Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Tuesday, November 3

aku & harapanku...

Friday, October 30

Di sebalik pertemuan

Demikianlah, pertemuan tidak seperti yang dijangka
Pada masa yang sama mencanai semula rindu, bermakna
Membiarkan waktu berlalu lagi, dan kita berada di antara
Pintu-pintunya yang terbuka menanti pesona mimpi-mimpi yang sama.

Apakah yang ingin diimpi kini jika bukan kesempurnaan
Yang kerap digarap dan ditatap seutuh pengabdian
Sesekali cuba menjahit segala robek pahit
Menggalas cemas di bibir fikir:
Tak upaya menjangka atau menjangkau upaya yang sedikit
Melampaui kesempurnaan yang bukan pasti dimiliki
Kerana sangka atau alpa.

Kedewasaan mengajar erti ketabahan
Sama ada perlu dilalui atau tidak
Bukan ada jawapan saat ini, memaknakan jawapan
Bukan lagi di sini, memaknakan jawapan terletak
Pada qada dan qadar tuhan
Kita hanya mampu merencana, merangka-rangka kebenaran
Yang ingin ditegakkan
Walaupun akhirnya hampa, tetapi bersyukurlah
Kerana masih ada waktu untuk menafaskan pertemuan-pertemuan lain
Yang baru jika kita mahu dan kita melaluinya, walaupun harus
Berulang-ulang, kerana di situlah teruji jati diri
Mekarnya ketabahan, menguntum bunga uji di halaman mimpi-mimpi
Yang telah dibela dan dihargai seteguh hati.

Sunday, October 18

lontaran politik dari tanah besar...

Hari ini Malaysia menghadapi krisis politik yang saya rasa sudah sampai masa untuk Parti Islam bersiap siaga menanti Siasah Islamiyah.saya adalah seorang pelajar Malaysia yang sentiasa mengikuti arus perdana dan berita Malaysia melalui wasilah-wasilah yang ada dalam internet ini.walaupun saya tidak berada di Malaysia tetapi saya tahu dan saya ikuti peredaran cerita dan suasana Tanah Air setiap masa.berdasarkan kepada kajian dan SWOT ringkas yang saya sempat lakar.maka di sini saya nampak ada beberapa intisari peribadi yang saya rasa ianya perlu diambil kira dalam memastikan Politik dan Gerakan Islam mampu maju ke matlamat kita iaitu Daulah Islamiyah.dalam mencapai dan memenangi cita-cita yang tinggi ini ahli-ahli harakah pada hari perlu membuat persiapan yang rapi dan kuat dalam kita mara kepada Lanskap Baru Malaysia.

Memandangkan saya seorang mahasiswa,maka penumpuan saya lebih kepada soal-soal masyarakat kampus yang ada pada hari ini.kekuatan sesebuah kerajaan terdiri daripada 3 komponen utama iaitu Pekerja,Buruh dan Mahasiswa.jadi disinilah sumbangan besar mahasiswa dalam menjamin tertegaknya Islam di Bumi Malaysia khasnya.selagimana sesebuah tempat (negara) itu gagal melaksanakan undang-undang syariat maka selagi itulah umat islam menanggung dosa kecuali orang-orang yang berjuang dn berusaha ke arah itu.saya rasa kagum dengan beberapa orang pemimpin-pemimpin islam yang dulunya aktif dengan Gerakan Islam di kampus dan masih lagi istiqomah sehingga hari ini.keluar masuk penjara adalah rutin harian.kenalkah kita dengan As-Syahid Syed Qutb?As-Syahid Imam Hasan Al-Banna?Dr.Fathi Yakan?dan banyak lagi pemimpin islam yang tak perlu saya sebutkan disini.

Mereka ini sudah lali dengan penjara dan ancaman musuh-musuh islam.tapi bagaimana pulak dengan ahli-ahli gerakan yang aktif di kampus malangnya mati dan hilang selepas tamat belajar?inilah kadang-kadang yang membimbangkan saya khususnya diri sendiri yang mencoret bicara.saya masih teringat kata-kata Almarhum Ustaz Fadzil Noor,"perjuangan yang sebenar bukanlah di kampus tetapi setelah tamat belajar".ayat ini jika dihayati dan diselami maksudnya sangat berbekas dan terkesan.memang benar,di kampus sangat mudah kita nak buat usroh sebab adik-adik usroh sudah ada tanpa perlu cari.nak buat program sudah ada penyertaan tanpa perlu pergi ke bilik-bilik.nat buat tamrin sudah ada bajet sebab dapat duit pengajian dari KERAjaan.so segala-segalanya mudah dan tersusun.jadi benarlah kata-kata ulamak hebat ini.

Saya cuba menganalisis PRK Bagan Pinang yang lalu.sekadar pemerhatian saya dari jauh bersumberkan internet dan maklumat dari usroh saya di sini maka saya dapati ada kebaikan dalam kekalahan islam di sini jika dilihat kepada beberapa aspek penting.pertamanya,AllahSWT memberikan kekalahan kepada islam kerana ahli-ahli kita masih ramai yang sedang seronok dan leka dengan berangan-angan kosong.kedua,AllahSWT nak tunjukkan kepada kita bahawa nak menang ni memang kena susah,sengsara dan sakit zahir batin.ketiga,kita jangan terlepas pandang yang kita ini masih banyak lagi kerja dan persiapan.kita sibuk berceramah berprogram tempat-tempat yang kita menang tetapi lupa banyak tempat-tempat lagi yang tak tahu lagi islam tu apa?perjuangan itu apa?sampai tahap mereka melihat orang pakai kepiah ini pu takut,itu belum lagi pakai serban tutup mulut semua.

keempat,alangkah peliknya jika pemimpin yang hendak dipilih itu tidak dikenali rakyat?apatah lagi dalam posisi yang bertentangan dengan fahaman dan pegangan mereka selama 22 tahun.maka berdasarkan kepada beberapa faktor-faktor ini saya merasakan disinilah jelasnya komitmen dan tugas mahasiswa sebagai Agen Perubah.Mahasiswa adalah orang-orang penting dalam memacu kejayaan sesebuah negara kerana golongan ini disediakan dengan ilmu dan tempat belajar yang selesa dan baik.justeru,bodohlah mereka ini jika mereke hanya makan tanpa melihat siapa yang memberi makanan itu?mereka hanya belajar tanpa kenal siapa yang sediakan peruntukkan pengajian itu?samalah halnya dengan seekor kambing yang memakan rumput di tepi sungai yang tenang tanpa menyedari buaya yang datang menyambar.

Inilah antara gula-gula yang ditabur kepada kita sehingga kita boleh tengok bagaimana mahasiswa hari sedang asyik berseronok dengan dunia remaja mereka tanpa sedar yang masyarakat di luar kampus ini memerlukan ilmu kejuruteraan mereka,ilmu kedoktoran mereka..ilmu guaman mereka..dan yang paling penting ilmu agama dari mahasiswa hari ini.malangnya golongan ini sebaik sahaja tamat belajar terus diam membisu laksana ular sawa yang kekenyangan.mana golongan agama yang nak bangkit berdiri di barisan hadapan perjuangan?mana golongan profesional yang nak mara lantang bersuara?malangnya golongan ini diam dan kunci mulut rapat-rapat di dalam Hospital KERAjaan,di Sekolah KERAjaan,di Pejabat KERAjaan dan di Universiti KERAjaan.jadi siapakah yang akan menyertai gerakan islam?sudah pastilah penoreh getah,penjual ikan,driver teksi,tukang buat rumah,tukang repair motor dan yang paling hebat PESARA KERAjaan...

Inilah hebatnya golongan cerdik pandai ini yang hanya memikirkan periuk pinggan nasi sendiri sahaja tanpa mengambil tahu orang-orang yang penagih dadah,berzina,minum arak,tidak solat dan banyak pusat-pusat maksiat kini yang sedang giat didirikan dengan megahnya.bila ditanya mengapa dulu aktif di kampus sekarang dah lesap?maka akan kedengaranlah alasan-alasan yang paling popular iaitu " tak pa..janji hati sokong islam,luaran ja macam ini".inilah taburan jawapan yang paling tinggi kekerapannya.hebat kan..nauzubillah..di manakah kita yang dulu sewaktu di kampus?dulu tak pa sebab underground sekarang tak bole sebab dah kerja dengan KERAjaan,nanti kena buang kerja anak bini nak makan apa...ya Allah..kuatkanlah kami di atas Jalan dan RedhoMU.

Duhai pemuda jentera Allah,Islam tak perlukan kita tapi kita yang memerlukan dia agar jalan yang kita mara ini benar-benar sampai kepada syurgaNYA.jika kita tolong agama Allah pasti dia akan membantu kita dan memudahkan jalan-jalan hidup kita ini.yakinlah yang Allah akan sentiasa bersama dengan kita jika kita bersama agamaNYA.hari ini mungkin kita rasa "biarlah mereka berjuang,cukup dah aku tak ada pun"..dah ramai dah tu".tapi suatu hari jika Allah uji kita keluar saja masjid motor hilang..apa kata kita?balik rumah ibu kita kena bunuh..apa kata kita?adik perempuan kita kena rogol..apa kata kita?adakah relevan lagi alasana kita "biarlah mereka berjuang,cukup dah aku tak ada pun"???mesti tak relevan dah kan??sebaliknya mungkin kita kata "kalau aku dapat aku nak potong tangan dia,kalau aku dapat aku bunuh balik atau kalau aku dapat aku sebat dia".tapi persoalannya mengapa perkara ini terjadi?mengapa si pencuri,pembunuh dan perogol itu berani berbuat demikian?tak takut ke dia?jawapannya SATU..kerana dia tak taku dengan hukum manusia..

dakwah dan tarbiyyah

AssalamualaikumWBT kepada semua yang mengenali saya.mudah-mudahan hati dan jiwa kita masih dalam nikmat Iman dan Islam. inilah dua nikmat yang tidak ada pada makhluq lain yang bernama binatang,iblis,mahupun syaitan.bersyukurlah kita pada hari ini dengan nikmat ini dan berharaplah agar AllahSWT sentiasa berterusan memberi Taufiq dan Hidayah kepada.ketahuilah yang nikmat AllahSWT berikan kepada kita ini adalah untuk menguji dan melihat sejauh mana kita meletakkan perhambaan kita kepadaNYA yang Maha Esa.maka amat malang sekali lah jika kita merasakan apa yang kita dapat hari ini adalah hasil usaha dan titik peluh kita sendiri.siapakah orang-orang yang celaka itu?bila gagal dalam hidup kita berkata "xpalah..xda rezeki..nak buat cmna,ini ja yang mampu" dan sebaliknya jika berjaya lain pulak jadinya.."inilah hasil usaha aku selama ini..memang tak sia-sia".jadi dimanakah AllahSWT?di masa kita senang @ susah???fikir-fikirkan...

Hari ini 29 Syawal 1430 bersamaan 18 Oktober 2009.bermakna hari ini adalah hari yang ke-51 aku berada di Guangdong,China.Alhamdulillah Allah masih memberi aku nikmat dan rezeki yang mencukupi.aku bersyukur padaMU Oh Tuhan kerana Kau yang menciptakan aku,kalau aku tidak wujud nescaya aku tidak akan menyebut namaMU dan bersyukur padaMU.sepanjang hari-hari dan waktu-waktu ini nampaknya dengan sangat pantas dan drastik.pejam celik pejam celik dah masuk 2 bulan di sini.pejam celik pejam celik dah lagi 2 bulan dah cuti semester.inilah yang dikatakan masa itu emas.hatta Allah bersumpah dengan masa ini bahawa ianya satu nikmat atau azab bagi seseorang hamba.terpulanglah kepada kita bagaimana kita melalui masa-masa yang Allah letakkan kepada kita.sama ada kita nak habiskan dengan perkara yang sia-sia atau maafaat.

Di akhirat nanti,ada golongan yang datang pada AllahSWT dengan berkata "Ya Tuhan kami,kami lihat dan kami dengar ayatMU (yakni Quran dan Pelaksanaannya),maka kemabalikan kami ke dunia sebentar untuk kami buat ibadah kepadaMU" sedarlah kita bahawa Allah itu Adil dengan pertimbangannya.inilah hal yang perlu ada dalam hati dan hidup kita.memang betul Rasulullah kata "Dunia ini tempat bercucuk tanam kepada Akhirat".justeru berjalanlah di atas bumi Allah ini sebagai seorang petani yakni sentiasa menanam dan menyemai benih-benih Taqwa dan Iman supaya di Hari Qiamat nanti kita dapat melihat hasil dan tuaiannya insyaAllah.hidup ini kita tak boleh terlepas dari salah dan silap,maka kita jugak tak terlepas dari zikir dan taubat kepada Allah.kerana memang Sunnatullah ke atas kita yakni hidup ini Allah menyediakan kepada kita dosa dan pahala manakala syurga dan neraka.supaya kita sentiasa berhati-heti dengan kehidupan ini yang penuh dengan tipu daya nafsu dan syaitan.

Bila lidah kita mentasdiqkan kalimah Syahadah,maka bermulalah kewajipan kepada kita berpegang dengan agama yang terikat dosa dan pahala.bermula bangun dari katil di subuh hari sehingga baring semula di malam hari terbeban atas kepala kita ini sama dosa atau pahala.NabiSAW yang dijamin dengan surga itu pun beristighfar 60 kali setiap hari..jadi bagaimana dengan kita tiada sebarang jaminan bahkan banyak dosa dari pahala.inilah manisnya bersama Islam,Tenangnya bersama Ilahi dan indahnya dengan Taubat kerana pintu maghfirohNYA sentiasa terbuka kepada sesiapa saja hmbaNYA yang sudi dan mengharapkan kepadaNYA.Ulamak kata hidup kita ini Allah hamparkan kepada kita antara Maksiat yang Maha Manis dan Ibadah yang Maha Berat..kita pilihlah yang jalan kita nak tetapi setiap pilihan ada balasannya sama ada nikmat atau azab.jika kita tanya Nafsu pasti Manis pilihannya kerana syaitan yang kawalnya..manakala jika ditanya Iman pasti Ibadah yang dipilhnya kerana Hati yang Tenang sentiasa bersama Allah.

Sidang pembaca,saya bukanlah seorang yang rajin menulis atau bercerita sebelum ini.tetapi keadaan dan persekitaran yang memaksa saya menjadi seorang penulis yang istiqomah dengan bicara Ubudiyyah kepada Rububiyyah..saya suka menulis bukan kerana minat atau hobi..sekitika di Malaysia suasana saya dengan mengajar di masjid dan pusat-pusat pengajian tuisyen serta berniaga secara kecil-kecilan.justeru saya tidak ada masa dengan mengadap komputer atau chating.tetapi bila saya sampai di sini suasana dan keadaanya berubah.maka kita juga perlu mengubah Islam dan Dakwah mengikut Uslub dan Strateginya.meskipun saya di sini masih mengajar Quran dan Bahasa Arab tetapi saya rasa waktu-waktu yang terbuang banyak lagi,sebab tu saya dipaksa oleh keadaan untuk mencoret tulisan-tulisan ubudiyyah di skrin komputer ini.mudah-mudahan jalan ini sedikit sebanyak mampu memberi Quwwah wal Hamas (kekuatan dan semangat) kepada sahabat dan pembaca yang setia.

Sesungguhnya medan dan peringkat Dakwah ini amat luas dan tak terbatas kepada uslub-uslub tertentu kerana Islam ini agama yang Dinamik dan Fleksibel.Islam bukan Agama Jumud dan Syadid..kerana muslim yang tidak memahami Islam dari sudut Uslub (cara pelaksanaanya) maka dia akan gagal dalam dakwah dan pembawakkannya.walaupun dia hebat dalam Ilmu dan Masdarnya (hukum dan sumbernya) tetapi belum tentu Dakwahnya berjaya memenangi hati-hati Madu'l jika tidak kena pada tempat dan caranya.maka atas keadaan inilah saya datang ke meja komputer saya untuk berbicara Dakwah dan Marhalahnya.walau di mana pun kita berada Dakwah dan Kewajipan tak boleh dijadikan alasan kepada menafikannya kerana Dakwah adalah Wajib dan berdosa jika kita tidak melaksanakannya megikut kemampuan dan tahap diri masing-masing.jika Islam itu Tadhiyyah (berlapang dada) mengapa Muslim sendiri Jumud???memang Haram tetap Haram dan sebaliknya tetapi bukankah telinga-telinga yang mendengar itu banyak jenis tahap ilmu dan kefahaman.

Hari ini Islam dan Muslim seolah-olah dua perkara yang berbeza.kerana keadaanya yang xmemahami Agama dari cabang-cabangnya hanya semata-mata ilmu kerana khatam banyak kitab dan talaqqi dengan guru-guru besar,maka ini tidak cukup jika ilmunya berhenti di situ kerana Madu'l kita sangat ramai kuantiti dan peringkat penerimaannya.satu hari datanglah seorang Yahudi ini kepada Rasulullah dengan berkata "aku mahu masuk Islam tetapi aku mahu berzina".Rasulullah kata "apa engkau rasa jika aku berzina dengan ibu mu".lantas yahudi itu marah dan berkata "pasti aku marah dan memukulnya",lalu kata Rasullah "begitu jugalah hal dengan dengan kamu,tidakkah mereka mereka marah dan memukulmu jika kamu berzina dengan ibu-ibu mereka,perempuan-perempuan mereka".cuba kita renung dan memahami Uslub Dakwah yang Nabi bawa sangat halus dan tersusun.mengapa Nabi tidak terus berkata "Haram Haram Haram"???

Inilah ilmu dan kemahiran yang masih ramai lagi pendokong-pendokong Islam hari ini yang gagal memperolehinya dan mengaplikasikannya.sedangkan lidah-lidah madu'l yang bertanya kepada kepada ialah Profesor,Doktor,Pensyarah,orang Cina,India atau Siam...bukan yang bertanya itu Ustaz,Pak Haji,Mufti,Tok Imam atau Ulamak...jadi sudah pastilah bibit-bibit hujah dan alasannya berbeza mengikut yang bertanya dan tahap kefahamannya meskipun berasal dari masdar dan hukum yang sama.kari yang kita masak memang sama perencah dan perkakasnya tetapi berbeza rasanya mengikut tukang masaknya kerana cara dan kemahirannya mengolah dan mencipta kelainan selagi mana menunya tetap sama iaitu kari.inilah penyakit yang melarat kepada muslim-muslim kita hari ini.oleh kerana terlalu jauh dengan Agama dan Ilmunya.sebab itu orang bukan Islam tidak tertarik dan tidak rasa kelainan bila melihat kita.hatta saya di Jinan University susah nak tahu mana satu muslim.pakai seluar pendek datang kuliyah,rambyr perang,gelang rantai beruk keliling tengkuk..ini kah muslim?kalau begitu samalah dengan budak-budak yang bukan muslim sebab sama ja pakaian dan penampilannya.

Tujuan saya mencoret ini tidaklah ingin tuju kepada individi tetapi umum bahawa inilah situasi yang sedang menimpa kita khasnya di Malaysia Tanah Airku terrcinta.lihatlah di mana-mana Universiti kita habis remaja-remaja kita rosak dan lalai dengan keruntuhan akhlak dan aqidah.mengapa perkara ini harus terjadi?sedangkan ramai dari sekolah agama?latar belakang keluarga yang faham agama?sebabnya satu iaitu remaja-remaja ini gagal disuntik dengan Roh dan Taqwa kepada AllahSWT.mana tak nya,setiap bulan di Universiti ada saja program merapu..jemput artis datang menyanyi la,konsert rock la,battle of the band la,dan macam-macam lagi bentuk muzik dan hiburan yang sangat melalaikan dan tak membawa faedah dan manfaat kepada Hati dan Jiwa manusia-manusia yang bernama pelajar ini.sebab itu mereka tak rasa ilmu-ilmu profesional yang dipelajari itu satu ibadah kerana tiada kemanisan dan keberkatannya.dapat keputusan cemerlang tapi tak sembahyang,tak tutup aurat,pegang laki perempuan perkara biasa..inikah yang dikatakan muslim yang mampu berdiri dengan hujjah???

Perjalanan kita masih jauh duhai remaja Islam.jadilah kita memutarbelitkan hiburan dan Islam. kerana sudah jelas bahawa Islam agama yang Fleksibel,tidak mengharamkan hiburan malah zaman Rasulullah sendiri ada hiburan tetapi hiburan mereka tidak menghalang mereka dengan Qiamullail,baca Quran,Zikirullah dan menanges dalam sujud..jadi adakah dengan hiburan yang jelas melanggar syariat itu dengan mendedah aurat,pergaulan bebas laki perempuan dan melalaikan iman itu satu yang dibenarkan Agama???pelajar-pelajar Universiti adalah Agen Perubah Besar kepada Lanskap Islam dan Penganutnya.jika golongan cerdik pandai ini yang gagal dengan akhlak dan moral mustahillah Negara Malaysia akan mara ke persada Dunia dan Antarabangsa.Islam itu Hebat tetapi Muslim yang gagal menghebatkannya.jadikanlah Ilmu dan Masa berada di Universiti ini sebagai tempat menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh dan setelah tamat kitalah jasad-jasad yang berda di hadapan barisan jihad.kitalah orang-orang yang mengampit Pemimpin Jihad.janganlah kita leka dengan ujian dan cabran hidup ini,sesungguhnya ujian ini memang pahit disabar tetapi manis jika dilayan kerana itulah fitroh kita diciptakan dengan ujian dan eksperimen supaya hasil-hasil yang baik sahaja akan terpilih untuk digunakan.

Ayuh Remaja yang Muda lagi Cerdik,kita tinggalkan hiburan dan perkara yang sia-sia di Kampus dan kita turun mencari madu'l-madu'l yang masih lagi tidur dan leka dengan solatnya,auratnya dan maksiat-maksiatnya..sesungguhnya mereka memerlukan bimbingan dan pertolongan kita tetapi mereka tak tahu nak bertanya kepada siapa dan di mana sumbernya.jangan biarkan mereka terus hanyut dengan dunia lagho dan sia-sia mereka.bimbinglah mereka dan pandulah mereka kepada Tuhan yang Esa.mereka sebenarnya terpaksa bercouple,terpaksa tak solat dan terpaksa dedah aurat sebabnya pengaruh kuta dari syaitan-syaitan yang bernama manusia ini.mereka pun tahu ianya tidak baik tetapi apa bole buat itu ja yang menyedapkan kehidupan mereka di sini.janganlah persia-siakan masa dan waktu kita di sini dengan hanya belajar tanpa memikirkan hal dan tepi kain orang lain.kerana Islam itu Agama Nasihat antara satu sama lain.marilah kita usaha sedaya dan semampu yang mungkin bagi memastikan muslim universiti ini mampu menggegarkan malaysia dengan Roh dan Hati manusia kepada AllahSWT.wasalam..