Dustanya Hamba

Sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu.ia terus sahaja memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku...

Bohong!sebenarnya bohong aku demi Ka'bah!seandainya aku benar seorang yang asyik dengan Allah sudah tentu burung-burung itu tidak mendahuluiku menangis...

Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang bersangatan dahaga untuk bertemu kekasih,namun kenapa aku masih belum pandai menangis seperti menangisnya binatang...-Imam Ghazali ( nasihat ke-10,Ayyuhal Walad)

Friday, October 30

Di sebalik pertemuan

Demikianlah, pertemuan tidak seperti yang dijangka
Pada masa yang sama mencanai semula rindu, bermakna
Membiarkan waktu berlalu lagi, dan kita berada di antara
Pintu-pintunya yang terbuka menanti pesona mimpi-mimpi yang sama.

Apakah yang ingin diimpi kini jika bukan kesempurnaan
Yang kerap digarap dan ditatap seutuh pengabdian
Sesekali cuba menjahit segala robek pahit
Menggalas cemas di bibir fikir:
Tak upaya menjangka atau menjangkau upaya yang sedikit
Melampaui kesempurnaan yang bukan pasti dimiliki
Kerana sangka atau alpa.

Kedewasaan mengajar erti ketabahan
Sama ada perlu dilalui atau tidak
Bukan ada jawapan saat ini, memaknakan jawapan
Bukan lagi di sini, memaknakan jawapan terletak
Pada qada dan qadar tuhan
Kita hanya mampu merencana, merangka-rangka kebenaran
Yang ingin ditegakkan
Walaupun akhirnya hampa, tetapi bersyukurlah
Kerana masih ada waktu untuk menafaskan pertemuan-pertemuan lain
Yang baru jika kita mahu dan kita melaluinya, walaupun harus
Berulang-ulang, kerana di situlah teruji jati diri
Mekarnya ketabahan, menguntum bunga uji di halaman mimpi-mimpi
Yang telah dibela dan dihargai seteguh hati.

Sunday, October 18

lontaran politik dari tanah besar...

Hari ini Malaysia menghadapi krisis politik yang saya rasa sudah sampai masa untuk Parti Islam bersiap siaga menanti Siasah Islamiyah.saya adalah seorang pelajar Malaysia yang sentiasa mengikuti arus perdana dan berita Malaysia melalui wasilah-wasilah yang ada dalam internet ini.walaupun saya tidak berada di Malaysia tetapi saya tahu dan saya ikuti peredaran cerita dan suasana Tanah Air setiap masa.berdasarkan kepada kajian dan SWOT ringkas yang saya sempat lakar.maka di sini saya nampak ada beberapa intisari peribadi yang saya rasa ianya perlu diambil kira dalam memastikan Politik dan Gerakan Islam mampu maju ke matlamat kita iaitu Daulah Islamiyah.dalam mencapai dan memenangi cita-cita yang tinggi ini ahli-ahli harakah pada hari perlu membuat persiapan yang rapi dan kuat dalam kita mara kepada Lanskap Baru Malaysia.

Memandangkan saya seorang mahasiswa,maka penumpuan saya lebih kepada soal-soal masyarakat kampus yang ada pada hari ini.kekuatan sesebuah kerajaan terdiri daripada 3 komponen utama iaitu Pekerja,Buruh dan Mahasiswa.jadi disinilah sumbangan besar mahasiswa dalam menjamin tertegaknya Islam di Bumi Malaysia khasnya.selagimana sesebuah tempat (negara) itu gagal melaksanakan undang-undang syariat maka selagi itulah umat islam menanggung dosa kecuali orang-orang yang berjuang dn berusaha ke arah itu.saya rasa kagum dengan beberapa orang pemimpin-pemimpin islam yang dulunya aktif dengan Gerakan Islam di kampus dan masih lagi istiqomah sehingga hari ini.keluar masuk penjara adalah rutin harian.kenalkah kita dengan As-Syahid Syed Qutb?As-Syahid Imam Hasan Al-Banna?Dr.Fathi Yakan?dan banyak lagi pemimpin islam yang tak perlu saya sebutkan disini.

Mereka ini sudah lali dengan penjara dan ancaman musuh-musuh islam.tapi bagaimana pulak dengan ahli-ahli gerakan yang aktif di kampus malangnya mati dan hilang selepas tamat belajar?inilah kadang-kadang yang membimbangkan saya khususnya diri sendiri yang mencoret bicara.saya masih teringat kata-kata Almarhum Ustaz Fadzil Noor,"perjuangan yang sebenar bukanlah di kampus tetapi setelah tamat belajar".ayat ini jika dihayati dan diselami maksudnya sangat berbekas dan terkesan.memang benar,di kampus sangat mudah kita nak buat usroh sebab adik-adik usroh sudah ada tanpa perlu cari.nak buat program sudah ada penyertaan tanpa perlu pergi ke bilik-bilik.nat buat tamrin sudah ada bajet sebab dapat duit pengajian dari KERAjaan.so segala-segalanya mudah dan tersusun.jadi benarlah kata-kata ulamak hebat ini.

Saya cuba menganalisis PRK Bagan Pinang yang lalu.sekadar pemerhatian saya dari jauh bersumberkan internet dan maklumat dari usroh saya di sini maka saya dapati ada kebaikan dalam kekalahan islam di sini jika dilihat kepada beberapa aspek penting.pertamanya,AllahSWT memberikan kekalahan kepada islam kerana ahli-ahli kita masih ramai yang sedang seronok dan leka dengan berangan-angan kosong.kedua,AllahSWT nak tunjukkan kepada kita bahawa nak menang ni memang kena susah,sengsara dan sakit zahir batin.ketiga,kita jangan terlepas pandang yang kita ini masih banyak lagi kerja dan persiapan.kita sibuk berceramah berprogram tempat-tempat yang kita menang tetapi lupa banyak tempat-tempat lagi yang tak tahu lagi islam tu apa?perjuangan itu apa?sampai tahap mereka melihat orang pakai kepiah ini pu takut,itu belum lagi pakai serban tutup mulut semua.

keempat,alangkah peliknya jika pemimpin yang hendak dipilih itu tidak dikenali rakyat?apatah lagi dalam posisi yang bertentangan dengan fahaman dan pegangan mereka selama 22 tahun.maka berdasarkan kepada beberapa faktor-faktor ini saya merasakan disinilah jelasnya komitmen dan tugas mahasiswa sebagai Agen Perubah.Mahasiswa adalah orang-orang penting dalam memacu kejayaan sesebuah negara kerana golongan ini disediakan dengan ilmu dan tempat belajar yang selesa dan baik.justeru,bodohlah mereka ini jika mereke hanya makan tanpa melihat siapa yang memberi makanan itu?mereka hanya belajar tanpa kenal siapa yang sediakan peruntukkan pengajian itu?samalah halnya dengan seekor kambing yang memakan rumput di tepi sungai yang tenang tanpa menyedari buaya yang datang menyambar.

Inilah antara gula-gula yang ditabur kepada kita sehingga kita boleh tengok bagaimana mahasiswa hari sedang asyik berseronok dengan dunia remaja mereka tanpa sedar yang masyarakat di luar kampus ini memerlukan ilmu kejuruteraan mereka,ilmu kedoktoran mereka..ilmu guaman mereka..dan yang paling penting ilmu agama dari mahasiswa hari ini.malangnya golongan ini sebaik sahaja tamat belajar terus diam membisu laksana ular sawa yang kekenyangan.mana golongan agama yang nak bangkit berdiri di barisan hadapan perjuangan?mana golongan profesional yang nak mara lantang bersuara?malangnya golongan ini diam dan kunci mulut rapat-rapat di dalam Hospital KERAjaan,di Sekolah KERAjaan,di Pejabat KERAjaan dan di Universiti KERAjaan.jadi siapakah yang akan menyertai gerakan islam?sudah pastilah penoreh getah,penjual ikan,driver teksi,tukang buat rumah,tukang repair motor dan yang paling hebat PESARA KERAjaan...

Inilah hebatnya golongan cerdik pandai ini yang hanya memikirkan periuk pinggan nasi sendiri sahaja tanpa mengambil tahu orang-orang yang penagih dadah,berzina,minum arak,tidak solat dan banyak pusat-pusat maksiat kini yang sedang giat didirikan dengan megahnya.bila ditanya mengapa dulu aktif di kampus sekarang dah lesap?maka akan kedengaranlah alasan-alasan yang paling popular iaitu " tak pa..janji hati sokong islam,luaran ja macam ini".inilah taburan jawapan yang paling tinggi kekerapannya.hebat kan..nauzubillah..di manakah kita yang dulu sewaktu di kampus?dulu tak pa sebab underground sekarang tak bole sebab dah kerja dengan KERAjaan,nanti kena buang kerja anak bini nak makan apa...ya Allah..kuatkanlah kami di atas Jalan dan RedhoMU.

Duhai pemuda jentera Allah,Islam tak perlukan kita tapi kita yang memerlukan dia agar jalan yang kita mara ini benar-benar sampai kepada syurgaNYA.jika kita tolong agama Allah pasti dia akan membantu kita dan memudahkan jalan-jalan hidup kita ini.yakinlah yang Allah akan sentiasa bersama dengan kita jika kita bersama agamaNYA.hari ini mungkin kita rasa "biarlah mereka berjuang,cukup dah aku tak ada pun"..dah ramai dah tu".tapi suatu hari jika Allah uji kita keluar saja masjid motor hilang..apa kata kita?balik rumah ibu kita kena bunuh..apa kata kita?adik perempuan kita kena rogol..apa kata kita?adakah relevan lagi alasana kita "biarlah mereka berjuang,cukup dah aku tak ada pun"???mesti tak relevan dah kan??sebaliknya mungkin kita kata "kalau aku dapat aku nak potong tangan dia,kalau aku dapat aku bunuh balik atau kalau aku dapat aku sebat dia".tapi persoalannya mengapa perkara ini terjadi?mengapa si pencuri,pembunuh dan perogol itu berani berbuat demikian?tak takut ke dia?jawapannya SATU..kerana dia tak taku dengan hukum manusia..

dakwah dan tarbiyyah

AssalamualaikumWBT kepada semua yang mengenali saya.mudah-mudahan hati dan jiwa kita masih dalam nikmat Iman dan Islam. inilah dua nikmat yang tidak ada pada makhluq lain yang bernama binatang,iblis,mahupun syaitan.bersyukurlah kita pada hari ini dengan nikmat ini dan berharaplah agar AllahSWT sentiasa berterusan memberi Taufiq dan Hidayah kepada.ketahuilah yang nikmat AllahSWT berikan kepada kita ini adalah untuk menguji dan melihat sejauh mana kita meletakkan perhambaan kita kepadaNYA yang Maha Esa.maka amat malang sekali lah jika kita merasakan apa yang kita dapat hari ini adalah hasil usaha dan titik peluh kita sendiri.siapakah orang-orang yang celaka itu?bila gagal dalam hidup kita berkata "xpalah..xda rezeki..nak buat cmna,ini ja yang mampu" dan sebaliknya jika berjaya lain pulak jadinya.."inilah hasil usaha aku selama ini..memang tak sia-sia".jadi dimanakah AllahSWT?di masa kita senang @ susah???fikir-fikirkan...

Hari ini 29 Syawal 1430 bersamaan 18 Oktober 2009.bermakna hari ini adalah hari yang ke-51 aku berada di Guangdong,China.Alhamdulillah Allah masih memberi aku nikmat dan rezeki yang mencukupi.aku bersyukur padaMU Oh Tuhan kerana Kau yang menciptakan aku,kalau aku tidak wujud nescaya aku tidak akan menyebut namaMU dan bersyukur padaMU.sepanjang hari-hari dan waktu-waktu ini nampaknya dengan sangat pantas dan drastik.pejam celik pejam celik dah masuk 2 bulan di sini.pejam celik pejam celik dah lagi 2 bulan dah cuti semester.inilah yang dikatakan masa itu emas.hatta Allah bersumpah dengan masa ini bahawa ianya satu nikmat atau azab bagi seseorang hamba.terpulanglah kepada kita bagaimana kita melalui masa-masa yang Allah letakkan kepada kita.sama ada kita nak habiskan dengan perkara yang sia-sia atau maafaat.

Di akhirat nanti,ada golongan yang datang pada AllahSWT dengan berkata "Ya Tuhan kami,kami lihat dan kami dengar ayatMU (yakni Quran dan Pelaksanaannya),maka kemabalikan kami ke dunia sebentar untuk kami buat ibadah kepadaMU" sedarlah kita bahawa Allah itu Adil dengan pertimbangannya.inilah hal yang perlu ada dalam hati dan hidup kita.memang betul Rasulullah kata "Dunia ini tempat bercucuk tanam kepada Akhirat".justeru berjalanlah di atas bumi Allah ini sebagai seorang petani yakni sentiasa menanam dan menyemai benih-benih Taqwa dan Iman supaya di Hari Qiamat nanti kita dapat melihat hasil dan tuaiannya insyaAllah.hidup ini kita tak boleh terlepas dari salah dan silap,maka kita jugak tak terlepas dari zikir dan taubat kepada Allah.kerana memang Sunnatullah ke atas kita yakni hidup ini Allah menyediakan kepada kita dosa dan pahala manakala syurga dan neraka.supaya kita sentiasa berhati-heti dengan kehidupan ini yang penuh dengan tipu daya nafsu dan syaitan.

Bila lidah kita mentasdiqkan kalimah Syahadah,maka bermulalah kewajipan kepada kita berpegang dengan agama yang terikat dosa dan pahala.bermula bangun dari katil di subuh hari sehingga baring semula di malam hari terbeban atas kepala kita ini sama dosa atau pahala.NabiSAW yang dijamin dengan surga itu pun beristighfar 60 kali setiap hari..jadi bagaimana dengan kita tiada sebarang jaminan bahkan banyak dosa dari pahala.inilah manisnya bersama Islam,Tenangnya bersama Ilahi dan indahnya dengan Taubat kerana pintu maghfirohNYA sentiasa terbuka kepada sesiapa saja hmbaNYA yang sudi dan mengharapkan kepadaNYA.Ulamak kata hidup kita ini Allah hamparkan kepada kita antara Maksiat yang Maha Manis dan Ibadah yang Maha Berat..kita pilihlah yang jalan kita nak tetapi setiap pilihan ada balasannya sama ada nikmat atau azab.jika kita tanya Nafsu pasti Manis pilihannya kerana syaitan yang kawalnya..manakala jika ditanya Iman pasti Ibadah yang dipilhnya kerana Hati yang Tenang sentiasa bersama Allah.

Sidang pembaca,saya bukanlah seorang yang rajin menulis atau bercerita sebelum ini.tetapi keadaan dan persekitaran yang memaksa saya menjadi seorang penulis yang istiqomah dengan bicara Ubudiyyah kepada Rububiyyah..saya suka menulis bukan kerana minat atau hobi..sekitika di Malaysia suasana saya dengan mengajar di masjid dan pusat-pusat pengajian tuisyen serta berniaga secara kecil-kecilan.justeru saya tidak ada masa dengan mengadap komputer atau chating.tetapi bila saya sampai di sini suasana dan keadaanya berubah.maka kita juga perlu mengubah Islam dan Dakwah mengikut Uslub dan Strateginya.meskipun saya di sini masih mengajar Quran dan Bahasa Arab tetapi saya rasa waktu-waktu yang terbuang banyak lagi,sebab tu saya dipaksa oleh keadaan untuk mencoret tulisan-tulisan ubudiyyah di skrin komputer ini.mudah-mudahan jalan ini sedikit sebanyak mampu memberi Quwwah wal Hamas (kekuatan dan semangat) kepada sahabat dan pembaca yang setia.

Sesungguhnya medan dan peringkat Dakwah ini amat luas dan tak terbatas kepada uslub-uslub tertentu kerana Islam ini agama yang Dinamik dan Fleksibel.Islam bukan Agama Jumud dan Syadid..kerana muslim yang tidak memahami Islam dari sudut Uslub (cara pelaksanaanya) maka dia akan gagal dalam dakwah dan pembawakkannya.walaupun dia hebat dalam Ilmu dan Masdarnya (hukum dan sumbernya) tetapi belum tentu Dakwahnya berjaya memenangi hati-hati Madu'l jika tidak kena pada tempat dan caranya.maka atas keadaan inilah saya datang ke meja komputer saya untuk berbicara Dakwah dan Marhalahnya.walau di mana pun kita berada Dakwah dan Kewajipan tak boleh dijadikan alasan kepada menafikannya kerana Dakwah adalah Wajib dan berdosa jika kita tidak melaksanakannya megikut kemampuan dan tahap diri masing-masing.jika Islam itu Tadhiyyah (berlapang dada) mengapa Muslim sendiri Jumud???memang Haram tetap Haram dan sebaliknya tetapi bukankah telinga-telinga yang mendengar itu banyak jenis tahap ilmu dan kefahaman.

Hari ini Islam dan Muslim seolah-olah dua perkara yang berbeza.kerana keadaanya yang xmemahami Agama dari cabang-cabangnya hanya semata-mata ilmu kerana khatam banyak kitab dan talaqqi dengan guru-guru besar,maka ini tidak cukup jika ilmunya berhenti di situ kerana Madu'l kita sangat ramai kuantiti dan peringkat penerimaannya.satu hari datanglah seorang Yahudi ini kepada Rasulullah dengan berkata "aku mahu masuk Islam tetapi aku mahu berzina".Rasulullah kata "apa engkau rasa jika aku berzina dengan ibu mu".lantas yahudi itu marah dan berkata "pasti aku marah dan memukulnya",lalu kata Rasullah "begitu jugalah hal dengan dengan kamu,tidakkah mereka mereka marah dan memukulmu jika kamu berzina dengan ibu-ibu mereka,perempuan-perempuan mereka".cuba kita renung dan memahami Uslub Dakwah yang Nabi bawa sangat halus dan tersusun.mengapa Nabi tidak terus berkata "Haram Haram Haram"???

Inilah ilmu dan kemahiran yang masih ramai lagi pendokong-pendokong Islam hari ini yang gagal memperolehinya dan mengaplikasikannya.sedangkan lidah-lidah madu'l yang bertanya kepada kepada ialah Profesor,Doktor,Pensyarah,orang Cina,India atau Siam...bukan yang bertanya itu Ustaz,Pak Haji,Mufti,Tok Imam atau Ulamak...jadi sudah pastilah bibit-bibit hujah dan alasannya berbeza mengikut yang bertanya dan tahap kefahamannya meskipun berasal dari masdar dan hukum yang sama.kari yang kita masak memang sama perencah dan perkakasnya tetapi berbeza rasanya mengikut tukang masaknya kerana cara dan kemahirannya mengolah dan mencipta kelainan selagi mana menunya tetap sama iaitu kari.inilah penyakit yang melarat kepada muslim-muslim kita hari ini.oleh kerana terlalu jauh dengan Agama dan Ilmunya.sebab itu orang bukan Islam tidak tertarik dan tidak rasa kelainan bila melihat kita.hatta saya di Jinan University susah nak tahu mana satu muslim.pakai seluar pendek datang kuliyah,rambyr perang,gelang rantai beruk keliling tengkuk..ini kah muslim?kalau begitu samalah dengan budak-budak yang bukan muslim sebab sama ja pakaian dan penampilannya.

Tujuan saya mencoret ini tidaklah ingin tuju kepada individi tetapi umum bahawa inilah situasi yang sedang menimpa kita khasnya di Malaysia Tanah Airku terrcinta.lihatlah di mana-mana Universiti kita habis remaja-remaja kita rosak dan lalai dengan keruntuhan akhlak dan aqidah.mengapa perkara ini harus terjadi?sedangkan ramai dari sekolah agama?latar belakang keluarga yang faham agama?sebabnya satu iaitu remaja-remaja ini gagal disuntik dengan Roh dan Taqwa kepada AllahSWT.mana tak nya,setiap bulan di Universiti ada saja program merapu..jemput artis datang menyanyi la,konsert rock la,battle of the band la,dan macam-macam lagi bentuk muzik dan hiburan yang sangat melalaikan dan tak membawa faedah dan manfaat kepada Hati dan Jiwa manusia-manusia yang bernama pelajar ini.sebab itu mereka tak rasa ilmu-ilmu profesional yang dipelajari itu satu ibadah kerana tiada kemanisan dan keberkatannya.dapat keputusan cemerlang tapi tak sembahyang,tak tutup aurat,pegang laki perempuan perkara biasa..inikah yang dikatakan muslim yang mampu berdiri dengan hujjah???

Perjalanan kita masih jauh duhai remaja Islam.jadilah kita memutarbelitkan hiburan dan Islam. kerana sudah jelas bahawa Islam agama yang Fleksibel,tidak mengharamkan hiburan malah zaman Rasulullah sendiri ada hiburan tetapi hiburan mereka tidak menghalang mereka dengan Qiamullail,baca Quran,Zikirullah dan menanges dalam sujud..jadi adakah dengan hiburan yang jelas melanggar syariat itu dengan mendedah aurat,pergaulan bebas laki perempuan dan melalaikan iman itu satu yang dibenarkan Agama???pelajar-pelajar Universiti adalah Agen Perubah Besar kepada Lanskap Islam dan Penganutnya.jika golongan cerdik pandai ini yang gagal dengan akhlak dan moral mustahillah Negara Malaysia akan mara ke persada Dunia dan Antarabangsa.Islam itu Hebat tetapi Muslim yang gagal menghebatkannya.jadikanlah Ilmu dan Masa berada di Universiti ini sebagai tempat menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh dan setelah tamat kitalah jasad-jasad yang berda di hadapan barisan jihad.kitalah orang-orang yang mengampit Pemimpin Jihad.janganlah kita leka dengan ujian dan cabran hidup ini,sesungguhnya ujian ini memang pahit disabar tetapi manis jika dilayan kerana itulah fitroh kita diciptakan dengan ujian dan eksperimen supaya hasil-hasil yang baik sahaja akan terpilih untuk digunakan.

Ayuh Remaja yang Muda lagi Cerdik,kita tinggalkan hiburan dan perkara yang sia-sia di Kampus dan kita turun mencari madu'l-madu'l yang masih lagi tidur dan leka dengan solatnya,auratnya dan maksiat-maksiatnya..sesungguhnya mereka memerlukan bimbingan dan pertolongan kita tetapi mereka tak tahu nak bertanya kepada siapa dan di mana sumbernya.jangan biarkan mereka terus hanyut dengan dunia lagho dan sia-sia mereka.bimbinglah mereka dan pandulah mereka kepada Tuhan yang Esa.mereka sebenarnya terpaksa bercouple,terpaksa tak solat dan terpaksa dedah aurat sebabnya pengaruh kuta dari syaitan-syaitan yang bernama manusia ini.mereka pun tahu ianya tidak baik tetapi apa bole buat itu ja yang menyedapkan kehidupan mereka di sini.janganlah persia-siakan masa dan waktu kita di sini dengan hanya belajar tanpa memikirkan hal dan tepi kain orang lain.kerana Islam itu Agama Nasihat antara satu sama lain.marilah kita usaha sedaya dan semampu yang mungkin bagi memastikan muslim universiti ini mampu menggegarkan malaysia dengan Roh dan Hati manusia kepada AllahSWT.wasalam..

Thursday, October 15

muhasabah ubudiyyah

Hidup ini AllahSWT ciptakan untuk kita hanyalah satu ujian dan pendustaan.sebab itu rugilah kita jika kita merasakan hidup ini nikmat yang abadi.setiap detik didiperhati dan dinilai oleh Sang Pencipta yang Maha Agong.apakah yang diisi dengan sepanjang ruangan cabaran ini dengan amalan yang membenarkan dunia yang penuh dengan permainan atau mengisi ruangan hidup ini dengan sia-sia dan merugikan?tahukah kita yang kita ini dicipta sejak azali dengan fitroh insani yang kadang-kadang membuatkan kita kian jauh dari jalan Ilahi?adakah kita sedar dengan keimanan atau dengan kefahaman semata-mata?AllahSWT menjadikan kita bukan dan sekali-kali tidak ada sebab sedangkan banyak lagi makhluQNYA.tetapi dengan aQal dan Iman yang seimbang inilah mampu mendidik kita dengan ubudiyyah kepada Robb yang Satu. Duhai manusia yang tertipu,tahu tak AllahSWT itu Hidup dan DIA yang menciptakan kehidupan? Inilah kehidupan duniawi yang tidak akan membawa kita kepada dua jalan hidup.iaitu Jalan Ilahi atau Jalan Thoghut.pilihlah mana satu yang kita inginkan tetapi Allah dah mengkhabarkan kepada kita mana yang sampai kepadaNYA.hari demi hari aku rasa kehidupan ini semakin gelap dan terus teraba-raba mencari keyakinan dan ketaatan yang setia dan istiQomah.aku manusia biasa yang tidak mampu berjalan di atas bara api yang panas membakar nafsu ini,melainkan hanya Allah sahaja yang Maha boleh memandu hingga ke pangkuan Rububiyyah.hati dan jasad ini akan binasa dan hancur di saat Israfil meniup sangkakala di waktu Makhmakah Agong siap bersedia menghimpunkan seluruh saksi-saksi..peguambela-peguambela..OKU-OKU..pendakwaraya-pendakwaraya.Maka di saat ini bersemadilah Zat Hakim Yang Maha yang akan mengadili dengan seAdil-AdilNYA segala fail-fail dosa pahala sama ada akan disiman,dihukum atau dilepas. Dan di waktu ini demi Allah tidak akan seorang pun pendakwaraya atau peguambela yang akan tampil ke pengadilan Makhamah Agong ini kerana keputusannya sudah dapat. Lantas skrin ditayang dan di play kan secara life and clear. Adakah masih berani hamba yang bodoh ketika itu menafikannya? Sedangkan segala-salanya dirakam dan dimainkan semula pada hari yang tidak manfaat segala-galanya melainkan hati yang suci dengan IMAN & TAQWA Ila Allah…rupa-rupanya kehidupan ini sudah direcord dan disave dalam memory AllahSWT. Duhai hamba Allah..Ubudiyyah ini ingin memohon telinga dan mata sidang pembaca sekalian untuk kita berbicara dengan Tuhan kita seketika..sedar atau tidak hidup ini satu lakonan. Yang mana lokasi penggambarannya di tempat bernama Bumi,pelakon-pelakonnya ialah kita,dengan ceritanya ialah Dunia ini Satu Persinggahan Sementara dan Pengarahnya ialah Allah yang Maha Bijaksana.filem ini tidak semua pelakon akan kekal sehingga ke penghujung penggambarannya kerana mereka tidak layak,maka setiap masa ada pelakon yang akan tersingkir ke penggambaran seterusnya di lokasi baru iaitu Barzakh. Dan tempoh filem ini tidak lama bagi setiap orang..bak kata pelakon terbaiknya Rasulullah “tempohnya antara 60-70 tahun sahaja”.maka apabila sudah selesai filem yang Maha Dahsyat dan Maha Gerun ini maka sampailah ke penghujungnya dengan hadiah-hadiah dan anugerah-anugerahnya kepada pelakon yang terbaik dan tercorot…Muhammad Bin Abdullah adalah pelakon terbaik dan pelakon tercorotnya ialah Abdullah Bin Ubail Bin Salul..emm bagaimana dengan pelakon-pelakon yang lain?Muhammad mendapat hadiah pakej pelancongan selama-lamaya iaitu Penerbangan Paling Pantas ke Negara Syurga Darul Firdaus…manakala Abdullah mendapat pakej pelancongan selama-lamanya dengan penerbangan Paling Lama ke Negara Darul Jahannam.justeru kita pakej yang mana?ke Negara mana?berapa lama?penerbangan yang cepat atau lama?adakah kita bersuka ria lagi dengan lakonan yang dicipta dan diuji ini?adakah kita masih seronok dengan lakonan yang hanya 60-70 tahun sahaja ini? Ayuh ubudiyyah mari bersama kita mencari dan menterjemahkan kehidupan ini dengan amalan-amalan yang memungkinkan kita mendapat gelaran pelakon terbaik atau pakej-pakej yang membahagiakan kita di Pentas Akhirat kelak…Duhai hamba yang leka dan alpa.. adakah peluang kita bertaubat dan bersegera mencari redho Ilahi tidak akan boleh patah semula ke hari semalam dan hari esok belum tentu masih ada hidup untuk kita.justeru di saat ini masih berbaki ayuh kita basahkan muka dengan wudhuk,lembutkan lidah dengan zikrullah,lapangkan dada dengan ketenangan dan lembutkan hati dengan istighfar. Sesungguhnya diri yang lemah lagi kerdil ini selalu tersasar dari jalanMU..kalaulah Tuhan ku ini tidak menghasihiku nescaya aku tidak ada ruang dan peluang untuk kembali ke MakrifahMU dan MahgfirohMU.

Saturday, October 10

cerita dari jinan universiti

salam alaik..pada 28 Ogos yang lalu saya berangkat ke China dengan penerbangan AirAsia pada jam 4.30 petang waktu Malaysia di Low Cost Carrier Terminal (LCCT) Kuala Lumpur.flight saya landing di Guangzhou International Airport tepat jam 11.16 malam waktu China setelah flight kami berlegar-legar di awangan hampir 20 minit sebab suasana malam agak kabur untuk mencari port landing.alhamdulillah setibanya kami terus berangkat ke rumah Kedutaan Malaysia di China,di tengah-tengah bandar Guangdong ini.kami berehat seketika hampir semalaman di rumah Encik Zul,Kedutaan Malaysia dek kerana keletihan.emm esoknya pada 29 Ogos seawal jam 8 pagi kamu terus bergegas ke hari pendaftaran pelajar-pelajar baru di College Chinese Of Language & Culture,Jinan University.setibanya di kaunter pendaftaran saya terkejut and hairan bila melihat semua kaunter-kaunter dan sistem pendataran dalam bahasa mandarin.ya Allah saya umpama tikus melihat besi..ternganga hampir meleleh air liur kehairanan.jadi saya terpaksa minta senior saya sebagai translator.lepas tu,seperti biasa saya menyerahkan dokumen-dokumen penting seperti sijil diploma,sijil spm,sijil-sijil sokongan dan sebagainya.saya terfikir sewaktu di UiTM Penang dulu kawan-kawan yang fasih berbahasa inggeris menjadi tumpuan dan perhatian.bahkan hampir 90% pengajian di UiTM memang dalam english.jadi tidak hairanlah kalau pelajar-pelajarnya mampu bercakap dengan baik.selama 3 tahun saya di UiTM Penang dalam Pengajian Kejuruteraan Kimia inilah saya memulakan langkah baru dalam penguasaan bahasa inggeris.alhamdulillah setiap semester saya dapat paling kurang pun B+..hehehe..tetapi suasana berubah sama sekali bila kaki saya menjejak di Timur tidak laku satu sen pun,saya terfikir apa sebab bahasa dunia ini berada dalam tong sampah ja dan di dalam longkong.sebab kita di Malaysia kerajaan melaungkan PPSMI la..bahasa enggeris sebagai bahasa kedua la..macam-macam lagi tetapi di sini hatta Profesor sendiri xcakap english..dan Doktor-Doktor bercakap cina sewaktu saya buat medical checkup walaupun dia tahu saya foreign student yang xreti berbahasa cina.bila mula kuliyah,memang lecture dalam mandarin..subhanallah gila saya jadinya.bila saya tanya pensyarah why didn't you speak english since we are coming from zero mandarin country.how can we catch it if lecture occuring like this?dengan relax dia jawab dalam bahasa dia dengan maksud "kalau kamu xtahu bercakap cina bila kamu nak reti?kamu belajar di sini lama sedangkan kamu balik sia-sia xreti cakap cina.bila kamu datang sini kamu mesti hormat kami."emm..saya fikir dan terus berfikir..rupa-rupanya inilah antara rahsia utama kejayaan dan kemajuan negara-negara timur seperti China,Jepun,Korea,HongKong,Taiwan,Macau dan lain-lain lagi dalam pembangunan dan pentadbiran.kerana mereka memuliakan bahasa dan budaya mereka.hatta kalau kita nak buat PhD sekali pun kita mesti ikut kelas bahasa cina paling kurang setahun.di Malaysia kita hari ini berapa ramai pelajar-pelajar luar negara yang belajar bertahun-tahun di Malaysia namun tidak mampu bercakap bahasa malaysia???adapun yang mampu bercakap itu adalah usaha dan ikhtiar mereka sendiri.berlainan di sini mahu tidak mahu you have to speak!!!so we have no choice since condition is being like this.bari saya tahu dan faham inilah wajah kita sebenar,kita adalah kita,baru kejayaan milik kita.sebaliknya bila kita berbangga dengan orang misalnya bangga dengan bahasa orang makan sampai bila-bila kita tidak akan merasai nikmat kemajuan kita kerana kita tuan rumah tetapi kita yang kena ikut cakap tetamu.jadi bolehlah tetamu nak masuk bilik kita,nak makan sesuka hati di rumah kita dan tidak mustahil isteri kita pun dia boleh pegang kerana ada tuan rumah yang bodoh lagi bangang subhanallah.Alhamdulillah sehingga hari ini saya mampu bercakap mandarin walaupun tidak fasih macam senior-senior saya tapi perubahan tu tetap ada dari semasa ke semasa insyaAllah.saya belajar di kelas foreigner yang rata-rata dari Benua Eropah.classmate saya terdiri dalam 20 orang dari New Zealand,Turkey,Rusia, Ukraine, Korea ,Jepun dan Madagascar..saya rasa bersyukur bercampur terharu bila saya diberi rezeki sambung belajar di sini tajaan syarikat muslim HPA Industries Sdn Bhd.saya akan berada di sini insyaAllah dalam 4 tahun dan sesudah tamat pengajian saya akan bersama dengan syarikat ini 10 tahun kontrek wajib.insyaAllah saya harap muada-mudahan saya terus bersama dengn ekonomi muslim selagi mana kita usaha selagi itulah Allah tetap bersama dengan kita.kami ke sini bersama 6 orang pelajar-pelajar baru yang sama tajaan yang rata-rata dari utara tanah air kecuali seorang dari Pahang.Allah mengatur dan menyusun hidup hamba-hambaNYA sangat cantik dan terancang.setelah saya tamat pengajian diploma pada Mei 2009 yang lalu saya dapat tawaran ke pengajian ijazah dalam bidang Kimia Asli & Gas (Oil & Gases) di UiTM Shah Alam.saya rasa agak keberatan kerana saya bercadang nak rehat dulu dalm seahun dan selepas tu nak sambung dalam bidang pendidikan kimia sama ada di UPSI atau USM.namun perancangan Allah mengatasi segala-segalanya apabila saya dapat maklumat dari salah seorang pensyarah saya yang HPA ada buka tawaran pengajian ke luar negara tajaan penuh HPA.saya istikhorah bersama-sama keluarga minta petunjuk dan perkenan AllahSWT.setelah mempertimbangkan baik buruknya saya cuba kuatkan semangat dan melupakan cita-cita saya ingin ke UPSI atau USM kerana kini Allah dah tunjuk mana yang terbaik buatku.kini sudah sampai hari yang ke-41 aku rasa sangat gembira dan bersyukur kerana aku ada Tuhan yg Maha Baik dan Penyayang.aku mengharapkan petunjuk dan panduanNYA snetiasa bersama-sama dengan ku hingga aku menjadi hamba ber syukur dan bertaqwa insyaAllah......

salam perantauan dari china

AssalamualaikumWBT kepada semua pembaca yang setia dengan tulisan pengembaraan Perjalanan Ubudiyyah ini.Alahamdulillah Robbil Alamin yang menjadikan dan menciptakan segala macam makhluQ sama ada yang kita nampak atau tidak,sama ada besar atau kecil dan sama ada hidup atau mati.pengembaraanku mencari Tuhan kian kesampaian,namun batu-batu dosa dan duri-duri maksiat di hadapanku menjadi penghalang kepada Rahmat dan Redho AllahSWT..lantas aku terpijak dan tersungkur di hadapan Tuhanku dengan rasa Kerdil lagi Hina.inilah halangan-halangan yang membuatkan perjalanan ubudiyyahku kian kabur dan kadang kala tersesat jauh dari jalan Robb..meskipun Tuhanku tahu hambaNYA ini jahil lagi zalim kerana nikmat yang diberi tidak dihargai,nyawa yang ditiup tidak dinafaskan dengan ibadah dan jasad yang dicipta tidak disumbangkan kepada agamaNYA..kini,hambuMU mencari kekuatan dan daya supaya diri ini mampu mengatakan TIDAK dengan NAFSU dan mengakui perhambaanku kepadaMU.hari ini hari yang ke-41 aku berada di Tanah Besar China.jika dihitung amalan sudah pasti tiada untung dengan pahala.namun hari demi hari aku tanya diriku "adakah hari semalam lebih baik dari hari ini?" maka nafsuku berkata "ya,sudah tentu".kalau benar begitu,mengapa hati makin kuat menyekat air mata dari mengalir?mengapa hati makin kuat menahan kaki bangun ke sejadah di malam hari?dan mengapa hati makin mengikat lidah dari berzikir?mengapa mengapa dan mengapa aku harus begini sedangkan nafsu berkata baik?maka benarlah jika diturutkan hati lesu.inilah kelesuan dosa dan hati yang sudah keras dari zikrullah.perjalanan ubudiyyah ini akan terus mara dan mara sehingga ke penghujung episodnya di Mahsyar kelak.di sinilah perjalanan ini akan sampai kepada Rububiyyah sama ada Mardotillah Alhamdulillah atau Mardhotissyaiton Nauzubillah.aku ke sini kerana ingin mencari bisa dan peluru yang akan menyengat dan menebak kepada sasaran yang betul.aku ke sini ingin menuntut mengutip AllahSWT yang bertembaran di bumiNYA ini,namun walaupun perjalanan ini belum cukup tetapi hakikatnya ilmu itu perlu dimiliki.walaupun membawa beg Tuan Guru itu satu yang mulia,namun adakah ilmu setinggi gunung seluas lautan yang dipelajari itu semata-mata mencari kemuliaan itu sedangkan kemuliaan itu tidak layak dengan keadaan dan kemampuan kita,bahkan kita mampu membantu Tuan Guru dengan sumbangan yang lebih besar dari itu?dengan kemampuan yang kita ada ini kita mampu bekerja Engineer,Doktor,Peguam ,Arkitek, Pensyarah dan berbagai-bagai bidang profesional serta dengan gaji kita yang RM10000 atau RM20000 itu disumbangkan kepada mereka.. bukankah itu lebih mulia dengan kemampuan kita?bukankah itu akan melicinkan perjuangan islam?bukankah perjuangan itu memerlukan dana?bagaimana mendapatkan data kalau semua ahli-ahli berada di pondok dengan belajar bahasa arab dan agama atau di masjid dengan hanya berzikir dan berdoa semoga Allah menangkan islam?sedangkan islam itu sempurna dan cantik..islam itu bukan hanya di pondik atau masjid..tetapi islan juga berada di universiti,hospital,farmasi,hotel,kilang dan sebagainya.jadi siapakah yang nak mengisi islam di tempat-tempat ini kalau semua ahli-ahlinya pergi ke pondok-pondok atau masjid-masjid? ingatkah kita siapakah Abdul Rahman Auf?siapakah Saidina Uthman Affan?Siti Khadijah Khuwailid?mereka-mereka ini terkenal dengan hartawan yang dermawan.bagaimana mereka boleh sumbang kesemua keuntungan mereka kepada islam kalau bukan dengan kejayaan ekonomi dan perniagaan mereka?adakah mereka ini membantu islam dengan membawa serban atau junag RasullahSAW?sudah tentu tidak sama sekali walaupun itu satu yang mulia disisi AllahSWT namun kemampuan dan kelayakkan mereka bukan di situ sebaliknya di medan ekonomi.jusreru,marilah sama-sama kita memahami dan menghayati erti perjuanagn dalam konteks kita hari ini.dimanakah kelemahan dan kekurangan Parti Islam?ayuh,mari kita mengisi dan menutup lubang-lubang itu supaya Parti Islam berkibar megah dengan kemanisan Jihad dan keyajaan Islam pasti dapat dinikmati bersama-sama.wassalam

Thursday, October 8

politik semasa

Penghinaan terhadap Islam bukanlah perkara baharu dalam sejarah tamadun manusia. Ia telah berlangsung sejak kali pertama Allah SWT memerintah iblis untuk sujud kepada Adam yang enggan berbuat demikian kerana merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam, malah sudah lebih lama wujud daripada Adam ribuan tahun sebelumnya.

Siri penentangan terhadap tidak berakhir di situ, malah ia diteruskan dengan beberapa siri lain yang berlaku terhadap umat para anbiya yang tidak dapat menerima kebenaran yang dibawa oleh nabi masing-masing. Ia disebabkan ada dalam hati mereka rasa tidak setuju dengan apa yang dibawa kerana mendakwa mereka pun cerdik seperti nabi-nabi.

Justeru, Allah SWT menegaskan dalam al-Quran menerusi ayat 112 surah al-An'am maksudnya: "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh daripada syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu."

Jelas daripada apa yang ditegaskan Allah dalam ayat tersebut di atas, bahawa kalau terdapat di kalangan nabi-nabi itu syaitan berupa manusia, yang kerjanya untuk menyesatkan sekalian manusia, maka ia juga terdapat di kalangan manusia pada hari ini yang berusaha untuk menyesatkan manusia dengan kata-kata indah melalui tulisan, pembentangan kertas-kertas kerja dalam seminar, penyampaian dalam majlis-majlis dialog dan sebagainya.

Pada hal ciri-ciri syaitan ada pada mereka, bagi yang mengenal Islam dengan baik sahaja yang dapat mengelakkan diri daripada terperangkap dengan kata-kata indah tersebut.

Pada awal abad ke-21, masyarakat Islam dikejutkan dengan kemunculan penulis dan individu yang diyakini telah cuba menulis atau membuat kenyataan secara sedar, jelas dan berterusan dengan niat dan tindakan untuk menghina Islam. Mereka cuba memberi gambaran Islam yang salah dengan mengikuti pandangan peribadi mereka semata-mata tanpa dirujuk kepada asas-asas kaedah dan disiplin ilmu pentafsiran al-Quran dan Al-Hadis yang betul daripada persepakatan ulama yang muktabar (yang diterima pakai dan tidak dipertikai oleh seluruh ulama).

Maka berlakulah penyimpangan gambaran Islam sebenar hingga lahir aliran atau fahaman sekularisme yang memisahkan agama daripada kehidupan berpolitik dan bermasyarakat. Seolah-olah Islam tiada hubungan dengan persoalan kehidupan Muslim, iaitu agama individu adalah Islam, tetapi kalau cara berfikirnya tidak Islam tidak menjadi masalah. Inilah pandangan sekularisme yang dipelopori oleh Mustafa Kamal Ataturk di Turki yang menjadi tali barut Inggeris bagi menjatuhkan empayar Uthmaniyah.

Kalau benar kenyataannya itu, apa perlu untuk mengguling pemerintahan Islam Uthmaniyah, biarkan Sultan Abdul Hamid memerintah negara dengan Islam, sistem politik sahaja yang perlu ditukar kepada sekularisme, tetapi itu tidak akan berlaku, kerana sekularisme mempunyai agenda tersendiri bagi meraih sokongan pihak tertentu untuk menguasai negara.

Percubaan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya mahu menjadikan Islam dan hukum-hukum syariat Islam sebagai suatu perdebatan yang bebas mengikut sesuka hati dan mengenepikan asas-asas kaedah dan disiplin ilmu yang betul dalam Islam.

Antara kenyataan yang ditulis dan siar oleh penulis dan badan-badan yang menyebut Islam boleh ditafsir oleh sesiapa contohnya:

1. Pandangan oleh Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam: "Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu, sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata." (Utusan Malaysia, 26 September 2000)

2. Pandanan Dr Kassim Ahmad, penulis dan penganalisis bebas: "Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zamanKepada umat Islam, kita mnyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik." (New Straits Times, 12 Oktober 2000)

Situasi begini bukan sahaja merosakkan imej kesucian Islam, malahan menimbulkan kekeliruan yang bahaya di kalangan masyarakat awam khususnya masyarakat Islam di negara ini. Jika agama Islam dibiarkan didebat secara bebas seperti yang ditulis oleh pihak tertentu tanpa mengikut disiplin ilmu-ilmu Islam yang betul maka kewibaan seluruh institusi-institusi Islam di negara ini akan terdedah kepada cercaan dan penghinaan.

pengalaman di Guangzhou

bertemu kembali di arena perjalanan ubudiyyah pada edisi terbaru.semoga sidang pembaca yang budiman sekalian masih lagi setia membaca coretan saya.keluaran kali ini saya ingin menyentuh dan membicara mengenai manusia dan budaya.AllahSWT menciptakan dan mengaturkan hidup kita dengan penuh tersusun dan sistematik.bermula dari bangun tidur sehinggalah kita tidur semula.cuba kita fikirkan bagaimana sistem kehidupan kita dan betapa hebatnya proses yang dikawal oleh AllahSWT dalam memastikan penghadhoman badan dan darah kita berlaku dalam keadaan yang penuh tersusun.maka di sini saya cuba nak bawa pembaca sekalian memikirkan sejenak dari mana datangnya kita dan ke mana kita selepas ini.serta mengapa AllahSWT cipta kita?sedangkan masih ramai lagi makhluq yang AllahSWT mampu cipta dan menjaga alam fana yang ini.wallahua'lam marilah sama-sama kita merenungi bagaimana kasih dan sayang AllahSWT kepada kita sehingga kita rasa bangga dengan dosa dan maksiat,namun AllahSWT tetap memberi dan terus memberi peluang kepada kita supaya kita sedar dan taubat.pada 6 Oktober baru-baru ini saya bersama dengan pelajar-pelajar HPA meluangkan masa bersama untuk berQiamullail memandangkan sepanjang keadaan di sini kami belum lagi buat Qiam secara berjamaa'ah..jadi hati orang yang sentiasa berjamaa'h ni sentiasa merindukan suasana jamaa'h ni.memandangkan kami bersama dengan salah seorang Pegawai Penerangan PAS Pusat,Ust Mohamad Ibrahim pada malam tu,jadi kami menjemput beliau untuk memimpin Qiam.alhamdulillah...ya Allah ya tuhan ku..hati ini rasa lemah hampir jasad tersungkur bila dahiku sujud menyembah bumuMU..ya Allah..mata ini basah hampir lidah meraung kerana aku tidak mampu menahan perasaan tika mana redhoMU turun mencari ubudiyyah...ya Allah..tangan ini rasa longloi hampir hati bergegar dengan gegaran khosytullah..aku merasakan diri ini bukan di kalangan hati-hati yang bersih dengan hidayahMU sebaliknya hati yang bergelumang dengan dosa dan murkaMU.ya Allah..aku rayu..aku pohon dan aku mengakui hatiku terlalu jauh dan sesat dari jalanMU.kau dengarlah wahai Pendengar,kau lihatlah wahai yang Melihat,kau kifarat wahai yang Adil dan kau ampunilah serta maafilaah aku wahai yang Pengampun dan Pemaaf.hati yang kau ciptakan ini selalu lupa dan lalai dengan penciptaNYA kerana nafsu yang kau cipta ini sangat mencabar dan membutuh dengan kemurkaanMU.lantaran ya Rob..tika dahiku sujud sembah ke bumiMU dengan linangan air mata adakahkau masih tidak dengar?adakah kau masih murka dengan aku?adakah kau masih lagi tidak melihat rintihan maghfirohMU dan rayuan redhoMU ini?ya Allah..aku sudah penat dengan dosa dan maksiat sehinggakan hati dan jiwa ini merasakan tenang dengan syaitan dan laknatMU..ampunilah aku dan hidupkanlah semula hati yang lalai dan leka dari mengingatiMU ini.ya Robb..sesungguhnya hati ini diciptakan oleh Qudrat dan IrodatMU.mana mungkin ya Robb tempatnya dalam kemurkaan dan kebencianMU..kerana bilamana kau ya Robb tidak redho dengan hati yang asi ini,maka sekali-sekali tidak akan ada lagi kemuliaan selain dari kemuliaanMU. justeru ya Allah..kau lihatlah sendiri betapa aku mengharapkan keampunan dan rahmatMU.kau terangilah hati kami seperti kau terangi bumiMU dengan cahaya matahariMU.Allah Allah Allah...hambamu ini selalu melupaimu kuharapkan keredhoanMU..agar menjadi insan yang bertaqwa dan berusaha mengenaliMU ya Robb..kera padamu kami serahkan cinta dan diri kami pada MU.sekiranya nyawaku terputus tika sujudku ini maka aku berserah kepada pengAdilanMU..terserahlah walau di mana pun tempatku sama ada di Syurga atau di neraka..namun ingin aku munajat dan mengaku dengan sebenar-benarnya padaMU Robb yang kulit dan tubuhku yang lemah ini tidak mampu menahan dan merasai azabMU yang pedih dan sengsara.kerana walaupun mataku yang tidak pernah melihatnya,hatiku tidak pernah terfikirnya dan telingaku tidak pernah mendengarnya namuN ya Robb cukuplah dengan amran dan pesanan dari kitabMU sangat-sangat membuatkan diriku tercampak jauh dari kasih sayang dan redhoMU.emm..tempatlah aku di SyurgaMU jika jasadku terputus dari ruh pada sata dan waktu ini.meskipun ianya tempat yang layak bagi aku yang asi ini,namun itu sahaja yang aku mampu ya Allah kerana itu aku amat-amat mendahagkan ampun dan redhoMU.......sahabat-sahabatku..perjalanan kita bukan berhenti di sini sahaja.malah di hari yang tiada naungan melainkan naunganNYA itulah akan bersaksikan segala dari segala..yakni akan terhamparlah rahmatNYA pada yang dirahmatNYA dan terhempaplah murkaNYA pada yang dimurka.pengembaraanku mencari redhoMU kian dekat dan sampai.jika ruh ku meninggalkan aku sebelum sampai redhoMU padaku,maka terserahlah padaMU yang Robb..di mana kedudukan dan maqomku..astaghfirullah..Robbal baroya...astaghfirullah..mainal khotoya...

Saturday, October 3

pengalaman di Guangzhou

Pagi ini,seawal jam 11,2 Oktober 2009 ana bersama-sama dengan pelajar-pelajar HPA seramai 7 orang pergi ke pasar borang di Pekan Guang Ta Lu,berhampiran dengan Masjid Huaisheng..memandangkan hari ini hari terakhir puasa enam kan..so kami borong sakan jugak lah disamping tolong muslimat bawa barang-barang mereka. So sebaik sahaja selesai solat jumaat kami terus berjalan menuju ke pasar..sidang pembaca yang setia..kalau di malaysia biasanya di pasar-pasar ni ada daging ayam, itik,lembu, kambing, ikan dan sayuran lah..sebaliknya di sini situasi dan keadaannya berbeza sama sekali sebaik sahaja saya menjejaki kaki ke pasar tu astaghfirullahala'zim saya terperanjat melihat katak,biawak,kura-kura,kala jengking,buaya,babi,anjing,cicak,ular dan macam-macam lagi binatang yang say fikir di luar jangkaan saya.betollah manusia ini spesies omnivor tetapi saya xdapat bayangkan bagaimana depa menyiang melapah dan menyincang kura-kura dan katak yang hidup..sekali sekala katak yang terlepas melompat melekat kat baju kami Allahuakbar ana hanya mampu melihat dan merenung sejenak...sanggup depa makan benda-benda cmni ya..ada kawan-kawan ana yang muslimat sampai muntah-muntah,pening,loya pun ada..tapi apa boleh dah memang ini rutin dan mata pencarian depa.kalau pembaca nak tahu,saya lihat bagaimana depa lapah kura-kura..Allah..bayangkan depa lapah hidup-hidup...kalau kita lapah kambing pun bila dah sembelih kan..tapi ini ganas sama sekali tau.cmna kita kopek-kopek buah kelapa macam tulah depa buat kat haiwan tu.dan di sebelah itu depa jual sayuran dan buah-buahan seperti biasa.ada satu ini,amoi ni yang meniaga katak ini makan nasi tepi sangkar katak-katak ini..sekali katak lompat masuk dalam pinggan dia..ya Allah selumber ja dia..subhanallah..boleh hidup sungguh manusia macam ni sangat pengotor dan jijik.lepas tu saya ni bukan jenis orang yang geli geleman..say ni selumber ja orangnya...so saya perhilah menghampiri sebab nak tengok lebih dekat dan lagi jelas..tiba-tiba perempuan ini pegang seekor katak hitam besar gila hulur depan-depan mata saya terkejut saya dibuatnya..lepas tu dia tanya saya "nak yang mana satu,yang ini ka??"isy isy main kasar betol amoi ni yaa...selamat haram ja..kalau halal ingat nak rasa jugak cmna rasanya..sedap ka tidak..masam ka manis..pahit ka masin..tapi sebab hukum yang membatasiku dari semua ini.so saya dengan menggeletarnya kata "xpa-xpa..saya baru lepas makan 3 ekor dah tadi..kenyang lagi ni.." pastu dia terkejut "wah,lu makan banyaknya..saya pun biasa makan seekor ja paling banyak.." saya kata sudah kang dah kantoi..tapi xpa..kelentong tetap kelentong..lantas saya kata "laa..patutpun lu kurus sebab makan siket..lu kalau cmni xboleh hidup lama tau sebab xckup protein" yes..akhirnya boleh kelentong sket dengan dia...saya cuma nak melihat bagaimana budaya dan kehidupan masyarakat tionghua ini sebab mereka rata-rata sangat tidak mengambil berat tentang soal-soal kebersihan khsnya.bayangkan kedai jual babi bersebelahan dengan kedai sayuran mayur..kedai lapah buaya berhadapan dengan kedai buah-buahan..jadi tidak hairanlah kalau darah haiwan haram dimakan tu terpercik kena buah-buahan sayuran tu...alangkah gagalnya sistem kebersihan dan disiplin rakyat komunis ini.emm..pembaca sekalian boleh bayangkan cmna kehidupan masyarakat di sini jika mengetepikan kebersihan contohnya merekaa boleh meludah dalam bas,kencing tepi pasar dia sendiri,tidur sampai xsedar biawak habis lari keluar sangkar..akibatnya kami jadi lintang pukang pagi dalam pasar apabila 3 ekor biawak air besar laa terlepas lari keluar sangkar...waa..kalau di pasar kita lembu kambing semua dah disembelih..tapi di sini semuanya dilapah segera dan disiang segera.inilah perkara yang saya sedang belajar sekarang apa benda yang depa gemar sangat benda-benda sebegini rupa.kalau pembaca nak tahu katak pulak depa lapah macam lain pulak..haa depa kopek mulut dia sampai terputus dua hidup-hidup tu..Allah bayangkan bagaimana ya depa ni cari makan sampai macam tu sekali.inilah gambaran saya buat masa ini.berjumpa pada coretan akan datang...

Thursday, October 1

salam perantauan dari china

salam dari Tanah Besar Asia..apa khabar kepada semua sidang pembaca yang budiman sekalian?mudah-mudahan kita sentiasa di sisi Redho dan Maghfiroh AllahSWT InsyaAllah.jauh perjalanan luas pemandangan,lain orang lain ragam..haa..inilah pepatah melayu yang amat tepat sekali dengan situasi dan keadaan saya di sini sekitar sebulan 3 hari.Alhamdulillah kepada AllahSWT yang menciptakan kita dari tiada kepada ada,maka sudah pastilah AllahSWT berkuasa dengan sebaliknya.salam sayang dan rindu buat kedua orang tua saya di kampung halaman,Kampung Tembak A,Kuala Ketil,Kedah Darul Aman dan semua saudara mara terdekat di negeri Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Johor serta semua yang mengenali diri saya.mudah-mudahan sentiasa sihat wala'fiat hendaknya.terima kasih yang terhingga jugak kepada sahabat-sahabat seperjuangan khasnya di bumi UiTM Penang,kerana banyak membantu dan mendorong saya dalam menjayakan blogspot ini.sekarang kita berada di bulan Syawal,justeru saya rasa masih lagi belum terlambut untuk saya menyusun sepuluh jari memohon maaf dan ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada kedua ibubapa saya,guru-guru saya sama ada di sekolah mahupun di Universiti,sahabat-sahabat handai sama ada di sekolah mahupun Universiti dan seluruh yang mengenali saya sekiranya ada salah dan silap saya sepanjang kita bersama.bergurau dan berjenaka,sesungguhnya saya insan biasa yang lemah lagi jahil.saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin.dan saya rasa mesti sidang pembaca yang setia di waktu ini sedang sibuk menjalani ibadah puasa enam hari di bulan Syawal kan?Alhamdulillah..bagus,tapi kalau xnak bagi malas kena buat awal-awal...habis je beraya tu,terus mula..betok x?sebabnya bila dah hari makin jauh,perut makin lalu dan hati makin layu..hmm alamatnya memang susah laa...kalau xpercaya cubalah...emm.untuk pengetahuan pembaca,saya ada lagi sehari lagi.pastu raya laa..tapi xda kuih muih,ketupat rendang macam kat malaysia laa..sedih tau..huhuhu..emm saya di sini walaupun lain budaya dan kehidupan tapi pengalaman tetap menjadi pangalaman kerana bile kita keluar dari kepompong kita kita mesti bersedia untuk mengenal dan merasai kepompong orang lain supaya kita ni bak kata pepatah melayu "masuk kandang kambing mengembek,masuk kanang lembu menguak" haa..betol x..kalau kita dah biasa insyaAllah segala-segalanya akan membantu kita kenal masyarakat orang luar.emm saya saya untuk edisi ini coretan saya berhenti di sini dahulu..salam perantauan dari saya fahimi..wasalam.

salam minas sinn

Salam dari Guangzhou,Guangdong,China.selamat menjalani ibadah puasa 6 di Syawal dan selamat beraya kepada yang dh selesai.ana ada sehari lg insyaAllah..di China ni puasa rasa sekejap je..p kelas pukul 7.30 pagi,balik pukul 1..pejam celek pejam celek 6.15 petang dh buka posa..pejam celek pejam celek dh sebulan lebih kat sini..Alhamdulillah mudah2 Allah permudahkan urusan kita.insyaAllah juga esok ana diamanahkan utk start mengajar kitab Maza Ya'ni Intimaai Lil Islam..litthullab min Maliziyyin..(utk pelajar2 Malaysia).


sambutan amat menggalakkan sbb kebayakan pelajar2 Malaysia di sini dari tajaan Mara dan JPA..so,they are not controlled by gonvernment (UMNO) during their study.depa xsmyg pun xpa..xposa pun xpa,xtutup aurat pu xpa...yg pnting balik nt kena keja dgn kerajaan..hmm..kalu student2 HPA silap la..sbb tahun ni saja dh 2 orang kena kick sbb depa isap rokok dan pegang minah soleh...hmm ana pun kena berhati2 jugak la..tup2 kena ngajar plk..kat kolej pelajar2 malaysia (Liuxuesheng Sushe)..doakan mudah2an segala2nya baik dan mendapat keberkatan.


em..arini ana nk cita sket ja pasal sorang classmate ana,budak muslim dr New Zealand..yg ana bgtau dulu tu..xsemayang,xposa,pakai suar pndek mcm bukan muslim la..hari ni laoshi tanya dia soklan dia xle jawab..ps2 tiba2 dia marah kami semua bdk2 malaysia sbb dia kata kami ckp kuat,dia hilang cocentrate la kononnya...tiba2 dia bangun kata, you malaysian please don't talk too much till interrupt my study..bla3..bla3..i give you last warning!i'll not talk with you again!i've warned you 3 times before.Astaghfirullah...kami semua terdiam terkaku..semua classmate tgk dia..ps2 dia tgk melilau..semua org dia tgk..semua org dia marah..hahaha..


ps2 waktu rehat 2 ada lah budak Turkey dan bdk Ukraine ni mai tnya ana,what did you think about incident just now?..hmm..ana pun trus terang ckp,dia org islam..muslim wajib ikut undang2 agama,klu xikut namanya engkar and punished as sin!each of muslim is obligated fasting,praying..bla3...hmm...budak ni kata dia org gila,mengarut je layan dia..just don't care about it..kes nye bermula apabila mula2 dia jumpa ana dia bg salam and he told me he is muslim,but he didn't fasting and pray..while i asked for him why didn't you pray?ooo...dia kata you don't me why because i know what i am doing right now..i understand each of islam rules,i have my own reason...bel ah la lu...


i said actually we have no reason since this is an obligation..no excuse!!! you have to do as instructed by AllahSWT..this is WAJIB..so psni incident ni la dia trus kata kt ana "okay fine,you have no need to teach me about islam,i know who am i,you care yourself!!!" start drpd ni la dia marah dan asyik cari pasal ja ni..smpai classmate yg lain semua tnya "why does problem man do..." sebenarnya umo dia 54 tahun..dia dh tua so kami paham la...bdk Turkey 2pn muslim,dia kata forget him,we have much thing to think..no time for him.Allah..mcm2 manusia ni kan..fitnah besar lg kalau muslim tu sendiri yg gagal membawa islam ke tengah2 masyarakat bukan islam...


smpai bdk Ukraine ni tnya,fahimi why he doesn't fasting?or we can choose either one?ana serba salah nk jwb..ana ckp ini muslim yg xikut agama namanya...so wat masa ni ana pegang satu saranan Hujjatul Islam,Imam As-Syafie' 'bila mana kamu berselisih (konflik) dgn kenalanmu,maka hubungkan dulu tali persaudaraan antara kamu,kemudian berdakwahlah semula" maknya klu madu' kita tu nk lari jgn kita dok dakwah lg..sebaliknya relak dulu..tggu baik semula..tp org tua cm dia ni ana xrasa dia akan okay sbb dia selalu cmtu..cari pasal dgn org..marah2 org..ntah la..wallahua'lam bissowwab..xpalah,just sharing with you.i have many thing to do..


mudah2an kewujudan medan istekno ni mampu memberi kekuatan dan semangat kepada kita dalam pada memikul amanah dan tanggungjawab dari AllahSWT.ingatlah sahabat2..kita ni bukan sahaja muslim,tetapi mujahid yg memburu mardootillahitaa'la..insyaAllah..sekadar islam sahaja belom mampu menyelamatkan kita dari azab Allah..sebaliknya berusaha keras dlm mencapai matlamat tertinggi kita "Allahu GHOYATUNA" takbir! takbir! takbir! wasalam..