Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Thursday, April 15

Pengisian 1 Malaysia

Alhamdulillah AllahSWT masih member kekuatan dan keupayaan buat diri penulis yang lemah lagi hina ini untuk mencoret sebuah kehidupan yang sementara ini. Hari ini kita yang diberi nikmat Iman dan Islam sepatutnya sangat bersyukur kepada Pemberi Yang Baik ini kerana dalam jutaan manusia kitalah antara orang yang terpilih. Walaupun dunia hari ini sangat jauh dari dunia dahulu. Hakikat kehidupan ini harus difahami dan dialami mengikut acuan yang disediakan. Ramai manusia telah lari dan meninggalkan suatu landasan yang benar sampai kepada Pencipta kehidupan ini. Justeru manusia tersingkir dari Akademi Sementara ini,lantas mereka mencipta kehidupan dengan berpandukan akal dan pemikiran yang cetek…

Dunia semakin tua. Manusia semakin lalai dengan usia dunia ini. Setiap hari kita disediakan pelbagai menu-menu yahudi yang ada depan belakang dalam luar persekitaran kita. Manusia akan hilang pedoman hidup tatkala nafsu menjadi pemutus kepada kemahuan hati. Kereta api tak akan terbalik kalau kepalanya tak rosak,ikan busuk bermula dengan kepalanya dan jugak rakyat tak akan rosak kalau pemimpin tak rosak. Mengapa manusia tidak rasa takut dengan Islam? Sedangkan mereka mengaku muslim dan Islam. Tetapi mereka berani melakukan dosa kepada AllahSWT. Ini kerana tiada undang-undang yang akan menghukum mereka dengan kesalahan mereka.mengapa tiada undang-undang ini? Jawabnya kerana manusia hilang ketaatan kepada AllahSWT. Manusia derhaka dengan hukum AllahSWT…

Siapakah yang sepatutnya melaksanakan syariat ini? AllahSWT menyebut ialah Pemimpin. Pemimpinlah yang berfungsi sebagai pencorak kepada kehidupan rakyat dan manusia sejagat. Jika mereka hilang ketaatan kepada Al-Quran dan Hadis maka rosaklah kesemua manusia termasuklah ulamak-ulamak jahat yang muncul hari ini. Ulamaklah orang yang kita harapkan mampu menjaga Agama dan mendidik pemimpin tetapi bilamana mereka sayangkan periuk nasi dan anak bini mereka maka segala yang diharamkan Allah dihalalkan dengan begitu mudah. Hari ini banyak kilang arak yang tumbuh,manusia ghairah berjudi,remaja menjadikan zina sebagai amalan harian dan pelbagai lagi kerosakan yang berlaku di setiap sudut kehidupan ini. Inilah kesan daripada rosaknya pemimpin dan ulamak. Tiada siapa lagi yang mampu menahan daripada berlakunya kerosakan demi kerosakan melainkan menanti bala dan kemurkaan AllahSWT yang bakal menimpa.

Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) iaitu seramai 253 000 orang anak luar nikah yang didaftarkan dengan kelahiran seorang pada setiap 17 minit. Cuba kita bayangkan inilah pengisian buat rakyat jelata khususnya remaja-remaja yang tiada nilai agama dan maruah diri hasil daripada sikap sambil lewa dan kemungkaran para pemimpin dan ulamak kita hari ini. Hari ini maksiat dan dosa sudah menjadi rutin rakyat dan pemimpin sehingga setiap hari kita akan membaca diari-diari jenayah yang dipaparkan di akhbar-akhbar tempatan. Bagaimanakah Malaysia pada 2020 akan dating???ulamak terdiri daripada penzina,pemimpin terdiri daripada peminum arak,maka sudah pastilah mangsa-mangsa yang bodoh itu ialah rakyat jelata…inilah Pengisian 1 Malaysia……

didiklah diri dan maruah sendiri kerana tiasa siapa lagi yang akan mendidik kita.ibubapa leka dengan kerja di pejabat,guru-guru mengajar hanya pelajaran semata-mata manakala pemimpin sedang leka dengan maksiat....

petikan daripada ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Yahya,Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah di Balai Rakyat,Bayan Baru pada 13 April 2010.

0 comments:

Post a Comment