Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Tuesday, November 24

::: Muhasabah 3 Bulan di China :::

Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya. Semoga semuanya di dalam Rahmat dan Maghfiroh Allah SWT.

Alhamdulillah setelah lama diam dari mengarang,hari ini saya sempat jugak mencoret sedikit bicara kata. Meskipun sejak kebelakangan ini masa agak terhad kerana saya sibuk dengan kuliyah dan saya sendiri mengajar pelajar-pelajar Malaysia di sini..dengan kelas Arabnya..kelas Tajwid dan jugak Fekah
selama 3 hari iaitu hari khamis, isnin dan selasa.

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri kepada kita ini marilah sama-sama kita menjadi hamba yang bersyukur. Jari ini agak perlahan menaip dek kerana sekian lama tidak “mempress” keyboard maka jari pun dah jadi liar. Tapi insyaAllah demi Amal Makruf Nahi Mungkar saya cuba menulis sepatah dua kata diblog ni. Pejam celik pejam celik hari dah pun masuk bulan ke-3 saya berada di Tanah Besar ini.

Pada 27 November 2009 ini, maka genaplah 3 bulan saya di Negara China ini. Walaupun masa terus berlalu, namun harta ukhrowi masih di takak yang lama bahkan boleh jadi semakin berkurang dan hilang. Ramai manusia akan menganggap bila dapat sambung belajar di luar negara adalah peluang cerah untuk mendapat pekerjaan yang baik atau pun orang akan bangga dengan kita. Inilah sebahagian daripada mentality kita hari ini.

Sebaliknya apa yang saya rasai hari ini tak semudah yang diungkap. Memang benarlah, manusia ini selalu lupa dan leka sesuailah dengan makna MANUSIA itu sendiri. Hakikat sebenarnya kehidupan kita ini satu pengembaraan yang sangat jauh tetapi masanya sangat singkat. Sedarilah yang kehidupan kita ini sebenarnya adalah satu sistem perniagaan yang memungkinkan kita menjadi rugi atau untung. Jadi siapakah gerangan mereka yang untung? Dan juga mereka yang rugi?

Dalam Quran Allah menerangkan kepada bagaimana seorang peniaga atau penjual yang untung atau pun yang selamat dari api neraka Allah SWT. Justeru, ketahuilah yang setiap kita ini mempunyai titik pertemuan di destinasi yang sama di akhirat nanti. Maka apalah yang nak dibanggakan dengan orang-orang yang sombong dan lupa diri sebagai hamba dan kuli kepada Allah Yang Maha Mulia? Kita diciptakan Allah dengan tujuan dan bukan sepertimana kita buat rumah,bangunan,computer,kereta dan sebagainya.

Kita diciptakan dan dibekalkan dengan pancaindera yang sempurna yang membolehkan kita berfikir dan mencari kebenaran dalam setiap penciptaan AllahSWT yang maha sempurna ini. Alangkah ruginya kita yang dibekalkan dengan kesempurnaan jasmani ni gagal menggunakannya dengan cara yang betul. Betapa banyaknya nikmat Allah SWT berikan kepada kita dengan tanpa bayaran. Kerana apa? Kerana AllahSWT Maha Kamil,dan dia tak perlukan semua itu. Sebaliknya kitalah hamba yang hina ini perlu sedar diri bahawa kita ini tidak memeliki apa-apa.

Ya Allah..jika sekiranya engkau meminta balik segala nikmat dan rahmat yang engkau berikan selama ini, sudah pastilah kami semua akan bertaubat seluruhnya, sudah pastilah kami akan menyesal kerana kami tidak mampu membayarnya. Kerana mana mungkin kami mampu mencipta air? Angin? Tanah? Api?. Maka bayangkanlah benda yang sekecil itu pun kita tak mampu buat dan bergantung sepenuhnya dengan AllahSWT, maka apa alas an kita untuk melakukan dosa dan maksiat dengan AllahSWT??? Alangkah hinanya kita yang tidak memiliki apa-apa tetapi mengingkari perintah AllahSWT.

Muhasabahlah diri kita sebelum Allah SWT muhasabahkan kita di akhirat nanti. Setiap hari kita bangun tidur AllahSWT sudah sediakan kita dengan mata yang dapat melihat, hidup yang dapat bernafas, telinga yang dapat mendengar dan lidah dapat bercakap. Adakah tidak layak lagi bagi Allah SWT untuk disembah? Ditaati? Astaghfirullahalazim….

Ya Allah jadikanlah kami dari golongan yang engkau redhai dunia dan akhirat…..

0 comments:

Post a Comment