakan saja, dan macam-macam yang kamu kemukakan kepada kami”. Nabi saw dengan tegasnya menjawab,”ia pasti akan hidup kembali. Allah yang menghidupkannya. Dia adalah yang menghidupkan kamu semua, lalu mematikan kamu semua, lalu menghidupkan kamu semua kelak. Dia lebih berkuasa. Kemudian ia memasukkan kamu ke dalam api neraka Jahannam” kemudian Rasulullah membacakan Surah Yassin, ayat 77 hingga 83.

Namun begitu Ubayya dan rakannya tidak mahu mempercayainya, kerana tiada realitinya, memandangkan tulang-tulang binatang yang dibawanya tidak boleh dihidupkan kembali dan tidak kembali bernyawa. Mereka semua tidak percayainya.

(2) Penyiksaan
Dari Anas ra,ia berkata;
“Kafir Quraisy telah memukul Rasulullah saw hingga beliau pingsan.. Kemudian Abu Bakar ra. Berteriak,’Binasa kamu! Apakah kalian akan membunuh orang yang mengatakan,’Tuhanku adalah Allah’, Mereka berkata ,’Siapakah orang ini?’. Mereka berkata lagi,’Orang ini adalah anak Abi Kuhafah yang gila’ ”.
[HR Al Hakim dan Muslim]

(3)Mengikat

HR Bukhari meriawayatkan dari Said bin Zaid bin Amr bin Nufail dari masjid kufah, ia berkata:
“Demi Allah, aku melihat diriku sendiri, ketika Umar telah mengikatku kerana KeIslamanku, sebelum ia (Umar) memasuki Islam. Andai saja gunung Uhud hilang dari tempatnya, disebabkan oleh apa yang kalian lakukan terhadap Uthman, pasti dia pun akan tetap istiqamah seperti itu.”

(4)Tekanan Dari Ibu/keluarga
Kisah Mus’ab yang dikurung dalam rumah keluarganya setelah mendapat berita bahawa anaknya telah memeluk agama Islam.
Kisah penceraian anak-anak Rasulullah dengan anak-anak Abu Lahab.
Juga terdapat kisah-kisah memisahan diantara ahli keluarga yang lain, teman-teman dan masyarakat Mekah.

(5)Dijemur dibawah terik matahari
Kisah Bilal yang dijemur dipadang pasir kemudian dihempap dengan batu atas dadanya, sedangkan Bilal hanya menyebut, “Ahad,Ahad” sehinggalah datangnya Abu Bakar untuk membebaskannya.

(6)Melarang Tampil dan menyerukan (Dakwah) secara Terbuka
HR Bukhari meriawayatkan sebuah hadis,dari Aisyah berkata,”Kaum Quraisy tidak berdusta kepada Ibnu Daghanah. Mereka berkata kepada Ibnu Daghanah,’Perintahkanlah kepada Abu Bakar untuk menyembah Tuhannya di rumahnya hanya ia solat di rumahnya dan membaca sekehendaknya. Dengan begitu dia tidak menyakiti kita sedikit pun. Katakanlah padanya, janganlah ia menampakkan ibadahnya itu, kerana kita khuwatir kaum wanita dan anak-anak kita akan tergoda’,kemudian Ibnu Daghanah menyampaikan permintaan kaum Quraisy itu kepada Abu Bakar.Kemudian Abu Bakar membangunkan masjid di halaman rumahnya. Ia bersolat, membaca Al Quran dihalaman rumahnya. Apa yang dilakukan oleh Abu Bakar ini berhasil memikat kaum wanita dan anak Quraisy. Mereka kagum oleh Abu Bakar dan memperhatikan pada sat beribadah di masjidnya (halaman rumahnya). Abu Bakar seorang lelaki yang mudah menangis, ia tidak boleh menahan air matanya ketika membaca Al Quran. Maka para pembesar Quraisy terkejut kerananya. Kemudian mereka memanggil Ibnu Daghanah dan ia memenuhi panggil itu. Mereka berkata,’Kami mengupah kamu untuk membujuk Abu Bakar agar beribadat dirumahnya saja, tapi ia melanggarnya.Ia membangunkan masjid dihalaman rumahnya, kemudian secara terang-terangan solat dan membaca Al Quran di masjidnya.Kami sangat khuwatir isteri-isteri dan anak-anak kami tergoda olehnya. Cegahlah ia,!Jika ia memilih untuk menyembah Tuhannya dirumahnya, maka biarkan ia melakukannya.Tapi jika ia menolak dan ia tetap akan menyembah secara terang-terangan, maka mintalah kepadanya agar mengembalikan jaminanmu.Kerana kami tidak ingin mempermalukanmu dan kami tidak mengizinkan Abu Bakar beribadah secara terang-terangan”

(7)Melempar dengan batu
Thariq al Muharibi, ia berkata:’Aku melihat Rasulullah melewati pasar Dzil Majaz. Ia memakai jubah merah, beliau berkata’Wahai manusia, katakanlah ‘Laa illaha illallah’, maka nescaya kalian akan berbahagia’,pada saat itu ada seorang lelaki yang mengikuti Rasulullah saw. Sambil melemparinya dengan batu. Akibatnya tumit dan betis beliau berdarah, orang itu berkata,’Wahai manusia, jangan mengikutinya kerana ia adalah pendusta.’ Aku berkata (Thariq berkata), ‘siapakah orang itu?’, mereka menjawab,’Ia anak muda dari bani Abd. Mutalib(iaitu Muhammad)’,dan aku berkata berkata lagi,’siapakah orang yang mengikutinya sambil melemparinya dengan batu?’, Mereka berjawab,’Abu Uzza (Abu Lahab)” [HR Ibnu Hibban dan Ibnu Huzaimah]

(8)Melempar Kotoran ,seperti Kotoran Unta dan Lainnya
Dari Abdullah ra, ia berkata,’Ketika Nabi bersolat disekitar kaum Quraisy, datanglah Uqbah bin Abd. Muith dengan membawa kekotoran unta yang telah disembelih dan melemparkannya ke punggung Nabi SAW, maka Nabi tidak mengangkat kepala. Kemudian Fatimah datang dan mengambil kotoran itu dari punggung Nabi SAW. Beliau membiarkan apa yang dilakukan orang Quraisy itu. [HR Bukhari]

Terdapat juga kisah, Rumah Rasulullah sering dilemparkan kotoran-kotoran. Beliau hanya membersihkannya dan tidak patah semangat untuk meneruskan berdakwah.

(9)Berusaha menginjak Leher dan Menaburkan Tanah ke Wajah
Penjelasan dari Hadis Riwayat Muslim..secara ringkasnya ::-
Abu Jalal berusaha mengganggu Rasulullah ketika bersolat, dengan niat hendak menginjak dan menaburkan tanah ke wajahnya, namun usaha Abu Jalal gagal, setelah dirasai ada Parit berapi diantara Rasulullah dengannya, menyebabkan Abu Jalal cabut lari. Kemudian Rasullah bersabda:”Andaikata Abu Jalal mendekatiku, maka pasti ia akan disambar anggota tubuhnya satu persatu oleh Malaikat”

(10)Pembunuhan
Terdapat kisah para sahabat dari keluarga Yassir dan keluarga Amar..yang dibunuh kerana enggan menukarkan agamanya… kembali kepada agama nenek moyangnya. Satu pengorbanan yang tinggi nilainya…demi mempertahankan aqidah, demi Allah mereka ini sanggup menghadapi ujian berat ini.

(11)Propaganda
Satu usaha dari kaum Quraisy bagi menghalang kaum muslim yang berhijrah sementara di bumi Habsyah, dibawah Raja An Najasyi..bagi menaburkan fitnah agar Raja tersebut dapat dipengaruhinya dan membawa pulang tawanan (orang Islam) ke Mekah, namun atas rahmat Allah, usaha itu ternyata gagal.

(12)Pemboikotan
Satu perjanjian diantara kaum Quraisy yang bersetuju memboikot (memulaukan) kumpulan orang Islam, hal ini berlangsung selama 3 tahun lamanya. Ketabahan mereka diuji lagi. Disinilah ujian kelaparan dan kebuluran diuji. Pemulauan itu dihentikan setelah surat perjanjian itu habis dimakan anai-anai.


(13)Pujuk rayu

Dakwah Rasulullah sering dilindungi oleh Abu Mutalib, bapa saudara Rasul. Abu Mutalib mengasihi Rasulullah dan begitu juga sebaliknya. Atas desakan para pembesar Kaum Quraisy kepada Abu Mutalib, agar memujuk rayu kepada Rasulullah agar memberhentikan usaha dakwahnya, pada awalnya Abu Mutalib terpengaruh juga dengan desakan para pembesar Quraisy itu. Lalu Abu Mutalib memanggil Rasulullah ke rumahnya dan memujuk rayu agar memberhentikan usaha Dakwah baginda. Rasulullah termenung seketika, kemudian baginda bersabda,”Wahai Bapa Saudaraku, Demi Allah, sekalipun mereka (para musyrik) meletakkan matahari disebelah tangan kananku dan bulan disebelah kiriku, agar mengharap ku memberhentikan dakwah ini, sekali-kali tidak aku tinggalkan urusan ini. Sehingga Allah menampakkannya (memberi kemenangan) atau aku dibinasakan dalam mengerjakan urusan agama ini. ”.

Namun usaha pujukan ini tidak berjaya, memandangkan Abu Mutalib membenarkan atau membiarkan dakwah Rasulullah berlangsung. Sebenarnya Abu Mutalib amat menyayangi Rasulullah, Kemudian para pembesar menawarkan kepada Abu Mutalib seseorang pemuda tampan (bernama Umarah) untuk menggantikan diri Rasulullah dan diambilnya selaku anak saudaranya dan menyerahkan Rasulullah kepada kaum Quraisy untuk dibunuhnya namun Abu Mutalib menolaknya. Katanya,”Celaka kamu ini (para musyrik), kamu menyuruh aku membela anak saudara kamu dengan memberi makan dan minum, sedangkan anak saudaraku kamu membunuhnya, tidak sekali-kali aku menyerahkan Muhammad kepada kamu”.

(14) Tawar menawar
Hasil dari pakatan para pembesar kaum Quraisy, mereka berbincang dengan Nabi saw bahawa kaum Quraisy sedia memasuki Islam selama seminggu dan kaum muslimin memasuki agama mereka selama seminggu dan seterusnya..Tawaran itu ditolak oleh Rasulullah……

Kemudian mereka menawarkan Ahli tabib sekiranya Rasul memerlukan rawatan atau Pangkat sekiranya Rasul memerlukannya atau perempuan sekiranya Rasul menghendakinya ataupun Wang/harta sekiranya Rasul maukannya dengan syarat Rasulullah mesti meninggalkan usaha-usaha Dakwahnya…Namun Rasulullah tetap menolak segala tawaran itu.

(15) Ujian kesedihan
Tahun kesedihan Rasulullah iaitu kehilangan orang yang disayangi, Abu Mutalib dan Khalijah..kedua-duanya adalah pelindung dan mendorong bagi diri peribadi Rasulullah.
Sejak kematian mereka yang disayangi itu, keganasan kaum Quraisy menjadi-jadi.
Tekanan emosi dan fizikal kepada orang Islam akan diperhebatkan lagi.


(16) Pengorbanan harta
Harta benda para sahabat terpaksa ditinggalkan setelah berhijrah ke Yatrib. Mereka berhijrah tanpa membawa harta yang banyak.


(17)Menghalangi Penghijrahan dan Berusaha Membunuh
Pakatan Kaum Quraisy, mengepung rumah Rasulullah sepanjang malam dengan tujuan akan membunuhnya pada keesokan paginya, namun usaha ini gagal. Kemudian mereka menawarkan kepada penduduk sekitarnya sekiranya dapat menangkap atau membunuh Rasulullah, dengan ganjaran 100 ekor unta. Penderitaan Rasulullah berserta Abu Bakar mengharungi perjalanan hijrahnya banyak liku-likunya. Mereka berdua bertahan selama 3 Hari di Gua Thur bagi memastikan keadaan stabil.

Terdapat kisah Abu Bakar menahan bisa setelah dipantuk seekor ular,namun Abu Bakar tidak mengejutkan Rasulullah yang sedang tidur atas ribanya, sehinggalah baginda terjaga setelah air mata Abu Bakar menitis ke muka Rasulullah. Kemudian Rasulullah merawatnya.

Setelah keadaan kembali aman, mereka berdua berjalan menuju ke Yatrib (madinah).
Namun mereka berdua dikejar oleh seorang pemuda bernama Suraqah, dalam sebuah kampung. Suraqah asalnya berniat untuk membunuh Rasulullah terbantut setelah ia terjatuh 3 kali semasa mengejar Rasulullah bersama Abu Bakar. Akhirnya Suraqah memeluk Islam, setelah melihat kebesaran Allah dan kemenangan di pihak Rasulullah.

Liku-liku perjuangan Rasulullah SAW- Kesimpulan

Lihatlah, hayatilah liku-liku perjuangan Rasulullah, bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukannya. Firman Allah:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (Cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman bersamanya:”Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat” [Qs Al Baqarah:214]

Rasulullah, adalah kekasih Allah….beliau diuji dengan bermacam-macam ujian.
Kita pula umatnya, tidak semestinya/belum tentu kita akan menjadi kekasih Allah…tapi kita berasa senang lenang dengan kehidupan dunia ini….ketawa dan bersuka ria bersama keluarga dan sahabat handai….sedangkan Rasulullah bersusah payah menegakkan Kalimah Allah ini. Kemudian dikalangan kita ada yang mengakui bahawa ahli syurga, melakukan ibadat statik di surau dan masjid….sedangkan Rasulullah kekasih Allah itu luka parah dalam usaha dakwahnya.

Sebenarnya layak ke kita memasuki syurga nanti…????. Dengan usaha kita semacam ini mampukah kita nanti….?? Sedangkan kemungkaran bermaharajalela dihadapan mata kita…banyak lagi perintah Allah kita tidak dapat laksanakan lagi.

Berlangsungnya undang-undang sivil. Berlangsungnya Demokrasi, berlangsungnya ekonomi kapitalis, PBB, pendidikan sekular, gejala sosial dan kemaksiatan, pepisahan agama dari kehidupan, pemikiran jumud tentang Islam serta bersikap lemah-berserah kepada keadaan dan mengikuti arus masyarakat yang rosak dan tidak mau menjadi orang yang asing. Tidak mampu bangkit, ditakuti dicela nanti.
Tiada menghiraukan nasib saudara seIslam yang dipanggang oleh musuh Islam, tiada memikirkan permasalahan umat Islam yang berlaku dalam negara ini maupun diluar negara ini.

Dengan redhanya, dengan relanya bahkan mempertahankan semua sistem kufur seperti diatas tanpa memahami titik asalnya berasal dari Orang Kafir.

Marilah kita bersama-sama menegakkan negara Islam seperti mana jalan-jalan yang ditempuhi oleh Rasulullah dan para sahabat. Sepertimana firman Allah yang mengingatkan kita ini:
“Katakan,”Inilah jalanku , Aku (Rasulullah) dan orang yang mengikutiku mengajak/berdakwah (kalian) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang yang musyrik” [Qs Yusuf;108]