Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Sunday, December 27

Pengalaman di Guangzhou

Assalamualaikum WBT.

Semoga semuanya sihat dan masih lagi diberi kekuatan untuk beribadah kepada Allah SWT. Terima kasih kepada pembaca yang setia yang mengikuti arena perjalanan ubudiyyah ini dari awal sehingga hari ini. Kata orang jauh merantau luar pemandangan. Ya memang benar pepatah yang tiada periwayat ini.

Baru hari yang ke-120 saya di Guangzhou tetapi pemandangan dan pengalaman itu manis sekali seperti 4 5 tahun di sini. Walhal baru 4 bulan genap hari ini 27 Disember. Alhamdulillah sementara ada idea ini insyaAllah saya akan berkongsi beberapa catatan pengalaman dalam lingkungan 4 bulan ini. Ini satu perkongsian dengan tulisan sahaja, oleh itu para pembaca seharusnya membaca dengan menjiwai hati dan perasaan penulis ini. Baru feelings will appear as written.

Firstly, baru-baru ini saya ditugaskan membawa pelajar-pelajar Malaysia dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Inilah kata orang sebelum kita berjaya kita wajib gagal dulu sebab kalau tak gagal kita tak akan bertemu dengan kejayaan. Jadi ringkasnya, saya sangat takut untuk bawa mereka sebab saya masih baru di sini dan masih banyak perkara yang tidak tahu termasuklah dengan speaking mandarinnya lintang pukang dan jugak cara nak pergi ke sana. Tetapi dengan keberanian yang Allah beri ini saya cuba memimpin 22 orang pelajar termasuk 2 orang pensyarah seperti mana yang diamanahkan oleh Murobbi kami di sini iaitu Ustaz Mohamad Ibrohim, yang dikenali di Malaysia sebagai Ustaz Mad Cina sebab mukanya 99.9 % macam cina cuma dia pakai kepiah ja.

Yang kedua masalah saya ialah saya kena bawa mereka keluar dari Guangzhou iaitu ke Shenzhen dengan menaiki keretapi 200km/jam. Shenzhen ini adalah satu daerah luar Guangzhou tetapi kedua-duanya masih lagi dalam negeri (wilayah) Guangdong. Cuma Shenzhen ini sempadan antara China-Hong Kong. Maknanya dari Shenzhen kami sudah nampak pergunungan Hong Kong yang cantik sekali. Inilah beberapa masalah yang menimpa saya. Tapi Alhamdulillah sekarang semuanya itu menjadi kenangan yang manis.

Kami pergi ke sana untuk melawati satu tempat yang dikenali sebagai Window Of The World. Di sini setiap monument-monument dan artifak penting di dalam dunia akan dipamerkan dan direplikakan. Ianya meliputi setiap negara-negara di dunia. Terdapat 64 temapat-tempat bersejarah yang dipilih untuk direplikakan di sini. Dan dari 164 ini saya jumpa jugak Malaysia ada satu iaitu Tokong Selinder di Telok Kumbar, Pulau Pinang, Malaysia.

Saya tak dapat nak gambarkan bagaimana menarik sekali tempat ini. Dalam hal ini kami dapat melihat bagaimana Kerajaan China ini cuba memasarkan negaranya di pasaran dunia. Sehinggakan kami dapat lihat bagaimana mereka bersungguh dalam menjayakan business ini samapi ke tahap mereka menyelami dan menerokai setiap negara sebelum sampai ke tahap ini. Dari negara utara dunia sehinggalah ke selatan dan dari timur ke barat dunia. Bak kata orang luar yang berada di sini,kalau orang datang Guangdong wajib datang sini bahkan tidak kurang jugak yang mengatakan Shenzhen antara tempat yang bersih di China. Ya mungkin benar berdasarkan apa yang saya lihat. Di sana udaranya nyaman,lebih-lebih lagi kami melancong dalam musim sejuk jadi kelihatannya lebih menarik dan segar sekali.

Seterusnya kami jugak pergi ke China's Culture and Life. In adalah tempat di mana kita dapat melihat seluruh budaya dan kehidupan masyrakat china yang terdiri daripada 68 wilayah besar. Guangdong salah satu daripada wilayah china, bayangkan Guangdong sahaja lebih besar dari Malaysia dan penduduknya kira-kira 20 juta. Selain itu kami melihat bagaimana bahasa dan loghat mereka sehingga setiap satu wilayah dengan wilayah lain berbeza. Tidak seperti di Malaysia walaupun dielek berbeza di setiap negeri tapi masih boleh difahami jugak.. Sedangkan di China wilayah lain tidak akan faham bahasa wilayah yang lain. Contohnya Xinjiang tak faham bahasa Guangdong, Shanghai tak faham bahasa Yunnan dan sebagainya. Namun bahasa rasminya tetap satu dan sama iaitu madarin (butong hua).

Second,baru-baru ini juga kami menerima tetamu dari Dewan Pemuda PAS Selangor yang terdiri daripada Ketua DPP Negeri, Naib YDP Kaw Gombak, Ketua DPP Kaw Gombak dan beberapa orang AJK Negeri. Mereke datang ke atas jemputan dari Murobbi kami di sini yang jugak bekas Pegawai Penerangan PAS Pusat iaitu Ustaz Mohamad Ibrohim. Sepanjang kehadiran mereka ke sini kami diisi dengan program-program tarbiyah seperti usroh, perbincangan ilmiah yang banyak berkisar tentang masa depan jemaah islam dan halangan-halangan yang diterima mereka ini. Tazkirah yang disampaikan oleh Naib YDP Kaw iaitu Ustaz Zakaria sangat menyentuh hati apabila beliau menyebut tentang kaitan perjuangan islam dengan amanah Allah SWT. Dan ianya akan disoal nanti apakah di dunia ini kita mempertahankan Agama Allah dan Hukum AllahSWT.

Saya kagumi orang-orang seperti berjuang sehingga mempertaruhkan nyawa demi meraih redho Allah. Orang-orang yang mempertahankan Agama dan Hukum ini sangat dimuliakan AllahSWT. Mereka ini orang-orang yang berjuang bersama-sama pemimpin terdahulu jadi mereka lebih memahami selok belok perjuangan dan siapakah orang-orang yang pembelok di dalam islam dan jemaah. Bagi saya,di China ini jugak saya harus bertahan dan berjuang darisegi lain seperti makanan,pergaulan dan budaya orang. Seperti makanan,kami disini sukar sekali untuk mencari makanan yang halal apatah lagi yang ada logo halal seperti di Malaysia,itu jauh sekali. Mungkin ada hikmahnya Allah nak bagi kami banyak berpuasa kot. Walaupun ada kedai-kedai makan di sini yang dimiliki muslim china yang biasanya dikenal sebagai Lamian. Dan jugak restauren-restauren besar muslim kebanyakan dimiliki oleh orang-orang arab khususnya yang menjalani perniagaan di sini.

Sebaliknya seperti makanan dan minuman lain amat sukar diyakini seperti minuman bertin, roti, biskut, coklat dan sebagainya. Ini jugak satu ujian besar buat kita orang islam yang ada pegangan ini. Selain dari itu, memandangkan di luar negara ini kita berhadapan dengan pergaulan bebas remaja-remaja luar khususnya. Seperti di University saya sangat kurang orang-orang china sendiri sebaliknya dari luar negara amerika, eropah,afrika dan arab. Arab sangatlah ramai muslim tetapi ramai mereka bukan membentuk islam tetapi merosakkan agama dan orang lain. Mereka pandai berhujjah dengan Quran dan Hadis tetapi akhlak mereka jauh sekali dari apa yang mereka bacakan itu.

Ada kawan saya dari Syria tak pakai tudung, yang dari Jordan datang kelas pakai seluar pendek dan banyak lagi. Adakah orang-orang sebegini nak diharapkan? Tentu sekali tidak kerana diri mereka sendiri tidak terpimpin.

Hebat sekali ujian hidup ini. Namun apa pun ianya tetap memberi 1001 makna kepada saya bahawa kita sentiasa berhati-hati dengan manusia ini walaupun mereka adalah keturunan Nabi kerana iman itu tidak diwarisi. Ianya adalah hidayah dari AllahSWT. Sewaktu di Malaysia fahaman saya bila orang arab mesti baik sebab mereka faham Quran, jadi tak kanlah mereka masih berani buat dosa.

Sebaliknya bila saya memijak kaki di China rupa-rupanya fahaman itu jauh sekali dari kebenarannya. Inilah apa yang saya lihat dusta dan syaitan besar yang mampu merosakkan manusia serta menghalang peluang manusia untuk mengenali Islam kerana mereka adalah tunuang ilmu dan islam. Saya pernah tegur seorang pelajar dari Palestin ini ketika dia berpegangan tangan dengan pelajar perempuan dari Hong Kong ini. Saya cakap dengan dalam bahasa arab sebab kalau dalam english atau cina nanti perempuan tu faham. Saya kata "Islam mengharapkan kita, jangan lupa tugas kita untuk memberitahu islam dan Allah pada mereka." dan dijawabnya ringkas, "baik2 (ahsan2)".

Inilah sedikit catatan pengalaman yang mampu saya kongsikan bersama pembaca yang budiman sekalian. InsyaAllah jika tidak aral yang melintang tahun depan bulan Mac Perjalanan Ubudiyyah akan kembali berbicara lagi pengalaman di Guangzhou memandangkan penulis akan pulang ke Malaysia selama 2 bulan. Segala pengalaman dan perkongsian ini sentiasa menjadi pembakar semangat kepada penulis untuk terus menimba dan mengaut ilmu sepanjang 5 tahun di China ini.

Coretan ini akan dibacakan semula di hari tua kelak. Hari demi hari masa terus melangkah pergi meninggalkan kita dan masa akan sampai kepada kita bila kita memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Masa yang pergi tak akan patah kembali..kita tidak ada pilihan melainkan harus mengejar masa yang pergi tanpa menoleh agar ianya menjadi alat penghubung kita dengan Allah SWT di akhirat kelak...

Wassalam..

0 comments:

Post a Comment