Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Wednesday, November 25

cerita dari jinan universiti

Kali ini perjalanan ubudiyahku akan berkongsi cerita dengan sidang pembaca yang budiman.

Alangkah pantasnya masa berlalu ya.. Sedar tak sedar masuklah bulan ke tiga saya di sini. Alhamdulillah inilah nikmat masa yang Allah berikan kepada kita. Kita manusia ni tak boleh lari dari masa sebab kehidupan kita terikat dengan masa yang Allah berikan kepada setiap manusia. Oleh itu, masa yang ada jangan kita bazirkan dengan perkara yang sia-sia dan berfaedah. Sekurang-kurangnya berbuatlah baik kepada diri sendiri.

Setiap hari saya pergi kuliyah menadah ilmu dari guru yang tak mengenali sang pencipta. Rasa-rasa la bagaimana ilmu yang kita dapat darinya? Bagaimana pulak dengan diri kita yang menadah ilmu ni?

Sesungguhnya ilmu itu khazanah orang islam yang tercicir, jadi terpulanglah bagaimana cara untuk kita mengutipnya semula asalkan menepati prinsip agama kita. Nabi sendiri pernah diajar oleh guru yahudi tentang bagaimana nak membezakan antara kencing anjing yang matang dengan yang tidak matang.

Inilah ilmu sebenarnya. Iaitu bukan dari siapa tetapi apa ilmu itu. Jika ilmu yang kita pelajari itu mampu mendekatkan kita dengan Allah SWT, bermakna benarlah amalan kita. Tetapi jika sebaliknya, maka rosaklah amalan kita. Ramai manusia hari ini yang bertungkus lumus cari ilmu siang malam pagi petang, malangnya ilmu itu menjauhkan diri kepada AllahSWT. Mungkin kerana mereka menggunakan ilmu itu untuk mendapatkan dunia dan seisinya.

Setiap hari saya dihidangkan dengan maksiat bagaimana pelajar-pelajar universiti saya yang berhibur, bergaul tanpa batasan, berpeluk dalam kelas, bercium depan pensyarah dan banyak lagi. Apa yang saya nak ketengahkan ialah inilah sebenarnya menu wajib yang Allah SWT akan sediakan kepada setiap hambanya, kerana DIA nak nilah sejauh mana iman dan amal hambaNYA. Maka di antara hambaNYA siapakah yang paling amalannya? Siapakah hambaNYA yang akan diuji itu?

Mereka itu ialah orang-orang yang berkata "kamilah orang yang beriman". Bila sebut "iman" terus benda yang pertama menerjah di fikiran kita ialah "orang islam". Benar, memang orang islam. Tetapi di waktu ini di manakah mereka ini? Bila persoalan ni tertanya kepada saya, lantas saya pergi ke lokasi yang ramai pelajar-pelajar islam khasnya pelajar arab yang rata-rata dari Jordan, Syria, Yaman, Saudi, Sudan, Somalia, Tunisia dan Algeria. Mereka ini Allah bagi kelebihan memahami Quran kerana itu bahasa mereka.

Mereka mampu baca Quran tanpa melihat mashaf. Dan mereka juga pemusnah islam dalam dunia hari ini. Hebat kan tuduhan saya? Memang hebat, sebab saya nampak dan saya cari maka saya jumpa.

Hari pertama saya terkejut bila jumpa seorang pelajar perempuan ni dengan free hair, berpeluk dengan pelajar lelaki, rupa-rupanya orang arab islam. Sebab saya lalu depan siap bagi salam lagi dan bertanya kefahalak? Allahurobbi ini benda baru bagi saya di sini. Saya tak terkejut sangat kalau orang melayu sebab mungkin jahil tetapi ini orang-orang Quran.

Jadi, tak terkejutlah bila saya terangkan pasal islam kepada kawan-kawan saya tiba-tiba mereka tanya islam ni boleh ka tak sembahyang? Sebab apa ada yang pakai tudung dan ada yang tidak? Apa beza islam dengan bukan islam kalau orang islam pun boleh berpegang tangan lelaki perempuan? Inilah lontaran-lontaran pembunuh kepada saya sebagai langkah awal?


They are who not following the rules that had been provided by God. Therefore, once they can't keep it as obligation there are not much more different between nonmuslim. Islam was awarded by guideline that suppose to be guarded by each of muslim,who had admitted Allah SWT and Rasulullah as role model forever.

Lastly, Allah had told us that we were given option either iman or kufur. If you choose iman it will be reaching you to heaven but th other one will be hell. So everything is clear, no excuse and reason at all. Now,the main problem there not are non muslim unfortunately muslim themselves
felt to show the good attitude for people who are mentioned as "madu'".

Bagaimana hal ini sebenarnya terpulang kepada muslim itu sendiri. Saya pernah tegur yang agak kasar dengan orang arab ni sebab tengok dia bergaul macam melampau sangat. Dia terkejut saya cakap arab dengan dia, tapi ego tetap ego sebab bangsa arab ni memang macam tu. Dia kata "tak perlu tegur, aku tahu apa yang aku buat" lepas tu dia cakap arab dielek dia (ammiyah). Inilah saya lihat dan saya cuba memahami bahawa sebenarnya islam memang pahit dengan mehnah dan tribulasi hidup.

Bagaimana kita nak berdakwah jika dai'-dai' yang hebat dari kita di sana sedang lalai dengan berhibur dengan madu'-madu'nya. Siapalah kita ini jika nak dibandingkan dengan manusia seperti mereka. Pengalaman itu manis sebenarnya jika kita menghayatinya dengan sabar dan bergantung harap dengan AllahSWT.

Inilah sedikit coretan sekitar jinan university.. Allah itu hidup dan DIA yang menghidupkan kita..

Alhamdulillahirobbilalamin...(Jinan Daxue Hua Wen Xue Yuan)

Winter di Guangzhou

Suasana di sini terus berubah tatkala tiba bulan November. Dal hal ini berterusan sehingga bulan Februari..inilah musim sejuk yang bagi saya waktu inilah ramai manusia yang menutup aurat dan boleh dikatakan sedap mata memandang. 3 hari lagi genaplah 3 bulan 90 hari aku berada di bumi China ini.

Alhamdulillah hingga waktu dan saat ini saya masih merasai nikmat kurniaan AllahSWT yang tidak terhingga. Walaupun saya sebenarnya tak tahan dengan suhu yang rendah macam ni. Hari pertama musim sejuk disambut dengan demam beberapa hari sebab sejuknya sejuk yang menyucuk ke kulit.

Inilah pengalaman saya pertama dalam hidup. Tiap-tiap hari mandi dengan ais. Sampai tubuh ini jadi berasap-asap. Suhu ni bila terlalu rendah sangat dia akan berasap balikla. Tapi malangnya di China ini agak merbahaya sebab mereka tak sediakan heater dalam rumah. Sampaikan saya ni tidur malam jaga setiap waktu sebab sejuk yang kritikel. Keadaan di luar rumah agak kurang sejuk berbanding dalam rumah walaupun kat luar ni pun berais-ais, tapi kat dalam sejuk sebab dikelilingi dengan dinding yang berbatu yang memerangkap udara ni. Alhamdulillah sebab dalam rumah ni ada air panas jugak. So boleh lah berendam lama-lama dalam bilik air macam badak air.

Saya ni kan dalam rumah pun pakai stokin 3 lapis,baju 4 lapis, ikat kepala dengan kain lagi. Mungkin bagi mereka yang dah biasa anggap ni benda biasa tapi bagi saya yang mengalami waktu kritikel ni amat Sirius. Secara jujurnya la kan, kalaulah solat ni xda yang wajib semua sunat ja memang saya berhenti dulu solat selama musim sejuk ni. Start musim bunga nanti solat semula. Tapi itulah,apa yang AllahSWT taqdirkan ni semuanya ada hikmat dan maksud yang tertentu.

Allah yang mencipta kita ni sudah tentulah dia tahu mana yang terbaik buta kita hamba-NYA. Bak kata orang di sini, sekarang ni waktu berhibernasi. Waktu kita makan banyak,lepas tu tidur tak bangun-bangun. Tapi saya tak la sampai tahap tu sebab kita orang Islam terikat dengan hukum. Jangan kita hidup seperti tak bertuhan. Buat maksiat pagi petang siang malam pastu mati masuk neraka nauzubillah. Mudah-mudahan kita terpelihara dari semua tu.

Sekarang suhu di Guangzhou sekitar 4°C. saya rasa dah bersyukur sangat dah ni sebab ini pun dah cukup buat ana jadi runsing dan tak menentu. Berbanding dengan wilayah-wilayah utara sana seperti Shanghai, Xinjiang, Beijing, Zhejiang dan sebagainya. Kawasan ni dah tebal saljinya. Harapnya winter tahun depan saya dah biasa dan dapat suaikan diri dengan suasana sini la.

Setiap pagi saya pergi kelas saya tengok pak guard kat bawah rumah saya tu jaga pintu pagar sampai bergoncang habis pintu pagar sejuk punya pasal. Saya tengok dia gelak ja.. dia marah dia kata “ni xiao shen me aa?”(apa gelak2?) dan musim nilah musim yang paling tinggi kekerapan budak-budak classmate saya ambil cuti sendiri. Bila laoshi tanya sebab apa tak datang depa kata “tak tahan keluar rumah”. Memang jawapan gila betul. Dah tak tahan nak keluar rumah, hang balik la dok Negara hang. Yang terhegeh-hegeh datang China sapa suruh..

So apa yang saya cuba nak kongsikan di sini ialah pengalaman saya selama 3 bulan di sini. Saya rasa suasana dan keadaannya yang nyaman. Memberi ketenangan jiwa dan rohani. Keadaan di sini tak riuh rendah macam di Malaysia. Pada pandangan saya mungkin salah satu sebabnya di Guangzhou ni motosikal DIHARAMKAN. So sapa yang datang sini memang tak akan pernah tengok motor la. Disebabkan motor ni tak da, mungkin la ini yang menenangkan keadaan dan juga suasana di Bandar Guangdong ni.

Hati ni rasa dekat ja dengan Malaysia memandangkan cuti semester semakin hamper. Mudahan Allah permudahkan segalanya..InsyaAllah.

Tuesday, November 24

::: Muhasabah 3 Bulan di China :::

Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya. Semoga semuanya di dalam Rahmat dan Maghfiroh Allah SWT.

Alhamdulillah setelah lama diam dari mengarang,hari ini saya sempat jugak mencoret sedikit bicara kata. Meskipun sejak kebelakangan ini masa agak terhad kerana saya sibuk dengan kuliyah dan saya sendiri mengajar pelajar-pelajar Malaysia di sini..dengan kelas Arabnya..kelas Tajwid dan jugak Fekah
selama 3 hari iaitu hari khamis, isnin dan selasa.

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri kepada kita ini marilah sama-sama kita menjadi hamba yang bersyukur. Jari ini agak perlahan menaip dek kerana sekian lama tidak “mempress” keyboard maka jari pun dah jadi liar. Tapi insyaAllah demi Amal Makruf Nahi Mungkar saya cuba menulis sepatah dua kata diblog ni. Pejam celik pejam celik hari dah pun masuk bulan ke-3 saya berada di Tanah Besar ini.

Pada 27 November 2009 ini, maka genaplah 3 bulan saya di Negara China ini. Walaupun masa terus berlalu, namun harta ukhrowi masih di takak yang lama bahkan boleh jadi semakin berkurang dan hilang. Ramai manusia akan menganggap bila dapat sambung belajar di luar negara adalah peluang cerah untuk mendapat pekerjaan yang baik atau pun orang akan bangga dengan kita. Inilah sebahagian daripada mentality kita hari ini.

Sebaliknya apa yang saya rasai hari ini tak semudah yang diungkap. Memang benarlah, manusia ini selalu lupa dan leka sesuailah dengan makna MANUSIA itu sendiri. Hakikat sebenarnya kehidupan kita ini satu pengembaraan yang sangat jauh tetapi masanya sangat singkat. Sedarilah yang kehidupan kita ini sebenarnya adalah satu sistem perniagaan yang memungkinkan kita menjadi rugi atau untung. Jadi siapakah gerangan mereka yang untung? Dan juga mereka yang rugi?

Dalam Quran Allah menerangkan kepada bagaimana seorang peniaga atau penjual yang untung atau pun yang selamat dari api neraka Allah SWT. Justeru, ketahuilah yang setiap kita ini mempunyai titik pertemuan di destinasi yang sama di akhirat nanti. Maka apalah yang nak dibanggakan dengan orang-orang yang sombong dan lupa diri sebagai hamba dan kuli kepada Allah Yang Maha Mulia? Kita diciptakan Allah dengan tujuan dan bukan sepertimana kita buat rumah,bangunan,computer,kereta dan sebagainya.

Kita diciptakan dan dibekalkan dengan pancaindera yang sempurna yang membolehkan kita berfikir dan mencari kebenaran dalam setiap penciptaan AllahSWT yang maha sempurna ini. Alangkah ruginya kita yang dibekalkan dengan kesempurnaan jasmani ni gagal menggunakannya dengan cara yang betul. Betapa banyaknya nikmat Allah SWT berikan kepada kita dengan tanpa bayaran. Kerana apa? Kerana AllahSWT Maha Kamil,dan dia tak perlukan semua itu. Sebaliknya kitalah hamba yang hina ini perlu sedar diri bahawa kita ini tidak memeliki apa-apa.

Ya Allah..jika sekiranya engkau meminta balik segala nikmat dan rahmat yang engkau berikan selama ini, sudah pastilah kami semua akan bertaubat seluruhnya, sudah pastilah kami akan menyesal kerana kami tidak mampu membayarnya. Kerana mana mungkin kami mampu mencipta air? Angin? Tanah? Api?. Maka bayangkanlah benda yang sekecil itu pun kita tak mampu buat dan bergantung sepenuhnya dengan AllahSWT, maka apa alas an kita untuk melakukan dosa dan maksiat dengan AllahSWT??? Alangkah hinanya kita yang tidak memiliki apa-apa tetapi mengingkari perintah AllahSWT.

Muhasabahlah diri kita sebelum Allah SWT muhasabahkan kita di akhirat nanti. Setiap hari kita bangun tidur AllahSWT sudah sediakan kita dengan mata yang dapat melihat, hidup yang dapat bernafas, telinga yang dapat mendengar dan lidah dapat bercakap. Adakah tidak layak lagi bagi Allah SWT untuk disembah? Ditaati? Astaghfirullahalazim….

Ya Allah jadikanlah kami dari golongan yang engkau redhai dunia dan akhirat…..

Tuesday, November 3

aku & harapanku...