Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Monday, February 14

Antara Redha Allah dan Redha Manusia

Kali ini saya ingin berkongsi satu pandangan saya berkisar kepada tajuk dari sebuah kitab yang berbunyi “Ar-Ridho’ Bainallah Wa Bainannas” yang bermaksud “Antara Redha Allah & Redha Manusia”.kitab ini karangan Ulamak tersohor tanah air kita,Malaysia.kita seringkali menyebut perkataan ini tetapi ramaikah di kalangan kita yang memahaminya dengan kehendak dan tuntutan yang sebenar?wallahualam bissowwab.jika kita faham ertinya yang sebenar maka dapatlah kita memahami hokum dan syariat Allah SWT.cuba kita renung-renungkan hari ini berapa ramai orang yang mampu merealisasikan Redha manusia berbanding Redha Allah.orang lebih suka menjaga hati dan perasaan manusia lantasan mengetepikan perintah Allah SWT.atau dengan bahasa mudahnya,kena ikut trend,suasana,adat perlu didaulatkan dan sebagainya.ini antara istilah-istilah yang sangat merosakkan ilmu dan amalan.

Allah SWT berfirman,

“Dan janganlah kamu mencampur adukkan antara yang benar (halal) dan yang batil (haram),dan kamu menyembunyikan yang benar walhal kamu tahu (telah memahami akan halnya)”{QS 2:42}

Saya bertanya kepada rakan saya,”kenapa orang suka dedah aurat?”dia jawab,”mungkin dia sudah biasa dengan cara macam tu”.saya bertanya,”sejak bila agaknya dia sudah biasa dengan cara tu?”.”emm..mungkin sejak dia dah banyak bergaul dengan orang yang berbeza latar belakang agama,budaya dan sebagainya,mungkin juga dia ingin mencuba sesuatu yang dia rasakan puas atau ingin mengikut trend rakan-rakannya”.ini adalah jawapan dari kawan saya.

Saya bertanya pula kepada saudara saya yang perempuan,”kenapa orang perempuan suka pakai tudung singkat sehingga mendedahkan dada (perhiasannya)?”.mereka kata,”itu budaya sekarang,tak macam dulu pakai tudung labuh-labuh,sekarang ini kita kena ikut peredaran zaman..yang penting tutup aurat,pakai tudung juga oklah tu”.

Kita manusia biasa,juga melakukan kesilapan namun jangan dibiarkan dosa dan maksiat itu melekat dan sebati dalam hidup kita.kerana orang yang paling bodoh ialah orang sentiasa mengulangi kesalahan yang sama.tidak ada istilah “ingin mencuba yang lebih baik” dalam perkara maksiat.contohnya,orang yang putus cinta dengan kekasihnya,lantas ingin mencuba cari kekasih baru sedangkan usaha itu satu yang merosakkan hati dan dosa kepada Allah.sebaliknya,jadikanlah musibah itu sebagai satu pengajaran ke arah perubahan yang lebih baik dengan memperbanyakkan taubat serta menyesal dengan perbuatannya sebelum itu.terimalah teguran dengan memahami isi teguran itu,bukanlah siapa yang memberi teguran itu.tiada manusia yang sempurna imannya,namun semua teguran yang baik itu terimalah dengan hati yang lapang tanpa mempertikaikan orang yang menegur itu kerana selagimana namanya manusia pasti dia jugak tidak akan terlepas dari kesalahan.

Nabi SAW bersabda ,

“Lihatlah apa yang dia berkata (isi nasihatnya),janganlah kamu melihat kepada siapa yang berkata (orang yang member nasihat itu)”{HR Bukhari Muslim}

Saya bertanya kepada seorang junior saya,”kenapa awak tak pakai tudung?”.jawabnya,”orang yang pakai tudungpun lebih teruk dari saya.jadi takda makna juga kalau pakai tudungpun”.seterusnya saya Tanya,”kenapa awak couple?”,dia jawab,”cinta itu fitrah manusia,tak salah kan.kenapa kita mahu sekata kemahuan manusia?”.saya kata,”betul ke itu fitrah manusia?atau nafsu semata-mata yang dibalut dengan sikap kesombongan dan kejahilan?”.

Wahai manusia yang diciptakan Allah SWT,saya berani kata di sini ialah punca utama yang menyekat fitrah manusia itu ialah Kejahilan.ianya satu penyakit yang perlu diubati dengan Ilmu,lebih tepat lagi ialah Ilmu Agama.saya suka dengan kata-kata Cat Steven @ Yusuf Islam iaitu “Nasib baik saya kenal Islam dulu daripada saya kenal orang Islam”.mungkin ayat ini simple,namun bagi kita yang memahami hakikatnya,di mana hari ini orang Islam sendiri yang merosakkan Islam dengan trend pemakaian,budaya,percakapan dan sebagainya telah menyebabkan keindahan Islam itu sendiri terhijab.

Ulamak tersohor,Prof.Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebut dalam Fiqh Fil Aulawiyyat yang berbunyi,”sebenarnya Islam itu terhijab kehebatannya dengan orang-orang Islam sendiri”.inilah perkara penting yang seharusnya difahami secara ilmiah kepada kita semua bahawa Ilmu dan Amal itu wajib selari dengan jayanya agar tercapai Iman benar.ini dikuatkan lagi dengan sabda Nabi SAW yang berbunyi,”sesungguhnya beza antara Islam dengan Kafir itu adalah solat”.ramai orang solat tetapi masih lagi melakukan maksiat kepada Allah.Allah berfirman,”sesungguhnya solat itu mencegah daripada kemungkaran dan kekejian”.jadi bagaimana hubungkaitnya antara kafir,islam dan solat yang masih tidak mampu memeliharanya dari melakukan maksiat?.ada orang kata,kita manusia biasa dan tidak terlepas dari dosa.jadi bagaimana?jawabnya saya nak sebutkan di sini bahawa Jumhur ulamak dari mazhab ahli sunnah wal jamaa’h bersepakat berijtihad bahawa “orang-orang yang melakukan maksiat ada dua jenis,pertama mereka yang tahu dan kedua mereka yang jahil.adapun orang yang tahu akan hukumnya maka tetap berdosa dan wajib bertaubat serta tidak mengulanginya lagi.sementara orang yang jahil maka dia juga berdosa kecuali dia tidak menemui akan rujukannya (iaitu guru yang mengajar).selagimana dia berusaha mencari guru,sedangkan ilmu itu masih lagi tidak dijumpai maka dimaafkan segala dosanya”

Mengapa kita perlu ikut kawan,perlu jaga hati manusia atau meniru budaya orang sekiranya perkara itu bertentangan dengan hokum dan syraiat Allah?lesen syurga kita bukan pada manusia.tidak salah ikut kawan atau manusia tetapi ingat haram ikut pada perkata yang ditegah oleh Allah.sebagai contoh,hari ini orang perempuan suka pakai tudung yang bersilang sehingga nampak bentuk dan saiz buah dadanya kerana kawan-kawannya di pejabat pakai macam tu.apa beza orang yang tidak pakai tudung langsung dengan orang yang pakai tudung tetapi mendedahkan aurat (dada)?,jawabya tiada beza.

Allah SWT berfirman,

“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (sehingga menutup dada dan perhiasannya mereka) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”{QS 33:59}

Dalam Syarah Imam Ghazali R.A,beliau menyebut “bagaimana mengetahui kawasan dada itu.iaitu bermula dari dada sehingga ke pusat.ini bermakna selagimana pamakaian tudung itu tidak menutupi sehingga ke pusat bermakna masih belum dikira menutup aurat dan tetap berdosa sebagai mendedahkan aurat.adapun bahagaian belakangnya dengan menutupi sehingga terlindung tulang belikatnya,sementara di kiri kanannya dengan menutup kedua-dua bahunya”.(Matla’ Al-Badrain)

Oleh kerana masyarakat hari ini tidak terdedah kepada Ilmu dan pengamalan yang sempurna maka pakai tudung sekadar mengikut orang,bercouple kerana kawan-kawan couple,hisap rokok kerana kawan-kawan dan sebagainya.akibat daripada kejahilan inilah manusia terus dibelenggu kejahilan dan menjadikannya sombong dan bongkak.ayuh manusia,kita ada kehidupan yang kekal di akhirat kelak.masih banyak amanah Allah yang belum kita sempurnakan,bagaimana pula kita sempat lagi mengisi ruang itu dengan kemungkaran.hukum dan syariat ini adalah hak mutlak Allah.ianya bukan disebabkan keperibadian seseorang itu.wajib solat misalnya,jadi tidak kiralah orang itu ikhlas atau tidak,baik atau jahat.yang penting solat tetap wajib.soal dia mencuri selepas solat,berzina,minum arak dan sebagainya itu masalah dirinya sendiri.begitu juga halnya tutup aurat.walaupun orang yang tutup aurat berzina,tidak solat dan sebagainya itu adalah masalahnya sendiri.soal aurat tadi dia sudah lepas,manakala soal dia jahat atau buat dosa itu masalah lain.jadi kita harus memahami perbezaan antara hokum dan perangai orang itu.

Baru-baru ini saya diberi peluang bersama-sama dengan sahabat mengikuti Ops Dakwah Anti-Zina sempena malam Valentine’s Day anjuran Kerajaan Negeri.dengan di escort oleh rakan-rakan dari RELA,JAIS,Majlis Perbandaran (MPKj) dan Penguakuasa,kami lebih yakin dan berani bertindak untuk memberi tazkirah,edar poster,flyers dan sebagainya.yang ingin saya ketengahkan dalam hal ini ialah bagaimana kami berhadapan dengan anak-anak muda yang bercouple berpeleseran di pusat-pusat hiburan,taman-taman bunga,tepi pantai dan shopping complex.kami berpeluang bersembang,menegur dan menasihati mereka dengan dikawal ketat oleh rakan-rakan dari badan kerajaan.soalnya,ada di kalangan mereka itu barangkali saudara kita,abang,kakak atau adik beradik kita,jadi anggaplah mereka itu lebih mulia dari kita kerana jika mereka diberi hidayah oleh Allah boleh jadi mereka lebih baik dan bertaqwa dari kita.jangan menghina mereka kerana boleh jadi mereka lagi mulia dari kita.atas kata-kata inilah ada diantara mereka yang dilembutkan hati oelh Allah sehingga menangis..alhamdulillah..walaupun mungkin itu lakonan namun kesannya itu tetap berbekas.

Justeru,bertindaklah dengan Ilmu dan rujukan wahai manusia yang sedang merasakan bahagia dalam dosa dan maksiat kepada Allah.dirikanlah ibadat kepada Allah biarpun hatimu tidak ikhlas kerana kata Imam Syafie R.A “perbuatlah olehmu ibadat kepadaNya,kalaupun hatimu itu tidak ingat akan Allah sekurang-kurangnya lidahmu tetap menyebut nama Allah”.maknanya,walaupun kita tidak ikhlas solat jangan pula tidak solat tetapi dirikan juga solat itu kerana mungkin hati yang lupa Allah sedangkan lidah yang membaca itu akan menyebut nama Allah.kita adalah hamba Allah yang sentiasa lalai dan alpa,namun janganlah menjadikan kejahilan yang bersarang di hati kita ini satu penyakit yang barah sehingga hilang pedoman kepada pengabdian kepada Allah SWT.berkawanlah,bergurau sendalah,bersosiallah namun janganlah biarkan ianya menjadi suatu yang dosa dan maksiat kepada hokum Allah SWT.biarlah kita dihina,diperlekeh kerana kejumudan kita tentang pergaulan bebas,kebencian kita kepada suatu yang ditegah Allah atau kerana kita berpegang kepada syariat Allah kerana kejumudan seperti itu adalah satu kemuliaan yang besar seperti yang disabdakan NabiSAW “Islam itu sesuatu yang pelik,amatlah sedikit orang yang mengikutnya sedangkan yang sedikit itulah adalah keuntungan yang besar bagi mereka”.

Akhir kata,dalam kita melaksanakan syariat Allah ini,amatlah memerlukan kekuatan yang luar biasa umpamanya menutup aurat dengan sempurna yang mungkin (seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan),lebih-lebih lagi bila kita berada di dalam rumah yang ada di dalamnya ajnabi (orang yang boleh dikahwini) seperti sepupu,ipar,biras dan sebagainya.ingatlah,jalan menuju ke syurga itu sangatlah susah namun bagi mereka yang merasakan kemanisan di dalam ketaatan kepada Allah maka jalan-jalannya amatlah mudah dan dekat.semoga dengan perkongsian yang serba ringkas ini kita semua termasuk saya sendiri akan diberi kekuatan untuk merubah diri kepada yang lebih baik insyaAllah.

www.mohfaz88.blogspot.com

alkimyak@yahoo.com.my

STRIDE

Monday, January 24

Perkahwinan yang membawa Ketaqwaan

Assalamualaikumwbt.

Semoga dirimu,imanmu dan hidupmu sentiasa diberi Keberkatan,Keredhaan dan Keselamatan oleh Tuhanmu yang Maha Kuasa.tidak lupa jugak didoakan agar segala urusanmu dipermudahkan oleh AllahSWT di samping family semua mudah-mudahan sihat-sihat belaka InsyaAllah.ana di sini jugak Alhamdulillah baik-baik saja dan jugak family yang baru datang beberapa hari lalu jugak baik-baik saja.ana bersyukur kepada Allah di atas nikmat-nikmatNya yang Maha Besar ke atas diri ini yang telah banyak melatih nafsu,jiwa dan perasaan untuk bersabar,redha dan terus yakin denganNya

Pejam celik pejam celik tinggallah hanya beberapa hari lagi kita akan disatukan oleh Allah dengan Akad Nikah.ini adalah permulaan kepada usaha yang lebih istiqamah untuk kita bersama.Istiqamah dalam apa jua perkara termasuk amal ibadat,ketaqwaan,perjuangan,kesabaran dan jugak sentiasa mentajdidkan niat kita melaksanakan perintah ini semua hanya kerana Allah sahaja.saat walimu menyerah bebanan dirimu ke atasku dengan lafaz Ijab maka di saat itulah aku menerima bebenan itu dengan lafaz Qabul lantas seluruh diri dan hidupmu akan berkongsi saham denganku sama ada dosa atau pahala.jika baik akhlakmu maka pahalamu jugak pahalaku,begitu jugak jika buruk akhlakmu maka dosamu jugak dosaku.

Dirimu sebelum tarikh itu haram buatku lantaran tanggungjawab dirimu kewajipan walimu,namun selepas tarikh itu dirimu bukan milik mereka lagi,syurgamu bukan pada mereka lagi,dosa pahalamu bukan urusan mereka lagi dan sebagainya.lalu Allah menfardhukan tugas dan amanah memimpin dan melindungimu ke atas manusia yang sanggup menerima lafaz nikah tadi iaitu suamimu.fahami dan yakinilah hakikat ini bahawa dirimu waktu itu bukan seperti dirimu sebelum itu pada kewajipan-kewajipan Allah.berbeda dengan denganku,tugasku taat pada ibubapaku sampai kiamat,berjuang berjihad sampai syahid,berdakwah menyeru manusia sampai beriman.namun tugas-tugas itu pun belum sempat aku sempurnakan,tiba-tiba aku tamak untuk memegang satu lagi amanah Allah iaitu melindungi dan mendidikmu

Wahai hati yang ikhlas menerima lamaran suciku ini,berimanlah dan bertaqwalah kamu kepada Allah dan Rasul serta berlaku taatlah kepada suamimu yang menikahimu itu.jika dia ingkar dan berbuat maksiat pada Allah dengan cara tidak sedar maka nasihatilah dan tegurlah dia dengan hormat.jika dia masih ingkar maka serahlah urusan dan pengadilannya pada Allah.kita tidak lekang dari salah dan silap namun nasihat dan teguran itu pelengkap kepada kekurangan itu,jadi berlapanglah dada dan berbanyaklah sabar dengan ujian hidup ini.sesungguhnya hidup dan mati ini satu kejadian yang terselit padanya hikmah yang tidak terkira.oleh itu kita berhati-hatilah dengan kehidupan dan beringat-ingatlah akan kematian.kehidupan ini menjanjikan ujian yang maha dahsyat.lantaran ramai manusia tersingkir dari landasan hakiki iaitu “Mencari Redha Allah”.

Taqwamu harapanku,Akhlakmu idamanku,Cintamu penantianku dan Wajahmu kebahagianku.kita carilah hikmah dari perhubungan ini dengan niat dan cita-cita yang suci demi menegakkan cinta hakiki kepada Allah.cinta hakiki ini tidak mampu dicapai jika tersangkut pada cinta manusia.tetapi cinta manusia pasti akan tercapai jika cinta Allah mendahului segala-galanya.ayuh,marilah kita berlumba-lumba dalam rumahtangga cinta kita nanti untuk meletakkan cinta Allah itu yang teratas dan tertinggi.jika jelas niat yang suci itu,cita-cita yang tinggi dan hati yang bersih melaksanakan baitulmuslim ini maka fahamilah kita akan keberkatan sunnah ini yang manis tidak terkira.bersabarlah dengan ujian-ujian hidup,redhalah dengan kelemahanku,nasihatilah pada kesilapanku,bertenanglah jika diuji kerana apa?kerana niat kita bukan kerana luaran atau dalaman..tetapi kerana yang Maha Menguasai Luar dan Dalam itu insyaAllah.

Tubuhmu tidak seberat amanahmu ke atasku.siang malammu,pagi petangmu adalah urusanku kerana kesemua itu Fardhu ke atasku..kerana di akhirat nanti Tuhanmu akan bertanya kepadaku “adakah kamu (suami) nampak dosa yang isterimu buat ini?”,jika aku menjawab “tidak”,maka aku adalah suami yang khianat pada amanah Allah.itulah hakikat kewajipan yang termaktub pada hukum dan syariat.hari ini ramai suami-suami tidak peduli soal-soal ini,kononnya remeh temeh..tahukah kamu wahai isteri-isteri bahawa batang tubuh kamu itu adalah bidadari atau kayu-kayu api nereka pada suamimu kelak.betapa besarnya tanggungjawab ini sehingga Islam tidak mewajibkan perempuan bekerja kerana untuk menjaga diri dan kehormatannya di rumah suaminya.begitu juga Islam tidak mewajipkan isteri-isteri masak di rumah kerana untuk memastikan isteri-isteri tidak letih apabila suami minta untuk dilayan.lihatlah,tidak dinafikan lagi betapa mudahnya isteri mahu masuk syurga tetapi malangnya terlalu ramai ahli neraka di kalangan wanita-wanita.

Sabda Nabi SAW “barangsiapa yang berkahwin maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya,maka bertaqwalah kepada Allah pada yang separuh lagi”.

Jika difahami daripada hadis yang ringkas ini ialah,jalan untuk mencapai ketaqwaan itu ada pada perkahwinan.mungkin kerana perkahwinan itu antara lain mampu menjaga nafsu syahwat dan dan pandangan.maksiat itu bermula pada mata,kerana mata itu ada padanya pandangan.maka Islam mewajipkan orang-orang beriman agar tunduk dan menjaganya.begitu juga nafsu yang tidak pernah puas,maka Islam suruh mengawalnya agar tidak keterlaluan dalam melayannya.namun jika seseorang itu berkahwin maka segala-galanya terjaga kerana pada isteri itu ada padanya pintu-pintu rezeki yang menutup segala pintu-pintu maksiat tadi.maksud pintu rezeki ialah duit.maksud pintu maksiat ialah mencuri.orang yang lapar akan mencuri kerana tiada duit untuk membeli makanan.tetapi orang yang ada duti dia tidak perlu fikir untuk mencuri kerana duit itu sudah mampu menjaganya dari mencuri.ini secara kasar pada pemahaman kita.

Jadi,amat malang sekali jika perkahwinan itu tidak mampu mendidik diri dan nafsunya menjadi hamba yang bersyukur dan bertaqwa kepada Allah.jika dulu dia mewah,kaya raya.maka kahwin mesti mampu mendidiknya agar bersederhana.jika dulu dia kaki lepak,suka merayau-rayau maka kahwin mampu mendidiknya dari membuang masa tidak berfaedah.kalau dulu garang,bengis,kedekut dan sebagainya maka kahwin mampu mendidiknya agar berlaku sopan,lemah lembut dan jugak berakhlak mulia.kerana sesungguhnya jalan yang besar menuju ketaqwaan itu adalah jalan perkahwinan kerana dengannya manusia mampu menjaga pandangan dan mengawal nafsu.begitulah ruginya bagi mereka yang sudah melalui jalan ini namun tiada mampu membina taqwa pada diri dan kehidupannya.pokok besarnya hanya satu iaitu segala urusan dan kerja buat kita hanya “Mencari Redha Allah” insyaAllah tidak menyesal,tidak rugi dan sentiasa bersabar dengan ujian hidup.

Manusia,jalan menuju ketaqwaan itu amat perit dan menyakitkan.kita terpaksa susah,sakit,sabar,pasrah dan macam-macam lagi kerana semua itu merupakan suntikan untuk menyihatkan kita denga syukur apabila tiba masanya kelak.

Sabda Nabi SAW,”tatkala dua anak adam berkahwin muda maka akan menjeritlah dan meraunglah syaitan dengan berkata ‘anak adam ini sudah kahwin! aku belum sempat rosakkan mereka di usia muda ini!’” (syaitan meraung)

Maka di saat itu jugak Allah membuka seluas-luasnya pintu-pintu rezeki sebagai Rahmat bagi mereka yang sanggup berusaha,bersusah payah menjunjung titah dan perintah Allah ini demi menjaga kesucian hati dan jiwa,dengan itu jalan-jalan ketaqwaan akan tercapai tanpa halangan-halangan dari pandangan-pandangan yang buas dan nafsu-nafsu yang jahat ini.manusia diberi dua pilihan,tidak satu ataupun tiga.satu itu tanda zalim dan tiga itu tanda melampau,tetapi dua itu tanda adil.kita boleh pilih nak buat maksiat atau kebajikan.tetapi balasannya masing-masing dibalas seadil-adilnya.nafsu muda,darah muda adalah sinonim dengan remaja hari ini.termasuk juga dengan diri ini yang bergelar remaja.ramai manusia sudah menghalalkan yang haram dan sebaliknya.remaja hari ini begitu ghairah dengan couple,bercinta dan sebagainya sehingga boleh dikatakan tidak terkejut jika terlanjur atau berzina kerana muqaddimahnya itu mencerminkan tindakan buruk.orang tidak akan hisap dadah jika tidak merokok,begitu juga orang tidak akan berzina jika tidak couple.justeru,awas kepada mereka yang couple!takutlah kepada Allah.

Inilah bahana masyarakat hari ini sudah tidak nampak haramnya.tetapi jika anak-anak muda mahu berkahwin maka akan terkeluarlah ungkapan-ungkapan yang mengharamkannya,seperti”gatal nak kahwin,belajar tak habis lagi,masa depan pun tak nampak lagi,jasa kepada mak ayah pun tak cukup lagi dan sebagainya”.manusia hanya fikir soal masa depan yang bekerja dan berwang tetapi amatlah sedikit manusia memikirkan masa depan yang bermaruah dan berakhlak.guruku pernah bertanya kepadaku,”mana yang aula (utama) antara anak yang mentaati ibubapa dengan anak yang menjamu duit kepada ibubapa?” duit itu satu keperluan,tetapi bukan semua keperluan memerlukan duit.mungkin komplek persoalan ini,namun apa yang ingin diketengahkan ialah sumbangan pada ibubapa tak semestinya hanya sebelum kahwin dan sumbangan anak kepada ibubapa sesekali tidak tersekat selepas berkahwin walaupun anak itu perempuan.teruslah bertaqwa kepada Allah dan mentaati suamimu serta hormatilah ibubapamu.

Akhir kata,jalan ketaqwaan itu amat sukar kerana ianya tersekat dengan nafsu dan syaitan,maka tundukkanlah nafsu dengan melayannya dengan jalan yang halal dan berkat.jauhilah syaitan dengan perjuangan menentang hawa nafsu.seterusnya bertaqwalah kepada Allah denga roh yang tenang,jiwa yang bersih dan hati yang suci.ini sekadar satu perkongsian buat tatapan bersama.semoga dengan tulisan yang serba kekurangan ini kita semua mampu mendidik diri kita dengan cara membunuh segala punca-punca kepada halangan mencapai ketaqwaan ini iaitu nafsu dan syaitan.bila kita lapar jamulah perut dengan makanan tetapi awas jangan sehingga membazir.bila kita mengantuk maka jamulah mata dengan tidur tetapi awas jangan sehingga meninggalkan solat.inilah tabiat manusia yang difahami sejak azali,namun amatlah sedikit kita memikirkan akan taqdir ini,bahkan jauh sama sekali kita memahami setiap maksiat itu ada jalan yang halalnya.kahwin itu jalan halal kepada zina,berjual beli itu jalan halal kepada mencuri dan sebagainya.

Ya Allah,sesungguhnya hati-hatu kami ini bersatu dengan kasih sayangMu,bersatu di atas ketaatan kepadaMu,bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan agamaMu.Maha SuciMu,perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini,limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini.Kau tunjukkanlah jalan hidayahMu kepada kami,sesungguhnya kepadaMu kami berserah dan tempat kami meminta pertolongan.amin ya Rabbal Alamin.

alkimyak@yahoo.com.my

www.mohfaz88.blogspot.com

Monday, January 3

Terima Kasih Tuhanku

Blog ini adalah laman peribadiku yang akan kuluahkan segala keluh kesahku hanya padaMu ya Allah.di sinilah tempat “Perjalanan Ubudiyyahku” untuk menuju kepada RabubiyyahMu.mungkin tulisan penaku tidak sesedap mata yang memandang,tidak secantik blog yang lain, bukan itu yang dicari tetapi yang dicari hanya medan luahan hati dan jiwa kepada Pemiliknya,yakni Rabbku. Allah yang mencipta hati-hati dan jiwa-jiwa insan ini lebih mengetahui di mana letaknya tujuan kejadian makhlukNya yang terdiri daripada kepelbagaian di atas alam raya ini. Hakikatnya manusia masih tercari-cari kehidupan mereka sehingga kebanyakkan dari mereka tersasar dari landasan kehambaan.inilah yang dikatakan manusia yang tidak pernah lekang dari kesilapan atau dosa kepada Tuhannya.

Diceritakan oleh Al-Hujjatul Islam Al-Imam Ghazali Rahimahullah taa’la bahawa setiap manusia ini dijadikan daripada tanah yang kering kontang.tanah ini sifatnya hina dan darjatnya rendah sehingga najis dan tapak kaki menjadikannya sebagai alas.kemudia Allah menjadikan roh dan ditiupkan ke dalam jasadnya tadi maka hiduplah seorang hamba dengan izinNya.roh yang bersifat mulia dan tinggi darjatnya ini adalah pasangan kepada jasad yang hina tadi.sebab itulah manusia kadang-kadang terlalu terikut kepada tanah sehingga menjadi hina,dicerca,diejek,dihina,dimarah tidak mengapa kerana kuat sifat tanahnya dalam diri.tetapi manusia yang terikut dengan rohnya pantang diejek,dihina atau dicerca sebaliknya dia akan bangun dan melawan arus itu demi mempertahankan diri dan maruahnya.di sini mudahnya ialah bagaimana seseorang manusia ini dilihat dari perwatakan mereka sama ada dirinya itu sabar atau lokek,pemaaf atau bengis,syukur atau kufur dan sebagainya.yang penting seharusnya difahami bahawa ada masa kita perlu kepada sifat tanah dan ada masa kita berhajat kepada roh.

Kemudian dijadikan oleh Allah Akal.ianya satu organ rahsia yang disembunyikan lokasi khusus dari Allah yang menciptanya.tujuan tauhidnya ialah supaya manusia itu yakin dengan suatu perkara yang tidak nampak dengan mata kasar yang sangat terbatas ini.begitulah halnya dengan adanya perkara-perkara yang ghaib yang tidak mampu dilihat dengan mata kepala manusia tetapi pasti kewujudannya itu.justeru,akal ini berfungsi membezakan antara baik dan buruk atau sebagai indicator dalam sesuatu tindakan seseorang.semua manusia tahu zina itu haram,arak itu haram,judi,pergaulan bebas lelaki perempuan,dedah aurat dan sebaginya adalah haram.namun persoalannya mengapa ianya masih terjadi?jawapannya ialah Allah mencipta satu lagi organ rahsia yang berlawanan dengan Akal yang positif tadi iaitu organ negatif yang dikenali sebagai Nafsu.inilah yang dikatakan keadilan Allah.jika manusia hanya dibekalkan dengan Akal sahaja manusia tidak akan makan,minum,tidur,kahwin dan sebagainya sepertimana malaikat. Maka dipasangkan dengan nafsu ianya menjadi stabil jika manusia itu sempurna kedua-duanya.jika berat sebelah nafsunya maka manusia akan keterlaluan dalam kehidupan seperti Allah menghalalkan nikah dia masih memilih zina,Allah menghalalkan air dia masih memilih arak,Allah menghalalkan jual beli dia masih memilih riba dan sebaginya.

Mengapa manusia yang tahu halal haram masih memilih yang haram?jawapannya ialah nafsunya yang kuat dari akalnya.akal kata zina haram tetapi nafsu nak buat juga maka terjadilah zina.akal kata mendedahkan aurat itu haram,tetapi nafsu mahu tunjuk juga auratnya maka terjadilah ianya.inilah konsep yang mudah sebenarnya untuk difahami dan dihayati kepada segala jenis permasalahan sosial,ekonomi atau apa jua kerosakkan dalam kehidupan ini.nafsu adalah fitrah,dengannya kita berhajat kepada makan,tidur,intinjak,seks,riadhah dan sebagainya namun bila nafsu yang tidak seimbang dengan akal maka terjadilah daripada makan tadi kepada pembaziran,daripada tidur tadi kepada meninggalkan solat,daripada seks tadi kepada zina,daripada riadhah tadi kepada mendedahkan aurat dan begitulah juga dengan yang lain.bila nafsu seimbang dengan akal maka makan kita akan berala kadar.tidur kita hanya sekadar menghilangkan mengantuk,nikah kahwin kita kerana Allah bukan kerana mahu anak,puaskan batin,layan nafsu dan sebagainya.itulah pentingnya kepada keseimbangan akal dan nafsu yang diciptakan oleh Allah ini.

Kemudian peringkat yang terakhir diceritakan oleh Sheikhul Islam ini ialah Allah menciptakan kepada manusia hati yang merupakan organ didalam tubuh badan manusia.hati ini adalah jasmani bentuk hukumnya tetapi rohani pada bentuk tasufnya.oleh itu jika akal tadi berfungsi sebagai indicator tetapi hati pula adalah decider atau pembuat keputusan sama ada perlu bertindak atau pun tidak.maka di hati inilah diciptakan dua makhluk Allah yang maha hebat dan dahsyat iaitu Iman dan Syaitan.di hatilah tempat mereka berdua ini akan berlumba-lumba untuk memastikan hati akan mengikut kehendak mereka.Allah meletakkan kedua-dua ini pada satu titik persamaa iaitu hati di mana tindakan manusia tadi akan bermula daripada keputusan di sini,yakni hati.iman yang mantap akan melumpuhkan serangan syaitan tetapi jika iman yang lemah akan dihanyutkan oleh hasutan dan asakan syaitan dengan nafsu akan bertindak tanpa mampu disekat oleh akal tadi kerana iman telahpun lumpuh di pusat kawalan rohani ini.jadi jelas bahawa jika seseorang itu tidak solat jawabnya ialah iman di hatinya yang berfungsi untuk mengarahkan akal tadi gagal,tetapi dilumpuhkan oleh syaitan dengan mengarahkan nafsu untuk tidak solat.orang yang tidak solat bukan tidak ada iman atau akal tetapi imannya lemah dari syaitan dan begitu juga akalnya gagal befungsi kerana nafsunya lebih kuat.

Jadi ketiga-tiga pasangan ini iaitu roh (jiwa) dan tanah (jasad),akal dan nafsu serta iman dan syaitan tidak boleh dipisahkan kerana ianya suatu ketetapan mutlak pada seseorang manusia yang lemah seperti kita ini.pusat segala tindakan ini adalah hati,namun bagaimana iman kita mahu mengalahkan syaitan yang laknat ini?jawapannya ialah hati perlu diisi dengan agama.dari agama ini manusia akan lebih tahu tentang apa itu dosa pahala,suyrga neraka,halal haram dan juga salah betul.jika elemen-elemen ini telahpun diisi dengan baik maka akan hadirlah satu alat yang dikenali sebagai ilmu.alat ini akan membunuh segala sifat-sifat syaitan yang tadi iaitu jahil,sombong,zalim dan sebagainya.namun alat ini hanya mampu mengetahui akan hukum-hukumnya sahaja seperti zina hukumnya haram dan solat itu wajib tetapi tindakannya belum kuat,ianya hanya mampu menghilangkan kejahilan sahaja dengan tidak mampu kepada penyucian dan pembersihan hati yang banyak syaitan itu.maka di sinilah kita berhajat kepada satu perasaan takut dengan maksiat dan dosa kepada Allah iaitu Taqwa.

inilah tahap kesempurnaan insani iaitu manusia akan sepenuhnya mengetepikan syaitan dan nafsu dalam segala aspek kehidupan harian sama ada dalam baik atau buruk.taqwa ini akan hadir pada hati-hati manusia bilamana alat tadi sentiasa diasah,diguna dan diamalkan selalu.makin kerap diamalkan makin kuatlah taqwa,atau takutnya pada yang Esa.Jelasnya,ilmu yang diamalkan akan hadirlah ketaqwaan pada dirinya kerana ilmu yang berterusan dengan amalan itu adalah proses pencarian Tuhan atau pun Makrifatullah.taqwa inilah sangat penting yang wajib ada pada setiap manusia kerana ianya mampu melenyapkan hasutan syaitan dan kehendak nafsu yang keterlaluan tadi dengan menetapkan iman serta meluruskan kehendak akal kita.Mengapa manusia hari ini masih buat perkara yang dilarang oleh Allah dan meruntuhkan institusi kehidupan?isunya tidak perlu ke peringkat taqwa sebaliknya tanya dahulu ilmu yang merupakan alat tadi sudah ada atau tidak.

hati yang menjadi pusat kawalan rohani tadi harus dibekalkan dengan ilmu.ilmu kepada permasalahan tadi seperti kalau masalah rumahtangga maka perlu kepada ilmu rumahtangga,masalah keruntuhan akhlak maka perlu kepada ilmu akhlak dan hokum.ini sahaja kuncinya iaitu ilmu-ilmu tertentu harus ada pada masalah-masalah tertentu.baru kita tahu cara menghuraikannya.namun jika ilmu ini sudah pun ada barulah perlu kepada amalan yang berterusan atau pun istiqamah untuk proses pencarian taqwa tadi.bila kita ada taqwa barulah jawapannya semua terjawab iaitu segala apa sahaja kerja buat kita hanya kerana Allah,itu sahaja full stop.bila kita buat apa sahaja kerana Allah barulah kita tidak menyesal dalam apa jua ujian Allah pada kita sama ada kita miskin,sakit,sedih,sengsara,lapar atau sebaginya kerana ini semua adalah ujian yang telah difahami daripada niat dan tujuan kita tadi.tidak perlu menyesal jika diuji dengan 1001 masalah sekali pun kerana yang mendatangkan masalah tadi adalah daripada yang Maha Kuasa,dengan syarat sudah selesai perbahasan tentang ilmu dan amal tadi.seterusnya barulah hadir yang dikatakan halawatul iman,iaitu kemanisan atau kesempurnaan iman.

Ya Allah.sesungguhnya aku meluahkan semua ini kerana aku merasakan diri ini sangat lemah dalam menjalani kehidupan ini.ampunilah aku,rahmatilah aku,kuatkanlah aku dan berilah ilmu kepadaku untuk aku menyampaikannya kepada orang lain.aku bersyukur kepadaMu setelah sekian lama aku diuji dengan kesedihan,ketakutan,kelemahan adan juga kegelapan,akhirnya Kau memberikanku kegembiraan,keyakinan,kekuatan dan juga cahaya kehidupan.nikmat yang Kau beri ini sangat banyak dan tidak terkira ya Allah,oleh itu tolonglah jadikan aku dikalangan orang-orang yang bersyukur dan takut kepadaMu.dengan hari-hari yang bersisa ini cukupkanlah daku dari kekurangan,mudahkan daku dari kesulitan dan berkatilah daku dari penyesalan ini.jadikanlah hari-hari akan datang ini dengan ketenangan dengan doaku,yakinku,tawakkalku dan rintihanku padaMu.amin ya rabbal alamin.

Mohd Fahimi Bin Zakaria

alkimyak@yahoo.com.my

www.mohfaz88.blogspot.com

Setelah 2 Bulan Membisu

Setelah lebih kurang sebulan menyepi akhirnya penulis kembali mencoret bicara.sebenarnya penulis sibuk sedikit menguruskan perniagaan kecil-kecilan.hari ini penulis bersyukur yang tidak terhingga di atas nikmat Allah yang tidak berhenti-henti.sehinggakan terkadang menjadikan diri ini lupa dan lalai..astaghfirullah..ya Allah,ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu,yang sedang berlaku dan yang akan dating..amin..

Pada 18.10.2010 penulis dipanggil untuk melapor diri di Wisma Pertahanan Negara (KEMENTAH) di Kuala Lumpur.seawal 16hb penulis telahpun bertolak ke Kuala Lumpur untuk menumpang dahulu di rumah Abang Zukri (A.Ki),iaitu abang yang ke-4 dari 12 orang adik beradik.rumah abang di Batu 5,Jalan Ipoh yang agak dekat dengan wisma tempat penulis melapor diri itu menjadikan proses pergerakan ke sana lebih mudah.apabila sampai di Stesen KTMB KL sentral pada jam 6 pagi,penulis terus menelefon A.Ki untuk menjemput.selepas beberapa minit A.Ki pun sampai dan terus ke rumahnya di Batu 5,Jalan Ipoh.

Keesokkan paginya,penulis mengajak A.Ki pergi ambil motosikal penulis yang di post dari Kedah di Stesen KTMB Masjid Lama,Kuala Lumpur.nak jadikan cerita,apabila sampai saja di sana tiba-tiba penulis tertinggal kunci motor di rumah A.Ki..subhanallah...kenapalah pelupa sangat aku ini.dalam keadaan hujan yang lebat itu A.Ki aku yang sangat penyabar terus u-turn keretanya dan balik rumahnya untuki ambil kunci motor aku tanpa marah walaupun sepatah.sepanjang dalam perjalanan balik ke rumahnya penulis hanya dia diamkan diri sebab takut kena marah pula nanti kalau bercakap.sebaik sahaja sampai di rumahnya penulis bergegas masuk ke rumah mengambil kunci dan terus dating semula ke KTMB itu ambil motor.

Keesokkan pagi 18.10.2010 A.Ki menghantar aku melapor diri di Wisma Pertahanan Malaysia,Kementeria Pertahanan di Jalan Semarak Kuala Lumpur seawal jam 7.15 pagi.dalam keadaan aku yang tidak tahu selok belok jalan di kawasan sini maka A.Ki decide untuk menghantar aku dahulu buat first day ni.penulis amat bersyukur kepada Allah kerana dikurniakanNya penulis seorang abang yang baik dan penyabar untuk menolong menguruskan kerja-kerja dan proses melapor diri ini.terima kasih wahai Tuhanku,Kau telah mempermudahkan jalan-jalanku yang tidak mampu aku fikirkan dengan akal yang amat terbatas ini.

Ya Allah,kalau bukan kerana dengan pertolonganMu,rahmatMu dan belasMu nescaya aku tidak akan jadi seperti sekarang.kalau bukan keranaMu aku tidak akan bersyukur dengan nikmat-nikmatMu yang Maha Banyak ini.dulu aku meraba-raba mencari kehidupan dan masa depanku,aku jauh dari rahmatMu dan maghfirahMu ya Allah.aku tidak selesa dengan kerja dan amalku kerana terlalu jauh dari redhaMu.namun hari ini,aku amat bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang telah Kau kurniakan kepada aku.alhamdulillah robbil alamin.tolonglah perbetulkan aku di atas jalan-jalan hidupku ini dan janganlah jauhkan aku dari landasanMu setelah Kau memberi cahaya kepadaku.kadang-kadang aku terfikir,mengapa aku harus mengkufuri nikmatMu sedangkan Kau berhak menarik balik semua itu.astaghfirullahala’zim..

Aku terpaksa ulang alik selama seminggu di Wisma KEMENTAH itu sementara menunggu posting letter dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KEMENTAH.selama seminggu penulis berhadapan dengan berbelas-belas boring,surat,dokumen dan fail untuk diisi maklumat-maklumat penting termasuklah maklumat diri,keluarga,latar belakang pengajian,family background dan sebagainya.jari dirasakan macam nak tercabut juga dek kerana melayan kerani yang rejet dokumen-dokumen yang tidak lengkap diisi,salah isi dan juga borang kotor.mana tak kotornya salah padam salah padam sebab borang terlalu banyak perlu diisi.itulah kerja-kerja penulis selama lebih kurang seminggu.rasa dah macam kerani pula main borang setiap hari di BPSM.

Alhamdulillah,selepas seminggu di BPSM penulis menerima surat posting.apabila tengok surat tu penulis agak terkesima kerana dihantar ke Science Technology Research Institute Defense (STRIDE),iaitu Jabatan Sains Teknologi Pertahanan di Kompleks Induk STRIDE iaitu di Kajang.tidak pernah didengar rupanya ada juga Jabatan-Jabatan Sains dalam Kementerian Pertahanan ini.itulah yang membuatkan diriku terkejut,tetapi Alhamdulillah dengan pertolonganNya segala-galanya dipermudahkan.sebaik sahaja aku menerima surat itu,terus menelefon A.Ki untuk minta hantar ke Kajang keesokkan harinya.sekali lagi A.Ki bersusah payah tinggalkan keluarga dan kerjanya untuk menghantarkan penulis ke Kajang yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.seawal 6.30 pagi kami mula berangkat.

Oleh kerana A.Ki tidak tahu di mana terletaknya STRIDE ini,jadi terpaksa contact seorang kawan lamanya yang merupakan seorang contractor yang terlibat dengan projek pembinaan STRIDE ini.alhamdulillah kerana Allah permudahkan,secara kebetulan kawan A.Ki tinggal di Kajang.lebih kurang 7.45 pagi kami tiba di Tesco Kajang untuk bertemu dengan kawan A.Ki itu.selepas beberapa minit seperti yang dijanjikan kawan yang dikenali sebagai Zul itu pun sampai,tanpa membuang masa kami terus bergerak ke STRIDE untuk aku melapor diri.setibanya kami di STRIDE kami disambut oleh Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP).selepas itu A.Ki balik dan tinggallah aku berseorangan di situ huhuhu.

*sehingga di sini dulu.sebenarnya coretan ni telah dimulakan sebulan yang lalu tetapi ada saja halangan untuk meyiapkannya….