Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Thursday, August 11

Mari Menghidupkan Sunnah


Assalamualaikum.semoga sihat dan segar dalam menjalani ibadah puasa insyaAllah.hari ini masuk hari ke-11 kita berpuasa.sedar tidak sedar kita telahpun memasuki fasa ke-2 atau pertengahan Rmadhan.dalam satu hadis sahih Rasulullah sebut bahawa di fasa pertengahan berpuasa itu dijanjikan Maghfirah.iaitu Kemapunan Allah SWT kepada mereka yang istiqamah dan bersungguh-sungguh menghidupkan Ramadhan dengan berdoa,berzikir dan qiamullail bertepatan dengan syarat,adab serta caranya.kiat harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan anugerah besar ini yang Allah berikan kepada kita semua sebagai ummat Muhammad SAW.perbincangan kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman saya di alam kehidupan berumahtangga.

Hari ini 11 Ogos 2011 genaplah lima bulan saya berkahwin.tujuan perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun sebaliknya.ianya hanyalah semata-mata untuk dijadikan sebagai penggalak atau panduan untuk mereka yang tertentu.saya bukanlah orang yang selayaknya untuk berbicara soal ini kerana usia perkahwinan saya sendiri terlalu muda ditambah lagi dengan umur yang baru setahun jagung.oleh kerana saya mendengar ada di kalangan sahabat-sahabat saya di luar sana bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini maka saya rasa terpanggil untuk mencoret pena,mengukir kata,sejuta senyuman buat yang berkenaan.

saya merasakan perkara ini suatu yang sangat penting untuk difahami oleh setiap mereka yang yang akan melangsungkan perkahwinan kerana ianya melibatkan kehidupan kita.pada saya,amat bersetuju kalau ditanya perlukah remaja-remaja sekarang berkahwin?bak kata orang-orang tua “gula itu manis,tetapi manis yang bagaimana? madu? sagu? susu? dan sebagainya.”saya bersetuju jika kita tahu mengapa kita perlu berkahwin,bukan hanya sekadar menghalalkan apa yang diharamkan semata-mata tetapi tuntutannya melebihi dari itu.mungkin perkongsian saya ini sesuai dibaca oleh sahabat-sahabat yang akan mendirikan masjid ini,kerana barangkali lebih mudah untuk difahami tulisan yang saya susun ini.

Barangkali tidak sesuai kalau dibaca oleh orang-orang lama yang lebih mengetahuinya dari saya yang baru belajar lima bulan ini.saya merasai hikmah dan natijahnya daripada perkahwinan ini.masih teringat sewaktu belajar di pondok dahulu saya menjadi imam ketika tingkatan dua.hari demi hari saya diminta berkhutbah.sayapun bertanya kepada guru saya adakah layak saya untuk berkhutbah.jawabnya ringkas,”enta ada syarat memimpin jamaah (Imam) tetapi enta belum ada antara syarat besar berdakwah (Berkhutbah)”,saya bertanya “maa hua?”,jawabnya “lasta almutazawwij”.bila dengar jawapan saya terdiam.keesokkannya saya bertanya lagi kepada beliau kenapa syarat itu merupakan syarat besar?tidak berilmu semata-mata?

Kita sendiri tahu bahawa hati adalah komponen penting yang menggambarkan akhlak dan budi pekerti.biarlah zahirnya bagaimana sekalipun jika rosak hatinya maka musnahlah akhlaknya.orang yang merasakan pentingnya kesucian hati dan akhlak ini akan berusaha ke arah menghapuskan segala punca-punca perosak itu.As-Syahid Syed Qutb (pengarang masyhur kitab Fi Zilal Al- Quran) pernah mengatakan “ bahawa tersungkurnya seorang pendakwah itu kerana wanita,harta,takhta”.saya hanya ingin fokus kepada sebab utama sahaja kerana saya sendiri merasainya sewaktu bujang dahulu.bila saya memikirkan soal hati dan kewajipan berdakwah ini maka persoalan besar yang akan menerjah di fikiran saya ialah bagaimana hati-hati pendakwah untuk berhadapan dengan masalah-masalah ini.

Imam Nawawi R.A sendiri yang tidak berkahwin itu pun menggalakkan anak muridnya berkahwin.beliau terlalu mencintai ilmu sehingga tidak sempat memikirkan soal ini.betapa hebatnya akhlak beliau dalam mencintai ilmu itu.namun di dalam kitabnya Riyaadh As-Solihin turut menekankan soal perkahwinan.kata Rasulullah,”solat orang yang berkahwin 70 kali ganda lebih baik dari solat orang bujang”.orang yang berkahwin sesungguhnya dapat menyelamatkan dirinya daripada kemaksiatan yang terlarang.tidak dinafikan masih ramai orang yang berkahwin dan bercerai dengan mudah,bermain kayu tiga,kahwin di Thailand atau sebagainya.pada saya jika kita tidak meletakkan niat dan matlamat dengan jelas maka usahlah bicara soal ini.perkahwinan ini bukan sekadar menghalalkan hubungan.

Niatlah dengan ikhlas dengan perkahwinan ini menjadikan kita dekat kepada Allah disamping jauh dari maksiat kepada Allah.jika kita pernah dengar antara syarat-syarat Imam solat yang digariskan Ulamak ialah sudah berkahwin (mutazawwij),ini kerana kata Ulamak hati orang yang berkahwin lebih tenang dari hati orang yang bujang.ditafsirkan tenang itu ialah perasaan yang khusyuk dan jauh dari ingatan yang nakal.dengan ketenangan inilah insyaAllah segala amalan,gerak kerja,tindakan dan perjuangan kita lebih tenang.”sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan tenang”.bila hati tenang barulah jalan-jalan untuk sampai kepada Allah itu lebih mudah.ada Ulamak mengatakan bahawa di padang mahsyar kelak semua yang dahaga akan diberikan bejana berisi air untuk diminum oleh anak-anak mereka.justeru rugilah orang bujang tidak dapat minum.

Ini sekadar kisah,barangkali ianya boleh disangkal.tetapi fokus utama saya supaya setiap kalangan kita perlu menyedari bahawa perkahwinan ini jarang sekali dipandang secara sirius oleh para remaja sebaliknya mengambil pendekatan mudah iaitu bercouple.lihatlah betapa ianya penyakit besar yang menimpa anak muda hari ini yang akhirnya dengan penzinaan.biarpun bukan zina kemaluan tetapi zina hati itu tetap ada dan menjalar sehingga reput iman dan rosak hati.jangan dijadikan soal kewangan,kemampuan,umur atau kriteria-kriteria yang tidak penting sebagai alasan sebaliknya letakkan syarat utama sebagai asas dalam mencapai matlamat besar iaitu menuju keredhaan Allah.insyaAllah dengan niat yang ikhlas,usaha yang istiqamah,matlamat yang jelas akan mengundang keberkatan serta kemudahan dari Allah SWT.

“barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya akan dibukakan jalan keluar (penyelesaian).dan Allah memberi rezeki kepadanya dari sumber yang tidak disangka-sangka (pertolongan)”(Al-Quran)

Saya memilih berkahwin awal kerana saya bimbang perkara ini akan merosakkan kerja buat dan amalan saya yang kadang-kadang terbabas dari landasan asal.suatu hari Rasulullah telah keluar untuk berniaga bersama seorang sahabatnya.dalam perjalanan di tengah khalayak tiba-tiba sahabatnya terpandang seorang wanita,lalu bersabda Rasulullah “mahukah kamu aku nikahkan dengan dia?”.lihatlah betapa Rasulullah bagitu tegas dalam menjaga hati sahabatnya agar perjalanan dakwah serta perjuangan mereka tidak tergelincir daripada jalan-jalan Islam.hari ini anak muda memberi seribu satu alasan untuk tidak berkahwin tetapi tidak mencari jalan meninggalkan maksiat kerana mereka merasakan dengan perkahwinan satu bebanan.pada saya itu kesalahan yang besar.dengan perkahwinan kita boleh bersuka ria dengan halal,bersama perempuan (isteri) dengan halal dan bercinta dengan isteri,bukankah begitu?

Setiap yang terlarang itu ada jalannya,kalau zina itu haram maka jalannya dengan perkahwinan.suka saya ingatkan di sini kepada sahabat-sahabat saya yang belum memiliki atau dimiliki usahlah bersedih atau malu atau berlumba-lumba mendapatkannya kerana ini soal rezeki.rezeki Allah untuk kita pasti ada,cuma mungkin masanya belum tiba atau kita belum bersedia menghadapinya.tumpukan pelajaran,fokuskan gerak kerja dan istiqamah dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT.sesungguhnya perkongsian ini hanya ditujukan kepada sahabat-sahabat yang bakal melangsungkan perkahwinan dan sahabat-sahabat yang sudah memilikinya.justeru,jagalah hati,pergaulan dan jangan diambil mudah.biarlah usaha kita bermula dengan cara halal agar kelak kita meraih keberkatan dari Allah SWT.

Sedarilah jika kita tidak menjaga hubungan dengan Allah SWT dengan tidak menjaga akhlak dalam berhubungan nescaya akan gelap laluan kita menuju kepada Allah.sama-samalah kita berdoa dan berharap kepada Pemilik Cinta kita agar dengan usaha dan tindakan kita akan memberi keberkatan,keampunan dan kejayaan kita dalam beribadah serta pengabdian kita kepada Allah SWT insyaAllah.ayuh kita mentajdid niat,istiqamah beramal,kuatkan keyakinan dan Selamat Mendirikan Baitud Dakwah.Salam Ramadhan Al-Mubarak

0 comments:

Post a Comment