Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Tuesday, March 8

Limaza Atazawwaj?

Bismillahirrahmanirrahim.dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang.saya cuba kuatkan diri yang lemah lagi jahil ini untuk mencoret sebuah bingkisan perjuangan saya yang terakhir sebelum saya bergelar suami.meskipun diri ini banyak kekurangan,namun dengan secebis ilmu ini saya cuba menggerakkan jari ini untuk menulis.sesungguhnya kehidupan ini kian menuju kepada yang kekal abadi.bermula dari tiada kepada ada,kemudian kita membesar,belajar,bekerja, berkahwin, berumahtangga, tua dan akhirnya mati.di manakah tempat kita meletakkan Allah sebagai ghoyah atau matlamat hidup kita?kali ini pena saya ingin meluahkan suatu rahsia kepada tajuk di atas iaitu limaza atazawwaj?soalan ini mungkin agak kelakar atau biasa,tetapi bagi saya ianya satu topik persoalan yang sangat luas dalam kehidupan kita ini.ianya wajib diketahui oleh setiap kita yang ingin melaksanakannya.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari kalangan kamu (manusia).supaya kamu bahagia bersamanya.dan dijadikan di antara kamu rasa cinta dan kasih sayang.sesungguhnya itu tanda-tanda kuasa Allah bagi kamu yang berfikir”(QS 30:21)

“Tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang dilamun cinta melainkan nikah” (HR Imam Sayuti)

Saya memilih perkahwinan berbanding mengumpul duit,membeli kereta mewah,rumah besar,bersuka ria dengan perempuan atau sebagainya kerana punca segala kerosakan dan kemaksiatan di atas muka bumi ini kerana kegagalan manusia memelihara akhlak mereka,tingkah laku dan perbuatan mereka.ada orang kata tak perlu kahwin lagi,tunggu belajar habis dulu,tunggu kerja selesa dulu,ada tanggungjawab lain lagi dan sebagainya.saya tidak menidakkan jawapan itu tetapi pada peribadi saya ianya satu alasan yang secara tidak langsung membuka kepada ruang couple,pergaulan bebas,perhubungan antara lain jantina tanpa terkawal seperti sms,calling,facebook,email dan sebagainya.apa alasan mereka ini apabila bercouple?kami hanya berkawan,kami masih belajar,kami tak fikir lagi soal kahwin,kami nak kejar cita-cita dulu lepas tu baru nak kahwin dan bla bla bla.apa pandangan anda semua kepada bilangan anak luar nikah yang hampir 7000 dari tahun 2008 sahaja?kebanyakan mereka dari kalangan pelajar IPTA/IPTS.lihatlah profile-profile di dalam facebook,tanpa segan silu mempamerkan aurat,gambar berpelukan dengan pasangan masing-masing dan juga tidak terkecuali dengan komen-komen yang berbentuk maksiat.

Ibubapa hari ini tidak hairan anak-anak mereka berkawan lelaki perempuan,atas alasan belajar atau kawan biasa.sehingga boleh sampai ke tahap lelaki ambil anak gadisnya di depan pintu pagar tanpa rasa dosa.tetapi bila bercakap soal kahwin terus marah,belajar tak habis lagi dah gatal,duit pun takda dah nak kahwin,kerja pun tidak nak bagi anak orang makan pasir ke dan sebagainya.sebenarnya,saya juga menerima kritikan-kritikan sedemikan rupa di peringkat awal perbincangan saya dengan keluarga pada dua tahun lalu.tetapi satu persoalan yang penting ingin saya jelaskan di sini ialah,Ilmu ini tidak akan habis sampai kiamat.hatta Nabi SAW sendiri pun belum habis Ilmu baginda ketika wafatnya,cuma hukum-hakam itu sahaja yang telah sempurna untuk disampaikan.sebab itu saya katakan tidak tepat jika anda berkata saya mahu tumpu kepada pelajaran dahulu,tak mahu fikir tentang kahwin lagi sedangkan pada masa yang sama dia bercouple,dah bawa anak gadis orang ke sana ke sini.bagaimana pula ibubapa yang redha anak gadisnya naik motosikal dengan lelaki ajnabi sedangkan pada masa yang sama mereka tidak mahu anaknya berkahwin dengan alasan tunggu habis belajar dulu.

“Dan janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan” (QS 17:32)

Menghampiri zina,harus difahami dengan tepat.bukan Allah kata jangan zina tetapi hampir juga dilarang.maksiat ini satu yang membutakan hati.Nabi SAW pernah menceritakan bagaimana orang yang bermain di tepi perigi pasti akan jatuh ke dalamnya.sesungguhnya Allah itu sangat adil dalam setiap ketentuanNya.saya tidak menyuruh anda bersegera kahwin tetapi saya menasihati agar segera tinggalkan maksiat kerana ianya akan membutakan pandangan hati kita,lantas semua yang haram itu dirasakan manis dan enak.nafsu ini tidak akan datang apabila tamat belajar atau bila dah dapat kerja.tetapi ianya hadir tatkala manusia yang diberikan kesempurnaan akal dan nafsu itu tahu apa yang digemari nafsu dan imannya.orang yang bertaqwa akan memilih yang halal sementara yang tidak takut kepada Allah akan memilih yang haram.diceritakan salah seorang anak Saidina Umar yang bernama Abdullah telah berzina dengan seorang gadis dari bani Najjar.ketika beliau sedang asyik bersuka ria di majlis keramaian tiba-tiba minumannya diisi dengan arak,setelah itu pulanglah beliau dalam keadaan mabuk.dalam perjalanan pulang beliau ternampak seorang gadis sedang tidur di kebun kurma,lalu terus menyetubuhinya sehinggalah gadis itu melahirkan anak luar nikah.lihatlah,bagaimana seorang hamba yang sangat taat kepada Allah itu masih boleh diuji dengan sedemikian rupa.bagaimana pula keadaan kita yang selalu lemah ini?

Benar,Iman itu tiada siap yang tahu.tetapi ingat,yang zahir itu menggambarkan yang batin.tidak logik jika seorang lelaki pegang wanita sedang tanpa ada rasa suka,kerana fitrah asalnya sudah berlainan.mana mungkin tidak rasa apa-apa,sebab itulah Allah telah mengharamkannya secara qathi’ (muktamad).jadi janganlah kita cuba menghalalkan apa saja yang diharamkan oleh Allah hanya semata-mata untuk menegakkan benang yang basah.sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

“Dan ada di kalangan manusia yang mahu membenarkan maksiat yang mereka lakukan sehingga menyesatkan orang lain dengan tidak ada dalil dan hujah yang jelas”. (QS 31:6)

Kenapa pegang tangan?ala pegang aje,bukan ada apa-apa pun.ini jawapan yang sangat famous di kalangan remaja hari ini bila ditanya.kita harus faham antara hukum dan nafsu.soal bernafsu atau tidak itu soal lain.hukum itu tetap haram dan berdosa,jadi mengapa masih lagi mempertahankan yang batil itu?kerana kita ego dengan kejahilan kita.bersyukurlah dengan adanya orang menegur kita kerana dia sayangkan kita.janganlah kita kufur dengan nikmat ini wahai manusia.

Sebelum saya bertunang 2 tahun lepas,saudara saya tanya kenapa nak tunang awal sangat?kenapa tak nak tunggu sampai habis degree?saya tanya balik,kalau saya nak belajar sampai PhD kena tunggu tamat PhD dulu ke baru boleh kahwin?dia kata,takdala macam tu..kalau ada degree besar sikit gaji untuk jaga anak orang.saya tanya kalau ada Diploma gaji tak besar ke?kawan-kawan saya kerja guna SPM pun dah RM7K-RM8K?nak buat apa dengan sijil Dip,BA,MA ini semua?saya ingin katakan kalau ada orang kata belajar untuk cari Ilmu saya rasa tidak semua.kebanyakkan orang belajar hari ini kerana mahukan sijil dan yang tepat sekali ialah kerana nak kerja untuk dapat duit.Dip untuk dapatkan RM2500,BA untuk RM3500,MA untuk RM4500 dan PhD untuk beribu-ribu,betul atau tidak?fikir-fikirkan.jawapan saya,duit tidak akan cukup sampai bila-bila kerana manusia itu sentiasa tidak puas dengan apa yang ada.jadi kalau ada orang katakan saya nak kumpul duit untuk kahwin sedangkan pada masa yang sama dia bercouple ini ialah penipu.bagi saya daripada berkahwin, lebih baik jauhi maksiat couple itu dahulu sebelum kumpul duit.untuk apa kumpul duit untuk pergi haji sedangkan pada masa yang sama main judi?begitu juga kumpul duit untuk kahwin tetapi sedang buat maksiat.adalah lebih baik kawal nafsu itu dahulu.

“Ilmu yang benar itu ialah apabila dia belajar Ilmu itu,dia dekat kepada Allah” (Imam Syafie’)

Bagaimana orang yang belajar engineering,architecture,pharmacy dan berbagai-bagi Ilmu lagi untuk mendekatkan diri kepada Allah?agak sukar bukan?kerana apa?kerana kita tidak bekalkan ilmu agama dahulu di dalam hati kita.sebab itu kita tidak merasakan menuntut Ilmu-Ilmu ini sebagai satu ibadah kepada Allah.lantaran itu,pelajar-pelajar yang ambil Pengajian Islam sahaja yang pakai tudung,sementara yang belajar Ilmu-Ilmu lain tidak tutup aurat,pakai baju ketat,tayang buah dada pada orang dan sebagainya.(soal pakai tudung itu dia baik atau jahat itu soal lain,hukum itu tetap wajib tutup aurat).mengapa hanya pelajar yang Pengajian Islam sahaja yang tutup aurat?kerana Ilmu itu sahaja yang Islam?Ilmu-Ilmu lain tidak Islam ke?inilah kesilapan yang sangat besar pada fikrah kita.

“Apabila dua orang anak muda itu berkahwin,maka menjeritlah syaitan dengan berkata,”alangkah ruginya aku kerana dua anak muda ini telah berkahwin,mereka telah terlepas dari godaanku!!!” (Muttafqun alaih)

Inilah penjelasan kepada kita bagaimana besarnya fadhilat orang muda yang berjaya melaksanakan nikah.ini kerana betapa besarnya fitnah anak-anak muda hari ini jika gagal menjaga diri dan maruah mereka.mereka tidak mampu menjaga nafsu dan syahwat sehingga mereka memilih untuk bercouple dan akhirnya tersungkur di lembah perzinaan.peliharalah diri dan maruahmu dari disentuh oleh manusia yang haram.sesungguhnya kita manusia yang lemah dan selalu melakukan maksiat,maka bertaubatlah dan kembalilah kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pemaaf.Perkahwinan ini sesungguhnya mampu memelihara kesucian maruah dan ketenangan hati.

“Apabila seseorang itu telah berkahwin,sesungguhnya isterinya itu telah membantu menegakkan separuh agamanya,maka bertaqwalah kepada Allah pada yang separuh lagi”. (HR Tibrani)

Lihatlah,betapa perkahwinan ini membantu kepada ketaqwaan.bukan orang tidak berkahwin itu tidak bertaqwa tetapi dengan perkahwinan itu lebih dekat dan mudah.saya merasakan diri ini lemah dalam bergerak kerja dakwah.dakwah ialah satu kewajipan yang tiada kesudahan melainkan mati.maksiat yang terlalu banyak sehingga kebaikan itu tenggelam di dalam maksiat menyebabkan usaha-usaha ke arah penjernihan semula ruh Islam di kalangan masyarakat Islam itu menjadi satu kewajipan.barangsiapa yang tidak berusaha menegak kebaikan dan menentang kemungkaran sesungguhnya dia bercita-cita untuk mati dalam jahiliah.justeru,peringkat ini memerlukan tahap-tahap tertentu dalam pelaksanaannya.saya memulakan Amar Makruf Nahi Mungkar itu di dalam keluarga saya dahulu,melalui perkahwinan ini.masyarakat tidak akan rosak akhlaknya jika keluarga-keluarga yang ada di dalam masyarakat itu baik.jadi permulaan kepada penjernihan akhlak Islam ini harus bermula dari individu-individu itu sendiri,iaitu kita semua.marilah sama-sama kita berusaha menegakkan Islam itu di dalam diri dan keluarga kita.binalah kekuatan ruhani itu di dalam rumah kita,kemudian berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan jalan-jalan kita ini.

“Tegakkanlah Islam di dalam hatimu (yakni segala amalan harianmu)”

(Syeikh Dr Hasan Al-Hudhoibiy)

Perkahwinan dapat memuliakan keturunan kita semua.jika kita memilih untuk berseronok dengan pakwe atau makwe maka kita telah memilih permulaan kepada kehancuran institusi kekeluargaan dan keturunan itu.tidak akan berlaku zina jika tidak bersentuh,tidak akan bersentuh jika tidak bertemu,tidak akan bertemu jika tidak kenal,tidak akan kenal jika tidak berkawan.inilah kronologi zina yang harus diambil sirius.Islam tidak menghalang berkawan berlainan jantina itu tetapi wajib di atas urusan yang wajib pada syarak.cuba kita renung-renungkan,berapa ramai kita hari ini memilih kawan lainan jantina tanpa tujuan yang konkrit,iaitu wajib pada hukum.mungkin kita kata untuk belajar.bagaimana konsep belajar antara lelaki dan perempuan pada syarak?sebenarnya berat untuk saya katakan bahawa Islam tidak meletakkan satu keperluan untuk bercampur antara lelaki dan perempuan meskipun dalam konteks belajar kerana keburukan itu amatlah besar berbanding kebaikan.tetapi dengan sistem yang ada hari ini secara tidak langsung telah mengajar kita bahawa itu satu kebenaran.Allah menyuruh lelaki dan perempuan itu menundukkan pandangan mereka demi menjaga pandangan (mata) dan syahwat (kemaluan),jadi bagaimana pula boleh bercampur belajar antara lelaki dan perempuan?tidak selari bukan antara Quran dan amalan kita.namun dengan sistem yang ada ini,maka soal hati itu atas kita sementara dosa itu urusan orang yang mewujudkan sistem itu.

“Solat orang yang berkahwin tujuh puluh kali lebih mulia dari solat orang bujang” (HR Imam Bukhari)

Cuba fikir,kenapa sampai soal solatpun ada kena mengena dengan kahwin ni?jawapannya,hati orang yang berkahwin lebih tenang dari hati orang yang bujang.ini kerana hidupnya tidak perlu banyak fikir soal maksiat berbanding dengan orang bujang yang hidupnya sedikit sebanyak berfikir untuk cari pasangan,pandangan yang terdedah kepada aurat yang boleh mengusik ketenteraman syahwat dan sebagainya.sebab itulah antara syarat-syarat untuk jadi imam solat antaranya Imam Nawawi sebut ialah “mutazawwij” atau orang yang berkahwin.kerana pemimpin yang mahu membawa rakyatnya ke arah Tuhan hatinya mestilah lebih bersih sedikit berbanding rakyatnya.kita tidak sehebat Imam Nawawi,meskipun dia tidak berkahwin sehingga mati namun bukanlah kerana dia menolak perkahwinan itu tetapi kerana dia terlalu cintakan ilmu sehingga lupa untuk berkahwin.beliau sendiri mengarang kitab-kitab yang membicarakan tentang perkahwinan,antaranya Riyadussolihin.Nabi SAW berkata dua lubang utama maksiat iaitu lubang mulut (mengumpat) dan lubang faraj (zina).hari ini manusia asyik dengan maksiat yang semata-mata inginkan kepuasan yang tidak berkesudahan.nafsu tidak boleh dilayan,tetapi dikawal.Nabi SAW berkahwin ramai bukan kerana ingin melayan nafsu tetapi terselit di sana segunung misi dakwah di samping kerana mentaati perintah Tuhannya.

Antara tujuan perkahwinan baginda antaranya kerana untuk menyelamatkan aqidah contohnya dengan Saidatina Safiyyah R.A,untuk menyumbang harta kepada perjuangan Islam contohnya dengan Saidatina Khadijah R.A dan sebagainya.kesemuanya terkandung 1001 misi ke arah penegakkan Islam dan Hukum Allah di bumi Mekah Mukarramah itu.dengan hati yang tenang ini juga kita mampu belajar atau bekerja dengan tenang dan bahagia.bayangkan jika kita sambung belajar bersama-sama suami isteri di kampus,bagaimana perasaan kita?agaknya mesti seronok kerana belajarpun tenang tanpa fikir yang bukan-bukan.bila belajar tenang maka ilmu itu lebih berkat,dengan keberkatan itulah kita akan cemerlang dalam pelajaran dunia akhirat insyaAllah.berlainan pula jika belajar di dalam satu kelas dengan makwe pakwe,silap-silap belajarpun tak faham,lepas tu berkatpun tidak dan jika diberi kejayaanpun bukanlah satu anugerah Allah tetapi hanya keadilan Allah di atas usaha kita.inilah manisnya sebuah perkahwinan yang hanya didasari dengan Redha Allah.pilihlah Allah,nescaya akan terpilihlah kita sebagai hambaNya yang bahagia dengan keberkatan itu.

“Berkahwinlah kalian,kerana isteri kalian akan membantu kalian mancari rezeki dengan tenang”.

(Muttafqun Alaih)

Dengan perkahwinan ini kita mampu bekerja dengan tenang tanpa diganggu dengan pujuk rayu iblis ke arah syahwat ini.orang yang berkahwin rezekinya lebih banyak daripada orang bujang.bukanlah rezeki wang atau harta semata-mata tetapi kemanisan beribadah dan juga ketenangan dalam hidup.setiap kita mahukan ketenangan yang utama,barulah kesenangan yang kemudian.hidup ini perlu kepada prinsip dan matlamat ke arah kehidupan yang kekal abadi.jalan-jalan kita masih tersimpul jika kita gagal meletakkan matlamat yang jelas kepada kehidupan yang dianugerahkan ini.peliharalah nikmat kehidupan ini dengan selalu mengingati Allah dan mensyukuri segala pemberiaanNya kepada kita.jangan kita menyalurkan nikmat pancaindera yang diberikan ini ke jalan-jalan maksiat dan dosa kerana sesungguhnya siksa Allah itu sangatlah pedih.

“Dan tidak patut seorang lelaki dan perempuan itu apabila Allah menetapkan sesuatu hukum (peraturan),kemudian mereka pilih yang lain dari itu (peraturan Allah) dalam urusan mereka.dan ingatlah siapa yang menderhakai Allah dia tersangatlah sesat dari jalan yang benar”. (QS 33:36)

Akhir kata,peliharalah diri dan maruahmu daripada melakukan kezaliman dan kemaksiatan.sesungguhnya maksiat itu sangat singkat kemanisannya,sedangkan kesabaran itu lama kemanisannya insyaAllah.tuntutlah ilmu kerana Allah,kerana ingin mengenal Allah dan ingin menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah.semoga dengan usaha saya ini saya mampu mendekatkan diri saya kepada Allah dan sunnah Rasul SAW.sekian…

(sekadar pandangan dari diri yang jahil)

Mohd Fahimi Zakaria

www.mohfaz88.blogspot.com

alkimyak@yahoo.com.my

*limaza atazawwaj = kenapa saya mahu kahwin

1 comments:

Mohd Fahimi Bin Zakaria said...

semua ini sekadar perkongsian dari saya.ambillah yang baik,tegurlah yang salah.

Post a Comment