Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Saturday, January 23

Dari Guangzhou Ke Kuala Lumpur


Assalamualakaim kepada pembaca setia Perjalanan Ubudiyyah.semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk daripada AllahSWT.sesungguhnya kita ini manusia yang lemah lagi hina yang sentiasa mengemis Cinta dan Kasih Sayang Allah Yang Maha Penyayang.kita sebagai Pengemis Rahmat ini janganlah sesekali lupa akan tugas dan tanggugjawab kita untuk berusaha menjadi hamba yang bersyukur.sekali kita melupakan Allah maka sepuluh kali sepuluh kali Allah melupakan kita.sehingga hari ini kita masih diberi peluang untuk hidup dan bernafas dengan izinNya Alhamdulillahirobbilalamin.marilah sama-sama kita sentiasa berdoa dan bergantung sepenuhnya kepada AllahSWT semoga Dia terus memilih kita di dalam golongan orang-orang yang beriman dan seterusnya menempatkan kita di Maqam Mahmudaa iaitu di tempat yang terpuji di akhirat kelak insyaAllah.

Alhamdulillah.pada 2 Januari 2010 pagi Sabtu jam 10.30 pagi Flight AirAsia kami berlepas dari Guangzhou International Airport (GIA) menuju ke Low Cost Carrier Terminal (LCCT) Kuala Lumpur.perjalanan kami mengambil masa kira-kira 5 jam sebelum mendarat di LCCT Kuala Lumpur.Alhamdulillah flight kami landing di LCCT kira-kira jam 3 petang.setibanya kami di situ,ada sebahagian keluarga rakan-rakan seangkatan yang datang menyambut kepulangan anak-anak mereka.aku hanya berseorangan memandangkan kampung halamanku nun jauh di Baling sana.makanya aku bersiap untuk bertukar flight dari LCCT ke Penang International Airport pulak.malangnya flight aku ke sana terbang pada jam6.30 petang.jadi aku terpaksa menunggu dan melilau di sekitar Lapangan Terbang tu sementara menuggu Pegawai HPA China akan sampai pada pukul 4 petang untuk Taklimat Praktikal kami di HPA International Sdn Bhd nanti.

Pegawai HPA China,iaitu Ustaz Mohamad Ibrahim menyampaikan sepatah dua kata dan menyampaikan taklimat ringkas kepada kami pelajar-pelajar Tajaan HPA ke China.tepat jam 6 petang kami semua berangkat ke kaunter untuk Check In barang dan terus masuk ke flight.kami pelajar yang tinggal di sekitar Utara sekali lagi naik flight ke Pulau Pinang.sebaik sahaja aku tiba di Malaysia aku terus "on" kan nombor Malaysia aku.selepas itu aku terus menerima SMS dan panggilan daripada keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan.inilah salah satu sebab aku rasa begitu gembira di Malaysia Tanah Airku kerana aku rindukan keluarga dan jugak tidak ketinggalan sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa di hatiku.mereka inilah manusia-manusia yang sentiasa membantu dan mendidik aku mengenal Perjuangan Islam.apapun aku tetap bersyukur kerana AllahSWT masih memilih hatiku tetap di dalam Iman dan Perjuangan Alhamdulillah.

Selama 4 bulan 4 hari aku meninggalkan Malaysia kerana menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan Tradisional dan Herba (Traditional Medicine & Herbs) di School Of Medicine,Jinan University,Guangzhou,China.kini dengan izinNya aku diberi kesempatan pulang ke Tanah Air bercuti dan meluangkan masa bersama orang-orang tercinta.aku bercuti selama hampir 2 bulan di Malaysia.tepat jam 10.30 malam itu flight ku dari LCCT selamat tiba di Pulau Pinang.penerbangan kami lambat 3 jam kerana flight kami dari Singapore terkandas di dalam hujan yang di sana.jadi penerbangan kami lewat hampir 3 jam.sementara kakakku dari Bayan Baru sudah sekian lama menanti kepulanganku di Lapangan Terbang Penang.setibanya kami di Pulau Pinang aku terus mendapatkan kakakku di pintu menunggu dan bersalam berpeluk dengannya dek kerana rindu yang teramat sangat.sementara kawan-kawanku yang lain semuanya disambut ibubapa dan saudara mara yang ramai,sedangkan aku hanya kakakku seorang sahaja yang menjemputku...

Mereka bertanya "mana mak ayah?",aku menjawab "mak ayah dok jauh,di Baling sana.kak yang dekat ni ja mai ambil".aku tanpa membuang terus mengajak kakak ku pulang ke kampung halaman di Kuala Ketil sana.sepanjang perjalanan kami dari Penang ke Baling telefon ku dihujani dengan puluhan SMS dan panggilan sehingga telefonku kehabisan bateri dan terus mati.akupun dapat berehat disamping bersembang dengan kakakku yang bernama Siti Aisyah yang sudi menghantarkanku ke Baling dan mengambil cutikerja kerana Bayan Baru sangat jauh untuk dia pulang bekerja.Alhamdulillah kami singgah dahulu di rumah kakakku yang nombor 7 iaitu Jamaliah kerana dia dah pesan supaya singgah dulu rumahnya sebelum balik rumah mak di kampung.malam tu kami bersembang sampai ttak sedar jam dah sampai pukul 1.20 pagi.kak jamaliah ku apa lagi terus suruh kami bermalam di rumahnya keana dah lewat.tanpa berfikir panjang kami pun rehatlah di situ.

Pada pagi Ahad 3 Januari 2010 jam 8.30 pagi kami sampai di rumah ku dengan kereta Gen-2 merah kakakku.Alhamdulillah ramai keluarga dan saudara mara yang menyambutku.walaubagaimanapun aku terus mendapatkan mak aku dan mencium dahi dan pipinya.berpeluk erat kerana rindu ku yang teramat sangat.hari ini pejam celik pejam celik dah hampir 3 minggu aku bercuti.inilah yang di katakan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna "masa yang ada tidak cukup untuk kita buat kerja islam".selepas hampir 2 minggu aku bercuti kami diarahkan untuk melapor diri pada hari Isnin 11 Januari 2010 jam 9 pagi di Pejabat HPA International Sdn Bhd di Bandar Amanjaya,Sg Petani.tapi aku tidak hadir pada hari itu kerana aku ke Hospital Teluk Intan Perak kerana menziarahi sahabatku yang ditimpa kemalangan di Simpang Utama UPSI Tanjung Malim selepas pulang dari berprogram bersama-sama denganku di Pokok Sena,Kedah.Innalillahiwainnailaihirojiun...

Hari ini hari yang ke 21 aku berada di Malaysia.dan kami sekarang menjalani Latihan Praktikal di Bahagian Terjemahan,HPA International Sdn Bhd di Bandar Amanjaya.Alhamdulillah kerana Allah memberi aku rezeki sebegini rupa yang aku rasakan bukan semua manusia terpilih.inilah kurniaan Allah Yang Maha Kaya.sepenuh kos kehidupan dan pengajianku di sana di taja oleh HPA Industries Sdn Bhd.sekadar ini dahulu coretan ku buat tatapan pembaca..sekian....

0 comments:

Post a Comment