Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Thursday, July 28

Ramadhan Yang Ditunggu

‘Wahai orang-orang beriman! Telah difardhukan ke atas kalian untuk berpuasa sebagaimana kewajipan sedemikian juga ke atas orang-orang sebelum kalian. Mudah-mudahan kalian menjadi orang-orang yang bertaqwa’ (Al-Kitab )

Hari ini pena ubudiyyah akan berkongsi serba sedikit ilmu dan pengalaman dalam kita menghadapi Ramadhan yang mana ianya memerlukan persediaan yang rapi darisegi jasmani dan rohani serta keazaman yang kuat. jika kita sekadar mengisinya dengan hanya berpuasa dan berbuka semata-mata maka ianya belum lagi dikatakan Ramadhan itu satu Pusat Latihan dan Didikan.sebaliknya ianya perlu diisi dengan amalan dan ibadat yang mampu menjawab segala permasalahan hati dan kelemahan iman yang selama ini kita asyik dengan dunia yang melalaikan, dosa yang tidak berkesudahan dan juga kejahilan yang parah.

Di sekolah kita belajar untuk mengenal,mengeja,membaca dan sebagainya.selama lebih kurang lima atau enam tahun kita belajar,akhirnya kita menduduki peperiksaan untuk menilai sejauhmana kefahaman dan kemampuan kita dengan ilmu itu sendiri.maka sekolah itu berfungsi sebagai pusat latihan kepada kita sehingga kita berjaya kerana di sana kita dididik dengan berbagai-bagai disiplin ilmu,diajar dan diasuh.justeru,apabila kita tamat belajar ilmu itu seharusnya mampu mendidik kita menjadi insan yang mulia dan berakhlak.namun,jika ilmu itu tidak mampu mendidik kita menjadi manusia yang baik bermakna ilmu itu tidak langsung membawa keberkatan kepada kita walaupun ilmu pengajian Islam sendiri.

Begitulah halnya dengan Ramadhan yang bakal menjelma ini.kedatangannya dalam hidup kita suatu yang wajib disyukuri kerana masih dipanjangkan usia.berapa ramai orang yang tidak diberikan nikmat kehidupan seperti kita ini?boleh jadi sehari sebelum awal Ramadhan ajal datang menjemputnya.tetapi kita masih diberikan kesempatan bersama dengan syahrul Mubarak ini.oleh itu kemuliaan Ramadhan ini harus diisi dengan perkara yang bermanfaat dan yang mendatangkan pahala.kalau sekolah tadi tidak mampu mendidik kita menjadi baik,begitu jugalah dengan Ramadhan ini jika sepanjangnya hanya diisi dengan berpuasa dan berbuka semata-mata.meskipun bertahun-tahun kita belajar dari sekolah,kemudian Universiti dan tamat belum tentu sijil-sijil itu berguna kepada kita sekiranya kita tidak mampu menjadi hamba Allah yang taat.

Jika dilihat pada hujung ayat Al-Baqarah di atas iaitu,’ mudah-mudahan kalian menjadi orang-orang yang bertaqwa’,ia bermaksud dengan satu harapan dari Allah sahaja bukanlah satu jaminan. Dan itulah maksud yang bersifat ubudiyyah yang sangat penting untuk difahami oleh kita.satu kesan dan akibat kepada orang-orang yang menjalani ibadah puasa yang penghujugnya mesti menjadikan kita hamba Allah yang sangat takut dan taqwa kepadaNya.Imam Al-Mawardi berkata,’Taqwa bermaksud perasaan yang sangat takut kepada Allah sehingga menyebabkan kita akan melakukan segala Perintah Allah dan akan meninggalkan segala Larangan Allah’.di sinilah besarnya natijah kepada penghayatan Ihya’ Ramadhan itu sendiri kepada kita kerana bulan ini satu anugerah besar atau bonus yang diberikan kepada kita sebagai cara untuk kita refresh,reset dan retransform segala amalan-amalan kita yang ada cacat cela atau kekurangan sebelum ini.

Hari ini,bila datang Ramadhan kita dapat lihat di peringkat awalnya semua surau atau masjid dihadiri jemaah yang ramai.mereka berpusu-pusu untuk solat terawih secara berjemaah di masjid.mungkin kerana semangat baru,ramai manusia terperangkap dengan semangat tanpa niat yang suci kepada penghayatan Ramadhan.sesungguhnya kemuliaan Ramadhan ini ialah pada LalilatulQadar yang dirahsiakan akan malamnya.namun,bila sampai di peringkat pertengahan dan penghujungnya ramai manusia tergelincir dengan nafsu dan semangat yang kosong.kesannya,Ramadhan itu hanya diisi dengan berpuasa dan berbuka sahaja.kesan Taqwa tadi hanya tinggal angan-angan dan penyakit iman yang lama tidak mampu dikikis sebaliknya hanya menjadi medium yang lebih subur untuk terus merebak dan parah sehingga berakar di lubuk hati.

Kalau sebelum Ramadhan kita tidak jaga aurat,mengabaikan solat,tidak ambil tahu soal jiran dan sebagainya maka begitu jugalah halnya selepas Ramadhan.ini kerana fadhilat Ramadhan gagal dihayati sepenuhnya sebaliknya hanya melepaskan kewajipan berpuasa dan akhirnya kewajipan itu tidak memberi kesan yang baik kepada diri sendiri.jadi,usahlah kita berasa pelik dengan manusia seperti ini yang tidak mahukan melakukan tranformasi iman dan amal.ada manusia yang hidupnya hanya kerja dan cari duit semata-mata sehingga lupakan matlamat ukhrawi yang sebenar.alasannya,’dunia juga perlu berjaya’.ya betul,dunia perlu tetapi adakah kita seimbangkan antara dunia dan akhirat kita?mengapa bekerja tetapi tidak solat?dan mengapa solat tetapi tidak menjaga aurat dan dosa?

Benarlah kita manusia biasa tetapi harus diingat segala puasa,solat dan amalan kita mesti menjadikan kita lebih berhati-hati dan menjauhkan kita dari maksiat.’Sesungguhnya solat itu menjauhkan seseorang itu dari perkara keji dan jahat’.perkataan keji itu ditafsirkan ialah maksiat yang merosakkan keturunan seperti zina,fitnah,mengadu domba manakala jahat itu maksiat yang merosakkan hak orang lain seperti mencuri,membunuh,zalim dan sebagainya.sebaliknya,jika solat yang didirikan itu tidak mampu mendidik kita menutup aurat contohnya dosa-dosa yang kita lakukan di media elektronik seperti blog, friendster,facebook, twitter dan sebagainya.antaranya dosa kita menayangkan aurat kita kepada umum dengan aksi-aksi yang boleh menimbulkan fitnah,keghairahan,komen-komen yang berbaur penipuan,fitnah dan zalim.adakah kesemua ini berhenti begitu sahaja?tidak,ianya akan terus bermaharajalela sehingga berlaku persengketaan,permusuhan dan akhirnya pembunuhan.inilah perkara yang haram dan berdosa besar yang bermula dengan ketidakjagaan akhlak,lisan dan maruah kita sendiri.

Kita akan mati,dan segala apa yang tinggal semua ini akan menjadi saksi dan akan dinilai oleh Allah.adakah cukup dengan dosa dan maksiat kita ini diganti dengan tahlil arwah,khatam Quran di kubur,pulut kuning,sedekah jariah dan sebagainya?tidak sekali-skali kerana Allah itu sangat Adil.ada syurga dan neraka pasti ada penghuninya.tanya sajalah kepada siapa sekalipun sama ada orang tidak solat,orang tidak tutup aurat,penzina,pencuri,perogol,pemain judi dan sebagainya sudah pasti mereka akan pilih syurga.persoalannya,adakah perbuatan kita selari dengan pilihan kita?kerana itulah tulisan ubudiyyah kali ini ingin berpesan kepada diri sendiri dan juga kepada semua pembaca yang budiman agar bersegeralah kepada pengampunan Allah kerana Allah itu bersifat Pengampun dan Pemaaf.

“Dan bersegeralah kalian menuju keampunan dari Tuhanmu dan meraih syurgaNya yang keluasaanya seperti langit dan bumi.ianya disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa”(Al-Kitab)

Mudah-mudahan Ramadhan yang datang kepada kita kali ini akan berakhir dengan Taqwa.sama-samalah kita berusaha,bersungguh-sungguh dalam mengecapi fadhilatnya yang hanya bertandang sekali setahun.

“Ya Allah,berkatilah kepada kami dengan bulan Rejab dan Syaban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan” (Doa Rasulullah)

Sekian.

Advisor,

www.syifa.net


0 comments:

Post a Comment