Saya mulakan kalam ini dengan segala Kepujian dan Kemuliaan itu kepada Allah SWT. Dialah yang memberikan dan menyediakan seluruh kehidupan yang kita rasai hari ini. Justeru, marilah sama-sama kita menjadi hamba yang bersyukur kepada AllahSWT. Kerana nikmat yang Dia berikan kepada kita ini sungguhpun kita tidak mampu membalasnya maka cukuplah kita menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberiaanNYA. Jika kita tak mampu nak melakukan kebaikan maka janganlah kita berani melakukan maksiat dan dosa. Kerana sangatlah tidak adil jika nikmat yang melimpah ruah kurniaan AllahSWT ini dibalas dengan Dosa dan Maksiat.
Hari ini saya cuba membuka bicara kata, sejenak renungan, sepintas pandangan dan segunung muhasabah. Ketika saya di bangku sekolah rendah saya tidak memahami apa itu Pemimpin? Apa itu Pilihanraya? Apa itu Parti Politik? Apa itu Pro kerajaan dan sebaliknya? Masa terus berlalu sehingga saya di Alam Universiti. Saya di Universiti sekitar genap 3 tahun bagi menghabiskan Pengajian Diploma saya. Kehidupn di Kampus 1001 perbezaan dengan Alam Persekolahan yang sepanjang tempoh pembelajaran dikawal oleh Guru Disiplin dan juga Guru PK HEM (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid). Sebaliknya di kampus suasana berbeza sama sekali. Matlamat "100% study" bukan pada semua Mahasiswa ataupun Mahasiswi. Mungkin terdapat dalam 10% sahaja yang ada matlamat ini.
Manakala selebihnya masing-masing ada matlamat yang pelbagai meskipun pada asasnya tetap matlamat yang sama iaitu berjaya dalam pelajaran dan hidup. Ini benda biasa pada orang yang bergelar pelajar. Tetapi hal yang ingin saya ketengahkan kali ini ialah bagaimana perkara ini boleh terjadi? Jawapan pertamanya ialah kerana golongan ini adalah aset penting sesebuah negara dan jatuh bangun sesebuah kerajaan jugak adalah bersabit dengan populasi mahasiswa. Justeru siapakah mereka yang sekitar 10%? Mereka ialah pelajar yang kurang upaya, pasif, kaki bangku, orang yang tak tahu nak buat apa dan yang paling tepat mereka yang tidak memahami kepentingan mereka sebagai aset berharga.
Sewaktu saya di sini baru saya faham dan nampak sesuatu yang saya tak pernah tahu satu masa dulu. Di kalangan mahasiswa ini juga ada pentadbiran mereka sendiri yang rata-ratanya berpaksi kepada Politik dan Perjuangan. Sebabnya terbentuknya rangkaian ini ialah lahirnya kesedaran di kalangan mahasiswa khasnya mereka yang berfikir tentang kepentingan hak dan kebenaran. Maka wujudlah kepelbagaian kumpulankumpulan mahasiswa yang mempunyai matlamat tertentu. Saya cuba menyebut perkara ini kerana Islam itu Dinussiyaasi(Agama Politik). Jika kita tolaknya bermakna kita tolak sebahagian dari Agama Islam itu tersendiri.
Nabi SAW sendiri dapat menegakkan Islam dengan Politik. Dan begitulah ceritanya dengan empayar Islam yang lain mendapat kerajaan dengan Acuan Politik. Kerana Politik inilah yang akan menjamin Iqoomatuddin Wasiyaasatuddunya Bihi. Iaitu tertegaknya Agama dan memelihara dunia ini dengan agama. Justeru,Islam mengajar kita kelaziman setiap muslim itu berjuang dengan melalui Wadah bagi mencapai kemenangan Islam dan tertegaknya Hukum Syariat. Dalam mencapai matlamat yang mulia maka AllahSWT menyediakan cabaran-cabaran yang hebat sehinggakan kita sendiri terkadang tak mampu menerimanya. Sahabat yang kita bersama dengannya dahulu tiba-tiba menentang Ulamak dan Pemimpin kita.
Maka tepat sekali jika saya katakan golongan ini ibarat anai-anai yang sedang meruntuhkan empayar islam dan pada masa yang mereka membina empayar mereka sendiri di tapak milik islam. Mari kita faham bahawa inilah antara cabaran yang Allah SWT sediakan kepada kita kerana itu Dia akan melihat di anatara kita siapakah yang benar-benar Ikhlas dan Istiqomah dengan AgamaNYA. Sememangnya ini adalah rancangan "orang dalaman" sendiri yang mungkin sedar tak sedar kita pernah berpeluk bersalam dengannya tapi inilah hakikat perjuangan islam hari ini. Maka, tempias penyakit-penyakit jahat golongan ini merebak menular ke dalam masyarakat kampus hari ini. Saya mengatakan inilah yang hampir 90% mereka yang tersasar dari matlamat sebenar belajar tadi adalah kerana penularan pengaruh ini.
Justeru hari ini mahasiswa yang paling bangang di dalam kelas sekali pun dia tahu apa itu Pilihanraya? Dia tahu setiap tahun ada Pilihanraya Kampus (PRK) yang mereka akan menghantar wakil-wakil pilihan masing masing ke pertandingan merebut kerusi perwakilan pelajar. Dan wakil itu terdiri daripada pihak Aspirasi dan Mahasiswa.
Tapi bila ditanya mengapa perlu ada Aspirasi dan Mahasiswa ini? Dan mengapa tidak bertanding atas tiket Fakulti sahaja? Tak mampu dijawab!!! Inilah yang saya sebutkan tadi setelah keluarnya golongan dari kampus nanti ramai yang jadi Penentang Islam. Kerana mereka tidak memahami Politik Mahasiswa ini sebenarnya adalah satu perancangan yang sangat halus supaya golongan tadi mampu membekalkan fikroh dan ideologi mereka.
Maka jelas, usah kita melatah jika dilihat Islam itu ada berbagai-bagai Parti dan Jemaah. Jika untuk kebaikan mengapa perlu kepada banyak pimpinan. Cukuplah dengan berpegang kepada satu. Dan begitu jugak halnya dengan golongan cerdik pandai khususnya dalam bidang Pengajian Islam ini. Mereka yang berlajar baru setahun jagung dah mula merasa hebat daripada Ulamak. Ingatlah kepada pesanan Nabi SAW "taatlah kamu kepada pemimpin walaupun yang memimpin kamu itu seorang hamba abdi". Jika kita memahami wasiat yang mulia ini dengan penghayatan maka sudah cukup untuk kita menjadi Ahli Setia Jemaah Islam. Bukan peruntuh islam dalam islam. Hari ini penyakit ini sangat jelas dan gembira besarlah golongan Yahudi kerana berjaya "memunafikkan mujaahid".
Janganlah gunakan Ilmu yang sedikit itu untuk gulingkan Ulamak (Pimpinan) kerana AllahSWT pasti takkan biarkan kamu berbuat demikian. Dan yakinlah dengan pimpinan kita ini adalah pilihan dari Allah Tabaaroka Wataa'laa. Janganlah dikatakan bantahanmu itu ialah "hak peribadi atau pun percanggahan pendapat" tapi sedarlah penyakit munafikmu itu sedang merebak sekaligus meruntuhkan "Perjuangan Menegakkan Islam". Islam sehingga akhirat pun tetap relevant untuk diperjuangkan kerana Islam itu sendiri memiliki keindahan dan kemanisan fitroh seperti keadilan, kasih sayang dan ketenangan. Ingatlah wahai "orang-orang baru yang baru mengenal islam,kamu tak merasa susah payah menegakkan Islam. Kamu tak melalui masa getir Islam dipermain mainkan dan kamu jugak tak merasa kepanasan memegang bara Islam. Ulamak dan Pimpinan kita yang sakit luka menjaganya. Sedangkan kamu yang baru datang tanpa rasa sakit perit golongan dahulu mudahnya kamu melawan dan menentang Ulamak.
Jika sekiranya Islam kalah kerana adat perlawanan maka itu satu ujian. Tapi jika Islam kalah disebabkan tangan-tangan "mujaahid munafik" ini maka AllahSWT sajalah yang selayaknya membalas perbuatan kamu dengan setimpalnya kerana Dialah yang Maha Adil dan Saksama. Sehingga disini dulu kalam Bicara Siyasah saya yang saya mampu lontarkan. Ini sekadar luahan hati dan kebimbangan saya kerana hari ini sedar tak sedar sudah ada anasir-anasir yang mula berani mengatakan "tidak" kepada "Daulah Islamiyah". Dan yang paling mengecewakan saya mereka adalah di kalangan orang-orang yang bersama dengan kita dalam perjuangan. Ayuh sama-sama kita berhati-hati dan mengambil iktibaar. Berdoalah kepada AllahSWT semoga Dia yang Maha Berkuasa ke atas segala segalanya ini sentiasa memelihara kita daripada menjadi hamba yang dimurkaiNYA..
Wal i'yaazubillah..
Collaboration request
-
Hi there
How would you like to earn a 35% commission for each sale for life by
selling SEO services
Every website owner requires the use of search engin...
1 year ago
0 comments:
Post a Comment