Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Saturday, May 8

Tadhiyah Fil Mujahadah


“Tadhiyyah Fil Mujahadah” bermaksud “berlapang dada dalam perjuangan” ini sangat luas makna dan keperluannya. Dalam Islam sifat ini sangat penting untuk dimiliki oleh seseorang muslim itu kerana ianya akan melatih kita menjadi hamba AllahSWT yang bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang diberikan oleh AllahSWT. Justeru jika kita tidak ada sifat ini maka akan mudah tercetusnya persekengtaan dan ketidakpuasan hati kepada sesuatu ketetapan AllahSWT. Maka tidak mustahillah bilamana berlakunya dengki, hasad, cemburu dan musuh memusuhi antara satu sama lain. Hal ini kerana manusia yang diciptakan dengan berbekalkan nafsu dan akal. Bilamana manusia gagal menjadikan hati sebagai pemandu yang baik maka di saat itu nafsu akan berperanan sebaik mungkin.

Alangkah manisnya jika kita menghayati dan memahami firman AllahSWT dalam Suroh Al-Baqarah pada ayat 216 yang bermaksud ;

“Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu. AllahSWT Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”

Ayat dalam suroh pertama Al-Quran di atas sudah cukup untuk kita memahami betapa AllahSWT Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya yang diciptakan dengan Qudrat ZatNya yang Maha Agong. Dalam Ilmu Fiqh,Ulamak menyebut Al-Quran ini bersifat “khusus pada maksud tetapi umum pada makhluk”. Apa yang dimaksudkan dengan khusus pada maksud ialah bagaimana AllahSWT mewajibkan perintah berperang ke atas orang-orang Islam apabila kemuliaan Islam dicabar. Manakala yang dikatakan umum pada makhluk ialah kegunaan ayat ini bukan sahaja untuk rujukan di zaman Nabi SAW dan para sahabat malah fungsi dan manfaatnya sepanjang zaman sehingga kiamat kerana Kitab ini merupakan Mukjizat Agong kepada junjungan besar NabiSAW.

Dalam Kitab Risalah Ta’lim,As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyebut secara jelas kedudukan sifat ini dalam Bab Rukun Baiah (fil babil rukni asyrin) iaitu “serendah – rendah ukhwah ialah berlapang dada dan setinggi-tinggi ukhwah ialah ithar (mengutamakan sahabat melebihi diri sendiri )”. Dalam konsep ini sifat berlapang dada amat dituntut agar gerak kerja Islam itu tidak bercampur aduk antara ikhlas dan hasad. Sememangnya manusia ini lemah, kadang-kadang kita berputus asa kerana tidak dapat apa yang dihajati samada target pencapaian peperiksaan,Sesuatu program gagal mencapai matlamat dan sebagainya. Maka perkara ini seharusnya dihitung semula bagaimana tahap keyakinan dan kesyukuran kita kepada AllahSWT. Tidak terkecuali juga di mana ada sebahagian kita yang kecewa kerana gagal mendapat wanita pilihannya,tidak kaya seperti jiran sebelah rumah dan cemburu dengan kesenangan orang lain.

Bagaimana kehidupan kita yang berpaksikan kepada sifat-sifat mazmumah yang sentiasa tidak senang dengan kejayaan manusia lain. Perkara ini seharusnya berbalik kepada firman AllahSWT dalam Surah Al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud ;

“Patutkah manusia ini menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?”

Ulamak Mufassir menafsirkan ayat ini dengan makna “orang-orang Islam tidak cukup dengan hanya beriman dan mengaku menjadi Islam sahaja, tetapi hendaklah mereka sabar dan tabah hati menerima ujian sama ada ujian itu berupa perintah agama yang wajib dilaksanakan atau larangan agama yang wajib dijauhi atau berupa kesusahan dan musibah yang menimpa diri dan harta benda. Dengan ujian yang demikian mereka akan memperolehi pahala disebabkan kesabaran dan dengan ini ternyatalah bezanya antara orang-orang yang beriman dan orang-orang yang fasiq. “ Inilah nilai sebuah Tadhiyyah dalam kehidupan seseorang muslim lebih-lebih lagi mereka yang berada di dalam medan perjuangan betapa pentingnya kita bersangka baik kepada AllahSWT dalam apa jua yang diberikan.

Manusia ini akan mula bercinta dengan AllahSWT tatkala hati mereka meletakkan sepenuhnya keyakinan kepada AllahSWT dalam segenap kehidupan. Jika AllahSWT taqdirkan miskin untuk mereka maka miskin itu baik disisi AllahSWT,jika ditaqdirkan gagalkan dalam peperiksaan maka gagal itu baik disisi AllahSWT, jika orang yang tidak disukai sebagai pasangan hidup maka orang itu baik disisi AllahSWT dan begitu juga jika ditaqdirkan orang dicintai bukan pasangan hidup maka itu juga baik disisi AllahSWT. Justeru,inilah apa yang dikatakan berlapang dada dalam setiap pemberian AllahSWT. Kita hendaklah yakin bahawa sesuatu itu terjadi dengan penelitian dan pengkajian yang tepat dari yang Maha Bijaksana insyaAllah.

Bagaimana pula sifat berlapang dada ini perlu dalam sesebuah organisasi atau tanzim? Adakah hanya ahli bawahan sahaja perlu berlapang dada? Jawabnya setiap manusia yang mempunyai hati dan perasaan mestilah memahami maksud ini dengan luas. Dalam Al-Quran AllahSWT menceritakan satu peristiwa bagaimana AllahSWT menegur NabiSAWdi atas kesilapannya apabila baginda tidak melayan seorang sahabat yang bernama Abdullah Ibnu Makhtum ketika baginda sedang bermesyuarat dengan para pegawai-pegawai kerajaan Madinah. Ini kaedah bagaimana AllahSWT menegur baginda melalui Surah Abasa ayat 1 hingga 3 yang bermaksud;

Ia memasamkan muka dan berpaling (1) Kerana ia didatangi orang buta(2)Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)!(3)”

Intipati daripada Surah ini ialah bagaimana AllahSWT menegur NabiSAW dalam keadaan baginda seorang Nabi dan Rasul. Kadang-kadang dengan berlapang dada ini akan menjadikan gerak kerja organisasi itu akan bertambah baik dan lancar. Malangnya kita merasakan berat untuk menerima teguran dan kritikan orang bawahan dan kita hanya merasa selesa dengan menegur orang bawahan. Maka inilah indicator besar yang menyumbang kepada hancurnya sesebuah organisasi apabila adanya sifat-sifat mazmumah dalam hati-hati ahli dan pimpinan yang mana hanya nampak kesilapan orang lain. Dan pada yang sama kefahaman tentang konsep ini haruslah diaplikasikan pada tempat dan keadaan yang betul. Kerana ada sebahagian kita yang salah faham tentang tafsiran berlapang dada ini apabila mereka terlalu ingin menjaga hati sahabat-sahabat sehingga meredhai maksiat dan kesilapan sahabat kita.

Misalnya seorang ahli organisasi dilihat seperti bercouple. Sebagai seorang ahli yang merasakan tanggungjawab besar sebagai seorang pendakwah sewajarnya melihat isu ini satu pendekatan untuk menyelamatkan nasib sahabat ini. Bukan dengan membiarkan dia terus menerus dengan maksiat itu dengan hanya berkata “berlapanglah dada, kita jaga hati-hati sahabat”. Inilah sebenarnya bukan sahabat tetapi syaitan yang berwajahkan pendakwah ataupun lebih dikenal sebagai pendakwah suk (jahat). Oleh itu, jika kita sayangkan sahabat dan organisasi maka kembalilah kita kepada ajaran Islam supaya kita bukanlah menjadi asbab kepada kehancuran jemaah kelak. Ingatlah firman AllahSWT dalam Surah Saff ayat 4 yang bermaksud ;

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”

Ayat ini menunjukkan betapa AllahSWT menuntut kita supaya berusaha memelihara barisan organisasi kita agar sentiasa dikasihi AllahSWT. Bilamana ada dikalangan kita yang menutup mata bagi membenarkan kesilapan sahabat maka kita akan dibenci oleh AllahSWT. Biarlah kita dicela manusia dengan ketegasan kita kepada kebenaran dan hak demi memastikan kesinambungan gerakan kita sentiasa diberkati AllahSWT. Benar tetap benar dan juga sebaliknya. Jika kita pemimpin kepada sesebuah organisasi maka kita dituntut agar lebih berlapang dada daripada ahli-ahli bawahan kerana AllahSWT sayangkan pemimpin seperti ini di mana sentiasa menghitung diri. Tetapi jika kita sombong dan ego untuk menerima kritikan orang maka kita tidak akan Nampak kelemahan kita bahkan sampai bila-bila pun kita akan merasakan kita benar dan hebat. Natijahnya apabila kita berada pada tempat ahli bawahan nanti bila pandangan kita tiada nilai.

Hari ini, masalah besar dalam system organisasi islam ialah apabila naik golongan-golongan yang tidak memahami agama sebagai pemimpin. Golongan inilah akan memandai-mandai dalam olah mengolah kaedah sehingga sanggup membenarkan kesilapannya yang jelas dilihat salah. Inilah yang dikatakan oleh AllahSWT dalam Surah Luqman yang bermaksud ;

“Dan ada di antara manusian yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.”

Golongan inilah yang diberi amaran oleh AllahSWT betapa bencinya AllahSWT kepada pemimpin-pemimpin yang menjual ayat-ayat Al-Quran untuk menjaga kesalahannya daripada pengetahuan ahli-ahli bawahan. Mereka ini sanggup membaca ayat-ayat AllahSWT semata-mata untuk menutup kelemahan diri mereka. Inilah besarnya maksiat dan dosa kepada keberkatan organisasi islam. Jika kita sayangkan organisasi kita maka berlapang dadalah dengan sahabat-sahabat dalam setiap sudut gerak kerja kita supaya segala yang susah akan dimudahkan oleh AllahSWT dengan adanya sifat rendah diri dalam hati kita. Sayangilah organisasi islam yang kita menjadi ahli-ahlinya dengan janji-janji yang kita nobatkan di hadapan AllahSWT. Akhir kata petikan dari sabda NabiSAW yang bermaksud ;

“Tiada ketaatan pada manusia (pemimpin) pada jalan-jalan kemaksiatan(1)”

*(1) kemaksiatan yang dimaksudkan ini termasuklah kelemahan dan kesilapan para pimpinan yang ditutup dengan hujah-hujah palsu yang bertujuan untuk kepentingan peribadi. Inilah hujah-hujah orang munafik.

Wallahualam.

Al-Faqir Ilallah.

http://www.mohfaz88.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment