Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Tuesday, August 9

Penghayatan Ramadhan


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua umat Islam.semoga kita semua sentiasa diberikan kekuatan zahir batin,kesempatan dalam mendirikan Ramadhan ini dan dianugerahkan keistimewaan yang dijanjikan oleh Allah seperti ganjaran amalan yang berlipat ganda,lailatulqadar dan sebagainya insyaAllah.mari kita berdoa dengan penuh pengharapan kepada Pengurnia Ramadhan agar Dia terus memberikan kita kesungguhan dalam melaksanakan ibadah yang hanya diberi setahun sekali ini.di bulan inilah Al-Quran diturunkan,dengan itu kita fahami bahawa Ramadhan ini sangat besar hubungkaitnya dengan Al-Quran.justeru besar juga kerugian bagi mereka yang berpuasa tetapi tidak beriman dan beramal dengan hukum-hakam Al-Quran.

Selain dari itu,Ramadhan juga bulan yang berlakunya peperangan Badar di zaman Rasulullah.maka kita hayatilah falsafah daripada kefardhuan ibadah ini yang ianya perlu kepada perjuangan.perjuangan itu haruslah berterusan setiap masa tanpa ada waktu cuti walaupun sedang berpuasa.sabda Nabi SAW,”sesungguhnya perang (badar) itu satu jihad yang kecil,kita akan berhadapan dengan jihad yang lebih besar iaitu diri kita (nafsu)”.begitu rugilah kepada mereka yang berpuasa namun membiarkan nafsu meliar lantaran lidah bersuara dengan suara maksiat,telinga mendengar perkara-perkara berbaur maksiat dan begitulah merebak ke anggota-anggota lain.Janganlah kita menjadi kepada Ramadhan tetapi Hamba Allah.jihad itu satu kewajipan atas setiap orang-orang Mukmin.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu mereka yang sentiasa berjihad dan berhijrah….” (Al-Kitab)

Ayat Al-Baqarah ini mengisytiharkan siapa itu mereka yang beriman.salah satunya ialah orang-orang yang berjihad.sebab itulah golongan disenaraikan oleh para Ulamak antara asnaf lapan,iaitu golongan yang boleh menerima zakat.

Mengikut pandangan Ulamak,takrif jihad daripada ayat ini ialah “orang-orang yang berusaha menterjemahkan hukum Allah itu dalam hidupnya sehingga perlu kepada pengorbanan,perjuangan dan kesungguhan”.sebab itulah Allah menguji sahabat Rasulullah dengan peperangan sehingga ada yang sakit,cedera parah dan tidak terkecuali yang gugur syahid di Badar.maka mereka inilah yang dikatakan orang yang beriman kerana syarat pertama untuk berjihad ini ialah mukmin.berpuasa juga satu jihad sebenarnya.Cuma kita gagal melihat dan menghayati kehendak wahyu itu sendiri.

“Wahai orang beriman,difardhukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana orang-orang sebelum kamu.mudah-mudahan kamu bertaqwa”(Al-Quran)

Ulamak membahagikan ayat ini kepada tiga pengertian besar.pertama,Allah memanggil hanya mereka yang beriman untuk berpuasa kerana untuk mendirikan ibadah ini memerlukan kekuatan ruh,tubuh badan,memerlukan keyakinan yang tinggi akan balasannya di akhirat kelak.maka Allah tidak memanggil sekalian manusia kerana di kalangan manusia bukanlah kesemuanya beriman meskipun dia Muslim.sebab itulah masih ada muslim yang tidak solat,muslim yang tidak menjaga aurat,muslim yang berjudi,berzina dan sebagainya.maka dikhususkan kepada mereka yang mengaku beriman sahaja.

Kedua,puasa yang sedang kita laksanakan ini bukanlah satu yang baharu,bahkan ainya telahpun diamalkan di zaman Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi terdahalu lagi.Cuma barangkali cara dan kaedahnya sahaja yang berbeza,namun ianya satu kewajipan yang jelas.sebagai contoh di zaman Nabi Daud,puasanya sehari manakala berbukanya sehari,berbeda dengan kita berpuasa di waktu siang berbuka di waktu malam.Ulamak ada menceritakan bahawa di zaman Rasulullah sendiripun pernah berlaku pertukaran kaedah (Qawaidussiyam) di mana pada peringkat awal kewajipan ini kaedahnya.tetapi dengan kekhilafan para sahabat maka Allah menurunkan wahyu kepada Rasulullah yang memaafkan kesilapan mereka dan di waktu itulah kaedahnya bertukar seperti yang kita jalani sekarang ini.

Ketiga,satu mesej penting iaitu puasa ini mendidik muslim itu bertaqwa sesudah beriman.kalau perkara pertama tadi kita terus dapat jika kita berpuasa,namun perkata ketiga ini belum tentu lantaran ianya memerlukan kefahaman,penghayatan dan kesungguhan tinggi dalam mengisi Ramadhan itu.justeru,hanya beberapa kerat sahaja yang beroleh kemanisan ini.oleh itu,marilah kita berusaha memastikan kita berada dalam golongan kecil ini insyaAllah.Taqwa dan Iman ini dua perkara yang berbeza sama sekali kerana kedua-duanya berada pada maqam atau tingkatan amal yang berbeza.darisegi makna pada bahasanya pun sudah lain.Taqwa beerti takut manakala Iman beerti percaya.orang yang percaya belum tentu dia takut,tetapi orang yang takut semestinya dia akan percaya.

Sebagai contoh,seorang perempuan masuk ke surau menunaikan solat.dia percaya seluruh anggotanya wajib ditutup (kecuali muka) kerana aurat.tetapi mengapa sebaik sudah solat dia tanggal tudung,pakai baju singkat,seluar ketat (apatah lagi kaki, confirm tidak tutup)?kerana dia hanya percaya tetapi tidak takut.Jadi bagaimana Taqwa pula?seorang pemburu masuk hutan untuk memburu ayam hutan.sebaik sahaja di hutan itu dia melihat tapak kaki harimau satu demi satu.meskipun dia tidak pernah melihat harimau,tetapi boleh jadi dia pernah dengar cerita perihal harimau ini seekor binatang ganas,pembaham dan pemakan manusia.logiknya,dia akan berpatah balik ke rumah dan membatalkan hasratnya itu untuk memburu ayam hutan.dia percaya itu tapak kaki harimau lantas dia takut dan terus pulang.

“Halal itu jelas,Haram itu juga jelas.di antara kedua-duanya itu perkara yang tidak jelas akan kedudukannya” (Hadis)

Saya gambarkan dua situasi yang berhubungkait dengan dua perkara tadi iaitu Taqwa dan Iman.jadi,fahamlah kita bahawa martabatnya sangat berbeza antara satu sama lain.banyak komponen penting harus diketahui oleh kita dalam meraih fadhilat ini.saya cuba kongsikan sekadar talaqqi saya yang sedikit ini.bayangkan pemburu itu kita semua,hutan itu ibarat tempat maksiat,tapak kaki harimau itu adalah hukum atau undang-undang.cuba fikir-fikirkan semampu mungkin mudah-mudahan keberkatan yang sedang bertandang kepada sekarang ini tidak dicemari dengan kejahilan kita.isilah Ramadhan ini dengan perkara-perkara yang berupa kebaikan untuk manfaat bersama.rugilah kita sekiranya Ramadhan meninggalkan kita tetapi kita tidak mendapat kemanisan ini iaitu Taqwa.bersempena dengan Ramadhan yang diberkati ini marilah sama-sama kita mengisi ruang-ruang kosong di masjid kita untuk solat terawih berjemaah,bertadarus,berzikir,solat-solat sunat tambahan dan yang paling penting hadirilah kuliah-kuliah ilmu yang ada berdekatan dengan kita.

“Wahai orang beriman,perbanyakkanlah mengingatiKu dan bertasbihlah kepadaKu di waktu pagi dan petang”(Al-Quran)

Akhir sekali,barulah ilmu itu mampu menjaga amal kita.jika hanya beramal tanpa ilmu maka amal itu rosak dan tidak diterima.sebaliknya jika ilmu untuk beramal itu dipelajar maka insyaAllah setiap ibadat yang dilakukan bertambah manis dan sempurna.selamat beramal untuk semua.

www.mohfaz88.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment