Setelah lebih kurang sebulan menyepi akhirnya penulis kembali mencoret bicara.sebenarnya penulis sibuk sedikit menguruskan perniagaan kecil-kecilan.hari ini penulis bersyukur yang tidak terhingga di atas nikmat Allah yang tidak berhenti-henti.sehinggakan terkadang menjadikan diri ini lupa dan lalai..astaghfirullah..ya Allah,ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu,yang sedang berlaku dan yang akan dating..amin..
Pada 18.10.2010 penulis dipanggil untuk melapor diri di Wisma Pertahanan Negara (KEMENTAH) di Kuala Lumpur.seawal 16hb penulis telahpun bertolak ke Kuala Lumpur untuk menumpang dahulu di rumah Abang Zukri (A.Ki),iaitu abang yang ke-4 dari 12 orang adik beradik.rumah abang di Batu 5,Jalan Ipoh yang agak dekat dengan wisma tempat penulis melapor diri itu menjadikan proses pergerakan ke sana lebih mudah.apabila sampai di Stesen KTMB KL sentral pada jam 6 pagi,penulis terus menelefon A.Ki untuk menjemput.selepas beberapa minit A.Ki pun sampai dan terus ke rumahnya di Batu 5,Jalan Ipoh.
Keesokkan paginya,penulis mengajak A.Ki pergi ambil motosikal penulis yang di post dari Kedah di Stesen KTMB Masjid Lama,Kuala Lumpur.nak jadikan cerita,apabila sampai saja di sana tiba-tiba penulis tertinggal kunci motor di rumah A.Ki..subhanallah...kenapalah pelupa sangat aku ini.dalam keadaan hujan yang lebat itu A.Ki aku yang sangat penyabar terus u-turn keretanya dan balik rumahnya untuki ambil kunci motor aku tanpa marah walaupun sepatah.sepanjang dalam perjalanan balik ke rumahnya penulis hanya dia diamkan diri sebab takut kena marah pula nanti kalau bercakap.sebaik sahaja sampai di rumahnya penulis bergegas masuk ke rumah mengambil kunci dan terus dating semula ke KTMB itu ambil motor.
Keesokkan pagi 18.10.2010 A.Ki menghantar aku melapor diri di Wisma Pertahanan Malaysia,Kementeria Pertahanan di Jalan Semarak Kuala Lumpur seawal jam 7.15 pagi.dalam keadaan aku yang tidak tahu selok belok jalan di kawasan sini maka A.Ki decide untuk menghantar aku dahulu buat first day ni.penulis amat bersyukur kepada Allah kerana dikurniakanNya penulis seorang abang yang baik dan penyabar untuk menolong menguruskan kerja-kerja dan proses melapor diri ini.terima kasih wahai Tuhanku,Kau telah mempermudahkan jalan-jalanku yang tidak mampu aku fikirkan dengan akal yang amat terbatas ini.
Ya Allah,kalau bukan kerana dengan pertolonganMu,rahmatMu dan belasMu nescaya aku tidak akan jadi seperti sekarang.kalau bukan keranaMu aku tidak akan bersyukur dengan nikmat-nikmatMu yang Maha Banyak ini.dulu aku meraba-raba mencari kehidupan dan masa depanku,aku jauh dari rahmatMu dan maghfirahMu ya Allah.aku tidak selesa dengan kerja dan amalku kerana terlalu jauh dari redhaMu.namun hari ini,aku amat bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang telah Kau kurniakan kepada aku.alhamdulillah robbil alamin.tolonglah perbetulkan aku di atas jalan-jalan hidupku ini dan janganlah jauhkan aku dari landasanMu setelah Kau memberi cahaya kepadaku.kadang-kadang aku terfikir,mengapa aku harus mengkufuri nikmatMu sedangkan Kau berhak menarik balik semua itu.astaghfirullahala’zim..
Aku terpaksa ulang alik selama seminggu di Wisma KEMENTAH itu sementara menunggu posting letter dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KEMENTAH.selama seminggu penulis berhadapan dengan berbelas-belas boring,surat,dokumen dan fail untuk diisi maklumat-maklumat penting termasuklah maklumat diri,keluarga,latar belakang pengajian,family background dan sebagainya.jari dirasakan macam nak tercabut juga dek kerana melayan kerani yang rejet dokumen-dokumen yang tidak lengkap diisi,salah isi dan juga borang kotor.mana tak kotornya salah padam salah padam sebab borang terlalu banyak perlu diisi.itulah kerja-kerja penulis selama lebih kurang seminggu.rasa dah macam kerani pula main borang setiap hari di BPSM.
Alhamdulillah,selepas seminggu di BPSM penulis menerima surat posting.apabila tengok surat tu penulis agak terkesima kerana dihantar ke Science Technology Research Institute Defense (STRIDE),iaitu Jabatan Sains Teknologi Pertahanan di Kompleks Induk STRIDE iaitu di Kajang.tidak pernah didengar rupanya ada juga Jabatan-Jabatan Sains dalam Kementerian Pertahanan ini.itulah yang membuatkan diriku terkejut,tetapi Alhamdulillah dengan pertolonganNya segala-galanya dipermudahkan.sebaik sahaja aku menerima surat itu,terus menelefon A.Ki untuk minta hantar ke Kajang keesokkan harinya.sekali lagi A.Ki bersusah payah tinggalkan keluarga dan kerjanya untuk menghantarkan penulis ke Kajang yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.seawal 6.30 pagi kami mula berangkat.
Oleh kerana A.Ki tidak tahu di mana terletaknya STRIDE ini,jadi terpaksa contact seorang kawan lamanya yang merupakan seorang contractor yang terlibat dengan projek pembinaan STRIDE ini.alhamdulillah kerana Allah permudahkan,secara kebetulan kawan A.Ki tinggal di Kajang.lebih kurang 7.45 pagi kami tiba di Tesco Kajang untuk bertemu dengan kawan A.Ki itu.selepas beberapa minit seperti yang dijanjikan kawan yang dikenali sebagai Zul itu pun sampai,tanpa membuang masa kami terus bergerak ke STRIDE untuk aku melapor diri.setibanya kami di STRIDE kami disambut oleh Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP).selepas itu A.Ki balik dan tinggallah aku berseorangan di situ huhuhu.
*sehingga di sini dulu.sebenarnya coretan ni telah dimulakan sebulan yang lalu tetapi ada saja halangan untuk meyiapkannya….
0 comments:
Post a Comment