Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Sunday, December 27

Pengalaman di Guangzhou

Assalamualaikum WBT.

Semoga semuanya sihat dan masih lagi diberi kekuatan untuk beribadah kepada Allah SWT. Terima kasih kepada pembaca yang setia yang mengikuti arena perjalanan ubudiyyah ini dari awal sehingga hari ini. Kata orang jauh merantau luar pemandangan. Ya memang benar pepatah yang tiada periwayat ini.

Baru hari yang ke-120 saya di Guangzhou tetapi pemandangan dan pengalaman itu manis sekali seperti 4 5 tahun di sini. Walhal baru 4 bulan genap hari ini 27 Disember. Alhamdulillah sementara ada idea ini insyaAllah saya akan berkongsi beberapa catatan pengalaman dalam lingkungan 4 bulan ini. Ini satu perkongsian dengan tulisan sahaja, oleh itu para pembaca seharusnya membaca dengan menjiwai hati dan perasaan penulis ini. Baru feelings will appear as written.

Firstly, baru-baru ini saya ditugaskan membawa pelajar-pelajar Malaysia dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Inilah kata orang sebelum kita berjaya kita wajib gagal dulu sebab kalau tak gagal kita tak akan bertemu dengan kejayaan. Jadi ringkasnya, saya sangat takut untuk bawa mereka sebab saya masih baru di sini dan masih banyak perkara yang tidak tahu termasuklah dengan speaking mandarinnya lintang pukang dan jugak cara nak pergi ke sana. Tetapi dengan keberanian yang Allah beri ini saya cuba memimpin 22 orang pelajar termasuk 2 orang pensyarah seperti mana yang diamanahkan oleh Murobbi kami di sini iaitu Ustaz Mohamad Ibrohim, yang dikenali di Malaysia sebagai Ustaz Mad Cina sebab mukanya 99.9 % macam cina cuma dia pakai kepiah ja.

Yang kedua masalah saya ialah saya kena bawa mereka keluar dari Guangzhou iaitu ke Shenzhen dengan menaiki keretapi 200km/jam. Shenzhen ini adalah satu daerah luar Guangzhou tetapi kedua-duanya masih lagi dalam negeri (wilayah) Guangdong. Cuma Shenzhen ini sempadan antara China-Hong Kong. Maknanya dari Shenzhen kami sudah nampak pergunungan Hong Kong yang cantik sekali. Inilah beberapa masalah yang menimpa saya. Tapi Alhamdulillah sekarang semuanya itu menjadi kenangan yang manis.

Kami pergi ke sana untuk melawati satu tempat yang dikenali sebagai Window Of The World. Di sini setiap monument-monument dan artifak penting di dalam dunia akan dipamerkan dan direplikakan. Ianya meliputi setiap negara-negara di dunia. Terdapat 64 temapat-tempat bersejarah yang dipilih untuk direplikakan di sini. Dan dari 164 ini saya jumpa jugak Malaysia ada satu iaitu Tokong Selinder di Telok Kumbar, Pulau Pinang, Malaysia.

Saya tak dapat nak gambarkan bagaimana menarik sekali tempat ini. Dalam hal ini kami dapat melihat bagaimana Kerajaan China ini cuba memasarkan negaranya di pasaran dunia. Sehinggakan kami dapat lihat bagaimana mereka bersungguh dalam menjayakan business ini samapi ke tahap mereka menyelami dan menerokai setiap negara sebelum sampai ke tahap ini. Dari negara utara dunia sehinggalah ke selatan dan dari timur ke barat dunia. Bak kata orang luar yang berada di sini,kalau orang datang Guangdong wajib datang sini bahkan tidak kurang jugak yang mengatakan Shenzhen antara tempat yang bersih di China. Ya mungkin benar berdasarkan apa yang saya lihat. Di sana udaranya nyaman,lebih-lebih lagi kami melancong dalam musim sejuk jadi kelihatannya lebih menarik dan segar sekali.

Seterusnya kami jugak pergi ke China's Culture and Life. In adalah tempat di mana kita dapat melihat seluruh budaya dan kehidupan masyrakat china yang terdiri daripada 68 wilayah besar. Guangdong salah satu daripada wilayah china, bayangkan Guangdong sahaja lebih besar dari Malaysia dan penduduknya kira-kira 20 juta. Selain itu kami melihat bagaimana bahasa dan loghat mereka sehingga setiap satu wilayah dengan wilayah lain berbeza. Tidak seperti di Malaysia walaupun dielek berbeza di setiap negeri tapi masih boleh difahami jugak.. Sedangkan di China wilayah lain tidak akan faham bahasa wilayah yang lain. Contohnya Xinjiang tak faham bahasa Guangdong, Shanghai tak faham bahasa Yunnan dan sebagainya. Namun bahasa rasminya tetap satu dan sama iaitu madarin (butong hua).

Second,baru-baru ini juga kami menerima tetamu dari Dewan Pemuda PAS Selangor yang terdiri daripada Ketua DPP Negeri, Naib YDP Kaw Gombak, Ketua DPP Kaw Gombak dan beberapa orang AJK Negeri. Mereke datang ke atas jemputan dari Murobbi kami di sini yang jugak bekas Pegawai Penerangan PAS Pusat iaitu Ustaz Mohamad Ibrohim. Sepanjang kehadiran mereka ke sini kami diisi dengan program-program tarbiyah seperti usroh, perbincangan ilmiah yang banyak berkisar tentang masa depan jemaah islam dan halangan-halangan yang diterima mereka ini. Tazkirah yang disampaikan oleh Naib YDP Kaw iaitu Ustaz Zakaria sangat menyentuh hati apabila beliau menyebut tentang kaitan perjuangan islam dengan amanah Allah SWT. Dan ianya akan disoal nanti apakah di dunia ini kita mempertahankan Agama Allah dan Hukum AllahSWT.

Saya kagumi orang-orang seperti berjuang sehingga mempertaruhkan nyawa demi meraih redho Allah. Orang-orang yang mempertahankan Agama dan Hukum ini sangat dimuliakan AllahSWT. Mereka ini orang-orang yang berjuang bersama-sama pemimpin terdahulu jadi mereka lebih memahami selok belok perjuangan dan siapakah orang-orang yang pembelok di dalam islam dan jemaah. Bagi saya,di China ini jugak saya harus bertahan dan berjuang darisegi lain seperti makanan,pergaulan dan budaya orang. Seperti makanan,kami disini sukar sekali untuk mencari makanan yang halal apatah lagi yang ada logo halal seperti di Malaysia,itu jauh sekali. Mungkin ada hikmahnya Allah nak bagi kami banyak berpuasa kot. Walaupun ada kedai-kedai makan di sini yang dimiliki muslim china yang biasanya dikenal sebagai Lamian. Dan jugak restauren-restauren besar muslim kebanyakan dimiliki oleh orang-orang arab khususnya yang menjalani perniagaan di sini.

Sebaliknya seperti makanan dan minuman lain amat sukar diyakini seperti minuman bertin, roti, biskut, coklat dan sebagainya. Ini jugak satu ujian besar buat kita orang islam yang ada pegangan ini. Selain dari itu, memandangkan di luar negara ini kita berhadapan dengan pergaulan bebas remaja-remaja luar khususnya. Seperti di University saya sangat kurang orang-orang china sendiri sebaliknya dari luar negara amerika, eropah,afrika dan arab. Arab sangatlah ramai muslim tetapi ramai mereka bukan membentuk islam tetapi merosakkan agama dan orang lain. Mereka pandai berhujjah dengan Quran dan Hadis tetapi akhlak mereka jauh sekali dari apa yang mereka bacakan itu.

Ada kawan saya dari Syria tak pakai tudung, yang dari Jordan datang kelas pakai seluar pendek dan banyak lagi. Adakah orang-orang sebegini nak diharapkan? Tentu sekali tidak kerana diri mereka sendiri tidak terpimpin.

Hebat sekali ujian hidup ini. Namun apa pun ianya tetap memberi 1001 makna kepada saya bahawa kita sentiasa berhati-hati dengan manusia ini walaupun mereka adalah keturunan Nabi kerana iman itu tidak diwarisi. Ianya adalah hidayah dari AllahSWT. Sewaktu di Malaysia fahaman saya bila orang arab mesti baik sebab mereka faham Quran, jadi tak kanlah mereka masih berani buat dosa.

Sebaliknya bila saya memijak kaki di China rupa-rupanya fahaman itu jauh sekali dari kebenarannya. Inilah apa yang saya lihat dusta dan syaitan besar yang mampu merosakkan manusia serta menghalang peluang manusia untuk mengenali Islam kerana mereka adalah tunuang ilmu dan islam. Saya pernah tegur seorang pelajar dari Palestin ini ketika dia berpegangan tangan dengan pelajar perempuan dari Hong Kong ini. Saya cakap dengan dalam bahasa arab sebab kalau dalam english atau cina nanti perempuan tu faham. Saya kata "Islam mengharapkan kita, jangan lupa tugas kita untuk memberitahu islam dan Allah pada mereka." dan dijawabnya ringkas, "baik2 (ahsan2)".

Inilah sedikit catatan pengalaman yang mampu saya kongsikan bersama pembaca yang budiman sekalian. InsyaAllah jika tidak aral yang melintang tahun depan bulan Mac Perjalanan Ubudiyyah akan kembali berbicara lagi pengalaman di Guangzhou memandangkan penulis akan pulang ke Malaysia selama 2 bulan. Segala pengalaman dan perkongsian ini sentiasa menjadi pembakar semangat kepada penulis untuk terus menimba dan mengaut ilmu sepanjang 5 tahun di China ini.

Coretan ini akan dibacakan semula di hari tua kelak. Hari demi hari masa terus melangkah pergi meninggalkan kita dan masa akan sampai kepada kita bila kita memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Masa yang pergi tak akan patah kembali..kita tidak ada pilihan melainkan harus mengejar masa yang pergi tanpa menoleh agar ianya menjadi alat penghubung kita dengan Allah SWT di akhirat kelak...

Wassalam..

Mujaahadah 4 Bulan di China

Hari ini 27 Disember 2009 genaplah aku di Tanah Besar ini. Alhamdulillah nikmat yang Allah kurniakan ini terlalu besar dan tidak mampu dihitung. Inilah luasnya Rahmat pemberian-Nya yang Maha Berkuasa. Datangnya aku ke sini telah membuka pintu-pintu ilmu dan juga pengalaman di tempat orang. Bagaimana cara hidup mereka, budaya, pembangunan, ekonomi dan amalan harian. Jadi inilah satu nikmat yang aku rasakan ianya perlu dimanfaatkan agar menjadi suatu kenangan manis di masa akan datang.

Tulisan ini juga bakal menjadi bukti pengembaraanku membutuh ilmu di bumi orang di hari kelak. Memang ilmu itu luas sekali dan cabang ilmu itu sendiri berbeza pada keadaan dan hukumnya. Subhanallah inilah Maha Agong Tuhanku yang mencurah segala keperluan insani di setiap waktu dan ketika. Alangkah padahnya jika nikmat ini berhenti pada masa-masa tertentu.

Aku mulakan pena keyboard ini dengan merafakkan segala puji-pujian pada Tuhan yang Esa Allah S.WT. Dengan rezeki yang Kau berikan kepada kami tidak mampu untuk kami balaskan walaupun dengan amalan kebajikan kami sepanjang malam. Namun sesungguhnya iman dan taqwa kami yang hanya Kau mahukan. Kerana itu kami akan dihitung di Mahkamah Agong-Mu akhirat kelak. Kau jangan jadikan kami orang-orang yang menyesal di akhirat nanti kerana itu adalah seburuk-buruk azab buat kami. Justeru, Kau kuatkanlah kami di dunia ini dengan Murooqobah dan Muqoorobah dengan Mu kerana itulah sebaik-baik hamba yang sentiasa berwaspada dengan peringatan-Mu. Ilmu itu sangat sukar untuk diamalkan sepertimana yang dikehendaki-Mu, namun ilmu itulah yang memelihara diri dan iman daripda sambaran api nerakaMu kelak.

Hari ni jugak merupakan 10 Muharrom 1431H. Yang kita kenal sebagai Hari Asyuro,di mana ia berkait rapat dengan peristiwa Nabi Nuh A.S dengan kaumnya di zaman pemerintahan baginda. Apa yang penting bukanlah kisahnya semata-mata tetapi bagaimana kita sebagai hamba yang beriman mengambil iktibaar daripada peristiwa siroh nabawiyyah ini sehingga mambawa kepada kemurkaan Allah Azza Wa Jalla disebabkan kekufuran mereka dengan dakwah yang dibawa oleh Nabi Allah Nuh ini. Tetapi malang sekali orang-orang kita hari ini lebih gemar dengan bubur asyuro mereka dan jugak kenduri kendara tanggal tarikh bersejerah ini. Justeru, mereka tidak akan berpuasa dan beribadat perut. Inilah tarikh yang hanya datang sekali setiap tahun, oleh itu janganlah disia-siakan dengan menidakkan puasa walaupun ianya hanya sunat sahaja tetapi ketahuilah wahai manusia yang pahala dan balasannya Nabi SAW sabdakan ialah mengampukan dosa-dosa kita yang sebelumnya. Maka rebutlah peluang keemasan yang Allah berikan setahun sekali ini. Ingatlah bubur asyuro itu buat hari-hari lain pun boleh.

Sedikit renungan bersama memandangkan tarikh genap 4 bulan aku di sini bersempena dengan tarikh peristiwa Nabi Nuh A.S iaitu 10 Muhaarom. Marilah kita memperbanyakkan amalan sekadar yang mampu kerana ini sahaja perkara yang kita mampu lakukan sebagai tanda bersyukur di atas nikmat-Nya. Kita selalu memandang amalan-amalan sunat ini suatu yang remeh. Namun inilah saham diri sendiri yang kita harapkan dapat menyelamatkan diri dari azab siksaan Allah SWT. Sedarilah kita yang wajib itu adalah milik Allah manakala yang sunat inilah Allah memberi peluang kepada kita untuk meliptkangandakan pulangan kita kerana kita tak tahu adakah yang wajib itu cukup untuk selamatkan kita dari api neraka Allah SWT. Sememangnya kita dimasukkan syurga Allah bukanlah kerana amalan kita sebaliknya dengan belas kasihan Allah kepada kita tetapi alangkah mulianya jika kita berusaha meningkatkan amalan-amalan sunat seperti berpuasa di hari asyuro ini.

Diceritakan ada satu kisah di mana ada seorang hamba Allah ini yang selalu solat jemaah di masjid. Dan setiap hari apabila dia pulang dia akan melihat semut-semut mengerumun sisa-sisa makanan di tangga masjid itu. Dan hal ini berlaku setiap hari sebaik sahaja dia selesai solat. Banyak semut-semut itu akan menggigit kepingan-kepingan biskut itu dan mengusung balik ke sarang mereka. Kemudian suatu hari ini selesai sahaja dia solat melihat di tepi tangga itu sisa-sisa makanan itu terbiar tanpa ada seekor pun semut. Lalu dia fikir mengapa semut-semut itu tidak mengerumun makanan ini seperti hari-hari yang sebelum. Fikir terus fikir rupa-rupanya hari ini ialah 10 Muharrom Hari Asyuro....lihatlah,bagaimana makhluk Allah yang sangat kerdil ini pun tahu hikmah 10 Muharrom ini. Semut pun berpuasa, bagaiman pulak kita yang diciptakan dengan sempurna ini masih lagi sibuk dengan mencari peluang-peluang untuk buat maksiat. Semut yang tiada sebarang perhitungan di akhirat nanti pun tetap cintakan Allah sedang kita yang ada hari perhitungan masih belum merasainya...

Allah menciptakan 100 nikmat pada azali kejadian kita. Dan kesemua nikmat itu berada di SyurgaNya. Kemudian dilemparkan satu dari 100 nikmat itu ke dunia yang fana ini. Sedangkan 99 lagi menanti di Syurga dan bakal dimiliki oleh ahli-ahlinya kelak. Sementara di dunia ini nikmat ini direbut-rebut dan dirobek-robek manusia kerana cintakan dunia yang fana. Sehingga mereka lupa masih berbaki 99 lagi di sana. Hari ini manusia leka lupa dan alpa kerana satu nikmat ini. Manusia gemar melakukan dosa kerana satu nikmat sementara ini.

Manusia hilang agama, runtuh maruah.rosak akidah,lenyap kasih sayang dan matinya jati diri dek kerana satu nikmat ini. Bodohnya manusia yang tertipu dengan dunia. Hari demi hari syaitan ketawa besar kerana makhluk Allah ini sukakan dosa, sukakan disko, arak, zina, rasuah, bunuh, rompak dan sebagainya. Berjaya sungguh makhluk terkutuk ini memperdayakan manusia yang bodoh ini. Sedangkan Allah masih memberi peluang kehidupan kepada kita supaya kita tinggalkan nikmat yang satu ini demi meraih nikmat yang maha banyak di syurga kelak. Malang sekali kita tidak endah dengan habuan di sana kerana di depan mata sudah terhidang dengan segala kemahuan nafsu...

Marilah sama-sama kita bermujaahadah. Iaitu kita berjuang dan bertahan semampu yang mungkin demi mendapat Redho Allah SWT. Hidup ini sebenarnya terlalu singkat dan masa yang disediakan pun tidak cukup dengan amalan yang sepatutnya dilaksanakan. Jadi bagaimana pulak dalam keadaan masa yang terbatas ini masih sempat melihat kiri dan kanan mencari ruang murka Allah SWT dan dosa kepadaNya. Tak mungkin berlaku jika kita benar-benar gementar dengan amaran Allah SWT. Kita semua adalah satu rombongan yang satu kelasi menuju tempat yang sama. Cuma kapal kita berhenti seketika di pulau untuk mencari makanan dan bekalan yang boleh digunakan dan dimanfaatkan di kapal nanti. Maka kelasi akan menanggil kita bila-bila masa sahaja. Kita tidak tahu bila dan jam berapa? Jadi seharusnya kesempatan yang ada ini digunakan dengan sebaik mungkin sebelum kelasi menyeru untuk berlayar ke destinasi abadi.. Sebaliknya ada sebahagian anak-anak kelasi dari rombongan ini masih sempat bergurau senda, bermain-main di tepi pantai dan membuang masa.

Sedangkan yang lain sibuk mencari bekalan sebelum tiba masa berlayar. Tiba-tiba terdengar pekikan yang amat kuat sekali memanggil "Ayuh, masa sudah tiba kita akan berlayar sekarang". Lalu semua rombongan naik ke kapal dengan kuantiti bekalan yang berbeza setiap orang. Ada yang banyak, ada yang sedikit dan ada yang tiada langsung. Orang yang bekalnnya banyak bersenang-senanglah dia kerana dia dapat guna dengan selesa dan puas hati. Orang yang sedikit bekalannya agak menyesal kerana ruginya dia sedangkan orang yang tiada bekalan akan mati kelaparan, kesejukan, kepanasan di atas kapal. Ada yang menjerit meminta tolong diberikan sedikit makanan kepadanya kerana dia sangat lapar dan dahaga. Segala permintaannya itu tidak sekali-kali dilayan dan didengar.

Lalu kelasi tanya kepadanya, "Apakah yang kamu buat sewaktu aku beri peluang kepadamu mencari bekalan?"

Lalu dia menjawab "Ya, aku tahu dan aku sedar aku tidak menggunakan masa yang diberikan olehMu itu. Aku banyak membuang masa dengan perkara yang lalai dan tak berfaedah. Wahai ketua kelasi, sekarang aku sudah menyesal. Tolonglah beri peluang sekali lagi untuk aku kembali ke pulau itu dan aku akan mencari bekalan sebanyak mungkin..."

Ketua kelasi menjawab "Kamu tidak akan selamat dari kesengsaraan yang bakal ditimpa nanti". Lalu orang-orang yang tadi berteriak meronta-meronta kerana mereka tidak akan selamat dari kecelakaan yang bakal mendatang tidak lama lagi.

Inilah gambaran kehidupan kita yang pasti bertemu dengan kematian. Dan setiap kematian itu akan pasti dibangkitkan untuk disoalselidik oleh Penyiasat yang Amat Bijak lagi Hebat. Justeru, masa yang berbaki ini marilh kita letakkan diri kita sebahagian daripada rombongan tadi. Bumi ini pulau sementara yang mana pada masa yang ditetapkan kita akan berlayar ke destinasi kekal abadi. Di sana tidak ada lagi kematian melainkan sengsara atau senang,azab atau nikmat,celaka atau bahagia,panas atau sejuk dan neraka atau syurga. Pilihlah jalan yang lurus menuju ke alam bahagia yang Allah janjikan kepada kita. Mudah-mudahan sedikit coretan ubudiyyah ini membantu penulis dan pembaca untuk sama-sama kita terus mengembara mencari Tuhan yang Esa...

Wallahua'lam..

Tuesday, December 22

Insan Yang Lupa

Assalamualaikum WBT kepada semua.

Alangkah indahnya jika hidup ini segala-galanya untuk Allah SWT. Tetapi amat sukar tubuh ini memikulnya dari lidah yang senang berbicara. Lantas hati gundah menongkah arus, tersungkur layu tanpa kudrat insani. Hidup ini sudah termaklum yang ianya hanya sementara namun dugaan yang terhidang tak mampu tertahan dan lukanya sukar diubati.

Duhai tuhanku, aku sedar di setiap waktu dan tika kami diuji dan terus diuji dari segenap penjuru kerana sesungguhnya Syurga Firdaus-Mu itu milik orang-orang yang bersabar dan bertaqwa. Walaupun Kau tahu kami ini insan yang kerdil dan tak mampu menepis pujuk rayu syaitan dan sekutunya namun lidah kami fasih membenarkan keesaanMU ya Tuhan..

Ya Tuhanku, mengapa kami selalu begini? Kami tahu adanya mati.. kami tahu adanya dosa pahala.. kami tahu adanya hari kiamat.. dan kami jugak tahu adanya syurga neraka. Tapi kami masih memilih jalan mudah dengan kepuasan dunia yang sementara ini. Mengapa ya Allah hati-hati kami ini keras dan liar untuk jadi hamba yang benar-benar takut dengan neraka Mu?

Kadang-kadang yang akal yang terbatas ini tidak mampu berfikir apakah nikmat atau azab yang bakal menjadi pendamping diri di akhirat kelak. Kalaulah hidup ini tidak berbuat perintah Allah apalah tujuan kita hidup? Bagaikan pekerja yang tidak bekerja untuk majikannya. Itu hanyalah majikan yang jugak manusia biasa seperti kita tetapi bagaimana pulak Allah yang zat-Nya tidak pernah terlintas langsung di benak fikiran kita?

Hai manusia, kita setiap hari ditipu dan diperbodohkan oleh syaitan dan manusia-manusia syaitan. Bermula dari bangun tidur kita sudah terpedaya dengan bantal, selimut dan katil yang sedap dan selesa. Lalu solat subuh lewat,bahkan lebih teruk subuh terus hilang dengan begitu sahaja. Dan bermulalah kita bermuaamalat dengan manusia sepanjang hari mengikut cara syaitan iaitu dengan riba', menipu, bergaul bebas, zina, bunuh, rompak dan sebagainya sehinggalah kita balik ke rumah di malam hari dengan memikirkan apa pulak harta dunia yang akan dibuat esok hari. Inilah hakikatnya kehidupan manusia yang kabur dengan ayat-ayat Allah dan leka dari peringatan-peringatan Allah.

Disaat kita asyik ghairah dengan dunia Allah Maha Pengasih ini masih mencurahkan nimat kepada kita. Kita hanya membalas segala nikmatNya hanya dengan maksiat.

Wahai insan yang lupa, sampai bila kamu harus begini? Bila kamu mahu sedar yang kamu selalu lupa? Adakah di waktu Allah menunjukkan neraka-Nya padamu? Jika begitu teruslah dengan kelalaian duniamu dan nafsumu. Adakah bila Allah memhempapkan sebiji kepala atas kepalamu baru kamu mahu menyebut kalimah astaghfirullahala'zim?

Hebat sungguh manusia ini bila hatinya sudah jinak dengan syaitan dan nafsu. Sedar tidak sedar hari ini sudah 20 tahun lebih aku hidup. Jika nak banding sakit dengan sihat rasanya sihat lebih lama dari dari sakit. Tapi kita selalu lupa kan mengapa Allah mentaqdirkan begitu. Cuba direnungkan semula jika sihat lebih banyak dari sakit bagaimana pulak antara ibadah dan maksiat? Mana yang lebih banyak dan lama?kalau ibadah kita solat lima waktu sehari semalam baru 30 minit,dan yang selebihnya 23 jam lagi?

Wahai insan lupa, masihkah kamu lupa lagi? Tahukah kamu hari ini sudah makin hampir dengan hari kiamat? Jika benar esoklah hari kiamat apakah persiapanmu? Sebelum kita menempuh kiamat di padang mahsyar kita terlebih dahulu menempuh kiamat di alam barzakh. Inilah mahsyar kecil setiap di kalangan kita yang bernyawa. Semua manusia tahu yang mereka akan didatangi dengan kematian tetapi ramai sekali manusia yang lupa untuk membuat persiapan. Inilah yang Allah sebut di dalam Surah Al-Mulk ayat 2 tentang kehidupan dan kematian ini satu ujian yang Allah ciptakan untuk menilai kita semua.

Justeru alangkah malangnya manusia yang membaca dan melihat serta memahami ayat peringatan ini tetapi jauh dari ketakutan dan keinsafan. Meskipun kita dikurniakan Allah islam nasab namun iman itu sangat sukar berdamping dengan islam kita kerana hati yang liar dengan zikir dan munaajat. Namun kita masih bersuka ria dengan nikmat sementara bersama teman sejati yang terlaknat.

Wahai insan yang lupa,ingatkah kamu di hari itu manusia-manusia yang derhaka kepada Allah sewaktu di dunia mereka akan datang berkata:
"Wahai Tuhan,hari ini kami sudah nampak hari kiamat Mu dengan penuh yakin, dan kami jugak sudah dengar apa yang kau perintahkan dahulu. Tolonglah kembalikan kami ke dunia untuk kami bertaubat. Maka Allah tidak sekali-kali mengendahkan rayuan mereka"
(Surah Assajadah,ayat 12)

Kita tidak alasan walau apa sekali pun,jadi kita tidak ada masa untuk melakukan dosa dan kemurkaan Allah kerana di sana kelak kita pasti akan disoaljawabkan. Maka pilihlah antara jalan menuju Syurga atau sebaliknya. Ketahuilah balasan Allah itu sangatlah adil dengan perbuatan hambaNya. Makhluk kerdil ini tidak mampu menahan bahang api neraka Mu ya Allah. Kuatkanlah kami untuk menahan ujian duniawiMu ini agar di akhirat kelak kami berpeluang menikmati juadah manis dan mahligai bahagia selama-lamanya. Hidup di dunia ini tidak panjang bagi orang-orang seperti Imam Nawawi yang mana hidupnya dihabiskan dengan menuntut ilmu dan mencari redho Allah sahaja.

Wahai insan yang lupa,kamu masih lupa atau kamu buat-buat lupa? Jika kamu masih lupa bermakna jalan yang bakal dipilihmu itu sudah tahu hujung pangkalnya sungai yang jernih atau api yang panas. Tuhanku, masa yang Mu sediakan pada kami sangat pantas berlalu sehingga kami tidak sempat menghitung amalan kebajikan kami. Seluruh hari dan waktu yang dikurniakan itu berlalu tanpa henti namun jauhnya kami dari Mu kian berpanjangan Nauzubillahiminzaalik. Dekatkanlah hati-hati kami dengan MaghfirohMu agar hidup kami sentiasa dipandu dengan iman dan akal yang sejahtera.

Jika hari ini kami menempuh kiamat maka kami terserahlah kepada Mu sepenuhnya untuk menempatkan kami di mana-mana sahaja yang melayakkan kami. Sesungguhnya Kau tuhan yang Adil dan kami yakin amalan dan amal buat kami akan dihitung seadil-adilnya oleh Pengadil yang Maha Adil..

Innalillahiwainnaa ilaihi roojiuun..

Sunday, December 20

Cerita Dari Jinan Universiti

Universiti ini terdiri daripada 4 buah. Iaitu satu Kampus Induk (Benbu) yang dikenal sebagai Xiao Yuan dan 3 Kampus Cawangan, iaitu satu Kampus Bahasa Dan Budaya (College Of Language & Culture ) yang dikenali sebagai Hua Wen Xue Yuan di Guangzhou. Manakala satu lagi cawangan di Kampus Pengurusan Perniagaan (College Of Business Management) di Shenzhen. Manakala satu lagi cawangan di Kampus Sains Sosial (College Of Science Social) di Zhuhai.

Di Kampus Induk mengandungi 13 Kolej iaitu College Of Science Technology, College Of Life Science, College Of Medical, College Of Pharmacy, College Of Arts & Design, College Of International Study, College Of Economics, College Of Management, College Of Science Engineering, College Of Law Study, College Of Foreign Study, College Of Journalism & Communication,College International Relation dan College Of Liberal Arts.

Kesemua pelajar-pelajar yang masuk ke sini biasanya akan mengikuti kelas bahasa di kampus bahasa (Hua Wen Xue Yuan) sekurang-kurangnya 2 tahun sebagai persediaan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda. Kami di kolej bahasa dan kebudayaan ini rata-ratanya pelajar dari Asia Tenggara iaitu Malaysia,Thailand, Myanmar, Kemboja,Vietnam,Loas dan sebahagian besarnya dari Indonesia. Kebanyakan yang mengikuti kelas pengajian bahasa di sini terdiri daripada orang-orang yang yang menjalani perniagaan di sini. Bak kata orang barat sana, China ini hanya tak boleh buat ibu dan bapa sahaja. Dari serumit-rumit benda sehingga sekecil-kecil permata boleh dibuat.

Bilangan pelajar di kolej ini lebih kurang 4000 orang menampilkan pelajar-pelajar dari seluruh dunia tidak terkecuali Israel dan Palestin. Jadi tidak hairan sekali jika banyak pelajar di sini yang datang ke sini kerana dihantar oleh syarikat-syarikat perniagaan di negara masing-masing. Namun ada juga segelintir dari kalangan pelajar di sini yang datang dengan perbelanjaan sendiri kerana ingin belajar bahasa mandarin. Ini kerana orang-orang cina ini sudah menguasai ekonomi dan kekayaan. Contohnya di beberapa negara di Asia Tenggara sana yang ekonominya dikuasai oleh orang-orang bermata sepet ini. Sehinggakan jika ada yang mampu bercakap bahasa cina akan diambil bekerja dan gaji mereka sebanyak 8 kali ganda seperti di Thailand, Laos, Vietnam dan Kemboja khususnya. Maka keadaan ini memaksa mereka untuk mencari dan mendapatkan peluang yang ditawarkan ini. Inilah kuasa dan kelebihan yang ada pada orang-orang cina.

Justeru,hari ini kelihatan berbondong-bondong pelajar dari sini bertandang datang menuntut ilmu ke Jinan Universiti, Hua Wen Xue Yuan meskipun belajarnya tidak setekun mana pun. Dengan ponteng kelas, lambat datang kelas, gagal exam dan sebagainya. Bukan kejayaan yang dicari tapi sekadar sijil lulus bahasa sahaja. Oleh itu rata-rata mereka ini poteng kelas lebih banyak kerana syarikat tajaan mereka minta buat ini dan buat itu. Sehinggakan ada 2 orang classmate saya dari Turkey yang tak dibenarkan mengambil peperiksaan kerana kedatangannya kurang dari 80 peratus. Ini ialah perkara biasa yang berlaku saban tahun memandangkan peluang-peluang pekerjaan sudah tersedia di hadapan mata cuma menanti masa dan waktu sahaja. Kedatangan yang tujuan mendapat wang ringgit sahaja berbeza sekali nilai dan caranya dengan tujuan ilmu dan kejayaan.

Saya barangkali satu semester sahaja di sini kerana jika lulus ujian bahasa ini saya akan terus sambung dalam Program Ijazah Sarjana Muda (Medicine Study) di Universiti lain. Tempoh pengajian saya kira-kira lebih kurang 4 tahun sepenuh masa. Kursus pengajian saya dalam bahasa english, bukan mandarin kerana mandarin itu sekadar pengetahuan am sahaja memandangkan saya belajar di sini dengan tajaan syarikat perniagaan. Jadi sudah pastilah matlamatnya perniagaan. Dan setiap perniagaan mestilah dengan keuntungan. Bagaimana kita mahu bekerja dengannya setelah tamat belajar nanti jika kita tidak tahu langsung selok belok perniagaan di China? Maka sudah tentulah satu kerugiaan besar bagi syarikat yang menaja saya kerana kepulangan yang hanya membawa sijil ijazah semata-mata sedangkan jahil Business Knowledge.

Manakala 2 buah kampus yang terletak di luar daerah Guangzhou iaitu di Shenzhen( sempadan China-Hong Kong) dan Zhuhai (sempadan ChinaMacau). Namun kedua-duanya masih terletak di dalam negeri yang sama iaitu Guangdong. Universiti ini adalah antara Universiti yang terkenal di China. Jika dikaji dari segi muka-muka orang Malaysia yang pernah belajar di sini tidak kurang juga hebatnya. Antaranya YB Khalil Idham iaitu ADUN Titi Serong, Perak Darul Ridzuan hari ini. Maka tidak pelik lah jika Universiti ini menampilkan muka-muka Malaysia antara pelajar yang ramai khususnya dari masyarakat Tionghua yang kebanyakkan dari mereka mengambil bidang Pendidikan Bahasa Cina (Chinese Education). Pelajar melayu di sini seramai 14 orang sahaja yang sepenuh masa tidak termasuk pelajar separuh masa.

Kesimpulannya, saya melihat bahawa negara China ini sedang merayap perlahan-lahan ke arena kegemilangannya tanpa disedari umum. Orang-orang yang menyedarinya sahaja akan tahu dan datang ke sini. Ini adalah testimonial kasar yang saya buat kepada sebilangan besar pelajar-pelajar dari Eropah, Afrika, Arab dan Amerika yang mengatakan bahawa China akan maju dalam masa 5 tahun lagi. Kemajuan ini merangkupi mata wang yang sebahagian besar peniaga-peniaga luar negara di sini mengatakan bahawa dalam masa 5 tahun lagi mata wang Yuan (mata wang China) akan lebih tinggi dari Dolar Amarika. Ini bukanlah cerita dongeng atau tahyul tetapi berdasarkan penganalisis bertaraf Profesor dari bidang-bidang Business Management termasuk dari luar negara. Sedangkan United Kingdom yang mata wangnya Pound Stalling sangat besar pun sudah hampir 8000 orang di sini yang kaya raya, inikan mata wang Dolar sahaja tidak hairanlah.

Petikan ini diolah oleh penulis sendiri yang merupakan pelajar di College Of Language & Culture, Jinan University, Guangzhou,Guangdong, China. Ini adalah ringkasan dari maklumat hasil dari sembang-sembang saya dengan beberapa individu-individu kaya dan cerdik pandai di sini.

Tahu kah anda beberapa jenis ubat di Malaysia melalui Jabatan Kimia dan juga Hospital diambil di China? Tahukah anda Klinik-Klinik Kesihatan di Malaysia membuat kajian pengeluaran ubat-ubatan melalui beberapa Universiti Perubatan di China?

Sekadar maklumat dan perkongsian untuk semua. Sekadar ini dahulu bicara ubudiyyah buat Cerita dari Jinan Universiti.

Arena ini akan bersambung dari masa ke semasa. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian maklumat dan pengalaman. InsyaAllah...

Friday, December 4

Bicara Siyasah

Saya mulakan kalam ini dengan segala Kepujian dan Kemuliaan itu kepada Allah SWT. Dialah yang memberikan dan menyediakan seluruh kehidupan yang kita rasai hari ini. Justeru, marilah sama-sama kita menjadi hamba yang bersyukur kepada AllahSWT. Kerana nikmat yang Dia berikan kepada kita ini sungguhpun kita tidak mampu membalasnya maka cukuplah kita menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberiaanNYA. Jika kita tak mampu nak melakukan kebaikan maka janganlah kita berani melakukan maksiat dan dosa. Kerana sangatlah tidak adil jika nikmat yang melimpah ruah kurniaan AllahSWT ini dibalas dengan Dosa dan Maksiat.

Hari ini saya cuba membuka bicara kata, sejenak renungan, sepintas pandangan dan segunung muhasabah. Ketika saya di bangku sekolah rendah saya tidak memahami apa itu Pemimpin? Apa itu Pilihanraya? Apa itu Parti Politik? Apa itu Pro kerajaan dan sebaliknya? Masa terus berlalu sehingga saya di Alam Universiti. Saya di Universiti sekitar genap 3 tahun bagi menghabiskan Pengajian Diploma saya. Kehidupn di Kampus 1001 perbezaan dengan Alam Persekolahan yang sepanjang tempoh pembelajaran dikawal oleh Guru Disiplin dan juga Guru PK HEM (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid). Sebaliknya di kampus suasana berbeza sama sekali. Matlamat "100% study" bukan pada semua Mahasiswa ataupun Mahasiswi. Mungkin terdapat dalam 10% sahaja yang ada matlamat ini.

Manakala selebihnya masing-masing ada matlamat yang pelbagai meskipun pada asasnya tetap matlamat yang sama iaitu berjaya dalam pelajaran dan hidup. Ini benda biasa pada orang yang bergelar pelajar. Tetapi hal yang ingin saya ketengahkan kali ini ialah bagaimana perkara ini boleh terjadi? Jawapan pertamanya ialah kerana golongan ini adalah aset penting sesebuah negara dan jatuh bangun sesebuah kerajaan jugak adalah bersabit dengan populasi mahasiswa. Justeru siapakah mereka yang sekitar 10%? Mereka ialah pelajar yang kurang upaya, pasif, kaki bangku, orang yang tak tahu nak buat apa dan yang paling tepat mereka yang tidak memahami kepentingan mereka sebagai aset berharga.

Sewaktu saya di sini baru saya faham dan nampak sesuatu yang saya tak pernah tahu satu masa dulu. Di kalangan mahasiswa ini juga ada pentadbiran mereka sendiri yang rata-ratanya berpaksi kepada Politik dan Perjuangan. Sebabnya terbentuknya rangkaian ini ialah lahirnya kesedaran di kalangan mahasiswa khasnya mereka yang berfikir tentang kepentingan hak dan kebenaran. Maka wujudlah kepelbagaian kumpulankumpulan mahasiswa yang mempunyai matlamat tertentu. Saya cuba menyebut perkara ini kerana Islam itu Dinussiyaasi(Agama Politik). Jika kita tolaknya bermakna kita tolak sebahagian dari Agama Islam itu tersendiri.

Nabi SAW sendiri dapat menegakkan Islam dengan Politik. Dan begitulah ceritanya dengan empayar Islam yang lain mendapat kerajaan dengan Acuan Politik. Kerana Politik inilah yang akan menjamin Iqoomatuddin Wasiyaasatuddunya Bihi. Iaitu tertegaknya Agama dan memelihara dunia ini dengan agama. Justeru,Islam mengajar kita kelaziman setiap muslim itu berjuang dengan melalui Wadah bagi mencapai kemenangan Islam dan tertegaknya Hukum Syariat. Dalam mencapai matlamat yang mulia maka AllahSWT menyediakan cabaran-cabaran yang hebat sehinggakan kita sendiri terkadang tak mampu menerimanya. Sahabat yang kita bersama dengannya dahulu tiba-tiba menentang Ulamak dan Pemimpin kita.

Maka tepat sekali jika saya katakan golongan ini ibarat anai-anai yang sedang meruntuhkan empayar islam dan pada masa yang mereka membina empayar mereka sendiri di tapak milik islam. Mari kita faham bahawa inilah antara cabaran yang Allah SWT sediakan kepada kita kerana itu Dia akan melihat di anatara kita siapakah yang benar-benar Ikhlas dan Istiqomah dengan AgamaNYA. Sememangnya ini adalah rancangan "orang dalaman" sendiri yang mungkin sedar tak sedar kita pernah berpeluk bersalam dengannya tapi inilah hakikat perjuangan islam hari ini. Maka, tempias penyakit-penyakit jahat golongan ini merebak menular ke dalam masyarakat kampus hari ini. Saya mengatakan inilah yang hampir 90% mereka yang tersasar dari matlamat sebenar belajar tadi adalah kerana penularan pengaruh ini.

Justeru hari ini mahasiswa yang paling bangang di dalam kelas sekali pun dia tahu apa itu Pilihanraya? Dia tahu setiap tahun ada Pilihanraya Kampus (PRK) yang mereka akan menghantar wakil-wakil pilihan masing masing ke pertandingan merebut kerusi perwakilan pelajar. Dan wakil itu terdiri daripada pihak Aspirasi dan Mahasiswa.

Tapi bila ditanya mengapa perlu ada Aspirasi dan Mahasiswa ini? Dan mengapa tidak bertanding atas tiket Fakulti sahaja? Tak mampu dijawab!!! Inilah yang saya sebutkan tadi setelah keluarnya golongan dari kampus nanti ramai yang jadi Penentang Islam. Kerana mereka tidak memahami Politik Mahasiswa ini sebenarnya adalah satu perancangan yang sangat halus supaya golongan tadi mampu membekalkan fikroh dan ideologi mereka.

Maka jelas, usah kita melatah jika dilihat Islam itu ada berbagai-bagai Parti dan Jemaah. Jika untuk kebaikan mengapa perlu kepada banyak pimpinan. Cukuplah dengan berpegang kepada satu. Dan begitu jugak halnya dengan golongan cerdik pandai khususnya dalam bidang Pengajian Islam ini. Mereka yang berlajar baru setahun jagung dah mula merasa hebat daripada Ulamak. Ingatlah kepada pesanan Nabi SAW "taatlah kamu kepada pemimpin walaupun yang memimpin kamu itu seorang hamba abdi". Jika kita memahami wasiat yang mulia ini dengan penghayatan maka sudah cukup untuk kita menjadi Ahli Setia Jemaah Islam. Bukan peruntuh islam dalam islam. Hari ini penyakit ini sangat jelas dan gembira besarlah golongan Yahudi kerana berjaya "memunafikkan mujaahid".

Janganlah gunakan Ilmu yang sedikit itu untuk gulingkan Ulamak (Pimpinan) kerana AllahSWT pasti takkan biarkan kamu berbuat demikian. Dan yakinlah dengan pimpinan kita ini adalah pilihan dari Allah Tabaaroka Wataa'laa. Janganlah dikatakan bantahanmu itu ialah "hak peribadi atau pun percanggahan pendapat" tapi sedarlah penyakit munafikmu itu sedang merebak sekaligus meruntuhkan "Perjuangan Menegakkan Islam". Islam sehingga akhirat pun tetap relevant untuk diperjuangkan kerana Islam itu sendiri memiliki keindahan dan kemanisan fitroh seperti keadilan, kasih sayang dan ketenangan. Ingatlah wahai "orang-orang baru yang baru mengenal islam,kamu tak merasa susah payah menegakkan Islam. Kamu tak melalui masa getir Islam dipermain mainkan dan kamu jugak tak merasa kepanasan memegang bara Islam. Ulamak dan Pimpinan kita yang sakit luka menjaganya. Sedangkan kamu yang baru datang tanpa rasa sakit perit golongan dahulu mudahnya kamu melawan dan menentang Ulamak.

Jika sekiranya Islam kalah kerana adat perlawanan maka itu satu ujian. Tapi jika Islam kalah disebabkan tangan-tangan "mujaahid munafik" ini maka AllahSWT sajalah yang selayaknya membalas perbuatan kamu dengan setimpalnya kerana Dialah yang Maha Adil dan Saksama. Sehingga disini dulu kalam Bicara Siyasah saya yang saya mampu lontarkan. Ini sekadar luahan hati dan kebimbangan saya kerana hari ini sedar tak sedar sudah ada anasir-anasir yang mula berani mengatakan "tidak" kepada "Daulah Islamiyah". Dan yang paling mengecewakan saya mereka adalah di kalangan orang-orang yang bersama dengan kita dalam perjuangan. Ayuh sama-sama kita berhati-hati dan mengambil iktibaar. Berdoalah kepada AllahSWT semoga Dia yang Maha Berkuasa ke atas segala segalanya ini sentiasa memelihara kita daripada menjadi hamba yang dimurkaiNYA..

Wal i'yaazubillah..

Wednesday, November 25

cerita dari jinan universiti

Kali ini perjalanan ubudiyahku akan berkongsi cerita dengan sidang pembaca yang budiman.

Alangkah pantasnya masa berlalu ya.. Sedar tak sedar masuklah bulan ke tiga saya di sini. Alhamdulillah inilah nikmat masa yang Allah berikan kepada kita. Kita manusia ni tak boleh lari dari masa sebab kehidupan kita terikat dengan masa yang Allah berikan kepada setiap manusia. Oleh itu, masa yang ada jangan kita bazirkan dengan perkara yang sia-sia dan berfaedah. Sekurang-kurangnya berbuatlah baik kepada diri sendiri.

Setiap hari saya pergi kuliyah menadah ilmu dari guru yang tak mengenali sang pencipta. Rasa-rasa la bagaimana ilmu yang kita dapat darinya? Bagaimana pulak dengan diri kita yang menadah ilmu ni?

Sesungguhnya ilmu itu khazanah orang islam yang tercicir, jadi terpulanglah bagaimana cara untuk kita mengutipnya semula asalkan menepati prinsip agama kita. Nabi sendiri pernah diajar oleh guru yahudi tentang bagaimana nak membezakan antara kencing anjing yang matang dengan yang tidak matang.

Inilah ilmu sebenarnya. Iaitu bukan dari siapa tetapi apa ilmu itu. Jika ilmu yang kita pelajari itu mampu mendekatkan kita dengan Allah SWT, bermakna benarlah amalan kita. Tetapi jika sebaliknya, maka rosaklah amalan kita. Ramai manusia hari ini yang bertungkus lumus cari ilmu siang malam pagi petang, malangnya ilmu itu menjauhkan diri kepada AllahSWT. Mungkin kerana mereka menggunakan ilmu itu untuk mendapatkan dunia dan seisinya.

Setiap hari saya dihidangkan dengan maksiat bagaimana pelajar-pelajar universiti saya yang berhibur, bergaul tanpa batasan, berpeluk dalam kelas, bercium depan pensyarah dan banyak lagi. Apa yang saya nak ketengahkan ialah inilah sebenarnya menu wajib yang Allah SWT akan sediakan kepada setiap hambanya, kerana DIA nak nilah sejauh mana iman dan amal hambaNYA. Maka di antara hambaNYA siapakah yang paling amalannya? Siapakah hambaNYA yang akan diuji itu?

Mereka itu ialah orang-orang yang berkata "kamilah orang yang beriman". Bila sebut "iman" terus benda yang pertama menerjah di fikiran kita ialah "orang islam". Benar, memang orang islam. Tetapi di waktu ini di manakah mereka ini? Bila persoalan ni tertanya kepada saya, lantas saya pergi ke lokasi yang ramai pelajar-pelajar islam khasnya pelajar arab yang rata-rata dari Jordan, Syria, Yaman, Saudi, Sudan, Somalia, Tunisia dan Algeria. Mereka ini Allah bagi kelebihan memahami Quran kerana itu bahasa mereka.

Mereka mampu baca Quran tanpa melihat mashaf. Dan mereka juga pemusnah islam dalam dunia hari ini. Hebat kan tuduhan saya? Memang hebat, sebab saya nampak dan saya cari maka saya jumpa.

Hari pertama saya terkejut bila jumpa seorang pelajar perempuan ni dengan free hair, berpeluk dengan pelajar lelaki, rupa-rupanya orang arab islam. Sebab saya lalu depan siap bagi salam lagi dan bertanya kefahalak? Allahurobbi ini benda baru bagi saya di sini. Saya tak terkejut sangat kalau orang melayu sebab mungkin jahil tetapi ini orang-orang Quran.

Jadi, tak terkejutlah bila saya terangkan pasal islam kepada kawan-kawan saya tiba-tiba mereka tanya islam ni boleh ka tak sembahyang? Sebab apa ada yang pakai tudung dan ada yang tidak? Apa beza islam dengan bukan islam kalau orang islam pun boleh berpegang tangan lelaki perempuan? Inilah lontaran-lontaran pembunuh kepada saya sebagai langkah awal?


They are who not following the rules that had been provided by God. Therefore, once they can't keep it as obligation there are not much more different between nonmuslim. Islam was awarded by guideline that suppose to be guarded by each of muslim,who had admitted Allah SWT and Rasulullah as role model forever.

Lastly, Allah had told us that we were given option either iman or kufur. If you choose iman it will be reaching you to heaven but th other one will be hell. So everything is clear, no excuse and reason at all. Now,the main problem there not are non muslim unfortunately muslim themselves
felt to show the good attitude for people who are mentioned as "madu'".

Bagaimana hal ini sebenarnya terpulang kepada muslim itu sendiri. Saya pernah tegur yang agak kasar dengan orang arab ni sebab tengok dia bergaul macam melampau sangat. Dia terkejut saya cakap arab dengan dia, tapi ego tetap ego sebab bangsa arab ni memang macam tu. Dia kata "tak perlu tegur, aku tahu apa yang aku buat" lepas tu dia cakap arab dielek dia (ammiyah). Inilah saya lihat dan saya cuba memahami bahawa sebenarnya islam memang pahit dengan mehnah dan tribulasi hidup.

Bagaimana kita nak berdakwah jika dai'-dai' yang hebat dari kita di sana sedang lalai dengan berhibur dengan madu'-madu'nya. Siapalah kita ini jika nak dibandingkan dengan manusia seperti mereka. Pengalaman itu manis sebenarnya jika kita menghayatinya dengan sabar dan bergantung harap dengan AllahSWT.

Inilah sedikit coretan sekitar jinan university.. Allah itu hidup dan DIA yang menghidupkan kita..

Alhamdulillahirobbilalamin...(Jinan Daxue Hua Wen Xue Yuan)

Winter di Guangzhou

Suasana di sini terus berubah tatkala tiba bulan November. Dal hal ini berterusan sehingga bulan Februari..inilah musim sejuk yang bagi saya waktu inilah ramai manusia yang menutup aurat dan boleh dikatakan sedap mata memandang. 3 hari lagi genaplah 3 bulan 90 hari aku berada di bumi China ini.

Alhamdulillah hingga waktu dan saat ini saya masih merasai nikmat kurniaan AllahSWT yang tidak terhingga. Walaupun saya sebenarnya tak tahan dengan suhu yang rendah macam ni. Hari pertama musim sejuk disambut dengan demam beberapa hari sebab sejuknya sejuk yang menyucuk ke kulit.

Inilah pengalaman saya pertama dalam hidup. Tiap-tiap hari mandi dengan ais. Sampai tubuh ini jadi berasap-asap. Suhu ni bila terlalu rendah sangat dia akan berasap balikla. Tapi malangnya di China ini agak merbahaya sebab mereka tak sediakan heater dalam rumah. Sampaikan saya ni tidur malam jaga setiap waktu sebab sejuk yang kritikel. Keadaan di luar rumah agak kurang sejuk berbanding dalam rumah walaupun kat luar ni pun berais-ais, tapi kat dalam sejuk sebab dikelilingi dengan dinding yang berbatu yang memerangkap udara ni. Alhamdulillah sebab dalam rumah ni ada air panas jugak. So boleh lah berendam lama-lama dalam bilik air macam badak air.

Saya ni kan dalam rumah pun pakai stokin 3 lapis,baju 4 lapis, ikat kepala dengan kain lagi. Mungkin bagi mereka yang dah biasa anggap ni benda biasa tapi bagi saya yang mengalami waktu kritikel ni amat Sirius. Secara jujurnya la kan, kalaulah solat ni xda yang wajib semua sunat ja memang saya berhenti dulu solat selama musim sejuk ni. Start musim bunga nanti solat semula. Tapi itulah,apa yang AllahSWT taqdirkan ni semuanya ada hikmat dan maksud yang tertentu.

Allah yang mencipta kita ni sudah tentulah dia tahu mana yang terbaik buta kita hamba-NYA. Bak kata orang di sini, sekarang ni waktu berhibernasi. Waktu kita makan banyak,lepas tu tidur tak bangun-bangun. Tapi saya tak la sampai tahap tu sebab kita orang Islam terikat dengan hukum. Jangan kita hidup seperti tak bertuhan. Buat maksiat pagi petang siang malam pastu mati masuk neraka nauzubillah. Mudah-mudahan kita terpelihara dari semua tu.

Sekarang suhu di Guangzhou sekitar 4°C. saya rasa dah bersyukur sangat dah ni sebab ini pun dah cukup buat ana jadi runsing dan tak menentu. Berbanding dengan wilayah-wilayah utara sana seperti Shanghai, Xinjiang, Beijing, Zhejiang dan sebagainya. Kawasan ni dah tebal saljinya. Harapnya winter tahun depan saya dah biasa dan dapat suaikan diri dengan suasana sini la.

Setiap pagi saya pergi kelas saya tengok pak guard kat bawah rumah saya tu jaga pintu pagar sampai bergoncang habis pintu pagar sejuk punya pasal. Saya tengok dia gelak ja.. dia marah dia kata “ni xiao shen me aa?”(apa gelak2?) dan musim nilah musim yang paling tinggi kekerapan budak-budak classmate saya ambil cuti sendiri. Bila laoshi tanya sebab apa tak datang depa kata “tak tahan keluar rumah”. Memang jawapan gila betul. Dah tak tahan nak keluar rumah, hang balik la dok Negara hang. Yang terhegeh-hegeh datang China sapa suruh..

So apa yang saya cuba nak kongsikan di sini ialah pengalaman saya selama 3 bulan di sini. Saya rasa suasana dan keadaannya yang nyaman. Memberi ketenangan jiwa dan rohani. Keadaan di sini tak riuh rendah macam di Malaysia. Pada pandangan saya mungkin salah satu sebabnya di Guangzhou ni motosikal DIHARAMKAN. So sapa yang datang sini memang tak akan pernah tengok motor la. Disebabkan motor ni tak da, mungkin la ini yang menenangkan keadaan dan juga suasana di Bandar Guangdong ni.

Hati ni rasa dekat ja dengan Malaysia memandangkan cuti semester semakin hamper. Mudahan Allah permudahkan segalanya..InsyaAllah.

Tuesday, November 24

::: Muhasabah 3 Bulan di China :::

Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya. Semoga semuanya di dalam Rahmat dan Maghfiroh Allah SWT.

Alhamdulillah setelah lama diam dari mengarang,hari ini saya sempat jugak mencoret sedikit bicara kata. Meskipun sejak kebelakangan ini masa agak terhad kerana saya sibuk dengan kuliyah dan saya sendiri mengajar pelajar-pelajar Malaysia di sini..dengan kelas Arabnya..kelas Tajwid dan jugak Fekah
selama 3 hari iaitu hari khamis, isnin dan selasa.

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri kepada kita ini marilah sama-sama kita menjadi hamba yang bersyukur. Jari ini agak perlahan menaip dek kerana sekian lama tidak “mempress” keyboard maka jari pun dah jadi liar. Tapi insyaAllah demi Amal Makruf Nahi Mungkar saya cuba menulis sepatah dua kata diblog ni. Pejam celik pejam celik hari dah pun masuk bulan ke-3 saya berada di Tanah Besar ini.

Pada 27 November 2009 ini, maka genaplah 3 bulan saya di Negara China ini. Walaupun masa terus berlalu, namun harta ukhrowi masih di takak yang lama bahkan boleh jadi semakin berkurang dan hilang. Ramai manusia akan menganggap bila dapat sambung belajar di luar negara adalah peluang cerah untuk mendapat pekerjaan yang baik atau pun orang akan bangga dengan kita. Inilah sebahagian daripada mentality kita hari ini.

Sebaliknya apa yang saya rasai hari ini tak semudah yang diungkap. Memang benarlah, manusia ini selalu lupa dan leka sesuailah dengan makna MANUSIA itu sendiri. Hakikat sebenarnya kehidupan kita ini satu pengembaraan yang sangat jauh tetapi masanya sangat singkat. Sedarilah yang kehidupan kita ini sebenarnya adalah satu sistem perniagaan yang memungkinkan kita menjadi rugi atau untung. Jadi siapakah gerangan mereka yang untung? Dan juga mereka yang rugi?

Dalam Quran Allah menerangkan kepada bagaimana seorang peniaga atau penjual yang untung atau pun yang selamat dari api neraka Allah SWT. Justeru, ketahuilah yang setiap kita ini mempunyai titik pertemuan di destinasi yang sama di akhirat nanti. Maka apalah yang nak dibanggakan dengan orang-orang yang sombong dan lupa diri sebagai hamba dan kuli kepada Allah Yang Maha Mulia? Kita diciptakan Allah dengan tujuan dan bukan sepertimana kita buat rumah,bangunan,computer,kereta dan sebagainya.

Kita diciptakan dan dibekalkan dengan pancaindera yang sempurna yang membolehkan kita berfikir dan mencari kebenaran dalam setiap penciptaan AllahSWT yang maha sempurna ini. Alangkah ruginya kita yang dibekalkan dengan kesempurnaan jasmani ni gagal menggunakannya dengan cara yang betul. Betapa banyaknya nikmat Allah SWT berikan kepada kita dengan tanpa bayaran. Kerana apa? Kerana AllahSWT Maha Kamil,dan dia tak perlukan semua itu. Sebaliknya kitalah hamba yang hina ini perlu sedar diri bahawa kita ini tidak memeliki apa-apa.

Ya Allah..jika sekiranya engkau meminta balik segala nikmat dan rahmat yang engkau berikan selama ini, sudah pastilah kami semua akan bertaubat seluruhnya, sudah pastilah kami akan menyesal kerana kami tidak mampu membayarnya. Kerana mana mungkin kami mampu mencipta air? Angin? Tanah? Api?. Maka bayangkanlah benda yang sekecil itu pun kita tak mampu buat dan bergantung sepenuhnya dengan AllahSWT, maka apa alas an kita untuk melakukan dosa dan maksiat dengan AllahSWT??? Alangkah hinanya kita yang tidak memiliki apa-apa tetapi mengingkari perintah AllahSWT.

Muhasabahlah diri kita sebelum Allah SWT muhasabahkan kita di akhirat nanti. Setiap hari kita bangun tidur AllahSWT sudah sediakan kita dengan mata yang dapat melihat, hidup yang dapat bernafas, telinga yang dapat mendengar dan lidah dapat bercakap. Adakah tidak layak lagi bagi Allah SWT untuk disembah? Ditaati? Astaghfirullahalazim….

Ya Allah jadikanlah kami dari golongan yang engkau redhai dunia dan akhirat…..

Tuesday, November 3

aku & harapanku...

Friday, October 30

Di sebalik pertemuan

Demikianlah, pertemuan tidak seperti yang dijangka
Pada masa yang sama mencanai semula rindu, bermakna
Membiarkan waktu berlalu lagi, dan kita berada di antara
Pintu-pintunya yang terbuka menanti pesona mimpi-mimpi yang sama.

Apakah yang ingin diimpi kini jika bukan kesempurnaan
Yang kerap digarap dan ditatap seutuh pengabdian
Sesekali cuba menjahit segala robek pahit
Menggalas cemas di bibir fikir:
Tak upaya menjangka atau menjangkau upaya yang sedikit
Melampaui kesempurnaan yang bukan pasti dimiliki
Kerana sangka atau alpa.

Kedewasaan mengajar erti ketabahan
Sama ada perlu dilalui atau tidak
Bukan ada jawapan saat ini, memaknakan jawapan
Bukan lagi di sini, memaknakan jawapan terletak
Pada qada dan qadar tuhan
Kita hanya mampu merencana, merangka-rangka kebenaran
Yang ingin ditegakkan
Walaupun akhirnya hampa, tetapi bersyukurlah
Kerana masih ada waktu untuk menafaskan pertemuan-pertemuan lain
Yang baru jika kita mahu dan kita melaluinya, walaupun harus
Berulang-ulang, kerana di situlah teruji jati diri
Mekarnya ketabahan, menguntum bunga uji di halaman mimpi-mimpi
Yang telah dibela dan dihargai seteguh hati.

Sunday, October 18

lontaran politik dari tanah besar...

Hari ini Malaysia menghadapi krisis politik yang saya rasa sudah sampai masa untuk Parti Islam bersiap siaga menanti Siasah Islamiyah.saya adalah seorang pelajar Malaysia yang sentiasa mengikuti arus perdana dan berita Malaysia melalui wasilah-wasilah yang ada dalam internet ini.walaupun saya tidak berada di Malaysia tetapi saya tahu dan saya ikuti peredaran cerita dan suasana Tanah Air setiap masa.berdasarkan kepada kajian dan SWOT ringkas yang saya sempat lakar.maka di sini saya nampak ada beberapa intisari peribadi yang saya rasa ianya perlu diambil kira dalam memastikan Politik dan Gerakan Islam mampu maju ke matlamat kita iaitu Daulah Islamiyah.dalam mencapai dan memenangi cita-cita yang tinggi ini ahli-ahli harakah pada hari perlu membuat persiapan yang rapi dan kuat dalam kita mara kepada Lanskap Baru Malaysia.

Memandangkan saya seorang mahasiswa,maka penumpuan saya lebih kepada soal-soal masyarakat kampus yang ada pada hari ini.kekuatan sesebuah kerajaan terdiri daripada 3 komponen utama iaitu Pekerja,Buruh dan Mahasiswa.jadi disinilah sumbangan besar mahasiswa dalam menjamin tertegaknya Islam di Bumi Malaysia khasnya.selagimana sesebuah tempat (negara) itu gagal melaksanakan undang-undang syariat maka selagi itulah umat islam menanggung dosa kecuali orang-orang yang berjuang dn berusaha ke arah itu.saya rasa kagum dengan beberapa orang pemimpin-pemimpin islam yang dulunya aktif dengan Gerakan Islam di kampus dan masih lagi istiqomah sehingga hari ini.keluar masuk penjara adalah rutin harian.kenalkah kita dengan As-Syahid Syed Qutb?As-Syahid Imam Hasan Al-Banna?Dr.Fathi Yakan?dan banyak lagi pemimpin islam yang tak perlu saya sebutkan disini.

Mereka ini sudah lali dengan penjara dan ancaman musuh-musuh islam.tapi bagaimana pulak dengan ahli-ahli gerakan yang aktif di kampus malangnya mati dan hilang selepas tamat belajar?inilah kadang-kadang yang membimbangkan saya khususnya diri sendiri yang mencoret bicara.saya masih teringat kata-kata Almarhum Ustaz Fadzil Noor,"perjuangan yang sebenar bukanlah di kampus tetapi setelah tamat belajar".ayat ini jika dihayati dan diselami maksudnya sangat berbekas dan terkesan.memang benar,di kampus sangat mudah kita nak buat usroh sebab adik-adik usroh sudah ada tanpa perlu cari.nak buat program sudah ada penyertaan tanpa perlu pergi ke bilik-bilik.nat buat tamrin sudah ada bajet sebab dapat duit pengajian dari KERAjaan.so segala-segalanya mudah dan tersusun.jadi benarlah kata-kata ulamak hebat ini.

Saya cuba menganalisis PRK Bagan Pinang yang lalu.sekadar pemerhatian saya dari jauh bersumberkan internet dan maklumat dari usroh saya di sini maka saya dapati ada kebaikan dalam kekalahan islam di sini jika dilihat kepada beberapa aspek penting.pertamanya,AllahSWT memberikan kekalahan kepada islam kerana ahli-ahli kita masih ramai yang sedang seronok dan leka dengan berangan-angan kosong.kedua,AllahSWT nak tunjukkan kepada kita bahawa nak menang ni memang kena susah,sengsara dan sakit zahir batin.ketiga,kita jangan terlepas pandang yang kita ini masih banyak lagi kerja dan persiapan.kita sibuk berceramah berprogram tempat-tempat yang kita menang tetapi lupa banyak tempat-tempat lagi yang tak tahu lagi islam tu apa?perjuangan itu apa?sampai tahap mereka melihat orang pakai kepiah ini pu takut,itu belum lagi pakai serban tutup mulut semua.

keempat,alangkah peliknya jika pemimpin yang hendak dipilih itu tidak dikenali rakyat?apatah lagi dalam posisi yang bertentangan dengan fahaman dan pegangan mereka selama 22 tahun.maka berdasarkan kepada beberapa faktor-faktor ini saya merasakan disinilah jelasnya komitmen dan tugas mahasiswa sebagai Agen Perubah.Mahasiswa adalah orang-orang penting dalam memacu kejayaan sesebuah negara kerana golongan ini disediakan dengan ilmu dan tempat belajar yang selesa dan baik.justeru,bodohlah mereka ini jika mereke hanya makan tanpa melihat siapa yang memberi makanan itu?mereka hanya belajar tanpa kenal siapa yang sediakan peruntukkan pengajian itu?samalah halnya dengan seekor kambing yang memakan rumput di tepi sungai yang tenang tanpa menyedari buaya yang datang menyambar.

Inilah antara gula-gula yang ditabur kepada kita sehingga kita boleh tengok bagaimana mahasiswa hari sedang asyik berseronok dengan dunia remaja mereka tanpa sedar yang masyarakat di luar kampus ini memerlukan ilmu kejuruteraan mereka,ilmu kedoktoran mereka..ilmu guaman mereka..dan yang paling penting ilmu agama dari mahasiswa hari ini.malangnya golongan ini sebaik sahaja tamat belajar terus diam membisu laksana ular sawa yang kekenyangan.mana golongan agama yang nak bangkit berdiri di barisan hadapan perjuangan?mana golongan profesional yang nak mara lantang bersuara?malangnya golongan ini diam dan kunci mulut rapat-rapat di dalam Hospital KERAjaan,di Sekolah KERAjaan,di Pejabat KERAjaan dan di Universiti KERAjaan.jadi siapakah yang akan menyertai gerakan islam?sudah pastilah penoreh getah,penjual ikan,driver teksi,tukang buat rumah,tukang repair motor dan yang paling hebat PESARA KERAjaan...

Inilah hebatnya golongan cerdik pandai ini yang hanya memikirkan periuk pinggan nasi sendiri sahaja tanpa mengambil tahu orang-orang yang penagih dadah,berzina,minum arak,tidak solat dan banyak pusat-pusat maksiat kini yang sedang giat didirikan dengan megahnya.bila ditanya mengapa dulu aktif di kampus sekarang dah lesap?maka akan kedengaranlah alasan-alasan yang paling popular iaitu " tak pa..janji hati sokong islam,luaran ja macam ini".inilah taburan jawapan yang paling tinggi kekerapannya.hebat kan..nauzubillah..di manakah kita yang dulu sewaktu di kampus?dulu tak pa sebab underground sekarang tak bole sebab dah kerja dengan KERAjaan,nanti kena buang kerja anak bini nak makan apa...ya Allah..kuatkanlah kami di atas Jalan dan RedhoMU.

Duhai pemuda jentera Allah,Islam tak perlukan kita tapi kita yang memerlukan dia agar jalan yang kita mara ini benar-benar sampai kepada syurgaNYA.jika kita tolong agama Allah pasti dia akan membantu kita dan memudahkan jalan-jalan hidup kita ini.yakinlah yang Allah akan sentiasa bersama dengan kita jika kita bersama agamaNYA.hari ini mungkin kita rasa "biarlah mereka berjuang,cukup dah aku tak ada pun"..dah ramai dah tu".tapi suatu hari jika Allah uji kita keluar saja masjid motor hilang..apa kata kita?balik rumah ibu kita kena bunuh..apa kata kita?adik perempuan kita kena rogol..apa kata kita?adakah relevan lagi alasana kita "biarlah mereka berjuang,cukup dah aku tak ada pun"???mesti tak relevan dah kan??sebaliknya mungkin kita kata "kalau aku dapat aku nak potong tangan dia,kalau aku dapat aku bunuh balik atau kalau aku dapat aku sebat dia".tapi persoalannya mengapa perkara ini terjadi?mengapa si pencuri,pembunuh dan perogol itu berani berbuat demikian?tak takut ke dia?jawapannya SATU..kerana dia tak taku dengan hukum manusia..

dakwah dan tarbiyyah

AssalamualaikumWBT kepada semua yang mengenali saya.mudah-mudahan hati dan jiwa kita masih dalam nikmat Iman dan Islam. inilah dua nikmat yang tidak ada pada makhluq lain yang bernama binatang,iblis,mahupun syaitan.bersyukurlah kita pada hari ini dengan nikmat ini dan berharaplah agar AllahSWT sentiasa berterusan memberi Taufiq dan Hidayah kepada.ketahuilah yang nikmat AllahSWT berikan kepada kita ini adalah untuk menguji dan melihat sejauh mana kita meletakkan perhambaan kita kepadaNYA yang Maha Esa.maka amat malang sekali lah jika kita merasakan apa yang kita dapat hari ini adalah hasil usaha dan titik peluh kita sendiri.siapakah orang-orang yang celaka itu?bila gagal dalam hidup kita berkata "xpalah..xda rezeki..nak buat cmna,ini ja yang mampu" dan sebaliknya jika berjaya lain pulak jadinya.."inilah hasil usaha aku selama ini..memang tak sia-sia".jadi dimanakah AllahSWT?di masa kita senang @ susah???fikir-fikirkan...

Hari ini 29 Syawal 1430 bersamaan 18 Oktober 2009.bermakna hari ini adalah hari yang ke-51 aku berada di Guangdong,China.Alhamdulillah Allah masih memberi aku nikmat dan rezeki yang mencukupi.aku bersyukur padaMU Oh Tuhan kerana Kau yang menciptakan aku,kalau aku tidak wujud nescaya aku tidak akan menyebut namaMU dan bersyukur padaMU.sepanjang hari-hari dan waktu-waktu ini nampaknya dengan sangat pantas dan drastik.pejam celik pejam celik dah masuk 2 bulan di sini.pejam celik pejam celik dah lagi 2 bulan dah cuti semester.inilah yang dikatakan masa itu emas.hatta Allah bersumpah dengan masa ini bahawa ianya satu nikmat atau azab bagi seseorang hamba.terpulanglah kepada kita bagaimana kita melalui masa-masa yang Allah letakkan kepada kita.sama ada kita nak habiskan dengan perkara yang sia-sia atau maafaat.

Di akhirat nanti,ada golongan yang datang pada AllahSWT dengan berkata "Ya Tuhan kami,kami lihat dan kami dengar ayatMU (yakni Quran dan Pelaksanaannya),maka kemabalikan kami ke dunia sebentar untuk kami buat ibadah kepadaMU" sedarlah kita bahawa Allah itu Adil dengan pertimbangannya.inilah hal yang perlu ada dalam hati dan hidup kita.memang betul Rasulullah kata "Dunia ini tempat bercucuk tanam kepada Akhirat".justeru berjalanlah di atas bumi Allah ini sebagai seorang petani yakni sentiasa menanam dan menyemai benih-benih Taqwa dan Iman supaya di Hari Qiamat nanti kita dapat melihat hasil dan tuaiannya insyaAllah.hidup ini kita tak boleh terlepas dari salah dan silap,maka kita jugak tak terlepas dari zikir dan taubat kepada Allah.kerana memang Sunnatullah ke atas kita yakni hidup ini Allah menyediakan kepada kita dosa dan pahala manakala syurga dan neraka.supaya kita sentiasa berhati-heti dengan kehidupan ini yang penuh dengan tipu daya nafsu dan syaitan.

Bila lidah kita mentasdiqkan kalimah Syahadah,maka bermulalah kewajipan kepada kita berpegang dengan agama yang terikat dosa dan pahala.bermula bangun dari katil di subuh hari sehingga baring semula di malam hari terbeban atas kepala kita ini sama dosa atau pahala.NabiSAW yang dijamin dengan surga itu pun beristighfar 60 kali setiap hari..jadi bagaimana dengan kita tiada sebarang jaminan bahkan banyak dosa dari pahala.inilah manisnya bersama Islam,Tenangnya bersama Ilahi dan indahnya dengan Taubat kerana pintu maghfirohNYA sentiasa terbuka kepada sesiapa saja hmbaNYA yang sudi dan mengharapkan kepadaNYA.Ulamak kata hidup kita ini Allah hamparkan kepada kita antara Maksiat yang Maha Manis dan Ibadah yang Maha Berat..kita pilihlah yang jalan kita nak tetapi setiap pilihan ada balasannya sama ada nikmat atau azab.jika kita tanya Nafsu pasti Manis pilihannya kerana syaitan yang kawalnya..manakala jika ditanya Iman pasti Ibadah yang dipilhnya kerana Hati yang Tenang sentiasa bersama Allah.

Sidang pembaca,saya bukanlah seorang yang rajin menulis atau bercerita sebelum ini.tetapi keadaan dan persekitaran yang memaksa saya menjadi seorang penulis yang istiqomah dengan bicara Ubudiyyah kepada Rububiyyah..saya suka menulis bukan kerana minat atau hobi..sekitika di Malaysia suasana saya dengan mengajar di masjid dan pusat-pusat pengajian tuisyen serta berniaga secara kecil-kecilan.justeru saya tidak ada masa dengan mengadap komputer atau chating.tetapi bila saya sampai di sini suasana dan keadaanya berubah.maka kita juga perlu mengubah Islam dan Dakwah mengikut Uslub dan Strateginya.meskipun saya di sini masih mengajar Quran dan Bahasa Arab tetapi saya rasa waktu-waktu yang terbuang banyak lagi,sebab tu saya dipaksa oleh keadaan untuk mencoret tulisan-tulisan ubudiyyah di skrin komputer ini.mudah-mudahan jalan ini sedikit sebanyak mampu memberi Quwwah wal Hamas (kekuatan dan semangat) kepada sahabat dan pembaca yang setia.

Sesungguhnya medan dan peringkat Dakwah ini amat luas dan tak terbatas kepada uslub-uslub tertentu kerana Islam ini agama yang Dinamik dan Fleksibel.Islam bukan Agama Jumud dan Syadid..kerana muslim yang tidak memahami Islam dari sudut Uslub (cara pelaksanaanya) maka dia akan gagal dalam dakwah dan pembawakkannya.walaupun dia hebat dalam Ilmu dan Masdarnya (hukum dan sumbernya) tetapi belum tentu Dakwahnya berjaya memenangi hati-hati Madu'l jika tidak kena pada tempat dan caranya.maka atas keadaan inilah saya datang ke meja komputer saya untuk berbicara Dakwah dan Marhalahnya.walau di mana pun kita berada Dakwah dan Kewajipan tak boleh dijadikan alasan kepada menafikannya kerana Dakwah adalah Wajib dan berdosa jika kita tidak melaksanakannya megikut kemampuan dan tahap diri masing-masing.jika Islam itu Tadhiyyah (berlapang dada) mengapa Muslim sendiri Jumud???memang Haram tetap Haram dan sebaliknya tetapi bukankah telinga-telinga yang mendengar itu banyak jenis tahap ilmu dan kefahaman.

Hari ini Islam dan Muslim seolah-olah dua perkara yang berbeza.kerana keadaanya yang xmemahami Agama dari cabang-cabangnya hanya semata-mata ilmu kerana khatam banyak kitab dan talaqqi dengan guru-guru besar,maka ini tidak cukup jika ilmunya berhenti di situ kerana Madu'l kita sangat ramai kuantiti dan peringkat penerimaannya.satu hari datanglah seorang Yahudi ini kepada Rasulullah dengan berkata "aku mahu masuk Islam tetapi aku mahu berzina".Rasulullah kata "apa engkau rasa jika aku berzina dengan ibu mu".lantas yahudi itu marah dan berkata "pasti aku marah dan memukulnya",lalu kata Rasullah "begitu jugalah hal dengan dengan kamu,tidakkah mereka mereka marah dan memukulmu jika kamu berzina dengan ibu-ibu mereka,perempuan-perempuan mereka".cuba kita renung dan memahami Uslub Dakwah yang Nabi bawa sangat halus dan tersusun.mengapa Nabi tidak terus berkata "Haram Haram Haram"???

Inilah ilmu dan kemahiran yang masih ramai lagi pendokong-pendokong Islam hari ini yang gagal memperolehinya dan mengaplikasikannya.sedangkan lidah-lidah madu'l yang bertanya kepada kepada ialah Profesor,Doktor,Pensyarah,orang Cina,India atau Siam...bukan yang bertanya itu Ustaz,Pak Haji,Mufti,Tok Imam atau Ulamak...jadi sudah pastilah bibit-bibit hujah dan alasannya berbeza mengikut yang bertanya dan tahap kefahamannya meskipun berasal dari masdar dan hukum yang sama.kari yang kita masak memang sama perencah dan perkakasnya tetapi berbeza rasanya mengikut tukang masaknya kerana cara dan kemahirannya mengolah dan mencipta kelainan selagi mana menunya tetap sama iaitu kari.inilah penyakit yang melarat kepada muslim-muslim kita hari ini.oleh kerana terlalu jauh dengan Agama dan Ilmunya.sebab itu orang bukan Islam tidak tertarik dan tidak rasa kelainan bila melihat kita.hatta saya di Jinan University susah nak tahu mana satu muslim.pakai seluar pendek datang kuliyah,rambyr perang,gelang rantai beruk keliling tengkuk..ini kah muslim?kalau begitu samalah dengan budak-budak yang bukan muslim sebab sama ja pakaian dan penampilannya.

Tujuan saya mencoret ini tidaklah ingin tuju kepada individi tetapi umum bahawa inilah situasi yang sedang menimpa kita khasnya di Malaysia Tanah Airku terrcinta.lihatlah di mana-mana Universiti kita habis remaja-remaja kita rosak dan lalai dengan keruntuhan akhlak dan aqidah.mengapa perkara ini harus terjadi?sedangkan ramai dari sekolah agama?latar belakang keluarga yang faham agama?sebabnya satu iaitu remaja-remaja ini gagal disuntik dengan Roh dan Taqwa kepada AllahSWT.mana tak nya,setiap bulan di Universiti ada saja program merapu..jemput artis datang menyanyi la,konsert rock la,battle of the band la,dan macam-macam lagi bentuk muzik dan hiburan yang sangat melalaikan dan tak membawa faedah dan manfaat kepada Hati dan Jiwa manusia-manusia yang bernama pelajar ini.sebab itu mereka tak rasa ilmu-ilmu profesional yang dipelajari itu satu ibadah kerana tiada kemanisan dan keberkatannya.dapat keputusan cemerlang tapi tak sembahyang,tak tutup aurat,pegang laki perempuan perkara biasa..inikah yang dikatakan muslim yang mampu berdiri dengan hujjah???

Perjalanan kita masih jauh duhai remaja Islam.jadilah kita memutarbelitkan hiburan dan Islam. kerana sudah jelas bahawa Islam agama yang Fleksibel,tidak mengharamkan hiburan malah zaman Rasulullah sendiri ada hiburan tetapi hiburan mereka tidak menghalang mereka dengan Qiamullail,baca Quran,Zikirullah dan menanges dalam sujud..jadi adakah dengan hiburan yang jelas melanggar syariat itu dengan mendedah aurat,pergaulan bebas laki perempuan dan melalaikan iman itu satu yang dibenarkan Agama???pelajar-pelajar Universiti adalah Agen Perubah Besar kepada Lanskap Islam dan Penganutnya.jika golongan cerdik pandai ini yang gagal dengan akhlak dan moral mustahillah Negara Malaysia akan mara ke persada Dunia dan Antarabangsa.Islam itu Hebat tetapi Muslim yang gagal menghebatkannya.jadikanlah Ilmu dan Masa berada di Universiti ini sebagai tempat menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh dan setelah tamat kitalah jasad-jasad yang berda di hadapan barisan jihad.kitalah orang-orang yang mengampit Pemimpin Jihad.janganlah kita leka dengan ujian dan cabran hidup ini,sesungguhnya ujian ini memang pahit disabar tetapi manis jika dilayan kerana itulah fitroh kita diciptakan dengan ujian dan eksperimen supaya hasil-hasil yang baik sahaja akan terpilih untuk digunakan.

Ayuh Remaja yang Muda lagi Cerdik,kita tinggalkan hiburan dan perkara yang sia-sia di Kampus dan kita turun mencari madu'l-madu'l yang masih lagi tidur dan leka dengan solatnya,auratnya dan maksiat-maksiatnya..sesungguhnya mereka memerlukan bimbingan dan pertolongan kita tetapi mereka tak tahu nak bertanya kepada siapa dan di mana sumbernya.jangan biarkan mereka terus hanyut dengan dunia lagho dan sia-sia mereka.bimbinglah mereka dan pandulah mereka kepada Tuhan yang Esa.mereka sebenarnya terpaksa bercouple,terpaksa tak solat dan terpaksa dedah aurat sebabnya pengaruh kuta dari syaitan-syaitan yang bernama manusia ini.mereka pun tahu ianya tidak baik tetapi apa bole buat itu ja yang menyedapkan kehidupan mereka di sini.janganlah persia-siakan masa dan waktu kita di sini dengan hanya belajar tanpa memikirkan hal dan tepi kain orang lain.kerana Islam itu Agama Nasihat antara satu sama lain.marilah kita usaha sedaya dan semampu yang mungkin bagi memastikan muslim universiti ini mampu menggegarkan malaysia dengan Roh dan Hati manusia kepada AllahSWT.wasalam..

Thursday, October 15

muhasabah ubudiyyah

Hidup ini AllahSWT ciptakan untuk kita hanyalah satu ujian dan pendustaan.sebab itu rugilah kita jika kita merasakan hidup ini nikmat yang abadi.setiap detik didiperhati dan dinilai oleh Sang Pencipta yang Maha Agong.apakah yang diisi dengan sepanjang ruangan cabaran ini dengan amalan yang membenarkan dunia yang penuh dengan permainan atau mengisi ruangan hidup ini dengan sia-sia dan merugikan?tahukah kita yang kita ini dicipta sejak azali dengan fitroh insani yang kadang-kadang membuatkan kita kian jauh dari jalan Ilahi?adakah kita sedar dengan keimanan atau dengan kefahaman semata-mata?AllahSWT menjadikan kita bukan dan sekali-kali tidak ada sebab sedangkan banyak lagi makhluQNYA.tetapi dengan aQal dan Iman yang seimbang inilah mampu mendidik kita dengan ubudiyyah kepada Robb yang Satu. Duhai manusia yang tertipu,tahu tak AllahSWT itu Hidup dan DIA yang menciptakan kehidupan? Inilah kehidupan duniawi yang tidak akan membawa kita kepada dua jalan hidup.iaitu Jalan Ilahi atau Jalan Thoghut.pilihlah mana satu yang kita inginkan tetapi Allah dah mengkhabarkan kepada kita mana yang sampai kepadaNYA.hari demi hari aku rasa kehidupan ini semakin gelap dan terus teraba-raba mencari keyakinan dan ketaatan yang setia dan istiQomah.aku manusia biasa yang tidak mampu berjalan di atas bara api yang panas membakar nafsu ini,melainkan hanya Allah sahaja yang Maha boleh memandu hingga ke pangkuan Rububiyyah.hati dan jasad ini akan binasa dan hancur di saat Israfil meniup sangkakala di waktu Makhmakah Agong siap bersedia menghimpunkan seluruh saksi-saksi..peguambela-peguambela..OKU-OKU..pendakwaraya-pendakwaraya.Maka di saat ini bersemadilah Zat Hakim Yang Maha yang akan mengadili dengan seAdil-AdilNYA segala fail-fail dosa pahala sama ada akan disiman,dihukum atau dilepas. Dan di waktu ini demi Allah tidak akan seorang pun pendakwaraya atau peguambela yang akan tampil ke pengadilan Makhamah Agong ini kerana keputusannya sudah dapat. Lantas skrin ditayang dan di play kan secara life and clear. Adakah masih berani hamba yang bodoh ketika itu menafikannya? Sedangkan segala-salanya dirakam dan dimainkan semula pada hari yang tidak manfaat segala-galanya melainkan hati yang suci dengan IMAN & TAQWA Ila Allah…rupa-rupanya kehidupan ini sudah direcord dan disave dalam memory AllahSWT. Duhai hamba Allah..Ubudiyyah ini ingin memohon telinga dan mata sidang pembaca sekalian untuk kita berbicara dengan Tuhan kita seketika..sedar atau tidak hidup ini satu lakonan. Yang mana lokasi penggambarannya di tempat bernama Bumi,pelakon-pelakonnya ialah kita,dengan ceritanya ialah Dunia ini Satu Persinggahan Sementara dan Pengarahnya ialah Allah yang Maha Bijaksana.filem ini tidak semua pelakon akan kekal sehingga ke penghujung penggambarannya kerana mereka tidak layak,maka setiap masa ada pelakon yang akan tersingkir ke penggambaran seterusnya di lokasi baru iaitu Barzakh. Dan tempoh filem ini tidak lama bagi setiap orang..bak kata pelakon terbaiknya Rasulullah “tempohnya antara 60-70 tahun sahaja”.maka apabila sudah selesai filem yang Maha Dahsyat dan Maha Gerun ini maka sampailah ke penghujungnya dengan hadiah-hadiah dan anugerah-anugerahnya kepada pelakon yang terbaik dan tercorot…Muhammad Bin Abdullah adalah pelakon terbaik dan pelakon tercorotnya ialah Abdullah Bin Ubail Bin Salul..emm bagaimana dengan pelakon-pelakon yang lain?Muhammad mendapat hadiah pakej pelancongan selama-lamaya iaitu Penerbangan Paling Pantas ke Negara Syurga Darul Firdaus…manakala Abdullah mendapat pakej pelancongan selama-lamanya dengan penerbangan Paling Lama ke Negara Darul Jahannam.justeru kita pakej yang mana?ke Negara mana?berapa lama?penerbangan yang cepat atau lama?adakah kita bersuka ria lagi dengan lakonan yang dicipta dan diuji ini?adakah kita masih seronok dengan lakonan yang hanya 60-70 tahun sahaja ini? Ayuh ubudiyyah mari bersama kita mencari dan menterjemahkan kehidupan ini dengan amalan-amalan yang memungkinkan kita mendapat gelaran pelakon terbaik atau pakej-pakej yang membahagiakan kita di Pentas Akhirat kelak…Duhai hamba yang leka dan alpa.. adakah peluang kita bertaubat dan bersegera mencari redho Ilahi tidak akan boleh patah semula ke hari semalam dan hari esok belum tentu masih ada hidup untuk kita.justeru di saat ini masih berbaki ayuh kita basahkan muka dengan wudhuk,lembutkan lidah dengan zikrullah,lapangkan dada dengan ketenangan dan lembutkan hati dengan istighfar. Sesungguhnya diri yang lemah lagi kerdil ini selalu tersasar dari jalanMU..kalaulah Tuhan ku ini tidak menghasihiku nescaya aku tidak ada ruang dan peluang untuk kembali ke MakrifahMU dan MahgfirohMU.

Saturday, October 10

cerita dari jinan universiti

salam alaik..pada 28 Ogos yang lalu saya berangkat ke China dengan penerbangan AirAsia pada jam 4.30 petang waktu Malaysia di Low Cost Carrier Terminal (LCCT) Kuala Lumpur.flight saya landing di Guangzhou International Airport tepat jam 11.16 malam waktu China setelah flight kami berlegar-legar di awangan hampir 20 minit sebab suasana malam agak kabur untuk mencari port landing.alhamdulillah setibanya kami terus berangkat ke rumah Kedutaan Malaysia di China,di tengah-tengah bandar Guangdong ini.kami berehat seketika hampir semalaman di rumah Encik Zul,Kedutaan Malaysia dek kerana keletihan.emm esoknya pada 29 Ogos seawal jam 8 pagi kamu terus bergegas ke hari pendaftaran pelajar-pelajar baru di College Chinese Of Language & Culture,Jinan University.setibanya di kaunter pendaftaran saya terkejut and hairan bila melihat semua kaunter-kaunter dan sistem pendataran dalam bahasa mandarin.ya Allah saya umpama tikus melihat besi..ternganga hampir meleleh air liur kehairanan.jadi saya terpaksa minta senior saya sebagai translator.lepas tu,seperti biasa saya menyerahkan dokumen-dokumen penting seperti sijil diploma,sijil spm,sijil-sijil sokongan dan sebagainya.saya terfikir sewaktu di UiTM Penang dulu kawan-kawan yang fasih berbahasa inggeris menjadi tumpuan dan perhatian.bahkan hampir 90% pengajian di UiTM memang dalam english.jadi tidak hairanlah kalau pelajar-pelajarnya mampu bercakap dengan baik.selama 3 tahun saya di UiTM Penang dalam Pengajian Kejuruteraan Kimia inilah saya memulakan langkah baru dalam penguasaan bahasa inggeris.alhamdulillah setiap semester saya dapat paling kurang pun B+..hehehe..tetapi suasana berubah sama sekali bila kaki saya menjejak di Timur tidak laku satu sen pun,saya terfikir apa sebab bahasa dunia ini berada dalam tong sampah ja dan di dalam longkong.sebab kita di Malaysia kerajaan melaungkan PPSMI la..bahasa enggeris sebagai bahasa kedua la..macam-macam lagi tetapi di sini hatta Profesor sendiri xcakap english..dan Doktor-Doktor bercakap cina sewaktu saya buat medical checkup walaupun dia tahu saya foreign student yang xreti berbahasa cina.bila mula kuliyah,memang lecture dalam mandarin..subhanallah gila saya jadinya.bila saya tanya pensyarah why didn't you speak english since we are coming from zero mandarin country.how can we catch it if lecture occuring like this?dengan relax dia jawab dalam bahasa dia dengan maksud "kalau kamu xtahu bercakap cina bila kamu nak reti?kamu belajar di sini lama sedangkan kamu balik sia-sia xreti cakap cina.bila kamu datang sini kamu mesti hormat kami."emm..saya fikir dan terus berfikir..rupa-rupanya inilah antara rahsia utama kejayaan dan kemajuan negara-negara timur seperti China,Jepun,Korea,HongKong,Taiwan,Macau dan lain-lain lagi dalam pembangunan dan pentadbiran.kerana mereka memuliakan bahasa dan budaya mereka.hatta kalau kita nak buat PhD sekali pun kita mesti ikut kelas bahasa cina paling kurang setahun.di Malaysia kita hari ini berapa ramai pelajar-pelajar luar negara yang belajar bertahun-tahun di Malaysia namun tidak mampu bercakap bahasa malaysia???adapun yang mampu bercakap itu adalah usaha dan ikhtiar mereka sendiri.berlainan di sini mahu tidak mahu you have to speak!!!so we have no choice since condition is being like this.bari saya tahu dan faham inilah wajah kita sebenar,kita adalah kita,baru kejayaan milik kita.sebaliknya bila kita berbangga dengan orang misalnya bangga dengan bahasa orang makan sampai bila-bila kita tidak akan merasai nikmat kemajuan kita kerana kita tuan rumah tetapi kita yang kena ikut cakap tetamu.jadi bolehlah tetamu nak masuk bilik kita,nak makan sesuka hati di rumah kita dan tidak mustahil isteri kita pun dia boleh pegang kerana ada tuan rumah yang bodoh lagi bangang subhanallah.Alhamdulillah sehingga hari ini saya mampu bercakap mandarin walaupun tidak fasih macam senior-senior saya tapi perubahan tu tetap ada dari semasa ke semasa insyaAllah.saya belajar di kelas foreigner yang rata-rata dari Benua Eropah.classmate saya terdiri dalam 20 orang dari New Zealand,Turkey,Rusia, Ukraine, Korea ,Jepun dan Madagascar..saya rasa bersyukur bercampur terharu bila saya diberi rezeki sambung belajar di sini tajaan syarikat muslim HPA Industries Sdn Bhd.saya akan berada di sini insyaAllah dalam 4 tahun dan sesudah tamat pengajian saya akan bersama dengan syarikat ini 10 tahun kontrek wajib.insyaAllah saya harap muada-mudahan saya terus bersama dengn ekonomi muslim selagi mana kita usaha selagi itulah Allah tetap bersama dengan kita.kami ke sini bersama 6 orang pelajar-pelajar baru yang sama tajaan yang rata-rata dari utara tanah air kecuali seorang dari Pahang.Allah mengatur dan menyusun hidup hamba-hambaNYA sangat cantik dan terancang.setelah saya tamat pengajian diploma pada Mei 2009 yang lalu saya dapat tawaran ke pengajian ijazah dalam bidang Kimia Asli & Gas (Oil & Gases) di UiTM Shah Alam.saya rasa agak keberatan kerana saya bercadang nak rehat dulu dalm seahun dan selepas tu nak sambung dalam bidang pendidikan kimia sama ada di UPSI atau USM.namun perancangan Allah mengatasi segala-segalanya apabila saya dapat maklumat dari salah seorang pensyarah saya yang HPA ada buka tawaran pengajian ke luar negara tajaan penuh HPA.saya istikhorah bersama-sama keluarga minta petunjuk dan perkenan AllahSWT.setelah mempertimbangkan baik buruknya saya cuba kuatkan semangat dan melupakan cita-cita saya ingin ke UPSI atau USM kerana kini Allah dah tunjuk mana yang terbaik buatku.kini sudah sampai hari yang ke-41 aku rasa sangat gembira dan bersyukur kerana aku ada Tuhan yg Maha Baik dan Penyayang.aku mengharapkan petunjuk dan panduanNYA snetiasa bersama-sama dengan ku hingga aku menjadi hamba ber syukur dan bertaqwa insyaAllah......

salam perantauan dari china

AssalamualaikumWBT kepada semua pembaca yang setia dengan tulisan pengembaraan Perjalanan Ubudiyyah ini.Alahamdulillah Robbil Alamin yang menjadikan dan menciptakan segala macam makhluQ sama ada yang kita nampak atau tidak,sama ada besar atau kecil dan sama ada hidup atau mati.pengembaraanku mencari Tuhan kian kesampaian,namun batu-batu dosa dan duri-duri maksiat di hadapanku menjadi penghalang kepada Rahmat dan Redho AllahSWT..lantas aku terpijak dan tersungkur di hadapan Tuhanku dengan rasa Kerdil lagi Hina.inilah halangan-halangan yang membuatkan perjalanan ubudiyyahku kian kabur dan kadang kala tersesat jauh dari jalan Robb..meskipun Tuhanku tahu hambaNYA ini jahil lagi zalim kerana nikmat yang diberi tidak dihargai,nyawa yang ditiup tidak dinafaskan dengan ibadah dan jasad yang dicipta tidak disumbangkan kepada agamaNYA..kini,hambuMU mencari kekuatan dan daya supaya diri ini mampu mengatakan TIDAK dengan NAFSU dan mengakui perhambaanku kepadaMU.hari ini hari yang ke-41 aku berada di Tanah Besar China.jika dihitung amalan sudah pasti tiada untung dengan pahala.namun hari demi hari aku tanya diriku "adakah hari semalam lebih baik dari hari ini?" maka nafsuku berkata "ya,sudah tentu".kalau benar begitu,mengapa hati makin kuat menyekat air mata dari mengalir?mengapa hati makin kuat menahan kaki bangun ke sejadah di malam hari?dan mengapa hati makin mengikat lidah dari berzikir?mengapa mengapa dan mengapa aku harus begini sedangkan nafsu berkata baik?maka benarlah jika diturutkan hati lesu.inilah kelesuan dosa dan hati yang sudah keras dari zikrullah.perjalanan ubudiyyah ini akan terus mara dan mara sehingga ke penghujung episodnya di Mahsyar kelak.di sinilah perjalanan ini akan sampai kepada Rububiyyah sama ada Mardotillah Alhamdulillah atau Mardhotissyaiton Nauzubillah.aku ke sini kerana ingin mencari bisa dan peluru yang akan menyengat dan menebak kepada sasaran yang betul.aku ke sini ingin menuntut mengutip AllahSWT yang bertembaran di bumiNYA ini,namun walaupun perjalanan ini belum cukup tetapi hakikatnya ilmu itu perlu dimiliki.walaupun membawa beg Tuan Guru itu satu yang mulia,namun adakah ilmu setinggi gunung seluas lautan yang dipelajari itu semata-mata mencari kemuliaan itu sedangkan kemuliaan itu tidak layak dengan keadaan dan kemampuan kita,bahkan kita mampu membantu Tuan Guru dengan sumbangan yang lebih besar dari itu?dengan kemampuan yang kita ada ini kita mampu bekerja Engineer,Doktor,Peguam ,Arkitek, Pensyarah dan berbagai-bagai bidang profesional serta dengan gaji kita yang RM10000 atau RM20000 itu disumbangkan kepada mereka.. bukankah itu lebih mulia dengan kemampuan kita?bukankah itu akan melicinkan perjuangan islam?bukankah perjuangan itu memerlukan dana?bagaimana mendapatkan data kalau semua ahli-ahli berada di pondok dengan belajar bahasa arab dan agama atau di masjid dengan hanya berzikir dan berdoa semoga Allah menangkan islam?sedangkan islam itu sempurna dan cantik..islam itu bukan hanya di pondik atau masjid..tetapi islan juga berada di universiti,hospital,farmasi,hotel,kilang dan sebagainya.jadi siapakah yang nak mengisi islam di tempat-tempat ini kalau semua ahli-ahlinya pergi ke pondok-pondok atau masjid-masjid? ingatkah kita siapakah Abdul Rahman Auf?siapakah Saidina Uthman Affan?Siti Khadijah Khuwailid?mereka-mereka ini terkenal dengan hartawan yang dermawan.bagaimana mereka boleh sumbang kesemua keuntungan mereka kepada islam kalau bukan dengan kejayaan ekonomi dan perniagaan mereka?adakah mereka ini membantu islam dengan membawa serban atau junag RasullahSAW?sudah tentu tidak sama sekali walaupun itu satu yang mulia disisi AllahSWT namun kemampuan dan kelayakkan mereka bukan di situ sebaliknya di medan ekonomi.jusreru,marilah sama-sama kita memahami dan menghayati erti perjuanagn dalam konteks kita hari ini.dimanakah kelemahan dan kekurangan Parti Islam?ayuh,mari kita mengisi dan menutup lubang-lubang itu supaya Parti Islam berkibar megah dengan kemanisan Jihad dan keyajaan Islam pasti dapat dinikmati bersama-sama.wassalam

Thursday, October 8

politik semasa

Penghinaan terhadap Islam bukanlah perkara baharu dalam sejarah tamadun manusia. Ia telah berlangsung sejak kali pertama Allah SWT memerintah iblis untuk sujud kepada Adam yang enggan berbuat demikian kerana merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam, malah sudah lebih lama wujud daripada Adam ribuan tahun sebelumnya.

Siri penentangan terhadap tidak berakhir di situ, malah ia diteruskan dengan beberapa siri lain yang berlaku terhadap umat para anbiya yang tidak dapat menerima kebenaran yang dibawa oleh nabi masing-masing. Ia disebabkan ada dalam hati mereka rasa tidak setuju dengan apa yang dibawa kerana mendakwa mereka pun cerdik seperti nabi-nabi.

Justeru, Allah SWT menegaskan dalam al-Quran menerusi ayat 112 surah al-An'am maksudnya: "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh daripada syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu."

Jelas daripada apa yang ditegaskan Allah dalam ayat tersebut di atas, bahawa kalau terdapat di kalangan nabi-nabi itu syaitan berupa manusia, yang kerjanya untuk menyesatkan sekalian manusia, maka ia juga terdapat di kalangan manusia pada hari ini yang berusaha untuk menyesatkan manusia dengan kata-kata indah melalui tulisan, pembentangan kertas-kertas kerja dalam seminar, penyampaian dalam majlis-majlis dialog dan sebagainya.

Pada hal ciri-ciri syaitan ada pada mereka, bagi yang mengenal Islam dengan baik sahaja yang dapat mengelakkan diri daripada terperangkap dengan kata-kata indah tersebut.

Pada awal abad ke-21, masyarakat Islam dikejutkan dengan kemunculan penulis dan individu yang diyakini telah cuba menulis atau membuat kenyataan secara sedar, jelas dan berterusan dengan niat dan tindakan untuk menghina Islam. Mereka cuba memberi gambaran Islam yang salah dengan mengikuti pandangan peribadi mereka semata-mata tanpa dirujuk kepada asas-asas kaedah dan disiplin ilmu pentafsiran al-Quran dan Al-Hadis yang betul daripada persepakatan ulama yang muktabar (yang diterima pakai dan tidak dipertikai oleh seluruh ulama).

Maka berlakulah penyimpangan gambaran Islam sebenar hingga lahir aliran atau fahaman sekularisme yang memisahkan agama daripada kehidupan berpolitik dan bermasyarakat. Seolah-olah Islam tiada hubungan dengan persoalan kehidupan Muslim, iaitu agama individu adalah Islam, tetapi kalau cara berfikirnya tidak Islam tidak menjadi masalah. Inilah pandangan sekularisme yang dipelopori oleh Mustafa Kamal Ataturk di Turki yang menjadi tali barut Inggeris bagi menjatuhkan empayar Uthmaniyah.

Kalau benar kenyataannya itu, apa perlu untuk mengguling pemerintahan Islam Uthmaniyah, biarkan Sultan Abdul Hamid memerintah negara dengan Islam, sistem politik sahaja yang perlu ditukar kepada sekularisme, tetapi itu tidak akan berlaku, kerana sekularisme mempunyai agenda tersendiri bagi meraih sokongan pihak tertentu untuk menguasai negara.

Percubaan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya mahu menjadikan Islam dan hukum-hukum syariat Islam sebagai suatu perdebatan yang bebas mengikut sesuka hati dan mengenepikan asas-asas kaedah dan disiplin ilmu yang betul dalam Islam.

Antara kenyataan yang ditulis dan siar oleh penulis dan badan-badan yang menyebut Islam boleh ditafsir oleh sesiapa contohnya:

1. Pandangan oleh Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam: "Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu, sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata." (Utusan Malaysia, 26 September 2000)

2. Pandanan Dr Kassim Ahmad, penulis dan penganalisis bebas: "Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zamanKepada umat Islam, kita mnyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik." (New Straits Times, 12 Oktober 2000)

Situasi begini bukan sahaja merosakkan imej kesucian Islam, malahan menimbulkan kekeliruan yang bahaya di kalangan masyarakat awam khususnya masyarakat Islam di negara ini. Jika agama Islam dibiarkan didebat secara bebas seperti yang ditulis oleh pihak tertentu tanpa mengikut disiplin ilmu-ilmu Islam yang betul maka kewibaan seluruh institusi-institusi Islam di negara ini akan terdedah kepada cercaan dan penghinaan.

pengalaman di Guangzhou

bertemu kembali di arena perjalanan ubudiyyah pada edisi terbaru.semoga sidang pembaca yang budiman sekalian masih lagi setia membaca coretan saya.keluaran kali ini saya ingin menyentuh dan membicara mengenai manusia dan budaya.AllahSWT menciptakan dan mengaturkan hidup kita dengan penuh tersusun dan sistematik.bermula dari bangun tidur sehinggalah kita tidur semula.cuba kita fikirkan bagaimana sistem kehidupan kita dan betapa hebatnya proses yang dikawal oleh AllahSWT dalam memastikan penghadhoman badan dan darah kita berlaku dalam keadaan yang penuh tersusun.maka di sini saya cuba nak bawa pembaca sekalian memikirkan sejenak dari mana datangnya kita dan ke mana kita selepas ini.serta mengapa AllahSWT cipta kita?sedangkan masih ramai lagi makhluq yang AllahSWT mampu cipta dan menjaga alam fana yang ini.wallahua'lam marilah sama-sama kita merenungi bagaimana kasih dan sayang AllahSWT kepada kita sehingga kita rasa bangga dengan dosa dan maksiat,namun AllahSWT tetap memberi dan terus memberi peluang kepada kita supaya kita sedar dan taubat.pada 6 Oktober baru-baru ini saya bersama dengan pelajar-pelajar HPA meluangkan masa bersama untuk berQiamullail memandangkan sepanjang keadaan di sini kami belum lagi buat Qiam secara berjamaa'ah..jadi hati orang yang sentiasa berjamaa'h ni sentiasa merindukan suasana jamaa'h ni.memandangkan kami bersama dengan salah seorang Pegawai Penerangan PAS Pusat,Ust Mohamad Ibrahim pada malam tu,jadi kami menjemput beliau untuk memimpin Qiam.alhamdulillah...ya Allah ya tuhan ku..hati ini rasa lemah hampir jasad tersungkur bila dahiku sujud menyembah bumuMU..ya Allah..mata ini basah hampir lidah meraung kerana aku tidak mampu menahan perasaan tika mana redhoMU turun mencari ubudiyyah...ya Allah..tangan ini rasa longloi hampir hati bergegar dengan gegaran khosytullah..aku merasakan diri ini bukan di kalangan hati-hati yang bersih dengan hidayahMU sebaliknya hati yang bergelumang dengan dosa dan murkaMU.ya Allah..aku rayu..aku pohon dan aku mengakui hatiku terlalu jauh dan sesat dari jalanMU.kau dengarlah wahai Pendengar,kau lihatlah wahai yang Melihat,kau kifarat wahai yang Adil dan kau ampunilah serta maafilaah aku wahai yang Pengampun dan Pemaaf.hati yang kau ciptakan ini selalu lupa dan lalai dengan penciptaNYA kerana nafsu yang kau cipta ini sangat mencabar dan membutuh dengan kemurkaanMU.lantaran ya Rob..tika dahiku sujud sembah ke bumiMU dengan linangan air mata adakahkau masih tidak dengar?adakah kau masih murka dengan aku?adakah kau masih lagi tidak melihat rintihan maghfirohMU dan rayuan redhoMU ini?ya Allah..aku sudah penat dengan dosa dan maksiat sehinggakan hati dan jiwa ini merasakan tenang dengan syaitan dan laknatMU..ampunilah aku dan hidupkanlah semula hati yang lalai dan leka dari mengingatiMU ini.ya Robb..sesungguhnya hati ini diciptakan oleh Qudrat dan IrodatMU.mana mungkin ya Robb tempatnya dalam kemurkaan dan kebencianMU..kerana bilamana kau ya Robb tidak redho dengan hati yang asi ini,maka sekali-sekali tidak akan ada lagi kemuliaan selain dari kemuliaanMU. justeru ya Allah..kau lihatlah sendiri betapa aku mengharapkan keampunan dan rahmatMU.kau terangilah hati kami seperti kau terangi bumiMU dengan cahaya matahariMU.Allah Allah Allah...hambamu ini selalu melupaimu kuharapkan keredhoanMU..agar menjadi insan yang bertaqwa dan berusaha mengenaliMU ya Robb..kera padamu kami serahkan cinta dan diri kami pada MU.sekiranya nyawaku terputus tika sujudku ini maka aku berserah kepada pengAdilanMU..terserahlah walau di mana pun tempatku sama ada di Syurga atau di neraka..namun ingin aku munajat dan mengaku dengan sebenar-benarnya padaMU Robb yang kulit dan tubuhku yang lemah ini tidak mampu menahan dan merasai azabMU yang pedih dan sengsara.kerana walaupun mataku yang tidak pernah melihatnya,hatiku tidak pernah terfikirnya dan telingaku tidak pernah mendengarnya namuN ya Robb cukuplah dengan amran dan pesanan dari kitabMU sangat-sangat membuatkan diriku tercampak jauh dari kasih sayang dan redhoMU.emm..tempatlah aku di SyurgaMU jika jasadku terputus dari ruh pada sata dan waktu ini.meskipun ianya tempat yang layak bagi aku yang asi ini,namun itu sahaja yang aku mampu ya Allah kerana itu aku amat-amat mendahagkan ampun dan redhoMU.......sahabat-sahabatku..perjalanan kita bukan berhenti di sini sahaja.malah di hari yang tiada naungan melainkan naunganNYA itulah akan bersaksikan segala dari segala..yakni akan terhamparlah rahmatNYA pada yang dirahmatNYA dan terhempaplah murkaNYA pada yang dimurka.pengembaraanku mencari redhoMU kian dekat dan sampai.jika ruh ku meninggalkan aku sebelum sampai redhoMU padaku,maka terserahlah padaMU yang Robb..di mana kedudukan dan maqomku..astaghfirullah..Robbal baroya...astaghfirullah..mainal khotoya...