Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Sunday, December 27

Mujaahadah 4 Bulan di China

Hari ini 27 Disember 2009 genaplah aku di Tanah Besar ini. Alhamdulillah nikmat yang Allah kurniakan ini terlalu besar dan tidak mampu dihitung. Inilah luasnya Rahmat pemberian-Nya yang Maha Berkuasa. Datangnya aku ke sini telah membuka pintu-pintu ilmu dan juga pengalaman di tempat orang. Bagaimana cara hidup mereka, budaya, pembangunan, ekonomi dan amalan harian. Jadi inilah satu nikmat yang aku rasakan ianya perlu dimanfaatkan agar menjadi suatu kenangan manis di masa akan datang.

Tulisan ini juga bakal menjadi bukti pengembaraanku membutuh ilmu di bumi orang di hari kelak. Memang ilmu itu luas sekali dan cabang ilmu itu sendiri berbeza pada keadaan dan hukumnya. Subhanallah inilah Maha Agong Tuhanku yang mencurah segala keperluan insani di setiap waktu dan ketika. Alangkah padahnya jika nikmat ini berhenti pada masa-masa tertentu.

Aku mulakan pena keyboard ini dengan merafakkan segala puji-pujian pada Tuhan yang Esa Allah S.WT. Dengan rezeki yang Kau berikan kepada kami tidak mampu untuk kami balaskan walaupun dengan amalan kebajikan kami sepanjang malam. Namun sesungguhnya iman dan taqwa kami yang hanya Kau mahukan. Kerana itu kami akan dihitung di Mahkamah Agong-Mu akhirat kelak. Kau jangan jadikan kami orang-orang yang menyesal di akhirat nanti kerana itu adalah seburuk-buruk azab buat kami. Justeru, Kau kuatkanlah kami di dunia ini dengan Murooqobah dan Muqoorobah dengan Mu kerana itulah sebaik-baik hamba yang sentiasa berwaspada dengan peringatan-Mu. Ilmu itu sangat sukar untuk diamalkan sepertimana yang dikehendaki-Mu, namun ilmu itulah yang memelihara diri dan iman daripda sambaran api nerakaMu kelak.

Hari ni jugak merupakan 10 Muharrom 1431H. Yang kita kenal sebagai Hari Asyuro,di mana ia berkait rapat dengan peristiwa Nabi Nuh A.S dengan kaumnya di zaman pemerintahan baginda. Apa yang penting bukanlah kisahnya semata-mata tetapi bagaimana kita sebagai hamba yang beriman mengambil iktibaar daripada peristiwa siroh nabawiyyah ini sehingga mambawa kepada kemurkaan Allah Azza Wa Jalla disebabkan kekufuran mereka dengan dakwah yang dibawa oleh Nabi Allah Nuh ini. Tetapi malang sekali orang-orang kita hari ini lebih gemar dengan bubur asyuro mereka dan jugak kenduri kendara tanggal tarikh bersejerah ini. Justeru, mereka tidak akan berpuasa dan beribadat perut. Inilah tarikh yang hanya datang sekali setiap tahun, oleh itu janganlah disia-siakan dengan menidakkan puasa walaupun ianya hanya sunat sahaja tetapi ketahuilah wahai manusia yang pahala dan balasannya Nabi SAW sabdakan ialah mengampukan dosa-dosa kita yang sebelumnya. Maka rebutlah peluang keemasan yang Allah berikan setahun sekali ini. Ingatlah bubur asyuro itu buat hari-hari lain pun boleh.

Sedikit renungan bersama memandangkan tarikh genap 4 bulan aku di sini bersempena dengan tarikh peristiwa Nabi Nuh A.S iaitu 10 Muhaarom. Marilah kita memperbanyakkan amalan sekadar yang mampu kerana ini sahaja perkara yang kita mampu lakukan sebagai tanda bersyukur di atas nikmat-Nya. Kita selalu memandang amalan-amalan sunat ini suatu yang remeh. Namun inilah saham diri sendiri yang kita harapkan dapat menyelamatkan diri dari azab siksaan Allah SWT. Sedarilah kita yang wajib itu adalah milik Allah manakala yang sunat inilah Allah memberi peluang kepada kita untuk meliptkangandakan pulangan kita kerana kita tak tahu adakah yang wajib itu cukup untuk selamatkan kita dari api neraka Allah SWT. Sememangnya kita dimasukkan syurga Allah bukanlah kerana amalan kita sebaliknya dengan belas kasihan Allah kepada kita tetapi alangkah mulianya jika kita berusaha meningkatkan amalan-amalan sunat seperti berpuasa di hari asyuro ini.

Diceritakan ada satu kisah di mana ada seorang hamba Allah ini yang selalu solat jemaah di masjid. Dan setiap hari apabila dia pulang dia akan melihat semut-semut mengerumun sisa-sisa makanan di tangga masjid itu. Dan hal ini berlaku setiap hari sebaik sahaja dia selesai solat. Banyak semut-semut itu akan menggigit kepingan-kepingan biskut itu dan mengusung balik ke sarang mereka. Kemudian suatu hari ini selesai sahaja dia solat melihat di tepi tangga itu sisa-sisa makanan itu terbiar tanpa ada seekor pun semut. Lalu dia fikir mengapa semut-semut itu tidak mengerumun makanan ini seperti hari-hari yang sebelum. Fikir terus fikir rupa-rupanya hari ini ialah 10 Muharrom Hari Asyuro....lihatlah,bagaimana makhluk Allah yang sangat kerdil ini pun tahu hikmah 10 Muharrom ini. Semut pun berpuasa, bagaiman pulak kita yang diciptakan dengan sempurna ini masih lagi sibuk dengan mencari peluang-peluang untuk buat maksiat. Semut yang tiada sebarang perhitungan di akhirat nanti pun tetap cintakan Allah sedang kita yang ada hari perhitungan masih belum merasainya...

Allah menciptakan 100 nikmat pada azali kejadian kita. Dan kesemua nikmat itu berada di SyurgaNya. Kemudian dilemparkan satu dari 100 nikmat itu ke dunia yang fana ini. Sedangkan 99 lagi menanti di Syurga dan bakal dimiliki oleh ahli-ahlinya kelak. Sementara di dunia ini nikmat ini direbut-rebut dan dirobek-robek manusia kerana cintakan dunia yang fana. Sehingga mereka lupa masih berbaki 99 lagi di sana. Hari ini manusia leka lupa dan alpa kerana satu nikmat ini. Manusia gemar melakukan dosa kerana satu nikmat sementara ini.

Manusia hilang agama, runtuh maruah.rosak akidah,lenyap kasih sayang dan matinya jati diri dek kerana satu nikmat ini. Bodohnya manusia yang tertipu dengan dunia. Hari demi hari syaitan ketawa besar kerana makhluk Allah ini sukakan dosa, sukakan disko, arak, zina, rasuah, bunuh, rompak dan sebagainya. Berjaya sungguh makhluk terkutuk ini memperdayakan manusia yang bodoh ini. Sedangkan Allah masih memberi peluang kehidupan kepada kita supaya kita tinggalkan nikmat yang satu ini demi meraih nikmat yang maha banyak di syurga kelak. Malang sekali kita tidak endah dengan habuan di sana kerana di depan mata sudah terhidang dengan segala kemahuan nafsu...

Marilah sama-sama kita bermujaahadah. Iaitu kita berjuang dan bertahan semampu yang mungkin demi mendapat Redho Allah SWT. Hidup ini sebenarnya terlalu singkat dan masa yang disediakan pun tidak cukup dengan amalan yang sepatutnya dilaksanakan. Jadi bagaimana pulak dalam keadaan masa yang terbatas ini masih sempat melihat kiri dan kanan mencari ruang murka Allah SWT dan dosa kepadaNya. Tak mungkin berlaku jika kita benar-benar gementar dengan amaran Allah SWT. Kita semua adalah satu rombongan yang satu kelasi menuju tempat yang sama. Cuma kapal kita berhenti seketika di pulau untuk mencari makanan dan bekalan yang boleh digunakan dan dimanfaatkan di kapal nanti. Maka kelasi akan menanggil kita bila-bila masa sahaja. Kita tidak tahu bila dan jam berapa? Jadi seharusnya kesempatan yang ada ini digunakan dengan sebaik mungkin sebelum kelasi menyeru untuk berlayar ke destinasi abadi.. Sebaliknya ada sebahagian anak-anak kelasi dari rombongan ini masih sempat bergurau senda, bermain-main di tepi pantai dan membuang masa.

Sedangkan yang lain sibuk mencari bekalan sebelum tiba masa berlayar. Tiba-tiba terdengar pekikan yang amat kuat sekali memanggil "Ayuh, masa sudah tiba kita akan berlayar sekarang". Lalu semua rombongan naik ke kapal dengan kuantiti bekalan yang berbeza setiap orang. Ada yang banyak, ada yang sedikit dan ada yang tiada langsung. Orang yang bekalnnya banyak bersenang-senanglah dia kerana dia dapat guna dengan selesa dan puas hati. Orang yang sedikit bekalannya agak menyesal kerana ruginya dia sedangkan orang yang tiada bekalan akan mati kelaparan, kesejukan, kepanasan di atas kapal. Ada yang menjerit meminta tolong diberikan sedikit makanan kepadanya kerana dia sangat lapar dan dahaga. Segala permintaannya itu tidak sekali-kali dilayan dan didengar.

Lalu kelasi tanya kepadanya, "Apakah yang kamu buat sewaktu aku beri peluang kepadamu mencari bekalan?"

Lalu dia menjawab "Ya, aku tahu dan aku sedar aku tidak menggunakan masa yang diberikan olehMu itu. Aku banyak membuang masa dengan perkara yang lalai dan tak berfaedah. Wahai ketua kelasi, sekarang aku sudah menyesal. Tolonglah beri peluang sekali lagi untuk aku kembali ke pulau itu dan aku akan mencari bekalan sebanyak mungkin..."

Ketua kelasi menjawab "Kamu tidak akan selamat dari kesengsaraan yang bakal ditimpa nanti". Lalu orang-orang yang tadi berteriak meronta-meronta kerana mereka tidak akan selamat dari kecelakaan yang bakal mendatang tidak lama lagi.

Inilah gambaran kehidupan kita yang pasti bertemu dengan kematian. Dan setiap kematian itu akan pasti dibangkitkan untuk disoalselidik oleh Penyiasat yang Amat Bijak lagi Hebat. Justeru, masa yang berbaki ini marilh kita letakkan diri kita sebahagian daripada rombongan tadi. Bumi ini pulau sementara yang mana pada masa yang ditetapkan kita akan berlayar ke destinasi kekal abadi. Di sana tidak ada lagi kematian melainkan sengsara atau senang,azab atau nikmat,celaka atau bahagia,panas atau sejuk dan neraka atau syurga. Pilihlah jalan yang lurus menuju ke alam bahagia yang Allah janjikan kepada kita. Mudah-mudahan sedikit coretan ubudiyyah ini membantu penulis dan pembaca untuk sama-sama kita terus mengembara mencari Tuhan yang Esa...

Wallahua'lam..

1 comments:

Laman Hati Cik Seri said...

fahimi... skolah baling...
teruskan usaha anda.. insyaallah... wadah anda pasti ada hasilnya..

Post a Comment