Bismillahirrahmanirrahim.segala pujian dan syukurku hanya kupanjatkan kepadaMu ya Allah yang telah mengurniakan aku ketenangan setelah keserabutan,yang memberikanku kemudahan setelah kesusahan,yang menganugerahkanku ilmu setelah kejahilan,yang menyuluhku dengan cahaya iman setelah kegelapan dengan kekufuran.jika tidak dengan nikmat-nikmatMu ini nescaya aku akan sesat dan jahil selama-lamanya.jika bukan kerana pertolonganMu ini pasti aku akan hanyut di dalam dosa dan maksiat kepadaMu.aku yakin Kau tidak akan pernah meningglkan aku walaupun sesaat kerana itu janjiMu dan sesungguhnya Kau tidak pernah memungkiri janji.berbeda dengan diri ini yang sentiasa memungkiri janji.bermula dengan janji pertama kami di alam sulbi dahulu,tatkala Kau bertanyakan siapa diriMu?lalu kami menjawab Kau Tuhan kami dan kami bersaksi akan segala perintah dan laranganMu.Namun,kami masih mendustai janji kami kepadaMu.kami masih leka di dalam maksiat dan dosa kepadaMu.
Teringat kepada satu sirah,tentang bagaimana seorang sahabat Rasulullah yang bernama Saidina Umar Al-Khattab R.A.jika kita ikuti zaman kafirnya akan kita tahu betapa hebatnya beliau dengan kezaliman,keganasan,kebengisan dan kesombongannya.beliau pernah membunuh anaknya,berzina,minum arak, menzalimi orang Islam,mengancam keselamatan Rasulullah dan sebagainya.Namun,lihatlah betapa hidayah Allah mencari orang-orang yang bertaubat dan beristighfar kepadaNya Alhamdulillah.Alangkah mulianya sahabat Rasulullah ini sehingga mendapat gelaran Al-Faruq yang bererti pemisah antara hak dan batil.juga beliau mendapat pujian daripada Allah,akhirnya beliau antara 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga.Subhanallah MasyaAllah sungguh mulia dirimu setelah cahaya keimananmu menutup segala kegelapan kekufuranmu duhai manusia bernama Umar.inilah yang disebut taqdir Allah.ya Allah,jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa bertaubat,bersyukur dan bertaqwa kepadaMu.
Hari ini genap 12 hari aku menjadi seorang suami kepada seorang muslimah yang dianugerah oleh Allah kepadaku.aku yakin dengan taqdirMu ini adalah sebaik-baik keputusan.ingin aku katakan yang terlalu besar RahmatMu ya Allah buatku,hambaMu yang hina ini kerana diberi ketenangan ini.aku yakin Kau amat mengetahui betapa aku berterima kasih kepadaMu,betapa aku menghargai nikmat dan rezeki ini.
“orang yang beriman itu ialah mereka yang berhijrah dari buruk kepada baik dan mereka yang berjihad.mereka inilah orang yang hanya mengharapkan keredhaan Allah.dan Allah amat pemaaf kepada hambaNya” (Al-Quran)
Niat dan tujuan ini hanya Kau yang tahu ya Allah.telahku ikat dan pasak satu kekuatan di hati ini iaitu semua ini hanya kerana Mencari RedhaMu.tidak sanggup aku bersusah payah,berpenat lelah dan bekerja keras kalau bukan untuk menegakkan keimanan dan ketaqwaan di hati ini.aku yakin dengan kehidupan di sana yang lebih kekal lagi bahagia,justeru akanku bertekad dengan nikmat yang sementara ini akan diisi dengan perjuangan dan pentarbiyyahan hidup agar kelak aku menemui dengan hati yang tenang.ya Allah,ku pasti dengan cinta dan kasih sayang yang ada antara aku dengan Mu pasti akan mengalir cinta dan kasih sayang ini kepada isteriku yang amat dicintai.aku bertekad ya Allah,bahawa segala perintah dan syariatMu adalah yang tertinggi.janganlah Kau jadikan dia fitnah dan dosa kepadaku dalam perjuangan ini kerana aku mengambilnya atas perintah dan suruhanMu,maka Kau kuatkanlah diri dan hati ini agar istiqamah dalam usaha pencarian Taqwa ini.
Tuhanku,Kau Maha Mengetahui kehadiran permaisuriku ini amat menenangkan hati ini.aku merasakan ibadatku,taubatku,zikirku dan wiridku lebih khusyuk dan bermakna.dek kerana aku ingat kepada hadis RasulMu “apabila seseorang itu berkahwin maka telah sempurna sebahagian daripada agamanya,maka bertaqwalah kepada Allah pada sebahagian lagi”.mungkin aku yang lemah ini merasakan ajaran RasulMu ini sangat bermakna sehingga aku sanggup bersusah payah dan bekerja keras demi menyempurnakan sunnah ini.Tuhanku,Kau tahu yang aku amat bahagia sekali bersamanya maka Kau tolonglah pelihara kebahagiaan ini agar dengan kebahagiaan ini kami bersyukur dan sentiasa bertaqwa kepadaMu.Kau juga tahu bahawa aku amat menyayanginya maka Kau bantulah kami agar dengan kasih sayang ini kami lebih berhati-hati dengan ujian dan fitnah yang bakal menimpa hamba-hambaMu yang mengaku mahu berjuang.
“apakah cukup bagi mereka yang hanya berkata “kami beriman!” sedangkan mereka belum diuji?” (Al-Quran)
Tuhanku,aku faham akan ayatMu dalam Surah Al-Ankabut ini.aku yakin selepas ini Kau akan hidangkan kami dengan ujian dan dugaan hidup.ujian dalam perjuangan,fitnah manusia dan juga ancaman dari musuh-musuh.namun hanya satu permintaanku ya Tuhan,iaitu walau apa sekalipun ujianMu,walau berat mana sekalipun dugaanMu maka Kau tolonglah ya Tuhan kuatkan kami dalam menghadapinya,aku perlukan campurtanganMu dalam hidupku,aku rindukan teguranMu dalm tindak tandukku dan aku harapkan bantuan yang ajaib dariMu dalam rumahtanggaKu dari segala musuh,syaitan dan seteru aku sama ada di dunia mahupun akhirat.Tuhanku,Kau sedang melihat saat coretan penghargaan ini ditulis dan sesungguhnya aku persembahkan seluruh hidup dan mati ini hanya kepada ketentuanMu.Kau sekatlah kami dari segala bahaya dan malapetaka serta Kau redahkanlah kami kepada dugaan hidup yang menjadikan kami insan yang muttaqin.
Tuhanku,terima kasih di atas kepercayaanMu memberikan aku seorang isteri yang baik akhlaknya dan yang menenangkan mata yang memandangnya.aku panjatkan kesyukuran ini buat Kau yang menjadi punca kepada segala permulaan.Kau mempermudahkan urusan lamaranku,tunangku,nikahku dan seterusnya Kau juga yang akan mentaqdirkan untukku di hari esok.maka aku pasrah kepadaMu yang menentukan segala-galanya.semua ini adalah daripada Rahmat dan Kasih SayangMu,dari itu Kau jadikanlah kami dari kalangan orang-orang yang sentiasa sabar dan tabah dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba ini.mungkin hari ini aku masih mampu bertahan dengan ujianMu,tetapi bagaimana hari esok?aku berserah dan bertawakkal kepadaMu.Kau jadikanlah kekuatan bagiku dikala dia lemah dan Kau sabarkanlah bagiku dikala dia mengeluh,kerana aku yakin semua ini amat manis jika datangnya daripadaMu kepada hambaMu yang bersabar.Kau janganlah jadikan kami hilang arah dengan dugaan yang berat ini sehingga kami tidak dipandang olehMu kerana sesungguhnya kehidupan ini hanya bermakna jika dikasihi dan dicintai olehMu.
Tuhanku,hari esok,lusa dan akan datang adalah hari-hari yang mendatang buat aku.Kau iringilah kehidupanku,Kau pantaulah tindak tandukku dan Kau tunjukkanlah segala salah silapku agar dapat aku perbetulkan dengan izinMu.aku ingin menjadi hambaMu yang bertaqwa,aku ingin menjadi anak yang taat kepada ibubapaku,aku dambakan menjadi suami yang soleh buat isteriku dan aku mendoakan agar aku sentiasa menjadi manusia yang sentiasa memberi manfaat dan kemaafan kepada kesilapan dan kesalahan orang lain.Kau peliharalah isteriku dari dosa,fitnah dan kealpaannya agar kami sentiasa berlumba-lumba menyayangi dan menyintai antara satu sama lain.dan ya Allah,izinkanlah kami bercinta hingga ke syurgaMu ameen…
“ya Allah,jadikanlah dengan perkahwinan ini kami lebih bertaqwa kepadaMu”
(Doa dari hamba)
HambaMu,
Fahimi.
0 comments:
Post a Comment