Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Thursday, January 28

Hari Warga HPA 2009





Kelmarin tepat jam 7.15 pagi aku sudah bergegas keluar rumah untuk ke Hotel Sungai Petani Inn (SP Inn) kerana ada program syarikat iaitu Hari Warga HPA 09 buat julung kali setelah HPA Industries Sdn Bhd telah pun bertapak di Pentas Dunia Perniagaan selama lebih 10 tahun.Syarikat Bumiputra Melayu Islam yang bermula secara kecil-kecilan yang mana mula beroperasi di negeri kecil utara tanah air kini telah pun berjaya membawa imej Perniagaan Islam di peringkat antarabangsa.kalau 10 dulu kita kenali sebagai Perubatan Traditional Al-Wahida.kini dengan berkat doa dan usaha ahli-ahli dan staff HPA telah pun melebarkan sayapnya sehingga ke peringkat globalisasi. Ini satu kejayaan yang sangat besar kepada kita semua dalam merialisasikan dan mengembalikan semula Keunggulan Melayu kita hari ini.

Kepada Pengarah Urusan 1,HPA Industries Sdn Bhd,Tuan Haji Ismail Bin Ahmad kami wagra HPA khasnya di sekitar HPA City,Bandaraya Sungai Petani mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Tuan kerana Tuan diberikan hati yang sangat kuat hubungan dengan AllahSWT sehingga Tuan mampu mendidik dan mentarbiyah hati kami ahli-ahli HPA dengan menjiwai sifat ketaqwaan yang ada pada Tuan.Tuan mendidik kami dengan amalan-amalan hati seperti zikir,solat dhuha,baca Quran dan sebagainya. Inilah senjata utama kita dalam mengikat hati dengan AllahSWT. Kami bersyukur ada ketua seperti Tuan yang mampu mengajar kami erti perjuangan dan hijad ekonomi yang hari ini umat islam seluruh dunia amat mendahagakan keperluan hidup yang kian kekurangan.

Alhamdulillah hari ini berkat doa dan amalan seperti ini HPA telah mempunyai lebih 100 cawangan di seluruh Malaysia dan tidak ketinggalan aAnak-Anak Syarikat yang sudah hampir 30 buah termasuk yang terbaru sekali iaitu HPA Raihan Sdn Bhd yang kini menumpang di Pejabat HPA Zon Utara sebelum berpindah ke Pejabat Utama mereka di Bangunan Pentadbiran HPA yang bakal disiapkan pada tahun 2012 di Shah Alam setinggi 12 tingkat dengan harga RM54 juta insyaAllah inilah kejayaan yang AllahSWT anugerahkan kepada HPA dengan adanya orang-orang yang seperti Tuan Haji.kalau dulu orang boleh ketawa bila dengar HPA akan buka pasaraya,universiti,hotel dan sebagainya.

Tetapi hari ini kita boleh melihat sendiri dengan terbinanya HPA Halal Mall Sdn Bhd di Bandar Laguna Merbok sebagai Pasaraya HPA yang pertama.manakala Intitut Teknologi HPA MANHAL iaitu Pusat Pendidikan HPA di Bandar Juru,Pulau Pinang yang bakal di naik taraf sebagai Universiti HPA dalam masa 2 tahun yang mana pembinaannya akan bermula hujung bulan Januari 2010 ini.dan satu lagi iaitu HPA El-Zahraa iaitu Hotel HPA di Bandar Lagenda Height,Sg Petani setinggi 3 tingkat.dan kini kerja-kerja pembinaan Hotel El-Zahraa ini sedang giat berlaku di Kota Bharu Bandaraya Islam,Kelantan Darul Naim di mana merupakan Hotel bertaraf 5 bintang yang akan siap pada tahun 2015 akan datang. Hotel setinggi 15 tingkat itu akan menempatkan Masjid HPA di tingkat atas yang mana penduduk hotek tersebut boleh mendirikan solat jumaat. Ini sebahagian daripada kemajuan demi kemajuan yang kian bergerak melangkah menongkah arus dan keperluan semasa.

Program HPA pada hari ini hanya melibatkan staf-staf HPA di sekitar Bandaraya Sg Petani sahaja memandangkan HPA mempunyai staf melebihi 2000 orang sekarang,dan kita memerlukan seramai 10 000 orang lagi staf menjelang 2012 ini apabila Pusat Pentadbiran HPA di Bandaraya Shah Alam,Selangor siap dibina. Jadi pihak penganjuk iaitu daripada HPA IT,Training & Multimedia Sdn Bhd hanya menjemput staf-staf dari sekitar HPA City sahaja untuk mengelakkan daripada berlaku kesesakkan dalam program yang penuh bermakna ini.walaupun sekitar Sg Petani sahaja,namun kehadiran staf HPA melebihi 400 orang yang memenuhkan Ballroom Hotel SP Inn Sg Petani kelmarin.program yang bermula dari pukul 7.30 pagi itu berakhir pada jam 3.30 petang melihatkan sambutan dan sokongan yang sangat padu darip seluruh kakitangan dan staf sokongan HPA Industries Sdn Bhd.

Tahniah jugak diucapkan kepada semua pemenang-pemenang mengikut kategori tertentu seperi HPA Cawangan Grik,Perak telah mendapat anugerah HPA Cawangan Terbaik.ini satu permualaan yang kita katakan sangat baik dan marilah sama-sama kita membina ukhwah sesama kakitangan HPA sesuai dengan tema Hari Warga HPA 09 iaitu Bersama Membina Ukhwah.dalam program yang sangat bermakna ini diserikan lagi dengan persembahan daripada kumpulan nasyid anak syarikat HPA sendiri iaitu HPA Raihan Sdn Bhd dan jugak kumpulan nasyid dari HPA Indonesia iaitu Team Qosidah Al-Wahida (TAQWA).senikata yang menyentuh jiwa dan perasaan daripada kedua-dua kumpulan ini mampu membuatkan hadirin hadirat menitiskan air mata.tidak ketinggalan jugak ucapan-ucapan yang sangat dalam entinya menusuk ke kalbu pendengar sekalian.inilah HPA,Hanya Pada Allah.

Inilah HPA,Harapan Paling Akhir.Alhamdulillah walaupun perit merit dengan titik peluh pejuang-pejuang awal HPA dengan usroh dan munajat tetapi inilah kelazatan dalam perjuangan yang mana setiap perjuangan Allah menjanjikan nikmat yang berlipat kali ganda nilainya.tokoh-tokoh awal seperti Tuan Haji sendiri,Tuan Haji Fisal,Tuan Haji Faisol dan ramai lagi inilah merasa susah payah berkhidmat sebagai hamba abdi kepada Tuhan yang Maha Kaya demi mencari formula perniagaan islam 100%.

Akhir sekali program ini diserikan lagi dengan ucaptama dari Tuan Pengarah Urusan 1 HPA Industries Sdn Bhd yang sangat mengagumkan sehingga mampu membuatkan hadirin tergamam.mungkin ini perkara biasa bagi kakitangan yang telah lama berkecimpung di dalam Dunia HPA tetapi tidak bagi penulis yang baru setahun jagung terlibat dalam HPA ini.ucapan motivati ini sukar untuk kita dengar daripada orang-orang lain walau Dr PhD sekali pun yang mana ucapan yang mampu mengetuk pintu hati-hati yang lali daripada mengingati Allah Azza wa Jallay.inilah Tn Haji Ismail yang suatu ketika dulu terlibat dengan Pejuangan Jemaah Islam Tanah Air tetapi sekarang beliau menumpukan sepenuhnya perhatian kepada Wadah Pejuangan Ekonomi yang telah membimbangkan sebahagian besar syarikat-syarikat gergasi yang lain.kekuatan dalaman yang dikurniakan Allah kepada Tuan Haji amat memerlukan Rohani dan Hati yang bersih.

Saturday, January 23

Dari Guangzhou Ke Kuala Lumpur


Assalamualakaim kepada pembaca setia Perjalanan Ubudiyyah.semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk daripada AllahSWT.sesungguhnya kita ini manusia yang lemah lagi hina yang sentiasa mengemis Cinta dan Kasih Sayang Allah Yang Maha Penyayang.kita sebagai Pengemis Rahmat ini janganlah sesekali lupa akan tugas dan tanggugjawab kita untuk berusaha menjadi hamba yang bersyukur.sekali kita melupakan Allah maka sepuluh kali sepuluh kali Allah melupakan kita.sehingga hari ini kita masih diberi peluang untuk hidup dan bernafas dengan izinNya Alhamdulillahirobbilalamin.marilah sama-sama kita sentiasa berdoa dan bergantung sepenuhnya kepada AllahSWT semoga Dia terus memilih kita di dalam golongan orang-orang yang beriman dan seterusnya menempatkan kita di Maqam Mahmudaa iaitu di tempat yang terpuji di akhirat kelak insyaAllah.

Alhamdulillah.pada 2 Januari 2010 pagi Sabtu jam 10.30 pagi Flight AirAsia kami berlepas dari Guangzhou International Airport (GIA) menuju ke Low Cost Carrier Terminal (LCCT) Kuala Lumpur.perjalanan kami mengambil masa kira-kira 5 jam sebelum mendarat di LCCT Kuala Lumpur.Alhamdulillah flight kami landing di LCCT kira-kira jam 3 petang.setibanya kami di situ,ada sebahagian keluarga rakan-rakan seangkatan yang datang menyambut kepulangan anak-anak mereka.aku hanya berseorangan memandangkan kampung halamanku nun jauh di Baling sana.makanya aku bersiap untuk bertukar flight dari LCCT ke Penang International Airport pulak.malangnya flight aku ke sana terbang pada jam6.30 petang.jadi aku terpaksa menunggu dan melilau di sekitar Lapangan Terbang tu sementara menuggu Pegawai HPA China akan sampai pada pukul 4 petang untuk Taklimat Praktikal kami di HPA International Sdn Bhd nanti.

Pegawai HPA China,iaitu Ustaz Mohamad Ibrahim menyampaikan sepatah dua kata dan menyampaikan taklimat ringkas kepada kami pelajar-pelajar Tajaan HPA ke China.tepat jam 6 petang kami semua berangkat ke kaunter untuk Check In barang dan terus masuk ke flight.kami pelajar yang tinggal di sekitar Utara sekali lagi naik flight ke Pulau Pinang.sebaik sahaja aku tiba di Malaysia aku terus "on" kan nombor Malaysia aku.selepas itu aku terus menerima SMS dan panggilan daripada keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan.inilah salah satu sebab aku rasa begitu gembira di Malaysia Tanah Airku kerana aku rindukan keluarga dan jugak tidak ketinggalan sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa di hatiku.mereka inilah manusia-manusia yang sentiasa membantu dan mendidik aku mengenal Perjuangan Islam.apapun aku tetap bersyukur kerana AllahSWT masih memilih hatiku tetap di dalam Iman dan Perjuangan Alhamdulillah.

Selama 4 bulan 4 hari aku meninggalkan Malaysia kerana menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan Tradisional dan Herba (Traditional Medicine & Herbs) di School Of Medicine,Jinan University,Guangzhou,China.kini dengan izinNya aku diberi kesempatan pulang ke Tanah Air bercuti dan meluangkan masa bersama orang-orang tercinta.aku bercuti selama hampir 2 bulan di Malaysia.tepat jam 10.30 malam itu flight ku dari LCCT selamat tiba di Pulau Pinang.penerbangan kami lambat 3 jam kerana flight kami dari Singapore terkandas di dalam hujan yang di sana.jadi penerbangan kami lewat hampir 3 jam.sementara kakakku dari Bayan Baru sudah sekian lama menanti kepulanganku di Lapangan Terbang Penang.setibanya kami di Pulau Pinang aku terus mendapatkan kakakku di pintu menunggu dan bersalam berpeluk dengannya dek kerana rindu yang teramat sangat.sementara kawan-kawanku yang lain semuanya disambut ibubapa dan saudara mara yang ramai,sedangkan aku hanya kakakku seorang sahaja yang menjemputku...

Mereka bertanya "mana mak ayah?",aku menjawab "mak ayah dok jauh,di Baling sana.kak yang dekat ni ja mai ambil".aku tanpa membuang terus mengajak kakak ku pulang ke kampung halaman di Kuala Ketil sana.sepanjang perjalanan kami dari Penang ke Baling telefon ku dihujani dengan puluhan SMS dan panggilan sehingga telefonku kehabisan bateri dan terus mati.akupun dapat berehat disamping bersembang dengan kakakku yang bernama Siti Aisyah yang sudi menghantarkanku ke Baling dan mengambil cutikerja kerana Bayan Baru sangat jauh untuk dia pulang bekerja.Alhamdulillah kami singgah dahulu di rumah kakakku yang nombor 7 iaitu Jamaliah kerana dia dah pesan supaya singgah dulu rumahnya sebelum balik rumah mak di kampung.malam tu kami bersembang sampai ttak sedar jam dah sampai pukul 1.20 pagi.kak jamaliah ku apa lagi terus suruh kami bermalam di rumahnya keana dah lewat.tanpa berfikir panjang kami pun rehatlah di situ.

Pada pagi Ahad 3 Januari 2010 jam 8.30 pagi kami sampai di rumah ku dengan kereta Gen-2 merah kakakku.Alhamdulillah ramai keluarga dan saudara mara yang menyambutku.walaubagaimanapun aku terus mendapatkan mak aku dan mencium dahi dan pipinya.berpeluk erat kerana rindu ku yang teramat sangat.hari ini pejam celik pejam celik dah hampir 3 minggu aku bercuti.inilah yang di katakan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna "masa yang ada tidak cukup untuk kita buat kerja islam".selepas hampir 2 minggu aku bercuti kami diarahkan untuk melapor diri pada hari Isnin 11 Januari 2010 jam 9 pagi di Pejabat HPA International Sdn Bhd di Bandar Amanjaya,Sg Petani.tapi aku tidak hadir pada hari itu kerana aku ke Hospital Teluk Intan Perak kerana menziarahi sahabatku yang ditimpa kemalangan di Simpang Utama UPSI Tanjung Malim selepas pulang dari berprogram bersama-sama denganku di Pokok Sena,Kedah.Innalillahiwainnailaihirojiun...

Hari ini hari yang ke 21 aku berada di Malaysia.dan kami sekarang menjalani Latihan Praktikal di Bahagian Terjemahan,HPA International Sdn Bhd di Bandar Amanjaya.Alhamdulillah kerana Allah memberi aku rezeki sebegini rupa yang aku rasakan bukan semua manusia terpilih.inilah kurniaan Allah Yang Maha Kaya.sepenuh kos kehidupan dan pengajianku di sana di taja oleh HPA Industries Sdn Bhd.sekadar ini dahulu coretan ku buat tatapan pembaca..sekian....

Thursday, January 21

Sebuah Kematian

Kematian satu kepastian yang datangnya tanpa diundang dan perginya ditangisi. Hari ini kematian menjemputmu tanpa diketahui olehmu. Alangkah bahagiannya dirimu tatkala Sang Maut yang menantimu di Persimpangan Jalan itu melihat wajahmu dengan tenang kerana pulang dari Jalan Ibadah. Manakala sebaliknya amat malanglah dirimu jika pemergianmu diiringi dosa dan maksiat yang tidak bertaubat. Kematian ini satu nikmat dan jugak satu azab. Jika hidupmu dihiasi dengan amalan soleh maka nikmatilah kematian yang datang tetapi sebaliknya hayatmu penuh dengan kepalsuan maka bersedialah dirimu dengan azab yang pedih. Sewaktu di dunia,dirimu dikenali dengan ketinggian akhlak dan peribadimu. Semua orang mengenalimu dan menghormatimu kerana hebatnya hubunganmu dengan AllahSWT.

Maka di waktu ini,kematian bagimu adalah satu kebahagiaan. Hanya di pandangan zahir dirimu dibasahi darah kemalangan,namun rohmu terbang keriangan menanti janji Tuhan yang Maha Kaya. Sesungguhnya di dunia ini telahpun dirimu penat dengan perjuangan menegakkan Agama AllahSWT maka di saat ini kematianmu satu kerehatan yang abadi buatmu. Kami tangisi kematianmu,kami meronta-ronta menahan ketentuan taqdir kerana belum bersedia menerima pemergianmu. Namun,hanya Allah yang tahu betapa indah dan nikmatnya kematianmu di waktu ini. Kami berbangga dengan kematianmu yang memperjuangkan Agama dan Syariat Tuhanmu,kami gembira dengan sahabat-sahabatmu yang datang menziarahi kematianmu. Inilah balasan bautmu di dunia ini. Kami pasti selepas tiga langkah yang kami dari kubur setelah meniggalkanmu nanti,nikmat Allah terpancar buatmu.

Soalnya,dirimu sudah jelas bagaimana hubunganmu dengan Tuhanmu. Semua manusia bersaksikan ketinggian dan kemurnian akhlakmu. Tetapi kami yang belum pasti ini bagaimana? Kami masih selesa dengan dosa. Kami sudah biasa melambat-lambatkan solat, kami sudah lali dengan mendedahkan aurat dan pendek kata maksiat ini sudah sebati di dalam hidup kami. Bagaimana dengan kami? Kami masih sibuk dengan kelalaian dantipu daya dunia. Inilah persoalan-persoalan yang menerjah di kotak fikiranku tatkala melihat jasadmu terbujur di Rumah Mayat. Bila dilihat wajahmu yang berseri-seri menanti nikmat Allah di Alam Baru sana. Alangkah besarnya kehilanganmu pada pandangan sahabat dan masyarakat seperjuangan dalam Gerakan Islam khususnya kerana jasa dan perngorbanamu sukar dicari ganti.

Hakikatnya kematian suatu persimpangan daripada persimpangan yang bahagia atau sebaliknya. Kematian yang datang menjemputmu itu satu rahmat yang tinggi mulianya kerana kepulangan dari Medan Dakwah dan Perjuangan Islam. Sudah pasti Allah yang Maha Mengetahui sudah menyediakan tempat dan balasan yang setimpal dengan amal kebajikanmu. Jadi berbahagialah dirimu di Alam Barzakh sana. Dirimu mendahului kami dan kami bakal menyusul esok lusa dan hari-hari akan datang. Jika rohmu dilayan bidadari Tuhanmu dengan kemesraan maka kami jugak menginginkan hal demikian. Kami takmau jika roh kami disambut dengan ular-ulatr yang berbisa,kalajengking yang ganas dan api yang menyakitkan. Kami tak mampu menahannya dengan tubuh kami yang kerdil dan kulit yang nipis ini.

Sememangnya ini satu balasan Allah terhadap dosa meniggalkan solat kami,dosa zina kami,dosa mendedahkan aurat kami dan segala macam maksiat yang kami lakukan. Sekiranya di waktu hayatmu kami ada buat perkara yang menggembirakanmu maka jangan lupa di akhirat nanti mintalah pada Allah untuk memberi syafaat kepada kami. Mudah-mudahan kami terlepas dari siksa api neraka Allah. Kerana sesugguhnya dirimu sangat mulia disisi Allah Taa'la. Janganlah lupakan kami ini. Janganlah lupakan ibumu,bapamu dan keluargamu yang tersayang di akhirat kelak. Hari ini seluruh manusia mengenangkan pemergianmu yang sangat bermakna pada Agama dan Jemaah. Moga rohmu dicucuri rahmat AllahSWT. JADIKANLAH KEMATIANMU INI SATU KEREHATAN BUATMU. Moga kita dipertemukan di akhirat nanti insyaAllah.