Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Thursday, July 28

Kebahagiaan Yang Dicari


Alhamdulillah,dengan izin AllahSWT saya dapat kembali mencoret di ruangan Perjalanan Ubudiyyah ini setelah beberapa bulan berehat dengan dunia baru saya.saya bersyukur yang tidak terhingga kepadaNya kerana sehingga saat ini Dia masih memberikan nikmat-nikmat yang banyak kepada diri yang lemah ini.sungguh besar anugerah ini yang menjadikan diri ini terlalu terhutang syukur denganNya,masih banyak lagi pemberianNya yang tidak mampu untuk diri ini berterima kasih lantaran diri yang lemah ini senantiasa tewas dengan ujian-ujian dunia yang melalai dan mengasyikkan.Allah memberi hati,namun amat sedikit hati diisi dengan zikrullah sehingga gelap ditutupi dengan dosa,maksiat dan perkara melalaikan.tubuh badan yang sihat tidak digunakan untuk ibadah,tetapi alpa dengan tidur,berbual kosong,melepak dan sebagainya.

Ya Allah,diri ini sedar jika ingin dibandingkan antara nikmat-nikmatMu dengan syukurku padaMu nescaya tidak terbanding jauhnya beza ibarat langit dan bumi,bahkan jika masih ada lagi sebesar-besar makhlukMu dengan sekecil-kecil makhlukMu yang dicipta yang tiada dalam pengetahuanku maka itulah bandingannya.duhai Tuhanku,di manakah tempatku di akhirat kelak?adakah masih ada pintu kemaafan bagiku?hidup ini laksana satu pentas lakonan dunia.ada pelakonnya,juru camera,pengarah,penerbit dan sebagainya.bermulanya filem itu ialah pada hari kelahirannya.di situ dia akan terus dengan aksi dan tindakannya berdasarkan kepada arahan skrip oleh hatinya.sepanjang filem itu dia tidak akan bertindak mengikut arahan tanpa menyalahi arahan skrip walaupun satu patah perkataan.

“Ketahuilah dalam jasad itu ada seketul daging,jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya.jika rosak daging itu maka rosaklah keseluruhannya.ketahuilah ianya adalah hati”(Al-Hadis)

Mari kita bertanya.dari manakah kita?untuk apa kita datang ke dunia ini? Dan kemanakah akan pergi selepas ini? Mungkin ramai yang menganggap persoalan ini satu yang enteng.malang sekali kepada mereka yang merasakan hal ini isu kecil kerana sebagai seorang yang beriman seharusnya persoalan ini sentiasa berlegar di dalam benak fikiran kita.kebahagiaan yang paling manis ialah apabila seseorang itu berjaya melaksanakan perintah Allah dan apabila dapat meninggalkan laranganNya.jika seseorang berkahwin maka dia wajib bersyukur kerana sekurang-kurangnya dapat mengelakkan dirinya daripada kancah maksiat pandangan,kemaluan dan hati.tidak dinafikan hari ini ramai orang yang sudah berkahwin tetapi masih melakukan kemungkaran sama ada sedar atau tidak seperti pergaulan bebas,berdua-duaan dan tidak terlepas juga dengan zina.

Maka, kita harus memahami persoalan yang disebutkan di atas tadi.dari mana,mengapa dan kemana perlu dikupas dan difahami oleh setiap orang yang mengaku beriman.jika perkara ini tidak jelas maka tidak hairanlah mengapa orang berkahwin tetapi masih berzina,mengapa orang solat tetapi masih tidak menutup aurat,orang yang berpuasa tetapi masih mencuri dan sebagainya.ini kerana kita tidak berusaha untuk mencari dan menghayati jawapan kepada persoalan ini.tidak cukup dengan membaca kitab yang berbunyi,”Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadat kepada Aku”,tetapi harus dihayati falsafah dan tuntutan wahyu ini.semua orang tahu ini haram dan ini halal tetapi tidak semua orang mampu ikut apa yang dikatakan itu kerana mereka tewas dengan kemahuan nafsu yang cintakan maksiat.

“…….tetapi orang-orang yang zalim itu tahu akan kebenarannya (Islam),Cuma mereka ingkar dengan perintah Allah”(Al-Kitab)

Terciptanya kita bukanlah satu keperluan rabbani tetapi kerana Rahmat dan Kasih Allah kepada kita.Dia berhak untuk meniadakan kita,Dia berkuasa dengan kekuasaan yang tidak terbatas dan sekali-kali tidak serupa dengan makhluk seperti kita yang sangat terbatas.jadi apakah alasan kita untuk tidak melaksanakan perintahNya?berilah alasan seluas lautan,setinggi gunung atau sebanyak pepasir di pantai pasti tidak akan cukup atau standing dengan nilai kejadian kita ini.jawabnya kita tidak ada alasan untuk melakukan dosa dan kemungkaran kerana terjadinya kita adalah belas Tuhan yang Sangat Penyayang.itulah puncanya kedatangan kita.janganlah kita melupakan perjanjian kita yang suatu ketika dahulu Allah telah bertanya kepada semua roh ketika di alam sulbi,”Tidakkah Aku ini Tuhan kamu?”,kita menjawab,”benar,kami bersaksi!”.

Malangnya,tatkala kita keluar ke dunia ini kita telah lupa akan persaksian kita dahulu.lantas kita melayan nafsu dengan keghairahan,menjamu mata dengan syahwat,mengisi hati dengan kelalaian dan mengorak kaki ke tempat-tempat maksiat.adakah ini balasan kita kepada Allah di atas Rahmat ini?tiada satupun dalam dunia ini menyusahkan kita melainkan ada penyelesaiannya kerana terciptanya kita bersama-sama dengan taqdir yang telah tersiap sedia.kita berlumba-lumba dalam kehidupan ini untuk mencari harta,pangkat dan makanan nafsu lalu hanyut dan tenggelam di lautan dunia yang tidak berkesudahan sehingga ajal datang menjemput kita.kita didatangkan ke dunia ini membawa satu amanah yang ditugaskan iaitu Ibadah.ibadah ini berupa bekalan yang wajib dicari dan disimpan untuk dibawa pulang apabila dipanggil kelak.

Dunia ini satu persinggahan sementara.perjalanan kita masih jauh dan di sana destinasi abadi kita semua.berala kadarlah dalam bekerja tetapi bersungguh-sungguhlah dalam beribadah kerana itu yang lebih baik.sebaik tiba masa panggilannya maka semua kita akan dikerah ke sana dan akan dilihat segala barang-barang yang kita kutip semasa persinggahan selama bertahun-tahun itu.jika bekalan itu baik maka akan memberi manfaat kepada kita tetapi jika sebaliknya maka kitalah orang yang menyesal selama-lamanya.biarlah kita rugi di dunia ini asalkan jangan rugi di hari akhirat kerana rugi di dunia masih boleh diperbetulkan namun di sana tiada lagi kemaafan buat kita nauzubillah.muhasabahlah dan renung-renunglah kembali akan diri dan amalan kita mudah-mudahan kematian yang datang disambut dengan kalimah mulia Lailahaillallah Muhammad Rasulullah insyaAllah.

Akhir sekali lihatlah kembali kepada persoalan di awal coretan tadi.inilah kesudahannya iaitu kematian yang pasti tiada lagi keraguan.isilah hidup kita dengan perbuatan yang menguntungkan kita di hari esok yang mana kebahagiaan hakiki yang didambakan selama ini iaitu bertemu Allah dalam keadaan bersedia.amanah satu bebenan yang berat,ianya harus dipikul oleh iman yang kuat dan gagah.jika lemah iman dan lalai hati kita maka setiap amanah akan dirasakan begitu berat untuk dijunjung.apabila ketiga-tiga persoalan ini benar-benar dihadam barulah kita faham mengapa perlu kahwin secepat mungkin,mengapa perlu berjihad menentang undang-undang jahiliyah,mengapa kita perlu bersama-sama dengan perjuangan Islam dan betapa besarnya kemuliaan syahid.mungkin banyak lagi perkara yang boleh diterjemahkan dengan perbuatan hasil daripada kefahaman yang jelas.di samping kita juga akan tahu kewajipan berusaha menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini sehingga jika sampai perlu mati maka itulah lebih utama,biarlah nyawa melayang demi tertegaknya hukum Allah.

Mengapa hari ini ramai orang yang berilmu tetapi tidak bersama-sama dengan perjuangan Islam bahkan mereka ini lebih lantang menyerang pejuang-pejuang Islam?mengapa ada ulamak-ulamak terutama yang makan gaji tidak berani mengatakan yang benar sekiranya hukum itu menjejaskan imej majikan mereka?jadi apa kesannya kepada masyarakat bawahan seperti kita apabila ulamak tidak sependapat?masyarakat akan terus jahil dan bergelumang dengan dosa serta maksiat yang tidak berkesudahan.sebagai contoh,orang hari ini melihat nikah itu satu yang membebankan kerana perlu kewangan,susah nak jaga keluarga dan sebagainya.tetapi mereka memilih untuk bercinta dahulu atau couple.mereka tidak rasa perbuatan itu satu larangan agama,tetapi oleh kerana tiada undang-undang yang jelas melarang dan tiada usaha penguatkuasaan yang sirius daripada pihak berwajib maka akhirnya maksiat itu akan menjadi perkara biasa.

Bersamalah kita berusaha memahami erti kehidupan ini.setiap suruhan dan larangan ada hikmahnya yang tersendiri.barangkali tidak memuaskan nafsu dan selera tetapi percayalah bahawa inilah yang dikatakan Jihad.laksanakanlah setiap tuntutan itu dengan iringan matlamat yang sorih.jika tidak kita akan serba salah dengan tindakan dan akan tergelincir dari landasan agama.jika pilih untuk belajar letakkan mengapa perlu belajar? sekadar meraih sijil atau kebanggaan?carilah ilmu untuk kepentingan agama dan manusia sejagat nescaya besar keberkatannya.berkata Imam Ghazali R.A,

“Ilmu yang berkat itu ialah apabila semakin dia belajar semakin dia takut kepada Allah”

Pentingnya di sini niat dan tujuan kita dalam setiap tindakan agar setiap ujian dan kesusahan itu akan menjadi manis dan sebagai satu pentarbiyyahan.umpama ujian dalam rumahtangga,ancaman dalam perjuangan,kesusahan dalam kehidupan dan sebagainya.kesemua ini akan jadi manis sekira kita tahu kepada apa matlamat kita.insyaAllah,jalan di depan kita ada dua iaitu baik dan jahat.maka tanyalah iman pilihlah jalan ke syurga.

0 comments:

Post a Comment