Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Monday, November 15

Mencari Erti Kehidupan


Tanggal 15.6.2010 penulis memulakan pekerjaan baru di sebuah syarikat swasta di kawasan Sungai Petani,Kedah setelah 3 bulan berpenat menjalani kursus pekerjaan di Bukit Mertajam,Pulau Pinang. Dengan jawatan sebagai
Chemical Engineer di sebuah syarikat pembuatan alat perubatan ini penulis mula membuat perancangan masa depan melihat kepada gaji yang ditawarkan agak berpatutan dengan penat lelah berkursus selama 3 bulan. Pada hemat penulis,rezeki di sinilah merupakan langkah pertama penulis membina sebuah kehidupan yang mana ianya amat berhajat kepada pengurusan yang teratur dan perancangan yang teliti.

Penulis mula bertugas pada hari pertama iaitu hari Selasa di bahagian Anodizing,iaitu salah satu bahagian yang mana produk-produk yang baru sampai akan melalui proses dying, testing material, anodizing, neutralize dan penulis terlibat dengan proses pengujian tanki-tanki proses iaitu tanki asid,alkali,air dan neutral. Setiap hari penulis akan masuk makmal kimia untuk menjalankan acid and alkaline titration dan juga water calibration. Inilah tugas harian penulis sebagai Jurutera selama beberapa bulan di situ. Alhamdulillah dengan pekerja-pekerja di situ amat baik hubungannya dengan penulis seperti technician, supervisor, operator dan juga clerk menjadikan penulis sentiasa ceria dan semangat bekerja di situ.

Namun, di sebalik awan yang mendung itu rupanya ada langit gelap yang datang membawa kilat sabung menyabung, petir kuat berdentum. Penulis diuji dengan seorang rakan sejawatan yang hanya dikenali sebagai S.syukur penulis mampu bersabar selama beberapa bulan di situ. Sebenarnya ada seorang engineer S ini di makmal itu yang sangat tajam lidahnya berbicara sehingga tidak dinafikan kadang-kadang membuatkan penulis menangis dan bertanya kepada diri penulis,’ adakah betul tindakan aku ini? Sampai bilakah harus aku bersabar?’. Penulis melalui hari-hari dengan hanya bertawakal kepada Allah. Hampir setiap hari penulis dimarah, diejek dan diherdik dek kerana tersilap baca thermometer, basuh bikar tidak betul, salah menulis report, goncang bikar larutan terlalu perlahan dan kesilapan-kesilapan kecil yang lain.

Dengan kelulusan yang dimilikinya lebih tinggi dari penulis tetapi sama gaji yang dibayar mungkin juga menjadi persoalan kepada ketidakpuasan hatinya sehingga setiap kesalahan penulis dalam hal-hal yang remeh sentiasa menjadi sebab untuk beliau memarahi penulis. Penulis masih lagi ingat pada hari pertama kami sama-sama masuk kerja. Penulis tidak ingat lab procedure, lalu apabila ditanya kepadanya bagaimana proses ini? S terus marah bertubi-tubi dengan pelet utaranya,’hang ni tak layak jadi pemimpin! Benda mudah macam ni pun hang tak boleh handle! Lembap! Apalah lelaki macam ni!’ penulis hanya diam tidak terkata walaupun sepatah. Memang salah penulis tidak menulis tetapi mengapa marahnya luar biasa sekali seolah-olah ada sesuatu yang lain sememangnya beliau tidak puas hati?

Penulis terus pergi solat dhuha dengan berdoa sambil menangis. Setiap kali berdoa penulis akan bertanya kenapa aku diberi ujian sedemikian rupa ya Allah. Adakah aku salah atau bala buatku? Selepas solat penulis menghantar mesej kepada kakak penulis yang lebih memahami hati perempuan.’kak,nok tanyo mu sket nih.ado sorang budok tino tepak adik kijo ni dok mugheh sokmo,maki hamun ikut dan joh.adik raso xtahan dahni.kalu adik boh sedas gumano,buleh dop?’ penulis cuba bertanyakan pendapat untuk menghilangkan rasa sedih dan tidak maya di hati ini. Kakak penulis menjawab,’heh.. mu jangan dok wak kijo gilo tuh. Mu tu orang reti ugamo,keno pike molek2. Jangan jadi ilmu tu fitnah ko mu. Sabar banyak2,sebab tu tuhan beghi akal lebih ko orang laki.’ Hatiku beransur tenang dengan suntikan nasihat yang berguna dari kakak.

Penulis teringat nasihat seorang ahli hikmah yang masyhur bernama Luqman Al-Hakim. Nasihat beliau kepada anak-anaknya dirakamkan oleh Allah di dalam surah Luqman,

‘dan bersabarlah wahai anakku dengan segala ujian yang menimpamu,kerana sesungguhnya yang demikian telah termaktub di dalam urusan taqdir’ (Luqman 31 : 17)

Manusia ini sangat lemah, termasuk diri penulis. Kadang-kadang hati ini teramat berat menerima ujian ilahi, sedangkan taqdirNya tidak pernah menyalahi dari satu hikmah yang besar. Dia jauh lebih mengetahui setiap sesuatu. Hal ini jugak mengingatkan penulis satu ayat dalam surah Al-Baqarah,

‘boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal tidak baik bagi kamu.sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui’.(Al-Baqarah 2 : 216)

Justeru,sabar adalah kunci manakala doa adalah senjatanya. Suatu hari dengan izin Allah,seorang operator nampak yang dia sedang memarahi penulis. Lalu terjadilah satu bualan di dalam department itu. Ada seorang operator yang penulis memanggilnya dengan nama Y. dia bertanya kepada penulis,’awat dia dok marah hang suka2 hati ja? Awat,dia gheja sini lama sangat dah ka sampai boleh marah orang macam tu?’. Penulis cuba back up,’xpalah kak,dia rasa senang lagu tu..biaq p la.’ Hari demi hari nama dia disebut-sebut di kalangan pekerja-pekerja. Sehinggakan ada kawan-kawan suruh penulis penampar sahaja,biarkan dia serik dan sedar dengan kesombongannya. Tetapi,dengan secebis ilmu di dada ini penulis mampu beza di antara hak dan batil. Penulis cuba bersangka baik dengan dia,mungkin di rumah S terlalu tension atau hatinya sakit dengan sesuatu seperti cemburu gaji S sama dengan penulis sedangkan kelulusannya tinggi atau juga sebab-sebab lain. Inilah namanya rezeki.

Penulis teringat satu sirah di mana ada seorang sahabat ini beliau tertekan dengan perangai isterinya yang suka marah dan maki hamun beliau. Lalu beliau pun pergi ke rumah khalifah Umar untuk meminta nasihat. Apabila beliau menjejak kaki di pintu rumah khalifah itu beliau terdengar isteri khalifah itu membebel dan mengherdik kepada khalifah. Lalu beliau pun berpatah balik, tetapi kedatangan beliau disedari khalifah lalu khalifah memanggilnya dan bertanya apa hajatnya kedatangan beliau. ‘aku datang untuk meminta nasihatmu kerana isteriku selalu memarahiku,tetapi bila aku sampai di rumah khalifah rupa-rupanya khalifah yang tegas seperti kamu juga berdiam sahaja apabila dimarahi.sebab itulah aku pun pulang kerana nasibmu juga seperti aku’,kata beliau. Lalu dijawab khalifah Umar,’aku berdiam bukan kerana takut tetapi aku memikirkan terlalu banyak pengorbanan mereka. Mereka mengandungkan anak, melahirkan anak,menyusu dan membesarkan anak. Mereka juga membasuh pakaian kita, menyediakan makan minum buat kita. Maka apakah salahnya mereka marah kita kerana terbeban dengan kerja-kerja rumah. Mereka lebih bersabar dari kita.’

Subhanallah,rupanya terlalu sedikit ujian yang penulis terima ini. Alangkah mulianya orang yang bersabar ini. Nabi SAW bersabda,’cabang iman yang paling besar ialah sabar,manakala ratingnya yang paling kecil ialah membuang benda yang menghalang lalu lalang orang’. Inilah fasa yang lazimnya akan dilalui setiap orang. Cuma kadarnya sahaja yang berbeza mengikut tahap keilmuan seseorang. Baginda pernah disimbah najis oleh orang yahudi, pernah dilempar tahi ketika solat, diancam bunuh oleh musyrikin makkah, dipulau jual beli dengan Bani Hasyim selama 3 tahun dan banyak lagi ujian-ujian yang Allah berikan kepada baginda. Allah tahu, baginda selayaknya menerima ujian sehebat itu. Bayangkan jika kita di tempat baginda, sudah pasti berperang, bergaduh, putus persaudaraan dan sebagainya. Inilah yang dikatakan Keadilan Allah SWT.

Sebenarnya sudah banyak kali penulis melihat kesalahan-kesalahan S di makmal, bahkan ada juga salahnya yang sangat sirius seperti menumpahkan asid di dalam makmal. Walaupun insiden itu berlaku betul di depan mata kepala penulis, tetapi penulis tidak pernah langsung memarahinya kerana penulis merasakan yang S juga manusia biasa yang lemah. Beginilah senario kehidupan, manusia kadang-kadang amat sukar menilai dirinya tetapi amat mudah mencari kesilapan orang lain tanpa memikirkan fitrah dan hakikat kemanusiaan yang penuh dengan kekurangan. Jadi,berhati-hatilah dengan kehidupan ini kerana di dalamnya ada 1001 macam ujian yang datang silih berganti tanpa mengenal erti penat dan lelah. Penulis cuba meneruskan perjalanan dalam mencari erti kehidupan ini di sini. Hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan akhirnya penulis diberi anugerah pertolongan yang terlalu besar iaitu penulis mendapat tawaran bekerja di sektor kerajaan. Alhamdulillah segala pujian buat Allah Maha Agung.

Allah sangat hebat kan, Dia Maha Memahami perasaan dan penderitaan hambaNya. Setelah Dia menguji penulis dengan kesakitan rohani, akhirnya Dia memberi nikmat yang berlipatkali ganda nilainya daripada sedikit kesakitan sebelumnya. Genap 4 bulan setengah,pada 9.9.2010 penulis dapat tawaran berjaya temuduga di Kementerian Pertahanan Malaysia sebagai Penolong Jurutera Kimia (Chemical Assistant Engineer). Sebenarnya dalam diam-diam bekerja di situ penulis dipanggil ke temuduga pada 27.07.2010 di SPRM Pulau Pinang. Inilah yang penulis ingin mengutarakan kepada pembaca Perjalanan Ubudiyyah semua bahawa dalam hidup ini amat memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mencari erti kehidupan……

(insyaAllah coretan akan datang penulis akan menceritakan pengalaman di tempat kerja baru pula..)


penulis ialah Pen.Jurutera Kimia di STRIDE

Monday, November 8

Perjalanan Ubudiyyah kembali......


Assalamualaikum kepada semua teman-temanku....

Lebih kurang 5 bulan jari ini kaku tidak mencoret sesuatu,hati sunyi tanpa menyuara,otak beku tanpa memikirkan apa-apa,lidah kelu tidak berkata-kata.mungkin inilah perasaan yang mampu penulis andaikan setelah berbulan-bulan penulis menyepi jauh dari ruangan perjalanan ubudiyyah ini.semoga ruangan ini kembali bersinar dengan pancaran ketaqwaan dari sebuah hati yang sedang mencari cinta ilahi.

Mungkin kali pertama ini penulis tidak bercadang untuk memulakan kata bicara lagi kerana jari penulis masih lagi kaku menekan keyboard ini setelah lama bermujahadah mencari ketenangan.sebenarnya penulis menghadapi masalah teknikel dengan blog ini iaitu penulis "forgot password" untuk log in.dek kerana terlalu lama tidak log ini hanya sekadar buka dan baca sahaja.

Tapi hari ini entah bagaimana tiba-tiba penulis kata kunci lantas cuba log ini akhirnya Alhamdulillah dengan izin Allah penulis dapat kembali bersua di pentas penulisan ini.insyaAllah untuk tajuk akan datang penulis akan menceritakan pengalaman dan pengembaraan penulis selama lebih kurang 5 bulan di "perantauan ubudiyyah "ini.

sekian.

Mohd Fahimi Bin Zakaria
Penolong Jurutera Kimia
Caw.Sokongan Sains & Teknologi (SST)
Bah.Teknologi Perlindungan & Biofizikal (BTPB)
Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE)
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kompleks Induk,Kajang.

Saturday, May 29

Ujian Allah Mencari Orang Yang Sabar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Wahai org yg beriman!mintalah pertolongan utk mghadapi susah payah dlm mnyempurnakan sesuatu perintah Allah dgn sabar dan mendirikan sembahyang keran Allah itu Penolong bg org2 yang Sabar"(Al-Baqarah 1:153)


"Demi ssgguhnya kami menguji org2 yg Sabar itu dgn sedikit perasaan ketakutan,kelaparan,kehilangan hrta benda dan orang tersayang dan hasil perusahaan.khbarkanlah Muhamad berita gembira ini kpd mereka yg bersabar"(Al-Baqarah 1:155)

"orag2 yg bersabar itu ialah mereka yg apabila ditimpa dengan ujian maka mereka akan berkata,'ssgguhnya kita milik Allah dan kepada Allahlah kita akan dikembalikan'.mereka ini beroleh Rahmat dan Kebaikan dr Allah serta mereka itulah org2 yg mndapat petunjuk".(Al-Baqarah 1:156-157)

"Adakah patut kamu menyangka bhwa kamu akn masuk syurga padahal kamu belum kpd ujian dan cabaran yg telah sampai kpd org2 terdahulu drpd kamu?mereka telah ditimpa kemiskinan,penyakit serta ancaman musuh shgga mereka berkata,'bilakan akan dtg pertolongan Allah?',katakanlah olehmu bhwa pertolongan Allah itu sgt dekat asalkan kamu bersabar dan istiqamah mmegang agama Allah."(Al-Baqarah 1:214)

"dan siapa yg berserah diri bulat pd Allah dan berusaha melakukan kebaikan maka ssgguhnya dia telah berpegang pd satu tali yg sgt teguh dan utuh kerana ikhlas melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.dan ingatlah Allah itu kesudahan segala urusan."(Luqman 31:22)

"Dan tidaklah sama antara kebaikan dgn kejahatan itu.tolaklah kejahatan itu dgn cara yg baik.boleh jadi org yg bermusuh denganmu itu akn berbaik semula seperti sahabat karib".(Fussilat 41:34)

Alhamdulillah dapat saya coret sedikit luahan hati dalam bentuk tulisan ini.ayat-ayat di atas sempat saya semak selepas subuh tadi sebagai sumber kekuatan diri kita dalam kita mengharungi mehnah dan masyaqqah hidup sebagai hamba AllahSWT.memang tidak lari kita dari ujian Allah kerana itulah kita diciptakan.apakah kita layak untuk menjadi hambaNya yang sabar jika sebesar biji sawi ujianpun sudah kita mengalah.Allah menguji kita dengan pelbagai bentuk dan keadaan.sedarkah kita ujian yang silih berganti ini sebenarnya Dia ingin membersihkan diri kita dari dosa-dosa yang kita sedar atau pun tidak.justeru,saya memaparkan beberapa hujah penting berdasarkan dalil-dalil di atas tentang bagaimana hidup ini yang kita katakan satu ujian.

ayat yang pertama hingga keempat di atas ialah berkenaan perihal orang-orang yang sabar.di dalam keluarga penulis sendiri ujian dalam bentuk kekeluargaan juga tidak terlepas.ada yang bergaduh sehigga hampir-hampir terputus hubungan suami isteri,ada yang berselisih faham dengan ibu bapa sehingga bertahun-tahun tidak pulang ke rumah ziarah dan sebagainya.jadi bagaimana jika kita yang menjadi adik,abang atau kakak dalam keluarga untuk terus kuatkan diri dalam suasana sebegini rupa?sudah pastilah di sini ilmu kesabaran dan kehambaan sewajibnya diserahkan sebulat-bulatnya kepada yang Maha Punca kepada semua ini.apakah Allah tidak tahu kesusahan kita?apakah Dia tidak memahami kesedihan kita?jawapannya adalah sedarkah kita siapa di sisiNya?sudah pastilah Dia Maha Layak untuk membuat apa saja ke atas kita kerana Dialah yang akan memilih kita berada di syurga atau neraka.

Ingatkan kita Allah menguji NabiNya Ayub A.S dengan penyakit kusta sehingga semua ahli keluarganya terpisah selama 18 tahun angkara syaitan laknat ini?ingatkah kita Allah uji NabiNya Musa A.S dengan tidak makbul doanya selama berpuluh-puluh tahun?ingatkan kita Allah uji NabiNya Nuh A.S sehingga terpisah dari isteri dan anaknya?dan yang paling dekat dengan kita ingatkah kita Allah menguji kekasihNya Muhammad SAW selama 24 tahun dengan ancaman bunuh,keluarga baginda dipulau,dihina,dibaling najis ketika solat dan sebagainya.dan persoalannya siapakah kita ini yang mahu mempersoalkan semua musibah ini?Allah itu Maha Mengetahui,dan tentulah setiap ujianNya dalam had kemampuan kita.Allah telah menyebut dalam kitab RasulNya yang Dia akan menguji kita dengan Anak isteri,keluarga,sanak saudara,sahabat dan teman sepermainan untuk melihat sejauh mana kita bergantung dan berserah kepada taqdirNya yang sangat halus dan teliti.

Bersabarlah duhai insan yang lemah sesungguhnya dirimu sangat tinggi jika kamu beriman.inilah nilainya sebuah keimanan yang dijamin oleh AllahSWT.pilihlah iman nescaya kamu selamat dan janganlah memilih nafsu kerana sesungguhnya dia sentias menyeru ke arah kemungkaran dan permusuhan.apa yang terjadi kepada Rasul,Nabi,Ulamak dan orang-orang salih kerana kekejaman syaitan terlaknat ini.dialah yang meniup penyakit hati seperti ego,sombong,buruk sangka dan sebagainya.kuatkan dirimu insan semoga Allah bersama dengan orang-orng yag bersabar sepertimu insyaAllah.kehidupan dan kematian ini adalah ciptaan Allah untuk menguji siapakah di anatara kita yang paling baik amalannya.kita baru di peringkat yang pertama dan tahap ujian kita ini barangkali yang paling ringin.hari esok,lusa dan seterusnya bakal menjadikan kita sebagai medan tarbiyyah Allah untuk hambaNya yang beriman dan bersabar.

Dan ayat yang kelima itu tentang pentingnya sebuah keyakinan kepada AllahSWT.jika difikirkan sejenak,adakah sebelum ini kita wujud?siapakah yang mewujudkan kita?apa tujuan kita diwujudkan.kesemua persoalan tauhid ini harus difahami dari sudut kehambaan atau pun ubudiyyah.sudah pastilah penciptaan ini bertujuan membuktikan Maha Besar dan Agongnya Pencipta kewujudan ini.justeru,adakah salah jika Dia ingin menguji kita untuk melihat siapa yang paling bersyukur dengan nikmatNya dan siapa paling bersabar dengan musibahNya?tidak kan,maka inilah kekuatan kepada sebuah keyakinan.yakinlah Allah itu yang mengatur segalanya.Allah menyediakan kita dua jalan sama ada jalan Dia atau pun Syaitan terlaknat.jika kita pegang jalanNya maka kita akan selamat dari segala ujian hidup,kesedihan dan kesusahan tetapi jika kita memilih jalan syaitan maka bersedialah kita untuk meninggikan keegoan kita,bermusuhan dengan manusia,mengumpat sana sini dan menaruh perasaan buruk sangka sesama manusia.

Ayat yang terkahir.ketahuilah yang kebaikan itu tidak sama kedudukannya di sisi AllahSWT.kita tidak dapat melarikan diri dari kejahatan sama ada sedar atau tidak namun kejahatan seharusnya ditolak dengan cara yang paling baik kerana syaitan akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan hal yang remeh temeh terus sehingga sirius dan terkuburnya sebuah kasih sayang dan hubungan silaturrahim sesama makhluk.maka ingat berwaspadalah duhai insan dengan tipu daya syaitan ini.jika kamu memilih nafsu sebagai jalan penyelesaian maka ikutlah kamu dengan syaitan ini.mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat daripada ujian yang mematangkan ini insyaAllah...

mohfaz88.

Renungan Buat Hawa

"seindah-indah kehinaan dunia ialah wanita yang solehah"




"sebesar-besar fitnah dunia ialah wanita"














"wanita berniqab apabila fitnah yg lebih besar pada wajahnya dan pandangan laki2 padanya"


Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,

Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa, tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.




Jangan Hawa ,

Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa

Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,

Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


mohfaz88

Saturday, May 8

Tadhiyah Fil Mujahadah


“Tadhiyyah Fil Mujahadah” bermaksud “berlapang dada dalam perjuangan” ini sangat luas makna dan keperluannya. Dalam Islam sifat ini sangat penting untuk dimiliki oleh seseorang muslim itu kerana ianya akan melatih kita menjadi hamba AllahSWT yang bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang diberikan oleh AllahSWT. Justeru jika kita tidak ada sifat ini maka akan mudah tercetusnya persekengtaan dan ketidakpuasan hati kepada sesuatu ketetapan AllahSWT. Maka tidak mustahillah bilamana berlakunya dengki, hasad, cemburu dan musuh memusuhi antara satu sama lain. Hal ini kerana manusia yang diciptakan dengan berbekalkan nafsu dan akal. Bilamana manusia gagal menjadikan hati sebagai pemandu yang baik maka di saat itu nafsu akan berperanan sebaik mungkin.

Alangkah manisnya jika kita menghayati dan memahami firman AllahSWT dalam Suroh Al-Baqarah pada ayat 216 yang bermaksud ;

“Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu. AllahSWT Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”

Ayat dalam suroh pertama Al-Quran di atas sudah cukup untuk kita memahami betapa AllahSWT Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya yang diciptakan dengan Qudrat ZatNya yang Maha Agong. Dalam Ilmu Fiqh,Ulamak menyebut Al-Quran ini bersifat “khusus pada maksud tetapi umum pada makhluk”. Apa yang dimaksudkan dengan khusus pada maksud ialah bagaimana AllahSWT mewajibkan perintah berperang ke atas orang-orang Islam apabila kemuliaan Islam dicabar. Manakala yang dikatakan umum pada makhluk ialah kegunaan ayat ini bukan sahaja untuk rujukan di zaman Nabi SAW dan para sahabat malah fungsi dan manfaatnya sepanjang zaman sehingga kiamat kerana Kitab ini merupakan Mukjizat Agong kepada junjungan besar NabiSAW.

Dalam Kitab Risalah Ta’lim,As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyebut secara jelas kedudukan sifat ini dalam Bab Rukun Baiah (fil babil rukni asyrin) iaitu “serendah – rendah ukhwah ialah berlapang dada dan setinggi-tinggi ukhwah ialah ithar (mengutamakan sahabat melebihi diri sendiri )”. Dalam konsep ini sifat berlapang dada amat dituntut agar gerak kerja Islam itu tidak bercampur aduk antara ikhlas dan hasad. Sememangnya manusia ini lemah, kadang-kadang kita berputus asa kerana tidak dapat apa yang dihajati samada target pencapaian peperiksaan,Sesuatu program gagal mencapai matlamat dan sebagainya. Maka perkara ini seharusnya dihitung semula bagaimana tahap keyakinan dan kesyukuran kita kepada AllahSWT. Tidak terkecuali juga di mana ada sebahagian kita yang kecewa kerana gagal mendapat wanita pilihannya,tidak kaya seperti jiran sebelah rumah dan cemburu dengan kesenangan orang lain.

Bagaimana kehidupan kita yang berpaksikan kepada sifat-sifat mazmumah yang sentiasa tidak senang dengan kejayaan manusia lain. Perkara ini seharusnya berbalik kepada firman AllahSWT dalam Surah Al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud ;

“Patutkah manusia ini menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?”

Ulamak Mufassir menafsirkan ayat ini dengan makna “orang-orang Islam tidak cukup dengan hanya beriman dan mengaku menjadi Islam sahaja, tetapi hendaklah mereka sabar dan tabah hati menerima ujian sama ada ujian itu berupa perintah agama yang wajib dilaksanakan atau larangan agama yang wajib dijauhi atau berupa kesusahan dan musibah yang menimpa diri dan harta benda. Dengan ujian yang demikian mereka akan memperolehi pahala disebabkan kesabaran dan dengan ini ternyatalah bezanya antara orang-orang yang beriman dan orang-orang yang fasiq. “ Inilah nilai sebuah Tadhiyyah dalam kehidupan seseorang muslim lebih-lebih lagi mereka yang berada di dalam medan perjuangan betapa pentingnya kita bersangka baik kepada AllahSWT dalam apa jua yang diberikan.

Manusia ini akan mula bercinta dengan AllahSWT tatkala hati mereka meletakkan sepenuhnya keyakinan kepada AllahSWT dalam segenap kehidupan. Jika AllahSWT taqdirkan miskin untuk mereka maka miskin itu baik disisi AllahSWT,jika ditaqdirkan gagalkan dalam peperiksaan maka gagal itu baik disisi AllahSWT, jika orang yang tidak disukai sebagai pasangan hidup maka orang itu baik disisi AllahSWT dan begitu juga jika ditaqdirkan orang dicintai bukan pasangan hidup maka itu juga baik disisi AllahSWT. Justeru,inilah apa yang dikatakan berlapang dada dalam setiap pemberian AllahSWT. Kita hendaklah yakin bahawa sesuatu itu terjadi dengan penelitian dan pengkajian yang tepat dari yang Maha Bijaksana insyaAllah.

Bagaimana pula sifat berlapang dada ini perlu dalam sesebuah organisasi atau tanzim? Adakah hanya ahli bawahan sahaja perlu berlapang dada? Jawabnya setiap manusia yang mempunyai hati dan perasaan mestilah memahami maksud ini dengan luas. Dalam Al-Quran AllahSWT menceritakan satu peristiwa bagaimana AllahSWT menegur NabiSAWdi atas kesilapannya apabila baginda tidak melayan seorang sahabat yang bernama Abdullah Ibnu Makhtum ketika baginda sedang bermesyuarat dengan para pegawai-pegawai kerajaan Madinah. Ini kaedah bagaimana AllahSWT menegur baginda melalui Surah Abasa ayat 1 hingga 3 yang bermaksud;

Ia memasamkan muka dan berpaling (1) Kerana ia didatangi orang buta(2)Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)!(3)”

Intipati daripada Surah ini ialah bagaimana AllahSWT menegur NabiSAW dalam keadaan baginda seorang Nabi dan Rasul. Kadang-kadang dengan berlapang dada ini akan menjadikan gerak kerja organisasi itu akan bertambah baik dan lancar. Malangnya kita merasakan berat untuk menerima teguran dan kritikan orang bawahan dan kita hanya merasa selesa dengan menegur orang bawahan. Maka inilah indicator besar yang menyumbang kepada hancurnya sesebuah organisasi apabila adanya sifat-sifat mazmumah dalam hati-hati ahli dan pimpinan yang mana hanya nampak kesilapan orang lain. Dan pada yang sama kefahaman tentang konsep ini haruslah diaplikasikan pada tempat dan keadaan yang betul. Kerana ada sebahagian kita yang salah faham tentang tafsiran berlapang dada ini apabila mereka terlalu ingin menjaga hati sahabat-sahabat sehingga meredhai maksiat dan kesilapan sahabat kita.

Misalnya seorang ahli organisasi dilihat seperti bercouple. Sebagai seorang ahli yang merasakan tanggungjawab besar sebagai seorang pendakwah sewajarnya melihat isu ini satu pendekatan untuk menyelamatkan nasib sahabat ini. Bukan dengan membiarkan dia terus menerus dengan maksiat itu dengan hanya berkata “berlapanglah dada, kita jaga hati-hati sahabat”. Inilah sebenarnya bukan sahabat tetapi syaitan yang berwajahkan pendakwah ataupun lebih dikenal sebagai pendakwah suk (jahat). Oleh itu, jika kita sayangkan sahabat dan organisasi maka kembalilah kita kepada ajaran Islam supaya kita bukanlah menjadi asbab kepada kehancuran jemaah kelak. Ingatlah firman AllahSWT dalam Surah Saff ayat 4 yang bermaksud ;

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”

Ayat ini menunjukkan betapa AllahSWT menuntut kita supaya berusaha memelihara barisan organisasi kita agar sentiasa dikasihi AllahSWT. Bilamana ada dikalangan kita yang menutup mata bagi membenarkan kesilapan sahabat maka kita akan dibenci oleh AllahSWT. Biarlah kita dicela manusia dengan ketegasan kita kepada kebenaran dan hak demi memastikan kesinambungan gerakan kita sentiasa diberkati AllahSWT. Benar tetap benar dan juga sebaliknya. Jika kita pemimpin kepada sesebuah organisasi maka kita dituntut agar lebih berlapang dada daripada ahli-ahli bawahan kerana AllahSWT sayangkan pemimpin seperti ini di mana sentiasa menghitung diri. Tetapi jika kita sombong dan ego untuk menerima kritikan orang maka kita tidak akan Nampak kelemahan kita bahkan sampai bila-bila pun kita akan merasakan kita benar dan hebat. Natijahnya apabila kita berada pada tempat ahli bawahan nanti bila pandangan kita tiada nilai.

Hari ini, masalah besar dalam system organisasi islam ialah apabila naik golongan-golongan yang tidak memahami agama sebagai pemimpin. Golongan inilah akan memandai-mandai dalam olah mengolah kaedah sehingga sanggup membenarkan kesilapannya yang jelas dilihat salah. Inilah yang dikatakan oleh AllahSWT dalam Surah Luqman yang bermaksud ;

“Dan ada di antara manusian yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.”

Golongan inilah yang diberi amaran oleh AllahSWT betapa bencinya AllahSWT kepada pemimpin-pemimpin yang menjual ayat-ayat Al-Quran untuk menjaga kesalahannya daripada pengetahuan ahli-ahli bawahan. Mereka ini sanggup membaca ayat-ayat AllahSWT semata-mata untuk menutup kelemahan diri mereka. Inilah besarnya maksiat dan dosa kepada keberkatan organisasi islam. Jika kita sayangkan organisasi kita maka berlapang dadalah dengan sahabat-sahabat dalam setiap sudut gerak kerja kita supaya segala yang susah akan dimudahkan oleh AllahSWT dengan adanya sifat rendah diri dalam hati kita. Sayangilah organisasi islam yang kita menjadi ahli-ahlinya dengan janji-janji yang kita nobatkan di hadapan AllahSWT. Akhir kata petikan dari sabda NabiSAW yang bermaksud ;

“Tiada ketaatan pada manusia (pemimpin) pada jalan-jalan kemaksiatan(1)”

*(1) kemaksiatan yang dimaksudkan ini termasuklah kelemahan dan kesilapan para pimpinan yang ditutup dengan hujah-hujah palsu yang bertujuan untuk kepentingan peribadi. Inilah hujah-hujah orang munafik.

Wallahualam.

Al-Faqir Ilallah.

http://www.mohfaz88.blogspot.com