Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Monday, January 24

Perkahwinan yang membawa Ketaqwaan

Assalamualaikumwbt.

Semoga dirimu,imanmu dan hidupmu sentiasa diberi Keberkatan,Keredhaan dan Keselamatan oleh Tuhanmu yang Maha Kuasa.tidak lupa jugak didoakan agar segala urusanmu dipermudahkan oleh AllahSWT di samping family semua mudah-mudahan sihat-sihat belaka InsyaAllah.ana di sini jugak Alhamdulillah baik-baik saja dan jugak family yang baru datang beberapa hari lalu jugak baik-baik saja.ana bersyukur kepada Allah di atas nikmat-nikmatNya yang Maha Besar ke atas diri ini yang telah banyak melatih nafsu,jiwa dan perasaan untuk bersabar,redha dan terus yakin denganNya

Pejam celik pejam celik tinggallah hanya beberapa hari lagi kita akan disatukan oleh Allah dengan Akad Nikah.ini adalah permulaan kepada usaha yang lebih istiqamah untuk kita bersama.Istiqamah dalam apa jua perkara termasuk amal ibadat,ketaqwaan,perjuangan,kesabaran dan jugak sentiasa mentajdidkan niat kita melaksanakan perintah ini semua hanya kerana Allah sahaja.saat walimu menyerah bebanan dirimu ke atasku dengan lafaz Ijab maka di saat itulah aku menerima bebenan itu dengan lafaz Qabul lantas seluruh diri dan hidupmu akan berkongsi saham denganku sama ada dosa atau pahala.jika baik akhlakmu maka pahalamu jugak pahalaku,begitu jugak jika buruk akhlakmu maka dosamu jugak dosaku.

Dirimu sebelum tarikh itu haram buatku lantaran tanggungjawab dirimu kewajipan walimu,namun selepas tarikh itu dirimu bukan milik mereka lagi,syurgamu bukan pada mereka lagi,dosa pahalamu bukan urusan mereka lagi dan sebagainya.lalu Allah menfardhukan tugas dan amanah memimpin dan melindungimu ke atas manusia yang sanggup menerima lafaz nikah tadi iaitu suamimu.fahami dan yakinilah hakikat ini bahawa dirimu waktu itu bukan seperti dirimu sebelum itu pada kewajipan-kewajipan Allah.berbeda dengan denganku,tugasku taat pada ibubapaku sampai kiamat,berjuang berjihad sampai syahid,berdakwah menyeru manusia sampai beriman.namun tugas-tugas itu pun belum sempat aku sempurnakan,tiba-tiba aku tamak untuk memegang satu lagi amanah Allah iaitu melindungi dan mendidikmu

Wahai hati yang ikhlas menerima lamaran suciku ini,berimanlah dan bertaqwalah kamu kepada Allah dan Rasul serta berlaku taatlah kepada suamimu yang menikahimu itu.jika dia ingkar dan berbuat maksiat pada Allah dengan cara tidak sedar maka nasihatilah dan tegurlah dia dengan hormat.jika dia masih ingkar maka serahlah urusan dan pengadilannya pada Allah.kita tidak lekang dari salah dan silap namun nasihat dan teguran itu pelengkap kepada kekurangan itu,jadi berlapanglah dada dan berbanyaklah sabar dengan ujian hidup ini.sesungguhnya hidup dan mati ini satu kejadian yang terselit padanya hikmah yang tidak terkira.oleh itu kita berhati-hatilah dengan kehidupan dan beringat-ingatlah akan kematian.kehidupan ini menjanjikan ujian yang maha dahsyat.lantaran ramai manusia tersingkir dari landasan hakiki iaitu “Mencari Redha Allah”.

Taqwamu harapanku,Akhlakmu idamanku,Cintamu penantianku dan Wajahmu kebahagianku.kita carilah hikmah dari perhubungan ini dengan niat dan cita-cita yang suci demi menegakkan cinta hakiki kepada Allah.cinta hakiki ini tidak mampu dicapai jika tersangkut pada cinta manusia.tetapi cinta manusia pasti akan tercapai jika cinta Allah mendahului segala-galanya.ayuh,marilah kita berlumba-lumba dalam rumahtangga cinta kita nanti untuk meletakkan cinta Allah itu yang teratas dan tertinggi.jika jelas niat yang suci itu,cita-cita yang tinggi dan hati yang bersih melaksanakan baitulmuslim ini maka fahamilah kita akan keberkatan sunnah ini yang manis tidak terkira.bersabarlah dengan ujian-ujian hidup,redhalah dengan kelemahanku,nasihatilah pada kesilapanku,bertenanglah jika diuji kerana apa?kerana niat kita bukan kerana luaran atau dalaman..tetapi kerana yang Maha Menguasai Luar dan Dalam itu insyaAllah.

Tubuhmu tidak seberat amanahmu ke atasku.siang malammu,pagi petangmu adalah urusanku kerana kesemua itu Fardhu ke atasku..kerana di akhirat nanti Tuhanmu akan bertanya kepadaku “adakah kamu (suami) nampak dosa yang isterimu buat ini?”,jika aku menjawab “tidak”,maka aku adalah suami yang khianat pada amanah Allah.itulah hakikat kewajipan yang termaktub pada hukum dan syariat.hari ini ramai suami-suami tidak peduli soal-soal ini,kononnya remeh temeh..tahukah kamu wahai isteri-isteri bahawa batang tubuh kamu itu adalah bidadari atau kayu-kayu api nereka pada suamimu kelak.betapa besarnya tanggungjawab ini sehingga Islam tidak mewajibkan perempuan bekerja kerana untuk menjaga diri dan kehormatannya di rumah suaminya.begitu juga Islam tidak mewajipkan isteri-isteri masak di rumah kerana untuk memastikan isteri-isteri tidak letih apabila suami minta untuk dilayan.lihatlah,tidak dinafikan lagi betapa mudahnya isteri mahu masuk syurga tetapi malangnya terlalu ramai ahli neraka di kalangan wanita-wanita.

Sabda Nabi SAW “barangsiapa yang berkahwin maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya,maka bertaqwalah kepada Allah pada yang separuh lagi”.

Jika difahami daripada hadis yang ringkas ini ialah,jalan untuk mencapai ketaqwaan itu ada pada perkahwinan.mungkin kerana perkahwinan itu antara lain mampu menjaga nafsu syahwat dan dan pandangan.maksiat itu bermula pada mata,kerana mata itu ada padanya pandangan.maka Islam mewajipkan orang-orang beriman agar tunduk dan menjaganya.begitu juga nafsu yang tidak pernah puas,maka Islam suruh mengawalnya agar tidak keterlaluan dalam melayannya.namun jika seseorang itu berkahwin maka segala-galanya terjaga kerana pada isteri itu ada padanya pintu-pintu rezeki yang menutup segala pintu-pintu maksiat tadi.maksud pintu rezeki ialah duit.maksud pintu maksiat ialah mencuri.orang yang lapar akan mencuri kerana tiada duit untuk membeli makanan.tetapi orang yang ada duti dia tidak perlu fikir untuk mencuri kerana duit itu sudah mampu menjaganya dari mencuri.ini secara kasar pada pemahaman kita.

Jadi,amat malang sekali jika perkahwinan itu tidak mampu mendidik diri dan nafsunya menjadi hamba yang bersyukur dan bertaqwa kepada Allah.jika dulu dia mewah,kaya raya.maka kahwin mesti mampu mendidiknya agar bersederhana.jika dulu dia kaki lepak,suka merayau-rayau maka kahwin mampu mendidiknya dari membuang masa tidak berfaedah.kalau dulu garang,bengis,kedekut dan sebagainya maka kahwin mampu mendidiknya agar berlaku sopan,lemah lembut dan jugak berakhlak mulia.kerana sesungguhnya jalan yang besar menuju ketaqwaan itu adalah jalan perkahwinan kerana dengannya manusia mampu menjaga pandangan dan mengawal nafsu.begitulah ruginya bagi mereka yang sudah melalui jalan ini namun tiada mampu membina taqwa pada diri dan kehidupannya.pokok besarnya hanya satu iaitu segala urusan dan kerja buat kita hanya “Mencari Redha Allah” insyaAllah tidak menyesal,tidak rugi dan sentiasa bersabar dengan ujian hidup.

Manusia,jalan menuju ketaqwaan itu amat perit dan menyakitkan.kita terpaksa susah,sakit,sabar,pasrah dan macam-macam lagi kerana semua itu merupakan suntikan untuk menyihatkan kita denga syukur apabila tiba masanya kelak.

Sabda Nabi SAW,”tatkala dua anak adam berkahwin muda maka akan menjeritlah dan meraunglah syaitan dengan berkata ‘anak adam ini sudah kahwin! aku belum sempat rosakkan mereka di usia muda ini!’” (syaitan meraung)

Maka di saat itu jugak Allah membuka seluas-luasnya pintu-pintu rezeki sebagai Rahmat bagi mereka yang sanggup berusaha,bersusah payah menjunjung titah dan perintah Allah ini demi menjaga kesucian hati dan jiwa,dengan itu jalan-jalan ketaqwaan akan tercapai tanpa halangan-halangan dari pandangan-pandangan yang buas dan nafsu-nafsu yang jahat ini.manusia diberi dua pilihan,tidak satu ataupun tiga.satu itu tanda zalim dan tiga itu tanda melampau,tetapi dua itu tanda adil.kita boleh pilih nak buat maksiat atau kebajikan.tetapi balasannya masing-masing dibalas seadil-adilnya.nafsu muda,darah muda adalah sinonim dengan remaja hari ini.termasuk juga dengan diri ini yang bergelar remaja.ramai manusia sudah menghalalkan yang haram dan sebaliknya.remaja hari ini begitu ghairah dengan couple,bercinta dan sebagainya sehingga boleh dikatakan tidak terkejut jika terlanjur atau berzina kerana muqaddimahnya itu mencerminkan tindakan buruk.orang tidak akan hisap dadah jika tidak merokok,begitu juga orang tidak akan berzina jika tidak couple.justeru,awas kepada mereka yang couple!takutlah kepada Allah.

Inilah bahana masyarakat hari ini sudah tidak nampak haramnya.tetapi jika anak-anak muda mahu berkahwin maka akan terkeluarlah ungkapan-ungkapan yang mengharamkannya,seperti”gatal nak kahwin,belajar tak habis lagi,masa depan pun tak nampak lagi,jasa kepada mak ayah pun tak cukup lagi dan sebagainya”.manusia hanya fikir soal masa depan yang bekerja dan berwang tetapi amatlah sedikit manusia memikirkan masa depan yang bermaruah dan berakhlak.guruku pernah bertanya kepadaku,”mana yang aula (utama) antara anak yang mentaati ibubapa dengan anak yang menjamu duit kepada ibubapa?” duit itu satu keperluan,tetapi bukan semua keperluan memerlukan duit.mungkin komplek persoalan ini,namun apa yang ingin diketengahkan ialah sumbangan pada ibubapa tak semestinya hanya sebelum kahwin dan sumbangan anak kepada ibubapa sesekali tidak tersekat selepas berkahwin walaupun anak itu perempuan.teruslah bertaqwa kepada Allah dan mentaati suamimu serta hormatilah ibubapamu.

Akhir kata,jalan ketaqwaan itu amat sukar kerana ianya tersekat dengan nafsu dan syaitan,maka tundukkanlah nafsu dengan melayannya dengan jalan yang halal dan berkat.jauhilah syaitan dengan perjuangan menentang hawa nafsu.seterusnya bertaqwalah kepada Allah denga roh yang tenang,jiwa yang bersih dan hati yang suci.ini sekadar satu perkongsian buat tatapan bersama.semoga dengan tulisan yang serba kekurangan ini kita semua mampu mendidik diri kita dengan cara membunuh segala punca-punca kepada halangan mencapai ketaqwaan ini iaitu nafsu dan syaitan.bila kita lapar jamulah perut dengan makanan tetapi awas jangan sehingga membazir.bila kita mengantuk maka jamulah mata dengan tidur tetapi awas jangan sehingga meninggalkan solat.inilah tabiat manusia yang difahami sejak azali,namun amatlah sedikit kita memikirkan akan taqdir ini,bahkan jauh sama sekali kita memahami setiap maksiat itu ada jalan yang halalnya.kahwin itu jalan halal kepada zina,berjual beli itu jalan halal kepada mencuri dan sebagainya.

Ya Allah,sesungguhnya hati-hatu kami ini bersatu dengan kasih sayangMu,bersatu di atas ketaatan kepadaMu,bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan agamaMu.Maha SuciMu,perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini,limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini.Kau tunjukkanlah jalan hidayahMu kepada kami,sesungguhnya kepadaMu kami berserah dan tempat kami meminta pertolongan.amin ya Rabbal Alamin.

alkimyak@yahoo.com.my

www.mohfaz88.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment