Alhamdulillah,terlalu banyak nikmat yang Kau kurniakan kepadaku sehingga tidak mampu aku menghitungnya.Iman dan Islam yang Kau berikan ini terlalu besar amanahnya.lantaran aku akan dibangkitkan di hari perhitungan nanti untuk menjawab segala amanah yang diberikan ini.nau’zubillah,bimbangnya hati ini andai aku tidak mampu menjaga amanah ini pada yang sepatutnya.amanah yang kau berikan ini teramat besar sehinggakan semua makhluk di alam raya ini tidak sanggup memikulnya.sebaliknya manusia yang lemah lagi kerdil ini yang sanggup memikulnya.Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu lebih mengetahui tiap-tiap sesuatu itu.peristiwa penciptaan ini telah diisytiharkan oleh Allah sendiri di hadapan para malaikat dengan firmanNya ,
“Dan tatkala kami berkata kepada para malaikat bahawa sesungguhnya kami ingin menjadikan khalifah di atas bumi ini,maka berkatalah para malaikat,”adakah Kau ingin mencipta makhluk yang suka membuat kerosakan di atas muka bumi ini?dan jugak yang mereka itu suka menumpahkan darah?”,Allah berfirman,”sesungguhnya Aku lebih mengetahui akan barang yang tidak kalian ketahui,”(QS 2:30 )
Ulamak Mufassirin membahaskan hujjah ini tentang satu persoalan iaitu,bagaimana malaikat tahu yang manusia ini sifatnya sedemikian rupa walhal manusia ini belum wujud pada masa itu?antara pandangan-pandangan mereka ialah terdapat sejenis makhluk yang bersifat seperti manusia yang diciptakan oleh Allah sebelum penciptaan Nabi Adam A.S.(1)Selain dari itu,para Ulamak juga membangkitkan persoalan mengapa Allah memilih manusia sebagai khalifah sedangkan Dia Maha Mengetahui akan kelemahan manusia?sebenarnya setiap pengtaklifan Allah itu tersirat sebab musababnya yang tersendiri.Dia menciptakan kita dengan sebaik-baik penciptaan sebagaimana Dia menyebut di dalam KitabNya, (1Tafsir Nurul Ihsan)
“Sesungguhnya kami menciptakan manusia dalam keadaan sebaik-baik kejadian.kemudia kamu merendahkan mereka dengan serendah-rendahnya,melainkan orang-orang yang beriman dan beramal solih”.(QS :3-6)
Daripada sedikit renungan tentang amanah di atas,maka dapatlah disimpulkan bahawa kehidupan yang diberikan oleh Allah ini adalah satu amanah yang akan dipertanggungjawabkan kelak.lihatlah betapa besarnya tugas kita yang diamanahkan ini,namun betapa banyaknya yang terbengkalai di mana kita lupa akan kedudukan kita yang sebenar di sisi Allah.kita tidak sedar dengan jawatan kita sebagai hamba dalam pentadbiran Allah ini lantaran kita dikaburi dengan jawatan-jawatan duniawi.ini yang seringkali manusia dilalaikan sehingga mereka dihanyutkan dengan bayang-bayang sendiri.inilah sedikit mukaddimah pena Perjalanan Ubudiyyah.
Sebenarnya amanah yang aku ingin sampaikan ialah amanah ke atas diri kita masing-masing.apa amanah kalian atas diri kalian?pada pandangan saya ialah amanah seketul hati.bagaimana hati kita mentadbir anggota kita dalam melaksanakan perintah Allah?segala suruhan dan larangan Allah akan ditentukan oleh hati kita sama ada kita memilih untuk beriman atau kufur.dalam perkara ini,Nabi pernah bersabda akan keadaan hati iaitu,”jika baik daging itu maka baiklah seluruhnya,dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruhnya.itulah dia hati”.hati berfungsi untuk menguruskan manusia itu sendiri baik darisegi percakapan,perbuatan atau pun niat.manusia tidak akan baik percakapannya,perbuatannya dan niatnya jika hatinya rosak sepertimana yang Nabi jelaskan dalam potongan hadis di atas.
Allah berfirman,
“Telah zahir berlakunya kerosakan di darat atau laut tidak lain,hanyalah kerana kejahatan tangan-tangan manusia”.(Al-Kitab )
Ulamak menjelaskan kepada kita apa itu kerosakan daripada tangan-tangan manusia?apakah kerosakan itu hanya berlaku pada tangan sahaja?sebenarnya kerosakan yang dimaksudkan oleh Allah itu ialah maksiat dan dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini hasil daripada kebenaran atau suruhan orang-orang yang berkuasa.sebagai contoh,masyarakat kita hari ini runtuh akhlak dengan berjudi kerana ada lesen perjudian yang diberikan,remaja-remaja kita hari hanyut dalam sumbang mahram,zina,arak dan sebagainya kerana adanya tangan-tangan yang memberi permit atau kebenaran.bagaimana tidaknya Allah memberi bala sedangkan kita zalim dengan amanah kuasa yang diberikan Allah.justeru,manusia semakin hanyut di dalam arus kemodenan dunia tanpa sempadan ini.kalau pemimpin amanahnya ialah rakyat,kalau ibubapa amanahnya anak-anak,guru amanahnya murid-murid dan kalau suami amanahnya isteri.
“Mahukah kamu aku berikan kamu harta yang paling besar?ianya adalah isteri”(HR Abu Daud)
Wahai manusia,peliharalah amanah Allah ini dengan baik,kerana sesungguhnya kita akan ditanya dengan amanah yang diberikan ini.seorang suami diberi amanah oleh Allah untuk mendidik isterinya beriman kepada Allah dan Rasul.iman ini merangkupi ketaatan kepada segala yang diperintah dan juga yang dilarang oleh Allah.darisegi ilmunya,akhlaknya,perbuatannya,amalannya,auratnya,tutur katanya dan sebagainya.kesemua ini adalah kewajipan suami kepada isterinya.Imam Al-Ghazali pernah menasihati para suami iaitu,
“Diri isterimu akan mengikut dirimu.jika kamu lepaskan sedikit tali penambatnya dia akan membawamu pergi jauh,jika kamu kendurkan sejenak kekangnya dan memegangnya dengan kemas di waktu yang perlu maka kamu akan dapat memenanginya”
Dari kata-kata ini,Al-Ghazali mengingatkan para suami agar bersederhana dalam mendidik isteri.tidak terlalu keras dan juga tidak terlalu lembut sehingga boleh membawa kepada kemusnahan institusi kekeluargaan itu sendiri.suami yang beriman kepada Allah akan sentiasa mendahului Allah dalam setiap urusan hidupnya,hatta dalam kehidupan berumahtangga sekalipun seseorang suami itu wajib meletakkan Redha Allah dan hukumnya dalam tindakannya.jika kita meletakkan nafsu mendahului segala-galanya akan rosak binasalah segala yang dicari itu.hati manusia ini acap kali berbolak balik dengan diri sendiri,inilah yang sangat berat untuk diharungi kerana kita lemah lagi jahil.justeru,tuntutlah ilmu agama kerana ia akan menjadi pelindung kita daripada kejahilan.
Lelaki itu terikat dengan empat golongan wanita yang akan mengheret mereka ke neraka.ibumu,isterimu,kakakmu dan adik perempuanmu.diceritakan satu peristiwa yang berlaku di padang mahsyar,seorang isteri yang dihumban ke neraka Allah.ketika dia diseret oleh para malaikat lalu dia merayu kepada Allah agar diheret suaminya sekali ke neraka.Allah bertanya kenapa?bukankah suamimu itu baik amalnya?lalu isteri tadi berkata,”memang,tetapi sepanjang hidupnya dia tidak pernah mengajarkan aku hukum-hukum Allah,sehingga aku jahil dan aku melakukan maksiat”.lalu suaminya yang nak ke syurga itu ditarik kembali oleh malaikat dan dihumban ke dalam neraka jahanam,nau’zubillah.didiklah isterimu mengenali ilmu Allah kerana inilah harta yang akan menyelamatkan kamu dari api neraka Allah.Wahai isteri,taatlah kepada Allah dan Rasul serta patuhlah kamu kepada suamimu yang beriman kepada Allah dan Rasul.ikutlah dia bersama-sama mencari ilmu Allah.dengan ilmu yang kamu perolehi itu maka gunakanlah ia untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Bagaimana kita menjaga golongan ini pada yang sepatutnya?adakah kita mengajarkan mereka tentang solat?puasa?aurat dan ilmu-ilmu Allah yang Fardhu Ain?jika belum maka usahakanlah untuk kita buat seberapa mampu yang mungkin.jika tidak kita akan mendapat saham dosa kepada Allah kelak.gunakanlah kaedah dan strategi yang betul untuk membimbing mereka ke arah kesyumulan Ilmu Islam ini.Nabi SAW pernah menyebut,di antara sifat-sifat munafik itu “apabila dia diberi amanah dia khianati”.amanah ini bermacam-macam bentuk.kuasa,pangkat,ilmu,kekayaan,kepimpinan dan sebagainya merupakan amanah Allah yang akan ditanya kelak.suami yang tidak mendidik isterinya sehingga isterinya jahil dan melakukan maksiat seperti dedah aurat,tidak solat,puasa dan sebagainya maka saham dosa itu juga dikongsi oleh suami yang khianat itu.amanah ini kewajipan yang wajib ditegakkan.
Letaklah segala urusan hidup kita ini hanya untuk mendapat redha Allah semata-mata.barulah segala yang kecil-kecil itu tidak akan dijadikan masalah besar dalam hidup kita.misi dan visi seseorang hamba ialah mencari redha tuhannya,redahlah seluas mana hutan,renangilah sedalam mana lautan,dakilah setinggi mana gunung asalkan Allah redha dengan usaha kita.yakinlah dengan hati,kuatkanlah niat yang satu dan teruskan istiqamah untuk menjadi hamba yang amanah pada Allah.biarlah kita susah dalam keberkatan daripada kaya dalam kemaksiatan,biarlah kita sedih kerana mengingati Allah daripada gembira dalam kemungkaran.sesungguhnya hidup ini amat sukar bagi orang-orang yang mahukan keberkatan,tetapi amatlah mudah bagi mereka yang inginkan keduniaan.
“Dunia ini bagai penjara bagi mukmin,sedangkan syurga bagi mua’siy (orang yang cintakan maksiat)”(Al-Hadis)
Aku memilih jalan kesukaran,kesusahan dan kepayahan ini kerana aku yakin inilah jalan yang benar buat diriku.
www.mohfaz88.blogspot.com
alkimyak@yahoo.com.my
0 comments:
Post a Comment