Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Monday, February 14

Antara Redha Allah dan Redha Manusia

Kali ini saya ingin berkongsi satu pandangan saya berkisar kepada tajuk dari sebuah kitab yang berbunyi “Ar-Ridho’ Bainallah Wa Bainannas” yang bermaksud “Antara Redha Allah & Redha Manusia”.kitab ini karangan Ulamak tersohor tanah air kita,Malaysia.kita seringkali menyebut perkataan ini tetapi ramaikah di kalangan kita yang memahaminya dengan kehendak dan tuntutan yang sebenar?wallahualam bissowwab.jika kita faham ertinya yang sebenar maka dapatlah kita memahami hokum dan syariat Allah SWT.cuba kita renung-renungkan hari ini berapa ramai orang yang mampu merealisasikan Redha manusia berbanding Redha Allah.orang lebih suka menjaga hati dan perasaan manusia lantasan mengetepikan perintah Allah SWT.atau dengan bahasa mudahnya,kena ikut trend,suasana,adat perlu didaulatkan dan sebagainya.ini antara istilah-istilah yang sangat merosakkan ilmu dan amalan.

Allah SWT berfirman,

“Dan janganlah kamu mencampur adukkan antara yang benar (halal) dan yang batil (haram),dan kamu menyembunyikan yang benar walhal kamu tahu (telah memahami akan halnya)”{QS 2:42}

Saya bertanya kepada rakan saya,”kenapa orang suka dedah aurat?”dia jawab,”mungkin dia sudah biasa dengan cara macam tu”.saya bertanya,”sejak bila agaknya dia sudah biasa dengan cara tu?”.”emm..mungkin sejak dia dah banyak bergaul dengan orang yang berbeza latar belakang agama,budaya dan sebagainya,mungkin juga dia ingin mencuba sesuatu yang dia rasakan puas atau ingin mengikut trend rakan-rakannya”.ini adalah jawapan dari kawan saya.

Saya bertanya pula kepada saudara saya yang perempuan,”kenapa orang perempuan suka pakai tudung singkat sehingga mendedahkan dada (perhiasannya)?”.mereka kata,”itu budaya sekarang,tak macam dulu pakai tudung labuh-labuh,sekarang ini kita kena ikut peredaran zaman..yang penting tutup aurat,pakai tudung juga oklah tu”.

Kita manusia biasa,juga melakukan kesilapan namun jangan dibiarkan dosa dan maksiat itu melekat dan sebati dalam hidup kita.kerana orang yang paling bodoh ialah orang sentiasa mengulangi kesalahan yang sama.tidak ada istilah “ingin mencuba yang lebih baik” dalam perkara maksiat.contohnya,orang yang putus cinta dengan kekasihnya,lantas ingin mencuba cari kekasih baru sedangkan usaha itu satu yang merosakkan hati dan dosa kepada Allah.sebaliknya,jadikanlah musibah itu sebagai satu pengajaran ke arah perubahan yang lebih baik dengan memperbanyakkan taubat serta menyesal dengan perbuatannya sebelum itu.terimalah teguran dengan memahami isi teguran itu,bukanlah siapa yang memberi teguran itu.tiada manusia yang sempurna imannya,namun semua teguran yang baik itu terimalah dengan hati yang lapang tanpa mempertikaikan orang yang menegur itu kerana selagimana namanya manusia pasti dia jugak tidak akan terlepas dari kesalahan.

Nabi SAW bersabda ,

“Lihatlah apa yang dia berkata (isi nasihatnya),janganlah kamu melihat kepada siapa yang berkata (orang yang member nasihat itu)”{HR Bukhari Muslim}

Saya bertanya kepada seorang junior saya,”kenapa awak tak pakai tudung?”.jawabnya,”orang yang pakai tudungpun lebih teruk dari saya.jadi takda makna juga kalau pakai tudungpun”.seterusnya saya Tanya,”kenapa awak couple?”,dia jawab,”cinta itu fitrah manusia,tak salah kan.kenapa kita mahu sekata kemahuan manusia?”.saya kata,”betul ke itu fitrah manusia?atau nafsu semata-mata yang dibalut dengan sikap kesombongan dan kejahilan?”.

Wahai manusia yang diciptakan Allah SWT,saya berani kata di sini ialah punca utama yang menyekat fitrah manusia itu ialah Kejahilan.ianya satu penyakit yang perlu diubati dengan Ilmu,lebih tepat lagi ialah Ilmu Agama.saya suka dengan kata-kata Cat Steven @ Yusuf Islam iaitu “Nasib baik saya kenal Islam dulu daripada saya kenal orang Islam”.mungkin ayat ini simple,namun bagi kita yang memahami hakikatnya,di mana hari ini orang Islam sendiri yang merosakkan Islam dengan trend pemakaian,budaya,percakapan dan sebagainya telah menyebabkan keindahan Islam itu sendiri terhijab.

Ulamak tersohor,Prof.Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebut dalam Fiqh Fil Aulawiyyat yang berbunyi,”sebenarnya Islam itu terhijab kehebatannya dengan orang-orang Islam sendiri”.inilah perkara penting yang seharusnya difahami secara ilmiah kepada kita semua bahawa Ilmu dan Amal itu wajib selari dengan jayanya agar tercapai Iman benar.ini dikuatkan lagi dengan sabda Nabi SAW yang berbunyi,”sesungguhnya beza antara Islam dengan Kafir itu adalah solat”.ramai orang solat tetapi masih lagi melakukan maksiat kepada Allah.Allah berfirman,”sesungguhnya solat itu mencegah daripada kemungkaran dan kekejian”.jadi bagaimana hubungkaitnya antara kafir,islam dan solat yang masih tidak mampu memeliharanya dari melakukan maksiat?.ada orang kata,kita manusia biasa dan tidak terlepas dari dosa.jadi bagaimana?jawabnya saya nak sebutkan di sini bahawa Jumhur ulamak dari mazhab ahli sunnah wal jamaa’h bersepakat berijtihad bahawa “orang-orang yang melakukan maksiat ada dua jenis,pertama mereka yang tahu dan kedua mereka yang jahil.adapun orang yang tahu akan hukumnya maka tetap berdosa dan wajib bertaubat serta tidak mengulanginya lagi.sementara orang yang jahil maka dia juga berdosa kecuali dia tidak menemui akan rujukannya (iaitu guru yang mengajar).selagimana dia berusaha mencari guru,sedangkan ilmu itu masih lagi tidak dijumpai maka dimaafkan segala dosanya”

Mengapa kita perlu ikut kawan,perlu jaga hati manusia atau meniru budaya orang sekiranya perkara itu bertentangan dengan hokum dan syraiat Allah?lesen syurga kita bukan pada manusia.tidak salah ikut kawan atau manusia tetapi ingat haram ikut pada perkata yang ditegah oleh Allah.sebagai contoh,hari ini orang perempuan suka pakai tudung yang bersilang sehingga nampak bentuk dan saiz buah dadanya kerana kawan-kawannya di pejabat pakai macam tu.apa beza orang yang tidak pakai tudung langsung dengan orang yang pakai tudung tetapi mendedahkan aurat (dada)?,jawabya tiada beza.

Allah SWT berfirman,

“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (sehingga menutup dada dan perhiasannya mereka) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”{QS 33:59}

Dalam Syarah Imam Ghazali R.A,beliau menyebut “bagaimana mengetahui kawasan dada itu.iaitu bermula dari dada sehingga ke pusat.ini bermakna selagimana pamakaian tudung itu tidak menutupi sehingga ke pusat bermakna masih belum dikira menutup aurat dan tetap berdosa sebagai mendedahkan aurat.adapun bahagaian belakangnya dengan menutupi sehingga terlindung tulang belikatnya,sementara di kiri kanannya dengan menutup kedua-dua bahunya”.(Matla’ Al-Badrain)

Oleh kerana masyarakat hari ini tidak terdedah kepada Ilmu dan pengamalan yang sempurna maka pakai tudung sekadar mengikut orang,bercouple kerana kawan-kawan couple,hisap rokok kerana kawan-kawan dan sebagainya.akibat daripada kejahilan inilah manusia terus dibelenggu kejahilan dan menjadikannya sombong dan bongkak.ayuh manusia,kita ada kehidupan yang kekal di akhirat kelak.masih banyak amanah Allah yang belum kita sempurnakan,bagaimana pula kita sempat lagi mengisi ruang itu dengan kemungkaran.hukum dan syariat ini adalah hak mutlak Allah.ianya bukan disebabkan keperibadian seseorang itu.wajib solat misalnya,jadi tidak kiralah orang itu ikhlas atau tidak,baik atau jahat.yang penting solat tetap wajib.soal dia mencuri selepas solat,berzina,minum arak dan sebagainya itu masalah dirinya sendiri.begitu juga halnya tutup aurat.walaupun orang yang tutup aurat berzina,tidak solat dan sebagainya itu adalah masalahnya sendiri.soal aurat tadi dia sudah lepas,manakala soal dia jahat atau buat dosa itu masalah lain.jadi kita harus memahami perbezaan antara hokum dan perangai orang itu.

Baru-baru ini saya diberi peluang bersama-sama dengan sahabat mengikuti Ops Dakwah Anti-Zina sempena malam Valentine’s Day anjuran Kerajaan Negeri.dengan di escort oleh rakan-rakan dari RELA,JAIS,Majlis Perbandaran (MPKj) dan Penguakuasa,kami lebih yakin dan berani bertindak untuk memberi tazkirah,edar poster,flyers dan sebagainya.yang ingin saya ketengahkan dalam hal ini ialah bagaimana kami berhadapan dengan anak-anak muda yang bercouple berpeleseran di pusat-pusat hiburan,taman-taman bunga,tepi pantai dan shopping complex.kami berpeluang bersembang,menegur dan menasihati mereka dengan dikawal ketat oleh rakan-rakan dari badan kerajaan.soalnya,ada di kalangan mereka itu barangkali saudara kita,abang,kakak atau adik beradik kita,jadi anggaplah mereka itu lebih mulia dari kita kerana jika mereka diberi hidayah oleh Allah boleh jadi mereka lebih baik dan bertaqwa dari kita.jangan menghina mereka kerana boleh jadi mereka lagi mulia dari kita.atas kata-kata inilah ada diantara mereka yang dilembutkan hati oelh Allah sehingga menangis..alhamdulillah..walaupun mungkin itu lakonan namun kesannya itu tetap berbekas.

Justeru,bertindaklah dengan Ilmu dan rujukan wahai manusia yang sedang merasakan bahagia dalam dosa dan maksiat kepada Allah.dirikanlah ibadat kepada Allah biarpun hatimu tidak ikhlas kerana kata Imam Syafie R.A “perbuatlah olehmu ibadat kepadaNya,kalaupun hatimu itu tidak ingat akan Allah sekurang-kurangnya lidahmu tetap menyebut nama Allah”.maknanya,walaupun kita tidak ikhlas solat jangan pula tidak solat tetapi dirikan juga solat itu kerana mungkin hati yang lupa Allah sedangkan lidah yang membaca itu akan menyebut nama Allah.kita adalah hamba Allah yang sentiasa lalai dan alpa,namun janganlah menjadikan kejahilan yang bersarang di hati kita ini satu penyakit yang barah sehingga hilang pedoman kepada pengabdian kepada Allah SWT.berkawanlah,bergurau sendalah,bersosiallah namun janganlah biarkan ianya menjadi suatu yang dosa dan maksiat kepada hokum Allah SWT.biarlah kita dihina,diperlekeh kerana kejumudan kita tentang pergaulan bebas,kebencian kita kepada suatu yang ditegah Allah atau kerana kita berpegang kepada syariat Allah kerana kejumudan seperti itu adalah satu kemuliaan yang besar seperti yang disabdakan NabiSAW “Islam itu sesuatu yang pelik,amatlah sedikit orang yang mengikutnya sedangkan yang sedikit itulah adalah keuntungan yang besar bagi mereka”.

Akhir kata,dalam kita melaksanakan syariat Allah ini,amatlah memerlukan kekuatan yang luar biasa umpamanya menutup aurat dengan sempurna yang mungkin (seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan),lebih-lebih lagi bila kita berada di dalam rumah yang ada di dalamnya ajnabi (orang yang boleh dikahwini) seperti sepupu,ipar,biras dan sebagainya.ingatlah,jalan menuju ke syurga itu sangatlah susah namun bagi mereka yang merasakan kemanisan di dalam ketaatan kepada Allah maka jalan-jalannya amatlah mudah dan dekat.semoga dengan perkongsian yang serba ringkas ini kita semua termasuk saya sendiri akan diberi kekuatan untuk merubah diri kepada yang lebih baik insyaAllah.

www.mohfaz88.blogspot.com

alkimyak@yahoo.com.my

STRIDE