Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Sunday, February 7

Konvokesyen AFI-RADIX Indonesia ke-2

Ucapan perasmian..Tuan Pengarah Urusan HPA mengucap perasmian majlis pemganugerahan watikah kepada AFI-RADIX..

kenangan...seramai 32 orang graduasi Akedemi Farmasi Islam-RADIX dengan watikah masing-masing

WISUDA :para graduan HPA Business School khusyuk mendengar ucapan Tuan Haji

dari kiri:pelajar HPA Indonesia (Soleh),penulis dan Ust Hamidi (Peg HPA Training)

Hari ini 5 Februri 2010 telah berlangsung satu majlis yang penuh bermakna. Aku mulakan tulisan ini dengan bersyukur kepada AllahSWT. Semoga Rahmat dan PertolonganNya sentiasa dicurahkan ke atas perjuangan HPA Industries Sdn Bhd khasnya perjuangan yang mana diperjuangankan oleh Pengarah Urusan 1,Tuan Haji Ismal Bin Ahmad selama lebih 10 tahun ini insyaAllah. Dengan berkat usaha dan ikhtiar Tuan Haji bersama orang-orang lama dalam HPA hari ini HPA telah melangkah ke era ketemadunan islam yang sudah sekian lama diabaikan oleh umat Islam sendiri.

Pagi ini,seawal jam 9.30 pagi di Dewan Umar Mukhtar,Radix Fried Chicken,Lagenda Height,HPA City,Sg Petani telah berlaku Majlis Penganugerahan Watikah (WISUDAWAN) kepada para Graduasi Akedemi Farmasi Islam (AFI-RADIX) seramai 32 orang. Majlis ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd setelah perasmian majlis dengan bacaan ummul kitab Al-Fatihah. Seramai 32 orang pelajar dari Akedemi ini merupakan pelajar-pelajar tajaan HPA Indonesia di HPA Business School,Jakarta,Indonesia.

Ucapan oleh Rektor HPA Business School,Bapak Bagus Satrina amat luar biasa apabila beliau mengucapkan rasa syukur kepada Allah kerana HPA dikurniakan seorang Pengarah Urusan yang sangat taat dan kuat hubungan dengan Allah. Kesungguhan beliau sehingga menitis air mata dan juga menyebabkan suasana majlis menjadi tenang dan sayu.Allahuakbar.... Inilah perjuangan HPA yang menjadi tonggak Islam di dalam Pejuangan Ekonomi Muslim hari ini....

Majlis Graduasi kali ke-2 ini dianjurkan oleh HPA Multimedia,IT & Training Sdn Bhd. Turut hadir dalam Majlis Istiadat ini ialah Perwakilan HPA Kemboja dan HPA Thailand.

Student Of Medicine School
Jinan University,China.

Wednesday, February 3

Siapakah aku di sisi AllahSWT?

oh Tuhan Maha Pengampun derita hambaMu yang berdosa


ku akui kelemahan diri ku insafi kekurangan ini ku kesali kejahilan ini..


Tatkala kelopak mataku terbuka di sepertiga malam dengan izinMU ya Allah,linangan air mataku mengalir deras dan membasahi bebenang bantalku.aku bermonolog di hati kecil ini,"siapakah aku di sisi Mu ya Allah?"Soalan aku ini dijawab dengan air mata yang semakin kuat mengelinang di pipi.Tuhanku,Kau tahu di hati ini ada hajat. Kau tahu di hati ini ada harapan.Tidakkah Kau tahu aku ini masih jauh dari RahmatMu Tuhanku? Dosa-dosa yang lalu belum sempat terampun kini mendatang dosa-dosa baru silih berganti di kala hari menjelang siang dan senja menjelang malam. Apakah masih ada ruang keampunan buatku ya Tuhan? Adakah masih layak taubatku terampun di sisi Mu? Kadang-kadang aku termenaung sendirian,"sampai bilakah aku harus begini dengan melupaiMu duhai Sang Pencipta?Masihkan ada keampunan buatku sebelum ajal mengundang tiba?."

Lantas aku bangun tersungkur menyembah Tuhanku di atas sejadah. Tuhanku,Kau ambillah nyawaku di waktu ini jika selepas ini aku masih rindukan Dosa dan Maksiat yang dimurkaiMu itu. Air mataku terus dan terus memancut mengalir deras bagaikan itu tangisan terakhir buatku. Itu semua di dalam rahsia di sisi Mu ya Allah. Aku mulakan wudhukku dengan Tahajud dan pohonku padaMu ya Robb. Sesungguhnya Alam Barzakh itu sangat sengsara buat hamabMu yang tidak bersedia dengan bekalan kematian. Alam itu dijaga Malaikat Mu yang sangat bengis dan gagah. Ular-ular berbisaMu bersedia untuk menyengat kulit dan isi kami yang kerdil ini. Kalajengking Mu yang sanagt bersar dan hitam itu akan menyiksa kami bila-bila masa sahaja bila perintah Mu disuarakan.......

Ya Tuhan, bagaimana kami mahu menahan dan selamatkan diri kami dari azab yang tiada jalan keluar ini? Kulit kami nipis,isi kami lembut dan tubuh kami kerdil. Inilah kerugian yang kekal abadi khas buat para pencinta dosa dan maksiat. Jika kita masih khusyuk dengan maksiat maka teruskanlah amalan durjanamu itu moga Munkar Nakir dan Sang Maut yang berbisa itu balasan istimewa Allah buatmu yang celaka. Hari ini aku masih melewat-lewatkan taubatku kerana nafsuku berkata,"usah taubat lagi,nanti nak buat maksiat lagi.nanti taubat sekali untuk semua ja.tak payah taubat banyak-banyak kali."lalu hati yang durjana menjawab,"benar jugak,buat dosa banyak-banyak nanti kita taubat sekali ja untuk semua". Celakanya hati ini yang Allah jadikan. Beginikah aku manfaatkan nikmat kurniaan Allah? Menangislah manusia yang berdosa.....

Kiamat adalah penutup segala kehidupan di dunia yang sementara ini. Ayuh kita berjalan,merangkak,berguling,mengesot dan melompat ke Padang Mahsyar Maha Agong di sana. Aduhai Tuhanku,bagaimana aku nanti? Adakah perjalananku paling cepat atau paling lambat?jika paling lambat aku tahu tempat balasanku kelak. Aku rayu padaMu janganlah Kau mengazabku dengan azabMu yang Maha Dahsyat itu. Aku tak mampu menahannya. Alangkah panas dunia ini pun aku sudah tidak tahan, bagaimana pula kepanasan api neraka Mu yang menggelegak langit bumi itu. Biarlah air mataku pagi ini habis membasahi sejadah ini asalkan doa dan ampun seorang pengemis yang hina lagi jahil ini diterima oleh Zat Maha Mulia dan Agong ini. Aku sudah letih dengan memikirkan azab dan balasan buatku. Aku yakin Hari ini penutup pintu taubat untuk hambaMu ini. Aku terus sujud tanpa rasa malu walaupun aku hina dan mengemis MaghfirohMu ya Tuhanku.....

Kematian yang bakal menjemput rohku hari ini,esok atau hari-hari mendatang adalah masa rehat panjang buatku sebelum menanti Kiamat Kubra. Apakah persiapanku dalam tempoh sekitar 60 tahun di dunia atau sejam lebih di akirat ini? Aku rasa tidak layak bagiku untuk meraih surgaMu walaupun ibadatku tinggi menggunung. Bertambah dosa yang banyak bak pepasir di pantai. Tidak mungkin syurga milikku. Namun aku tak sanggup menginap di neraka yang sengsara itu. Tuhanku,bolehkah aku memohon sesuatu padaMu?jika boleh aku mahu meminta padaMu lantiklah aku walaupun sebagai pengawal pintu syurgaMU,walaupun pencuci longkang di syurgaMu,walaupun menyapu sampah di lantai syurgaMu. Asalkan aku terpilih sebagai anggota syurgaMu. Itupun sangat baik bagiku. Walaupun aku rasa masih lagi tidak layak untuk aku dengan keadaan sebegini rupa.....

Aku bangun untuk solat taubat pula. Di sini pohonku hanya satu iaitu Kau ampunlah dosa-dosaku yang lalu,yang sedang dan yang akan berlalu. Ini sahaja pintaku duhai Tuhan yang memiliki seluruh alam raya ini. Kau tahukah dosa aku dulu-dulu yang aku buat seolah-olah aku ini tidak akan mati? Aduhai Tuhanku,jika di waktu itu ajalku tiba sudah pasti Malaikat Mautmu merentap rohku dengan sakit sekali. Di kala jasadku diturunkan menanti pulak Sang Nakir yang ganas dan gagh itu untuk merejam tubuhku sedalam-dalam bumi ini.setalah itu Sang MalikMu yang panas dan sakit itu pula menyambutku di gerbang nerakaMu. Sakitnya tubuhku ya Allah,peritnya kulitku ya Allah,pedihnya isiku seperti dilapah hidup-hidup ya Allah. Selepas itu aku akan terus disambar Sang Zabaniah Mu yang tidak pernah mengenal erti belas dan kasih sayang. Ya Allah,aku bersyukur kepadaMu kerana dikala ini Kau masih memberi kehidupan dan nyawa kepadaku...Alhamdulillah....

Subuh menjelang tiba. Azan terus berkumandang. Linangan air mata kering diserap kulit pipi. Hati sekali lagi melafaz syukur pada Ilahi kerana masih memilih manusia hina ini untuk berkhalwat denganMu di malam hari. Terima kasih Tuhanku kerana sudi menyintaiku yang selalu melupai cinta AgongMu itu. Kau pimpinlah manusia ini agar terus istiqomah di atas jalan ibadah dan mujahadah padaMu. Ikhlaskanlah hati ini dengan bersujud padaMu. Agar di Mahsyar kelak aku dipandang dan dikasihi olehMu. Aku bimbang jika Kau tidak memandangku dengan pandangan rahmatMu nanti,aku tidak akn mendapat tempat terpuji di sisiMu.Nauzubillahiminzalik ya Robbal Alamin..