Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Tuesday, December 22

Insan Yang Lupa

Assalamualaikum WBT kepada semua.

Alangkah indahnya jika hidup ini segala-galanya untuk Allah SWT. Tetapi amat sukar tubuh ini memikulnya dari lidah yang senang berbicara. Lantas hati gundah menongkah arus, tersungkur layu tanpa kudrat insani. Hidup ini sudah termaklum yang ianya hanya sementara namun dugaan yang terhidang tak mampu tertahan dan lukanya sukar diubati.

Duhai tuhanku, aku sedar di setiap waktu dan tika kami diuji dan terus diuji dari segenap penjuru kerana sesungguhnya Syurga Firdaus-Mu itu milik orang-orang yang bersabar dan bertaqwa. Walaupun Kau tahu kami ini insan yang kerdil dan tak mampu menepis pujuk rayu syaitan dan sekutunya namun lidah kami fasih membenarkan keesaanMU ya Tuhan..

Ya Tuhanku, mengapa kami selalu begini? Kami tahu adanya mati.. kami tahu adanya dosa pahala.. kami tahu adanya hari kiamat.. dan kami jugak tahu adanya syurga neraka. Tapi kami masih memilih jalan mudah dengan kepuasan dunia yang sementara ini. Mengapa ya Allah hati-hati kami ini keras dan liar untuk jadi hamba yang benar-benar takut dengan neraka Mu?

Kadang-kadang yang akal yang terbatas ini tidak mampu berfikir apakah nikmat atau azab yang bakal menjadi pendamping diri di akhirat kelak. Kalaulah hidup ini tidak berbuat perintah Allah apalah tujuan kita hidup? Bagaikan pekerja yang tidak bekerja untuk majikannya. Itu hanyalah majikan yang jugak manusia biasa seperti kita tetapi bagaimana pulak Allah yang zat-Nya tidak pernah terlintas langsung di benak fikiran kita?

Hai manusia, kita setiap hari ditipu dan diperbodohkan oleh syaitan dan manusia-manusia syaitan. Bermula dari bangun tidur kita sudah terpedaya dengan bantal, selimut dan katil yang sedap dan selesa. Lalu solat subuh lewat,bahkan lebih teruk subuh terus hilang dengan begitu sahaja. Dan bermulalah kita bermuaamalat dengan manusia sepanjang hari mengikut cara syaitan iaitu dengan riba', menipu, bergaul bebas, zina, bunuh, rompak dan sebagainya sehinggalah kita balik ke rumah di malam hari dengan memikirkan apa pulak harta dunia yang akan dibuat esok hari. Inilah hakikatnya kehidupan manusia yang kabur dengan ayat-ayat Allah dan leka dari peringatan-peringatan Allah.

Disaat kita asyik ghairah dengan dunia Allah Maha Pengasih ini masih mencurahkan nimat kepada kita. Kita hanya membalas segala nikmatNya hanya dengan maksiat.

Wahai insan yang lupa, sampai bila kamu harus begini? Bila kamu mahu sedar yang kamu selalu lupa? Adakah di waktu Allah menunjukkan neraka-Nya padamu? Jika begitu teruslah dengan kelalaian duniamu dan nafsumu. Adakah bila Allah memhempapkan sebiji kepala atas kepalamu baru kamu mahu menyebut kalimah astaghfirullahala'zim?

Hebat sungguh manusia ini bila hatinya sudah jinak dengan syaitan dan nafsu. Sedar tidak sedar hari ini sudah 20 tahun lebih aku hidup. Jika nak banding sakit dengan sihat rasanya sihat lebih lama dari dari sakit. Tapi kita selalu lupa kan mengapa Allah mentaqdirkan begitu. Cuba direnungkan semula jika sihat lebih banyak dari sakit bagaimana pulak antara ibadah dan maksiat? Mana yang lebih banyak dan lama?kalau ibadah kita solat lima waktu sehari semalam baru 30 minit,dan yang selebihnya 23 jam lagi?

Wahai insan lupa, masihkah kamu lupa lagi? Tahukah kamu hari ini sudah makin hampir dengan hari kiamat? Jika benar esoklah hari kiamat apakah persiapanmu? Sebelum kita menempuh kiamat di padang mahsyar kita terlebih dahulu menempuh kiamat di alam barzakh. Inilah mahsyar kecil setiap di kalangan kita yang bernyawa. Semua manusia tahu yang mereka akan didatangi dengan kematian tetapi ramai sekali manusia yang lupa untuk membuat persiapan. Inilah yang Allah sebut di dalam Surah Al-Mulk ayat 2 tentang kehidupan dan kematian ini satu ujian yang Allah ciptakan untuk menilai kita semua.

Justeru alangkah malangnya manusia yang membaca dan melihat serta memahami ayat peringatan ini tetapi jauh dari ketakutan dan keinsafan. Meskipun kita dikurniakan Allah islam nasab namun iman itu sangat sukar berdamping dengan islam kita kerana hati yang liar dengan zikir dan munaajat. Namun kita masih bersuka ria dengan nikmat sementara bersama teman sejati yang terlaknat.

Wahai insan yang lupa,ingatkah kamu di hari itu manusia-manusia yang derhaka kepada Allah sewaktu di dunia mereka akan datang berkata:
"Wahai Tuhan,hari ini kami sudah nampak hari kiamat Mu dengan penuh yakin, dan kami jugak sudah dengar apa yang kau perintahkan dahulu. Tolonglah kembalikan kami ke dunia untuk kami bertaubat. Maka Allah tidak sekali-kali mengendahkan rayuan mereka"
(Surah Assajadah,ayat 12)

Kita tidak alasan walau apa sekali pun,jadi kita tidak ada masa untuk melakukan dosa dan kemurkaan Allah kerana di sana kelak kita pasti akan disoaljawabkan. Maka pilihlah antara jalan menuju Syurga atau sebaliknya. Ketahuilah balasan Allah itu sangatlah adil dengan perbuatan hambaNya. Makhluk kerdil ini tidak mampu menahan bahang api neraka Mu ya Allah. Kuatkanlah kami untuk menahan ujian duniawiMu ini agar di akhirat kelak kami berpeluang menikmati juadah manis dan mahligai bahagia selama-lamanya. Hidup di dunia ini tidak panjang bagi orang-orang seperti Imam Nawawi yang mana hidupnya dihabiskan dengan menuntut ilmu dan mencari redho Allah sahaja.

Wahai insan yang lupa,kamu masih lupa atau kamu buat-buat lupa? Jika kamu masih lupa bermakna jalan yang bakal dipilihmu itu sudah tahu hujung pangkalnya sungai yang jernih atau api yang panas. Tuhanku, masa yang Mu sediakan pada kami sangat pantas berlalu sehingga kami tidak sempat menghitung amalan kebajikan kami. Seluruh hari dan waktu yang dikurniakan itu berlalu tanpa henti namun jauhnya kami dari Mu kian berpanjangan Nauzubillahiminzaalik. Dekatkanlah hati-hati kami dengan MaghfirohMu agar hidup kami sentiasa dipandu dengan iman dan akal yang sejahtera.

Jika hari ini kami menempuh kiamat maka kami terserahlah kepada Mu sepenuhnya untuk menempatkan kami di mana-mana sahaja yang melayakkan kami. Sesungguhnya Kau tuhan yang Adil dan kami yakin amalan dan amal buat kami akan dihitung seadil-adilnya oleh Pengadil yang Maha Adil..

Innalillahiwainnaa ilaihi roojiuun..

1 comments:

Noor Asyila said...

Insan yang bersyukur adalah mereka yang melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya

Insan yang bersyukur adalah mereka yang tidak akan menggunakan nikmat Allah yang dikurniakan untuk melakukan maksiat

Ya Allah,jadikanlah kami dari golongan hambaMu yang bersyukur :)

Post a Comment